BAB 44

Romance Completed 9546

Zayn

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba.Aku sempat menelefon Insyirah sebelum berangkat.Insyirah tidak dapat menghantar kami ke lapangan terbang kerana menjaga Rosa yang tiba-tiba demam pula hari ini.Memikirkan tentang Rosa,aku akan merinduinya selama dua minggu ini sepanjang di Tanah Suci nanti.

"Assalamualaikum Syii,"

"Walaikumussalam Zayn,"suara Insyirah lembut menjawab panggilanku ini.

"Macam mana dengan Rosa sekarang?"sengaja aku memulakan perbualan dengan bertanyakan tentang keadaan Rosa walaupun aku sudah tahu semuanya.

"Alhamdulillah,dah okey sikit.Kalau tak badannya panas je dari malam tadi,"

Senyuman terukir di bibirku saat mendengar khabar baik dari Insyirah tentang anak perempuan kami itu.

"I call ni bukan apa,cuma I nak minta maaf kalau I ada buat salah dengan you.Well,dari kita kahwin dulu dan sekarang ini,"

Kedengaran Insyirah ketawa kecil."Zayn,I dah lupakan semua tu,which means I dah maafkan semua kesalahan you.Lagipun I jugak ada silapnya so kita kosong-kosong ya?"

Aku ketawa juga sebelum menyambung,"I nak pergi umrah ni,doakan yang terbaik untuk I,"

"You dah nak pergi sekarang ke?"

Kelihatan Tok Mah menghampiriku dan memberi isyarat siapa yang menelefon.Aku perlahan berbisik nama Insyirah.Dia senyum-senyum sahaja bila mendengarnya siap suruh aku sampaikan salamnya pada perempuan itu.

"Ya."Aku menyambung kata-kata,"Tok Mah kirim salam pada you,"

"Walaikumussalam.Rindu Tok Mah.Dah lama tak jumpa sebab busy,"

Tok Mah pernah beritahu aku yang Insyirah memang melawat dia setiap kali hujung minggu.Macam-macam Insyirah bawakan untuk Tok Mah,apalagi Tok Mah sukalah.Walaupun kami sudah tiada apa-apa ikatan,Tok Mah masih menganggap Insyirah cucunya.

"Syii...."

"Ya?"

Aku rasa sekarang ini masanya untuk aku berterus-terang tentang perasaanku pada Insyirah.

"Syii,andai kita masih ada jodoh,sudi tak you kembali pada I semula?"

Insyirah diam.Mungkin terpana kerana mendengar luahan perasaanku sebentar tadi.

"I tak mahu jawapannya sekarang.Fikirkan dulu.Lepas I balik umrah,you boleh bagi jawapannya,"Aku tak mahu mendesak Insyirah,aku tahu dia perlukan masa.Ada dua minggu lagi untuk Insyirah fikirkan.Lagipun dia baru sahaja habis iddah.

"Okay la got to go.I kena pergi dulu,"aku mahu menamatkan panggilan kerana panggilan penerbangan ke Jeddah sudah berkumandang saat ini.

"Be safe and take care,"Insyirah sempat menitipkan pesan buatku agar berhati-hati sepanjangku mengerjakan umrah.

"I will Assalamualaikum,"

"Walaikumussalam."

Aku senyum sahaja walaupun panggilan sudah diputuskan.Telefon pintar ditukarkan kepada flight mood sebelum dimasukkan ke dalam kocek jubahku.

"Zayn!"Puteri memanggil dari jauh dan dia melambai kearahku.

"Coming!"aku menyambut lambaiannya dan bergerak turun ke pintu imigresen bersama.

Sepanjang tujuh tahun ini,banyak perkara berlaku pada aku sejak mengenali Insyirah Imran.Aku tidak tahu mengapa aku terlalu mencintai dia dulu.Perasaan ini terlalu kompleks dan sukar aku luahkan bagaimana dan apa rasanya.Dan yang pasti ya,aku masih cintakan wanita yang bernama Insyirah Imran.

Pertama kali terpandangkan dirinya masuk ke dalam lobby UNSW semasa pendaftaran pelajar tahun pertama itu,aku merasakan dialah bakal menjadi peneman hidup aku.Isteri dan mummy kepada anak-anak aku pada masa akan datang.Mungkin bunyinya klise tetapi bagi bad boy seperti aku,klise ke bunyinya?

Ada sebab mengapa aku jadi budak nakal.

Kerana kehidupan memaksa aku menjadi seperti itu.Perkara yang aku tidak suka sekali.Namun,kelamaan ia menyeronokkan.Sama seperti kita buat dosa kecil,jika tidak berhenti maka dosa yang dikumpulkan semakin lama semakin banyak.

Zayn Javadd Malik.

Ya itu nama penuhku.Dilahirkan dan dibesarkan di tanah Victoria,Australia oleh keluarga muslim memang kedengaran biasa tetapi pernahkah terfikir kami menjalani kehidupan bagaimana?

Masih segar dalam ingatan aku beberapa peristiwa yang menyedihkan ketika aku masih kecil lagi.

"Mummy,bye!"

"No honey,I'm gonna catch you!"

Mummy geletek badanku berkali-kali.Geli sangat sampai aku ketawa kuat-kuat.Aku tak tahan geli sumpah.

Masa itu kami berdua joging di taman.Aku yang ajak sebab aku mahu bersiar-siar di luar.Dalam pada masa yang sama,aku dapat meluangkan masa dengan Mumny sebab dia selalu sibuk dengan kerjanya.

Tiba-tiba seorang perempuan Aussie ni datang dekati kami dan menyentap hijab Mummy.

"What are you doing?"Mummy terkejut dengan tindakan perempuan Aussie itu dan mahu merampas kembali hijabnya.Namun perempuan itu mencampakkan hijab itu jauh dari kami.

Tanpa disangka,dia terus menyerang Mummy.Dia tarik rambut Mummy dan mencarut entah apa-apa.Mummy bergelut untuk melepaskan diri tapi perempuan itu mula mengasarinya tanpa sebab.

"Get off from my mummy you monster!"aku mengigit pengelangan tangannya membuatkan perempuan jahat itu menjerit kesakitan.Dia menedang aku jatuh ke tanah sehingga spek mata aku tercabut.

Pandanganku kabur tiba-tiba.Aku tidak nampak jelas sekelilingku.Yang pasti masih kedengaran suara mummy menjerit kesakitan diselangi suara perempuan itu mencarut entah apa.

"Mummy!"

"Zayn honey!"

Aku meraba-raba sekeliling kerana rabun aku memang sangat tinggi.Aku merasakan tanganku dipengang lantas aku ditarik ke dalam pelukan seorang perempuan.Bau badannya sangat aku kenali.Mummy memelukku erat.

"Are you okay honey?"Mummy mencium ubun-ubunku dan memelukku banyak kali.

Aku mengangguk laju dan cuba memfokuskan pandanganku pada wajah Mummy.

Ya Allah,luluh hatiku saat melihat wajah Mummy.Dahinya nampak sedikit tercalar.Bibirnya habis basah dengan darah pekat.Kepalanya yang ditutupi hijab tadi entah hilang kemana.Rambutnya kelihatan kusut sekali.

Apa silap Mummy?Kenapa mereka buat Mummy seperti ini?

"Auch!"Mummy berdecit ketika mahu berdiri,mungkin masih terasa sakit akibat ditolak perempuan jahat tadi semasa kami duduk berdua di taman ini.

"Where's your hijab Mummy?"

Mummy melihat sekeliling lalu pergi ke suatu tempat.Dia kembali dengan hijabnya yang sudah kotor dengan lumpur.Wajahya jelas mahu menangis namun Mummy cuba tidak mahu menunjukkan padaku.Dia memakai semula hijabnya dan menarik tanganku untuk pulang.

"Patricia!"panggil arwah Daddy nampak cemas sekali.Mummy segera memeluk Daddy dan menghamburkan segala kesedihannya pada bahu Daddy.Daddy sempat memberi isyarat kepadaku supaya naik ke bilik.

"She almost killed us!Sbe almost killed our son!"

Aku tak masuk ke dalam bilik sebaliknya duduk di tangga yang paling teratas.Mahu mendengar kata-kata Mummy tentang tadi.

"Calm down Trisha.Zayn might hear what did you just say,"Daddy menegur Mummy supaya berhati-hati bila bercakap.

"Why people are doing this to us?Why people always thinking Muslims are bad people?All because we're look like terrorist?"Luahan Mummy diselangi esakan yang kuat.

"They're afraid,that's why,"

"They're afraid of something they even know nothing about it!Stupid people!"Suara Mummy meninggi membalas kata-kata Daddy.

Kedengaran Mummy menangis lagi,meluahkan betapa sedih dan kecewanya kepada masyarakat kini.Daddy kedengaran memujuk Mummy,memberikan kata-kata perangsang supaya Mummy sabar dalam menghadapi kehidupan.

Aku masih ingat lagi ketika aku berusia lapan tahun.Kami menerima jiran baru ketika musim luruh tiba.

"Hello!"

"Hi!"jawabku apabila seorang budak perempuan mungkin seusiaku menegur ketika aku sedang mengemas halaman rumah.

"What's your name?"

"Zayn,"

"Mandy.Nice to meet you Zayn,"

Aku menggeleng.Daddy mengajar aku supaya menjaga pergaulan dengan perempuan bukan mahramku.

"Kenapa awak tak sambut tangan saya?"ujar Mandy nampak sedikit kecewa dan malu mungkin kerana aku menolak untuk berjabat tangan dengannya.

"Saya tak boleh,"

"Why?"

"Daddy said don't,"

"Dia tak benarkan awak berkawan dengan perempuan?"tanya Mandy lalu angkat kening.

"No!"balasku lalu tergelak kecil."It's complicated to say but I can't touch your hand,Mandy,"

"Why not?Tangan saya bersih dan saya sentiasa basuh dengan sabun,"

Aku mula garu rambut tidak tahu nak jelaskan bagaimana lagi.Yalah,masa itu aku masih lagi berumur enam tahun dan dalam proses mempelajari tentang Islam.

Tetapi Mandy tetap berkawan denganku.Kami banyak meluangkan masa bermain bersama.Dan kami juga bersekolah di sekolah yang sama.

Sehingga suatu hari.

"I don't want your son sees my daughter again!"

Ayah Mandy datang ke rumah dan menerjah Daddy yang sedang membasuh keretanya.Aku curi-curi lihat mereka dari tingkap tingkat atas rumah.

"Why sir?Anything's wrong with my son?"Daddy nampak tenang sekali.Dia membasuh kedua tangannya yang penuh dengan sabun sebelum kembali fokus kepada ayah Mandy.

"He teached my daughter to do some stupid yoga action.And my daughter always practicing it every night!"Ayah Mandy meluahkan ketidakpuasan hatinya dan dalam masa yang sama cuba untuk tidak memarahi Daddy.

"Stupid yoga action?"Daddy nampak bingung.

Ayah Mandy seolah cuba menjelaskan lebih terperinci namun Daddy blur sahaja.Dia pergi dengan wajah yang bengang.

Aku menghampiri Daddy yang duduk berseorangan di depan tv.

"Daddy?"

"Yes?"Daddy senyum melihat aku berdiri di depannya.

"I'm sorry,about what happened to Mandy,"

"Zayn,it is not all your fault."Daddy mengusap rambutku lembut.Dia menarik aku supaya duduk di sebelahnya."Zayn buat perkara yang baik,"

"What doesn't mean by good things Daddy?"

"You showed your friend how beautiful Islam is it."Daddy mengambil kedua tanganku dan mengenggamnya erat."I'm so proud of you my son.Very proud,"

Daddy memuji tindakan aku?Aku merasakan terharu mendengarnya.Masa itu,aku belajar cara-cara solat dan berkongsinya dengan Mandy.Mandy pula suka mengikut apa yang aku buat.

Terrorist.Pengganas.Itu yang mereka gelarkan kepada kami.Aku tak faham kenapa mereka terlalu membenci Islam.Kata Daddy,semuanya bermula daripada peristiwa 11/9.

Sebuah pesawat telah melanggar Pusat Dagangan Dunia Amerika dan menyebabkan ramai rakyat US mati dalam peristiwa tersebut.Pihak media US melaporkan pesawat yang melanggar menara itu dipandu oleh seorang muslim berani mati bernama Osama bin Laden.Peristiwa itu meninggalkan kesan yang mendalam bagi keluarga mangsa dan menganggap semua orang Islam ialah pengganas dan mereka sangat takut.

Dan 'penyakit' ini merebak ke serata dunia tak kira usia.Mereka berfikiran yang Islam perlu dihapuskan serta-merta dari bumi ini.Mereka mencederakan orang Islam dan bertindak menghalau orang Islam dari negara mereka.

Perkara ini sungguh menyedihkan kami semua.Andai mereka takut dengan Islam,mengapa sampai begitu sekali mereka buat kepada kami?Sedangkan kami sendiri takut kepada mereka.Dan siapa pula yang menjadi pengganas sekarang ini?

Sejak beberapa peristiwa malang itu,aku berubah.Aku berubah untuk menjadi kuat,menjadi pelindung buat keluargaku.Aku tidak mahu keluargaku dihina begitu sekali.

Aku mula belajar boxing.Aku sanggup kumpul duit semata mengikuti kelas boxing yang diadakan setiap hujung minggu.Aku masih ingat yang mengajar aku itu Fred.Dia turunkan segala ilmu yang ada untuk aku.

Dalam dua minggu sahaja,aku berjaya menguasai ilmu boxing.Fred suruh aku masuk gelanggang.Orang pertama yang aku lawan ialah Giant Red.Lelaki itu lebih besar daripadaku.Aku tak peduli langsung betapa sakit dia tumbuk muka aku berkali-kali.Walaupun kalah,hatiku masih berjuang.Aku percaya aku akan menang suatu hari nanti.

Aku tak pernah tertinggal sebarang perlawanan.Semua arena aku masuk.Fred nampak perubahan baik aku.Dia yakin aku boleh berjaya.

Lima tahun aku bergelumang dalam dunia boxing ini.Sepanjang lima tahun ini aku telah banyak kali menang perlawanan.Dan aku juga banyak berkenalan dengan perempuan.

Heh.

Aku start keluar dengan perempuan masa umur 15 tahun.Namanya Irene.Berambut curly brown dan mata yang menawan.Juga curve badan yang menarik.

Banyak perempuan aku keluar,tak ingat siapa nama mereka.Yang aku ingat seorang perempuan blonde nama Janet.Dia kenalkan padaku betapa seronoknya berada di ranjang.Dan dialah punca aku hilang teruna.

Bertukar perempuan seperti bertukar baju.Macam-macam perempuan datang dalam hidup aku.Tambahan aku memang terkenal di sekolah tinggi,aku sentiasa menjadi perhatian orang lain.

Sehinggalah seorang budak baru ini muncul dalam kehidupan aku.

Namanya Alexander Lee.Dan dia Malaysian.

Tipulah aku tak suka Malaysian ada disini.Mestilah aku terima dengan hati terbuka.Akulah orang pertama dia berkawan dalam sekolah tinggi ini.

Alex baik orangnya.Dia dihantar ke Melbourne oleh ayah dan mak angkatnya.Kata mereka,supaya Alex pandai menjaga diri.Sejauh mana aku tak pasti tapi aku tahu Alex ada banyak menyimpan rahsia.

Aku dan Alex memang rapat,dah macam adik-beradik.Selalu bawa balik rumah.Daddy pun suka jumpa Malaysian.

Suatu hari,aku dapat tahu Alex ada crush kat Lucy,ketua cheerleader sekolah kami.Alex ni pemalu,jadi dia sentiasa lihat Lucy dari jauh sahaja.

"Kau tak nak ajak Lucy pergi homecoming?"Aku menyuarakan usul kepadanya seminggu sebelum Homecoming Event di sekolah kami.

"Bukan tak nak tapi aku takut.Macam mana Lucy tolak?Atau Lucy dah ada partner?"Alex mundar-mandir di dalam bilikku sementara aku sibuk melayan X-Box.

"Belum cuba belum tahu bro!Be gentleman!Kau lelaki ke perempuan?"aku membalas kata-katanya ketika bermain."Ataupun pondan?"

Alex masih ragu-ragu.Urgh.

Nak tak nak,aku patut tolong Alex dapatkan cinta hatinya itu.

Entah mana silap aku,Lucy itu tersalah anggap.Dia ingat aku sukakan dia dan dia pun menggatal denganku.Mula-mula dapat dibendung lagi namun perangai Lucy makin menjadi-jadi siap declare dia girlfriend aku.

Puih.

Dan rumours itu sampai ke pengetahuan Alex.Dia kecewa dan marah padaku.Dia ingat aku tikam belakangnya.Sumpah aku tak buat apa-apa.Ini semua Lucy punya pasal!

Alex mula dingin denganku.Aduh,aku paling tak suka bila bergaduh pasal perempuan.Chill okay?

Ada satu malam cilaka tu.Aku menyesal gila-gila sebab pergi!

Kawan aku,Josh adakan satu parti tertutup yang dihadiri kawan-kawan rapatnya termasuk aku sekali.Yang aku tak suka dalam parti itu ada Lucy sekali.Perempuan tu sibuk menggatal denganku sehingga naik rimas.Aku pun bodoh pergi minum air dia bagi last last aku bangun esok pagi atas katil sebelah dia.

Fuck fuck fuck.

Dan rumours tu sampai ke pengetahuan Alex!

Alex tak jawab sebarang contact aku dan dia tak datang sekolah langsung seminggu ini.Kinda weird but aku risau gila-gila.

Ada satu hari aku tergerak nak singgah rumah dia.Dia duduk sorang-sorang.Sampai rumah pintu tak berkunci.Aku panggil-panggil nama dia tapi tak menyahut tapi aku bau busuk sangat.Aku pun terus meluru masuk ke dalam biliknya.

Guess what I've found?

Alex bunuh dirinya sendiri!

Aku jatuh terduduk tengok dia.Ya Allah sumpah rasa nak menangis meraung tengok dia macam tu.Dalam beberapa minit aku terkaku kat situ sebelum call police.

Police cakap dia dah meninggal dunia around 3 days.Patutlah menyepi seminggu ni.Mungkin dia depression sampai bunuh diri.

Aku sayang kau Alex tapi kenapa kau buat macam ni?

Rumours spread like a wind in the school.Ramai anggap aku punca Alex suicide.I don't give a single fuck to them.Lantaklah nak kata apapun.

Habis je high school aku dapat tawaran ke UNSW.Aku pindah Sydney dan membawa diri sejauh yang boleh.Aku jarang balik Melbourne sebab teringatkan peristiwa malang itu.

Lama juga aku dibayangi peristiwa lama sehinggalah aku berjaya menjejakkan kaki ke tanah suci ini.Pertama kali melihat Kaabah di depan mata,air mataku terus mengalir tanpa henti.

Aku teringatkan betapa banyak dosaku telah lakukan sepanjang hidup ini.Dari aku kecil sehinggalah besar.Sungguh tidak terhitung banyaknya.

Aku banyak mendekatkan diri pada Allah,meratapi dan mengenang nasibku pernah tersasar dari agama.Aku tahu aku sangat jahil sekali.Bukan Daddy tak pernah menerapkan ilmu agama padaku tapi aku sendiri memilih untuk tak mengamalkannya.

"Zayn,"

Aku menoleh kearah Tok Mah yang mengambil tempat disebelahku.Kami ketika ini berada di Jabal Rahmah.

"Zayn okey tak?Tok nampak Zayn sedih je sejak tadi,"

Aku pandang Tok Mah lama lalu tersenyum kecil."Tak ada apa-apalah Tok.Zayn cuma kosong,entahlah.Mungkin Zayn teringat dosa lama agaknya,"

Tok Mah memegang bahu kanannku lalu menepuk beberapa kali."Zayn sudah bertaubat bukan?"

Aku mengangguk laju."Ya Tok.Zayn dah tak buat semua tu cuma Zayn teringat tiba-tiba.Zayn rasa malu sangat,tak tahu nak letak muka ni kat mana.Terlampau banyak dosa Zayn pada Allah,pada Mummy dengan Daddy,pada semua orang sekeliling Zayn.Zayn tahu Zayn silap,tapi Allah terima ke taubat Zayn ni?"

"InsyaAllah Zayn.Jika Zayn benar-benar ikhlas dan mahu berubah,dosa-dosa Zayn yang lama terus terhapus,"

"Tapi Zayn buat dosa besar Tok!Zayn rasa tak layak rasanya jejak kaki ke Tanah Suci ni.Rasa terhina dan sangat berdosa!Dosa-dosa yang tak terampun!"Aku merasakan getaran suaraku seakan mahu menangis.Aku cuba bertahan di hadapan Tok Mah.

"Menangislah Zayn,andai itu membuatkan Zayn lega,"suara Tok Mah juga bergetar.Dia mengusap belakang badanku berkali-kali.Aku masih lagi menangis di riba Tok Mah,melepaskan semua rasa kekesalanku yang tidak pernah aku luahkan kepada sesiapa melainkan kepadaNya.

"Tok masih mengaku ke Zayn cucu Tok Mah setelah Zayn buat benda terkutuk tu?"aku mahu mendengar penjelasan jujur dari Tok Mah.Aku tahu Tok Mah tahu tentang kegiatan jahilku dulu.

Tok Mah menyentuh pipiku seraya berkata,"Walau apapun berlaku,Zayn masih cucu Tok sampai bila-bila.Ia takkan mengubah hakikat sebab sudah lama tertulis di Loh Mahfuz yang Zayn tetap menjadi cucu Tok Mah."

"Terima kasih Tok sebab terima Zayn seadanya.Zayn sayang Tok,"Aku memeluk Tok Mah erat sekali.Dialah mak keduaku selepas Mummy.

"Tok Mah sayang juga Zayn,"Tok Mah membalas pelukanku juga erat.

Ya Allah terima kasih kerana memberi peluang padaku untuk berubah.Dan terima kasih kerana membenarkan aku menjadi tetamu di sini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience