BAB 16

Romance Completed 9579

Umi tidak habis-habis bercerita tentang Nazim dan ahli keluarganya yang lain sejak kenduri kahwin Farah hari itu. Kata Umi, Puan Marissa sudah berkawan baik dengannya sejak zaman sekolah lagi. Puan Marissa merupakan ibu kepada dua orang anak. Dia sudah lama bercerai dengan suaminya. akibat tiada persefahaman dan mereka akhirnya membawa haluan masing-masing. Dia berpindah ke Klang dan terputus hubungan dengan Umi. Dan sejak itu, Nazim dan Puan Marissa kerap mengunjungi mereka sepanjang seminggu Insyirah bercuti di Malaysia.

"Umi berkenanlah dengan Nazim tu,baik orangnya.Syii takkan tak rasa apa-apa kut bila kawan dengan dia?"tanya Umi ketika mereka berempat sedang menikmati minum petang di gazebo taman mini mereka.

"Tak.Syii dengan Nazim kawan je tak lebih dari itu,"jawab Insyirah selamba lalu mengambil pisang goreng yang dibeli oleh Abah tadi di warung berdekatan rumahnya.

"Sebab Syii dah ada hati kat orang lain Auntie,"sampuk Dina yang baru selesai menghirup teh panas.

"Apa???"Umi terkejut mendengar jawapan Dina lalu merenung Insyirah tidak percaya."Siapa?Beritahu Umi nama dia?Tapi bukan ke Syii cakap kat Umi yang Syii tak ada hubungan istimewa dengan sesiapa?Termasuk lelaki dalam Insta Syii hari itu?"

Insyirah yang sedang mengunyah pisang goreng tersedak sehingga terbatuk-batuk jadinya.Dina terkejut apabila Insyirah mula terbatuk-batuk kuat dan dia menepuk belakang badan Insyirah.

"Astarghfirullahalazim!Insyirah!Okey tak ni?"Abah menyampuk lantas menuangkan air mineral ke dalam cawan kosong yang lebih lalu disua kepada anak perempuannya itu.

Insyirah menyambut cawan itu lalu segera meminum airnya.Dia berasa lega namun tekaknya berasa perit sekali.

"Su,janganlah tanya Syii macam-macam masa dia tengah makan!"tegur Abah dengan tegas kepada Umi.Umi pula kelihatan serba-salah dibuatnya.

"Tak apa abah.Syii okey,"Insyirah perasan yang wajah Umi berubah keruh.Dia tidak mahu ibu bapanya bertelingkah disebabkan dirinya.

"Maaf,ini semua salah saya,"Dina tiba-tiba bersuara membuatkan semua mata memandangnya.

"Jangan macam tu.Bukan salah Dina,"Umi berkata lalu mengeluh nafas berat.

"Pasal lelaki kat Insta?"Insyirah cuba mengingati gambar yang diupload ke Instagram bersama lelaki.Siapa ya?

"Gambar kat pantai kut?"Dina meneka sambil membantu ingatan Insyirah yang sedikit kabur.

"Ben?"Insyirah teringat yang dia pernah berselfie dengan Ben di Bondi Beach semasa awal cuti musim panas yang lalu.

"Lelaki yang muka dia-Umi lupalah.Syii selalu upload gambar berdua dengan dia.Muka ala-ala Pakistan sikit,"Umi berkerut-kerut cuba mengingati gambar yang dilihatnya di akaun Instagram Insyirah.

"Zayn?"Insyirah meneka.Inikah punca Uminya bertanya macam-macam apa hubungan sebenarnya dengan Zayn?

Tiba-tiba,Insyirah tergelak sendiri.

"Apa yang lawaknya Syii?"kata Umi dengan muka sedikit terasa.

"Umi,itulah Zayn!Syii pernah bagitahu Umi pasal dia!"

"Ye ke?"Umi kelihatan sangsi dengan kenyataan Insyirah.

"Yes my Umi.Syii pernah bagitahu Umi pasal Zayn.Syii mengaku Syii memang rapat dengan dia,"

"Rapat yang macam mana?"

"Macam kawan.Macam mana Syii rapat dengan Nazim.Satu lagi,Syii juga rapat dengan Ben.Ben ni-"Insyirah sempat mengerling Dina yang mula malu-malu lalu menyambung,"Buah hati Dina ni,"

Abah tergelak kecil.

Umi seolah tidak puas hati."Betul ke rapat macam kawan-kawan?Umi tengok Zayn macam serius je dengan Syii,"

Insyirah senyum namun nampak tersirat."Dia mengaku yang dia minat Syii,"

"Lepastu Syii pun minat dia balik?"teka Umi tanpa berfikir panjang.

"Mungkin?"Insyirah sengaja membiarkan Uminya dalam teka-teki.

"Su,biarlah budak-budak ni bercinta pun.Macam kita dulu-dulu!"Abah seolah tidak kisah dengan apa yang berlaku dan dia seperti menyokong anak perempuannya.

"Saya cuma berkenan dengan anak Marissa,tu je.Lagipun,kita kenal anak Marissa tu macam mana,"Umi membalas dengan nada tidak puas hati lalu menghirup air tehnya sehingga tinggal separuh.

"Ermm Umi?"

"Hah kenapa?"

"Mungkin Syii tak balik raya-kali ini?"

"Apa???"

"Sebab Zayn ajak Syii dengan Dina beraya rumah dia kat Melbourne?"Insyirah gelabah apabila mendengar Umi meninggikan suaranya.

Dina pula pelik kerana mendengar namanya sekali dalam kata-kata Insyirah tadi.

"Kenapa nak beraya dengan dia pula?Habistu Umi dengan Abah macam mana?Beraya berdua je?"

"Sebab Zayn nak kenalkan Syii dengan keluarga dia,"sampuk Dina yang mahu meredakan ketegangan antara Insyirah dan Umi."Lagipun daddy Zayn tak sihat sejak kebelakangan ni,"

Umi berkerut kerana cuba menafsir apa yang diperkatakan oleh Dina sebentar tadi.

"Auntie,sebenarnya Syii dengan Zayn serius.Sebab tu Zayn nak bawa Syii kenal-kenal dengan famili dia.Dia ingat nak bawa Syii balik Melbourne raya nanti,"Dina berkata dengan sungguh berhati-hati walaupun Insyirah sudah menjengilkan kedua matanya.

"Yang pasal ayah Zayn tadi?"

"Oh pasal tu Auntie.Ayah Zayn harap Zayn serius dan cepat-cepat kahwin!"

Dina mahu terjerit kuat pada part kahwin itu kerana kakinya dipijak Insyirah kuat.Dia menahan kesakitanya dengan senyum sehabis boleh di hadapan Umi dan Abah Insyirah.

"Kalau macam tu,Umi tak bolehlah paksa Syii balik sini,"ujar Umi perlahan,mungkin terkilan sedikit kerana tidak dapat beraya bersama anak perempuannya raya kali ini.

"Jangan sedih Umi.Selepas ni,Syii raya dengan Umi banyak kali ya!"

"Menipu!Syii nanti kahwin kena bergilir dengan suami balik raya mana!Kalau tak,dia merajuk dengan Syii!"Umi sempat menjeling Abah yang tidak bersuara apa-apa melainkan melayan telefon pintarnya dari tadi.

Insyirah dan Dina sengih-sengih kerana Abah tidak mendengar yang Umi sedang bercakap tentangnya.

Kedengaran lagu Just Hold On tiba-tiba menandakan seseorang telah menelefon Dina.Insyirah kenal sangat ringing tone milik telefon pintar dia.Dina menyeluk poket seluarnya untuk mengeluarkan telefon pintarnya lalu menjawab panggilan tanpa melihat skrin.

"Hello?"

Wajah Dina berubah tiba-tiba.

"What?"

Insyirah,Umi dan Abah terperanjat mendengar jeritan kecil Dina.

"No!"bentak Dina agak sedikit kasar dan tangannya mengenggam telefon pintarnya erat."No,no way!"

Insyirah menyentuh lengan Dina ingin tahu apa yang berlaku.

Wajah Dina bertukar keruh."It can't be!Tell me you're wrong!"

"Where?"Suara Dina bertukar sebak.Dia mengigit bibir bawahnya.Tidak lama selepas itu dia menamatkan panggilan.Dina memandang satu-persatu orang di gazebo itu.

"Dina-are you alright?"Insyirah bertanya dengan berhati-hati.

"Mama..."ujar Dina agak lirih.Kedua pelupuk matanya nampak berair."I want to see her now.Please take me there,"

"It's okay,I can drive you to your mama,"Abah tiba-tiba menawarkan diri.

"No Abah!I'll drive!"Insyirah tiba-tiba menyampuk kerana tidak mahu melibatkan Abahnya dalam masalah yang melanda Dina.Dia tidak mahu Abah tahu apa yang berlaku.Biarlah ianya menjadi rahsia antara dirinya dan Dina.Lagipun,Insyirah sudah mempunyai lesen kereta cuma jarang memandu sahaja.

Abah membenarkan Insyirah menggunakan keretanya.Insyirah membawa Dina ke tempat mama dia.Dia memandu dengan tenang namun sekali-sekala menoleh kearah Dina yang gelisah sejak awal perjalanan lagi.

"Syii, boleh cepat sikit?"

"Sabar!Aku tengah bawa lajulah ni.Hah,kat mana rumah mama kau?"

"Bukan rumah tapi hospital,"

Insyirah menjadi tidak sedap hati mendengar perkataan hospital itu.Menurut Dina,mamanya berada di hospital kerana sakit.Sakit apa Insyirah tidak tahu kerana Dina tidak pernah memberitahu mamanya sakit sebelum ini.

Disingkatkan cerita,mereka tiba di depan bilik wad kelas pertama.Dina mahu membuka pintu namun dia menghentikan perbuatannya.Satu keluhan panjang dilepaskan lalu menoleh kearah Insyirah.

"Kau okey?"Insyirah bertanya dan Dina mengangguk perlahan.Pintu dibuka dan mereka berdua masuk ke dalam.

Kelihatan seorang wanita sedang terlantar di katil dengan pelbagai wayar berselirat.Di sisi wanita itu kelihatan seorang lelaki Inggeris yang nampak berusia sedang memegang erat tangan wanita itu.Dia terkejut melihat kedatangan Dina dan Insyirah.

"Dina?"ujar lelaki itu dengan agak sedikit teruja melihat Dina di hadapan mata.Insyirah mengagak lelaki ini papa Dina ataupun dikenali sebagai Encik Hughes.

Dina memandang kosong kearah papanya dan tidak membalas apa-apa lalu mendekati mamanya yang terlantar sakit.

Ini kali pertama Insyirah bertemu kedua ibubapa Dina.Sebelum ini hanya melihat melalui gambar-gambar yang ditunjukkan Dina sahaja.Insyirah mendapati mama Dina ataupun dikenali Puan Sarah nampak tenang walaupun dalam keadaan tidak sedar.

"Mama..."Dina mengambil tangan mamanya lalu dikucup lembut."Dina dah datang,"

Puan Sarah tidak memberi reaksi.

"Mama jangan tinggalkan Dina ya?"Dina bersuara dengan nada yang sebak lalu mengucup tangan Puan Sarah banyak kali."Mamakan dah janji takkan tinggalkan Dina?Ingat tak?"

Puan Sarah masih membisu.

"Mama,jawablah..."Dina mula merengek kerana setiap pertanyaannya tidak dijawab langsung oleh Puan Sarah.

"Dina,mama kan tak sedar..."

"Tak!Papalah punca mama macam ni!"tiba-tiba Dina menjerkah Encik Hughes dan merenung tajam kepada papanya itu."Mama stress dan jadi macam ni!Kalau papa tak ceraikan mama,benda ni takkan berlaku!"

"Dina..."Insyirah memegang bahu Dina cuba untuk menenangkan sahabatnya itu.

"Dina dah salah faham,"kata Encik Hughes nampak berhati-hati.

"Part mana Dina salah faham?Dina tahu semuanya!Dina bukan lagi budak-budak!Dah,pa.Baliklah Perth sana!Pergi balik kat bini papa satu lagi!"balas Dina kasar tidak memperdulikan perasaan Encik Hughes yang nampak tersinggung dengan kata-kata Dina apatah lagi disaksikan Insyirah di situ.

"Papa takkan ceraikan mama,"

"Tipu!Tipu!Tipu!Papa sebenarnya dah lama 'ceraikan' mama.Papa tinggalkan mama dan balik pada perempuan tu!"

"Dina kena faham yang papa ada anak lain selain Dina!"

"Alasan!Semua tu alasan untuk tutup kesalahan papa!Papa cakaplah yang papa masih sayangkan perempuan tu!"

Tiba-tiba mesin denyutan jantung berbunyi menandakan degupan jantung pesakit tidak stabil.Kelihatan nafas Puan Sarah turun-naik.

"Mama?"Dina terkejut apabila mendapati Puan Sarah mula nazak.Dia mengenggam tangan Puan Sarah erat-erat."Mama,jangan tinggalkan Dina!"

Encik Hughes segera menekan butang merah di dinding dan tidak lama selepas itu seorang doktor perempuan dan beberapa orang jururawat hadir.

"Sila beri ruang!"

"Mama!"Dina mula meraung memanggil mamanya beberapa kali.Insyirah menarik badan Dina yang seolah tidak mahu berenggang dengan Puan Sarah.Dia membawa Dina jauh dari katil.Langsir yang berada di sekeliling katil Puan Sarah ditutup.

Namun tidak lama dan doktor perempuan itu keluar semula.

"I'm sorry-"doktor perempuan itu merenung wajah mereka bertiga satu-persatu lalu menghembus perlahan."Tuhan lebih sayangkan dia,"

"Mama!"Dina terus menyelak langsir dan meluru kearah Puan Sarah lalu badan mamanya digoncang kuat.Dia memanggil mamanya berulang kali sambil menangis teresak-esak.

"Jangan pergi...."Dina memegang erat tangan Puan Sarah."Ma jangan tinggalkan Dina!Dina merayu ma!"

Dina mengucup tangan mamanya beberapa kali.Puan Sarah langsung tidak menunjukkan apa-apa respon.

"Dina..."panggil Insyirah perlahan.Dia sebenarnya sebak melihat Dina dalam keadaan sebegitu.Selalunya Dina ceria dan jarang menagis.Hari ini menujukkan betapa lemahnya seorang Medina Adzlynn apabila kehilangan orang yang disayanginya.

"Mama dah janji yang mama takkan tinggalkan Dina!"Dina memeluk Puan Sarah dan menangis pada badannya pula."Mama kata nak tengok Dina graduate.Mama kan dah janji nak tengok Dina kahwin nanti.Mama dah janji nak susah senang dengan Dina.Mama dah janji!Mana janji mama?Jangan tinggalkan Dina!Dina tak ada sesiapa selain mama!"

"Dina..."kali ini Encik Hughes memanggil Dina.Dia menyentuh bahu Dina lembut.

"Tak!Jangan sentuh Dina!Ini semua salah papa!"Dina bangun lalu menepis tangan Encik Hughes kasar.

Encik Hughes terpempam.

"Ini semua salah papa!Dina takkan maafkan papa sampai bila-bila!Dah papa,pergi balik dekat bini papa yang satu lagi!Pergi!"jerit Dina kuat seperti orang kerasukan.Insyirah segera memeluk Dina dan menariknya jauh dari katil.

"Dina!"panggil Insyirah tegas dan memaksa Dina pandang ke mukanya.

"Syii,lepaskan aku!Aku nak bagitahu dia yang dia bukan penting buat aku!"

"Dina,sabar!"Insyirah memeluk Dina erat-erat dan membisikkan kata-kata semangat pada sahabat baiknya."Jangan salahkan papa kau.Sudah masanya mama kau pergi,"

"Mama aku takkan pergi kalau dia tak balik pada perempuan tu!Dasar penipu!Aku tahu dia cuma main-mainkan mama je!"Dina meraung kuat lalu menangis teresak-esak.Dia bersandar pada bahu Insyirah dan terus-terusan menangis untuk menunjukkan kekesalannya.

"Aku tak kuat...Syii..aku tak kuat,"Dina meluahkan isi hatinya sambil tersedu-sedan."Aku tak ada sesiapa kat dunia ni,"

"Kau ada aku,Dina."bisik Insyirah sambil mengusap belakang Dina lembut."Kau ada aku.Simpan aku dalam hati kau walau ke mana-mana kau pergi.Aku akan sentiasa ada untuk kau.Aku janji akan sentiasa bersama kau,"

Dan Insyirah membiarkan Dina terus menangis andai menangis mampu membuatkan hatinya lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience