Bab 22: 'something'

Action Series 57841

Keesokannya, Eisya dan Tengku Fahmi pergi fitting di sebuah butik pengantin yang paling terkenal. Tapi bukan mereka berdua je. Mak-mak pun ada okay!

Tak pernah dibuat orang, pergi fitting ajak ibu masing-masing. Sampai di butik, masing-masing terkejut. Yalah, mana taknya, pergi asing-asing ingatkan datang seorang, rupanya bawak peneman jugak.

Eisya dan Tengku Fahmi juga terkejut beruk. Belum tengok lagi Datin Marina dengan Tengku Hasnah. Tapi sekejap je.

Datin Marina dan Tengku Hasnah berpelukan sambil melaga-lagakan pipi masing-masing. Mereka tersenyum kepada satu sama lain.

" Tak sangka, Tengku pun datang juga ke sini. Ingatkan saya seorang je yang teman anak saya ke sini." kata Datin Marina.

Tengku Fahmi dan Eisya cuma berdiri di belakang ibu masin-masing.

" Nak buat macammana, datin? Anak saya ni manja sangat. Suruh pergi sendiri, malu katanya. Maklumlah, CEO ni lain macam sikit. " kata Tengku Hasnah.

" Samalah anak dara kita ni. Nak suruh pergi sendiri, banyak pula alasannya. Leftenan ni pun lain macam sikit. "

" Gila-gila. " kata Tengku Hasnah dan Datin Marina serentak. Mereka kemudiannya ketawa. Eisya dan Tengku Fahmi hanya melihat perangai ibu mereka.

Sesi mengukur baju kemudian bermula. Dari awal ukur baju tu, bukan nak buat fitting betul - betul, eh main - main pula dua ketul nuget ni. Sampai habis air liur ibu - ibu duk membebel. Tapi Eisya dengan Tengku Fahmi buat tak tahu je.

" Eisya, fitting tu biarlah betul-betul. Jangan main-main. Orang nak tengok cantik ke tidak ni." bebel Datin Marina kepada Eisya yang sedang melompat-lompat kepanasan.

" Panaslah! Bila nak habis fitting ni mak cik?"

"Kamu yang main - main sangat. Sepatutnya awal kita datang tadi, dah siap dah fitting ni semua."

Sementara Tengku Fahmi pulak, telinga dah bercapang dengar Tengku Hasnah membebel sambil membetulkan kain sampingnya.

" Kamu ni kan, memang suka betul malukan bondalah, Tengku. Orang nak buat fitting tu duduklah elok-elok. Ni tak, macam orang hilang bini je. Bini pun takde lagi." kata Tengku Hasnah. Geram betul bila anak teruna main-main.

" Saya buat betul-betullah ni. Bonda yang membebel sangat. Saya tak boleh duduk diamlah. " kata Tengku Fahmi.

" Kalau kamu buat betul - betul, takde maknanya bonda nak membebel dekat kamu. Dahlah nak pergi fitting pun berteman, tak gentleman langsunglah."

" Eisya pun mama dia teman jugak. "

" Eisya tu perempuan. Kamu tu lelaki. Takkanlah kamu pun nak bonda teman jugak? CEO apa macam ni?? "

Dan mereka terus dibebel oleh ibu masing-masing.

Akhirnya, mereka telah siap buat fitting. Semasa nak balik tu, Datin Marina mengajak Tengku Hasnah dan Tengku Fahmi minum-minum di rumahnya. Tanpa berlengah masa, mereka terus bergerak ke rumah Datin Marina.

Sampai di rumah agam itu, Datin Marina mengajak Tengku Hasnah melihat koleksi barang kemasnya yang terbaru. Datin Marina merupakan pengasas besar Marina Jewelleries dan sering mempamerkan koleksi-koleksi terhebat.
Eisya pada mulanya ingin masuk ke bilik nak tidur namun Datin Marina menegah kerana Tengku Fahmi tiada kawan nak berbual nanti.

Eisya duduk di tepi Tengku Fahmi di atas sofa. Pada mulanya masin-masing diam, namun Eisya kan jenis mulut becok, memang dia yang mulakan dulu perbualan.

" Awak...ada tempat lain ke nak pergi lepas ni?" tanya Eisya.

" Kenapa? Awak tak nak saya ada kat sini ke?"

" Bukan macam tu. Saya tanya je."

Tengku Fahmi ketawa. Buruknya muka dia..

" Eisya."

" Hmmm?"

" Saya ingat lepas saya dah dapat pangkat Komander tu, saya nak letak jawatanlah. "

Terkejut Eisya masa tu. Weyh, nak dapat pangkat Komander tu bukan senang sayang oii!! Orang lain belum tentu boleh jawat jawatan tu. Dia boleh nak letak jawatan?!

" Awak gila ke?! Orang lain belum tentu dapat jawat jawatan tu tau, ni awak dah nak dapat lepas tu awak nak letak jawatan pulak? Kalau macamtu baik tak payah jadi kadet.."

" Saya bukan nak jadi kadet sangatpun.."

" Habistu, yang dah kenapa awak masuk tentera? Nak rasa bagaimana hidup dalam askar? Kalau macam tu baik awak berhenti sekarang. "

" Kenapa pula? "

" Orang, nak jadi askar sebab nak berkhidmat untuk bangsa dan negara. Bukan nak masuk suka-suka. "

" Saya masuk sebab awak je. "

" What?! " kata Eisya? Dia meletakkan cawan yang berisi air nescaffe itu ke atas meja. Dia menghadap ke arah Tengku Fahmi di atas sofa. Tengku Fahmi juga melakukan perkara yang sama.

" Apa maksud awak, awak join askar sebab saya? "tanya Eisya.

Tengku Fahmi buat tak peduli. Sebaliknya, dia menyelak rambut Eisya yang menutupi sedikit wajahnya. Eisya menepis.

Tengku Fahmi tersenyum manis. Eisya pula yang berasa gemuruh.

" You're the most beautiful girl I've ever met, Eisya. " kata Tengku Fahmi ikhlas. Eisya buat tak peduli.

" Jangan nak melencong topik lain eh. Saya tanya ni, apa maksud awak, awak join askar sebab saya?"

"Kan saya dah cakap tadi."

"Cakap apa?"

" Awak perempuan paling cantik pernah saya jumpa."

Eisya blur.

"So?"

" Saya join kadet sebab saya nak tengok awak selalu."

Eisya is blushing!! Dia terkebil-kebil.

" Kali pertama jumpa awak, my heart dah bergetar hebat. Sangat hebat. Even Sara pun tak pernah buat saya rasa macam ni."

Tengku Fahmi memegang tangan Eisya.

" Sejak itu saya tekad nak jumpa awak. Saya bagi alasan lain dekat kawan saya tentang perihal saya nak masuk tentera. But, the true reason is, saya nak tengok awak. "

Dia mengusap lembut tangan Eisya.

" Tapi, saya still dalam askar. Kenapa nak berhenti?"

" Sebab lepas ni hari-hari saya akan jumpa awak as my wife. Sebabtu saya berhenti. Lagipun, company saya takkan nak suruh Thaqif yang uruskan selalu. Nanti jadi Thaqif punya syarikat pulak."

"Lee.."

"Ya?"

"Kalau satu hari nanti, awak dah tahu semuanya fasal saya, even hal yang saya sembunyikan dari dulu, awak rasa awak boleh terima saya lagi tak?" tanya Eisya.

Tengku Fahmi memandangnya pelik.

"Apa maksud awak? Apa yang awak sorokkan dari saya?"

" Something. Kalau awak dapat tahu, awak boleh terima saya lagi ke?"

Tengku Fahmi mengeratkan usapan di tangan Eisya.

"Tentulah. Saya tak akan tinggalkan awak." kata Tengku Fahmi bersungguh.

"Walaupun saya ada banyak perangai tak elok?"

"Saya akan ajar awak macammana jadi elok." kata Tengku Fahmi.

Eisya ketawa.

Sedang mereka menghayati jiwa masing-masing, Datin Marina dan Tengku Hasnah muncul dari atas tangga.

"Amboi, amboi, amboi! Sweet betul our kids ni kan, Marina?" kata Tengku Hasnah.

"Ha'ah kan? Sampai tak sedar kita yang nak turun ni.."

"We're not kids anymore!!" kata Tengku Fahmi dan Eisya serentak.

" Bercinta tu bercinta jugak. Jangan lupa yang korang belum halal satu sama lain lagi."

Terus Tengku Fahmi melepaskan tangan Eisya.

"Sorry, Datin."

"It's okay handsome. As long as you tahu batasan, I'm okay." kata Datin Marina.

Mereka kemudiannya bergerak ke meja makan. Bergelak-ketawa bersama, berbual bersama, semuanya di situ.

*********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience