BANG!
BANG!
Aku menyangka nyawaku sudah melayang namun sebaliknya ada sesuatu terpercik ke mukaku.Aku dapati ianya darah!
Lelaki India yang berdiri berhampiran aku tadi rebah jatuh ke bumi.
"SILA LETAKKAN SENJATA ANDA!"
Suasana bagaikan medan pertempuran.Bunyi tembakan berlawanan antara kroni Ben dan beberapa lelaki berjaket hitam yang tiba-tiba keluar dari semak-samun tidak jauh dari kami semua.
Aku tercari-cari Rosa dan dia berseorangan menangis ketakutan.Dia menutup kedua telinganya sambil memejamkan mata.Diana cuba mendapatkan Rosa namun Ben segera menariknya.
"Argh let me go!!!"
Diana meronta-ronta apabila Ben merangkulnya dari belakang.Muncung pistol dihalakan tepat pada kepalanya.
"Shut the fuck up!"Ben memarahi Diana dan memaksanya menjadi pelindung dari sasaran tembakan.
"You shoot me I'll shoot her!"Ben memberi amaran kepada sekumpulan lelaki berjaket tadi.
"Diana!"Aku menjerit kearahnya dan Diana memandang aku dengan wajah yang sangat ketakutan.
"You shut up!"Ben juga menghalakan pistolnya kepadaku juga memberi amaran.
"LETAKKAN SENJATA ANDA!"salah seorang lelaki berjaket tadi mengarahkan Ben berbuat demikian namun Ben nampak tidak mahu mengalah.
"Back off!!!"Ben menekan muncung pistol pada dahi Diana sekuat hatinya kerana marah."I said you back off!!!"
Diana pula sudah menangis teresak-esak.
BANG!
BANG!
BANG!
Kedengaran tembakan telah dilepaskan dari jarak jauh mengena pada Ben menyebabkan lelaki tak guna itu berteriak kesakitan namun,
"Diana!!!"menjerit aku sekuat hati melihat Diana pula jatuh terkulai ke tanah.Aku segera menghampiri Diana dan melutut disebelahnya.Aku dapati darah membuak keluar dari leher Diana.
Terbuntang mataku kerana tak menyangka salah satu tembakan tadi datang dari Ben namun tersasar ke lehernya!
"Diana!Bertahan!Jangan pergi!"
Diana hanya memandang sayu kearahku.Bibirnya agak payah mengukir senyuman kerana menahan kesakitan yang perit sekali.
"Jaga Rosa baik-baik,"Air mata Diana mengalir di pipi."Jadi ibu yang baik juga,"
Aku mengangguk laju sebelum mengajarnya Diana mengucap.Diana mengucapkan dua kalimah syahadah dengan lancar sebelum menghembuskan nafas terakhir disisiku.
"Diana!!!"Aku meraung namanya sekuat hatinya."Bukan masanya..."
Aku merasakan bahuku disentuh dan muncul beberapa paramedik mendekati kami berdua.Segalanya berlaku begitu pantas sekali.Diana diangkat ke stroller dan dibawa masuk ke dalam ambulance.Aku dipapah oleh seorang doktor perempuan untuk dirawat.
"Mana Rosa...budak perempuan tu..."
"Dia ada dalam ambulans.Jangan risau dia selamat,"
Beberapa langkah sahaja berjalan,pandanganku jadi gelap.
???
Perlahan aku membuka kedua mataku.Cahaya putih masuk menyilaukan pandangan.Aku gagahkan jua untuk melihat sekeliling dan untuk mengetahui keberadaanku.
"Syii?"
Suara lelaki menerjah ke dalam pendengaranku.
"Awak dah sedar!Doc!"Dia terus bangun dan menekan butang merah di tempatku.
Tidak lama selepas itu,seorang doktor dan seorang nurse perempuan masuk ke dalam bilikku ini memeriksa keadaan aku.
"Nama siapa?"
"Insyirah."Aku jawab soalannya walaupun kepalaku sangat sakit sekarang ini.Berdenyut-denyut melihat mereka silih ganti.
"Rasa-rasanya tahun ni tahun apa?"
"Tahun apa?2017 bukan?"
"Alhamdulillah patient normal.Ada mana-mana sakit?"
"Kepala saya sakit doc.Berdenyut sangat,"
"Maybe Cik Insyirah terlalu lama tak sedarkan diri.Tak apa,I'll give some medicine for you later,"
"Thanks doc,"
"Have a good rest,"
Aku sekadar mengangguk.
"Dah lama ke saya tak sedarkan diri?"
"Dari semalam but it's okay.Awak tak injured mana-mana pun,"
"Awak jaga saya ke dari semalam?"
"Eh pandai-pandai awak je.Saya baru sampai.Puteri yang mintak tolong saya tengokkan awak kejap sebab dia nak keluar,"
"Maksud awak Puteri la yang jaga saya?"
Asyraf mengangguk.
"How long I've been missing?"
Asyraf diam sebentar,mungkin cuba ingat berapa lama aku hilang."Almost three days I guess."
"How about yours?Haritu awak kena langgar?"
"I'm fine don't worry."Asyraf senyum dan suasana menjadi canggung seketika.
"Keluarga Zayn sangat ambil berat pasal awak,"tiba-tiba Asyraf bersuara.
"Ya,saya tahu."Aku menjawab perlahan,mengakui hakikat itu."Rosa mana?"
"Dia.."Asyraf bagaikan ketandusan kata-kata.
"Saya tanya Rosa mana?"aku bertanya lagi dengan nada serius.
"Dia demam..."
"Dia kat mana?Saya nak jumpa dia!"
"Syii,awak belum sihat lagi"
Aku tak peduli dengan apa yang nurse tu cakapkan Yang penting sekarang ini aku perlu di sisi Rosa.Aku segera turun dari katil dan berjalan keluar dari bilik wad itu.Kakiku laju menghampiri lif.
"Syii,awak masih belum stabil lagi,"tambah Asyraf lagi.Dia cuba menghalang laluan aku daripada menghampiri lif hospital.
"I don't care,"aku mula bengang dengan tindakan dirinya.
"Dengar sini,awak belum pulih,"
"It doesn't matter Asy!Rosa needs me more.Just bagitahu saya dia kat mana?"Aku cuba berlembut dengan Asyraf.Aku terdesak,ya aku sangat desperate nak jumpa Rosa.Anak aku.
"Okay,if you really want,"Akhirnya Asyraf mengalah.Dia membawa aku ke tingkat atas atau lebih tepat wad kanak-kanak.
Kami melepasi beberapa katil sebelum terjumpa katil Rosa.Semua agak kaget melihat aku disitu termasuk Zayn.
"Syii?Awak dah sedar?"Puteri nampak terkejut.Aku senyum sahaja sebelum menghampiri Rosa diatas katil.
"Dia okay tak?"
"Doktor cakap high fever.Maybe trauma sebab peristiwa semalam."Zayn menjawab persoalan aku tadi.Aku sempat mengusap kepala Rosa yang masih lena itu sebelum mengucupnya lembut.
"Ben macam mana?"
"Why did you still care about him after what he had done to us?"
"I wasn't care!I don't want to risk Rosa's life again!She's still innocent kid!What if you're in her shoes?Seeing her mother's died!?"aku meluahkan segala kegeraman yang ada membuatkan Zayn terpana.
"I was there Zayn."tambah aku lagi.Zayn menghela nafas panjang.
"I want mummy..."Tiba-tiba Rosa mengigau.Kedua matanya perlahan celik.
"I'm here,"aku mengusap kepala Rosa lembut.
"But I want mummy..."Rosa menjawab agak lemah sekali.
Zayn datang menghampiri Rosa dan memeluknya."Daddy's here,"
"Where's mummy?"Rosa bertanya perlahan.
"She will come soon,"Zayn seolah tidak sampai hati mahu berterus-terang.Dia hanya mahu menyedapkan hati Rosa sahaja.Rosa diam dalam pelukan Zayn.
??????
Jenazah Diana disempurnakan mengikut agama Islam dan diuruskan oleh Kedutaan Australia sebelum dihantar pulang ke sana.Kedutaan Australia juga sudah memaklumkan kepada keluarga mangsa untuk diserahkan kepada mereka.
Ben masih terlantar di hospital akibat kecederaan yang dialaminya dan masih dibawah tahanan polis.Zayn sudah membuat dakwaan terhadap Ben kerana membunuh Diana dan menculik aku dan Rosa.Kini,kami menunggu proses untuk naik mahkamah sahaja.
Bercerita tentang Rosa,Zayn membuat keputusan mengambil hak penjagaan sepenuhnya terhadap Rosa selepas pemergian Diana.
Harini aku dapat keluar dari hospital dan pulang ke rumah keluargaku di Seremban.Aku mengemas apa yang patut memandangkan sudah lama aku tidak pulang sejak peritiwa culik hari itu.
Semasa sedang mengemas,aku terpandangkan laptop lama aku diatas meja belajar.Aku membuka laptop itu dan menyelongkar isinya.Entah kenapa aku tergerak hati mahu membuka kotak inbox emel aku yang sudah berhabuk itu.Terdapat banyak emel masuk namun kebanyakkannya lebih kepada emel spam.Semua aku buang kecuali satu emel personal yang sangat aku kenali.
Rupanya dari Diana.
To :
From :
Emel ini dihantar tiga hari sebelum aku kena culik.
Subject : Kebenaran
Assalamualaikum Insyirah
Saya ingin berterus-terang dengan awak tapi saya tak tahu bagaimana caranya.Saya takut awak tak boleh terima semua ini dan menganggap saya macam-macam.Walau apapun,rahsia ini harus diberitahu.
Atikah Rosa Malik anak Zayn dengan awak Syii.
Saya tak berniat mahu pisahkan Rosa dari awak.Saya sebenarnya takut kehilangan Rosa.Dalam pada masa yang sama,saya cemburu,tapi saya rasa sangat berdosa.Berdosa kerana menafikan hak awak sebagai ibu kandung Rosa.
Saya mahu berkahwin dengan Zayn bukan sekadar saya cintakan dia,kerana lebih memikirkan Rosa masih perlukan kasih sayang ayah sepenuhnya.Dan awak pula sudah berkahwin dengan orang lain masa itu.
Saya perasan Rosa banyak mewarisi awak cuma awak yang tak menyedarinya dan menganggapnya satu kebetulan.
Jagalah Rosa baik-baik seperti mana saya jaga dia sebelum ini.Berikan kasih sayang sepenuhnya.
Kerana dia amanah awak dan Zayn.
Kalau awak masih tak berpuas hati,boleh hubungi saya dan kita boleh selesaikan masalah ini.
Yang benar;Diana Hughes.
Emel dari Diana aku baca berulang kali seolah tak percaya dengan apa yang dia sampaikan ini.Rupanya,Diana sudah lama ingin memberitahunya tapi silap aku juga tak bacanya melalui emel.
Yang penting sekarang ini Rosa ialah amanahku.
Aku forward' kan emel itu pada emel Zayn.Aku tak tahu dia sudah tahu atau tak.Ini bukti pengakuan Diana dan Zayn harus tahu tentang itu.
Klik 'Send'.
Share this novel