BAB 39

Romance Completed 9546

Insyirah

"Kat mana ni?"

Mataku pejam celik pejam celik saat menyedari aku berada di tempat begitu asing sekali.Kepalaku berdenyut-denyut membuatkan aku berasa sakit sangat.Aku mahu menyentuh kepalaku namun aku merasakan kedua tanganku diikat pada kerusi kayu yang aku duduki ini.

Siapalah punya kerja mengikat aku kat kerusi ini.Serta-merta,aku teringatkan peristiwa tadi sebelum aku pengsan.Walaupum dalam keadaan mamai,aku masih mampu lihat dengan jelas wajah lelaki bertopeng itu tadi.

Aku memerhatikan sekeliling jika lelaki itu ada berdekatan denganku.Aku mendapati aku di dalam sebuah bilik yang gelap dan cahaya cumalah dari mentol yang berada betul-betul atas kepalaku.

"Hish ketatnya dia ikat!"bebelku sendiri sambil cuba melonggarkan ikatan yang mengikat kedua tanganku ini.

Arghhh!!!

Terkejut aku terdengar suara orang menjerit.Suara perempuan dan rasa dekat sangat.Kedengaran juga suara lelaki marah-marah dan derapan kaki mereka semakin hampir.

Bang!

Pintu terbuka.

Kelihatan seorang lelaki bertopeng tadi sedang menarik lengan perempuan masuk ke dalam.Kepala perempuan itu ditutup dengan plastik hitam.

"Argh menyusahkan betul kau ni!"

Lelaki itu mencampakkan perempuan itu betul-betul di hadapan aku.Kedengaran esakan kecil daripada perempuan tadi.

Sebaik sahaja lelaki bertopeng itu membuka plastik yang menutup wajah perempuan itu,aku tersentak apabila mendapati perempuan itu Diana!

"Diana!"aku menyeru namanya kuat sehingga Diana mengangkat wajahnya perlahan.Dia nampak sangat lemah dan tak bermaya.Rambutnya pula nampak serabai seolah tak disikat berhari-hari.

Lelaki bertopeng itu menolak Diana jatuh melutut di hadapanku.Diana mengaduh perlahan lalu mengangkat wajahnya kembali memandangku.Aku perasan bibirnya bergerak mengatakan sesuatu yang aku tak fahami.

"Hi Syii,"

Suara lelaki itu memang aku sangat kenali.Aku mencerlung tajam kearah kedua biji matanya lama."I know who you're.Kenapa kau buat macam ni pada kami?!"

Dia tergelak berdekah-dekah lantas mencabut topengnya lalu dicampakkan ke lantai.

"Siapa aku Syii?"

"Benjamin Lee,"

Dia menyambung gelaknya lagi membuatkan aku rasa sangat annoying.

"Awak memang kejam Ben!Sanggup buat macam ni pada kami berdua!"

Ben menghisap vape lalu menghembuskannya perlahan-lahan ke udara.

"Aku punya suka Diana.Kau nak tahu sesuatu?"Ben pandang Diana lalu senyum sinis."Permainan ini masih berjalan lagi."

"Permainan?"Diana tak faham apa yang Ben cuba sampaikan.Aku juga begitu.

Ben tak meneruskan perbualan namun mengeluarkan telefon pintarnya dan menelefon seseorang.

"Helo Dina Hughes,"

Aku dan Diana sama-sama terkejut mendengar kata-kata Ben.

"Ben?"suara Dina kedengaran kerana Ben menekan butang loudspeaker.

"Kat mana sekarang ni?"

"I kat rumah.You tahu yang Insyirah dan Diana kena culik semalam?!"

Ben sempat mengerling kearahku dan bibirnya masih lagi tersenyum sinis.

"Oh yakah?I tak tahu pun!Macam mana perkembangan mereka sekarang ni?"Ben sengaja buat-buat terkejut padahal dialah yang menculik kami berdua.

"I tak tahu.Sekarang ni Zayn masih siasat dalang semua ni.Dia pada mulanya syak Nazim buat tapi Nazim sendiri dalam penjara sekarang ni,"

Ben menahan gelak.Aku mengerling Diana dan mendengus geram.

"Kau ingat seronoklah simpan kami berdua!Apa yang kau nak dari kami hah?Apa salah kami?"

Ben mencengkam rahang pipiku dan merenung aku tajam."Okey la kau nak tahu sangat kan kenapa aku buat macam ni kan?"

"Dah cepatlah cerita kau ingat kami ni apa?"

Ben mencemik lalu menghembuskan asap rokoknya beberapa kali."Semuanya bermula daripada dua lelaki yang berbeza iaitu Zayn dan Nazim.Kau nak aku cerita si bangang yang mana satu?"

"Zayn!"serentak aku dan Diana berkata.

Ben pula gelak-gelak sambil menepuk tangan kuat beberapa kali."Hebat juga penangan Zayn ni kan?Haish,dia dari dulu sampai sekarang masih sama,"

"Sudah la tu,saya penat menunggu!"kali ini Diana pula memarahi Ben.

"Zayn Javadd Malik.Sepuluh tahun yang lepas,dia pernah berkawan baik dengan abang aku Alex.Kelas sama,rehat sama,semua kalau boleh bersama.Alex ibarat kembar Zayn,selalu ada di mana-mana.Alex masa tu,ada girlfriend.Namanya Lucy."

"Tapi si bangang ni tak pernah fikir hati kawan.Awek kawan pun nak caras.Dan Lucy tinggalkan abang aku.Abang aku kecewa sebab dia betul-betul serius dengan Lucy.Akhirnya dia bunuh diri,"

Aku perasan Diana sentap mendengar kisah itu.

"You mean Alexander Lee?Alex tu abang awak?"

"Awak kenal abang Ben?"

Diana mengangguk laju."Awak jangan nak reka cerita ya Ben!Zayn kena fitnah!Abang kau percaya fitnah tu and then bunuh diri!"

"Diam!Aku adiknya dan aku tahu the whole story!Lucy tinggalkan abang aku sebab dia mengaku terlanjur dengan Zayn!Babi!Semua perempuan dia nak!"

Ben meramas rambutnya dan menghembus nafas kasar."Aku sedih sebab aku tak ada sesiapa selain abang aku!"

"Kau masih mak ayah bukan!Kenapa kau cakap kau tak ada sesiapa pulak!"kali ini aku memarahi dirinya.

"Mereka bukan mak ayah aku bodoh!Mereka cuma keluarga angkat yang pentingkan nama dan harta!"Ben memaki hamun aku lalu menendang kerusi satu lagi sehingga terpelanting jauh dari kami berdua.

"Dan Nazim,seorang lagi si bangang sama macam mak dia.Maria tu goda ayah aku sehingga ayah aku tergamak tinggalkan mak aku!Mak aku stress dan akhirnya meninggal dunia!"

"Kenapa nak libatkan Nazim atas kesalahan mak dia?Yang dah lepas biarlah lepas-"

"Eh kau diam!Aku belum habis cerita lagi!"

Aku merengus kasar.

"Sebab tu aku buat rancangan.Rancangan yang makan bertahun-tahun lamanya dan berhasil.Ianya bermula daripada kebakaran tu-"

"Kaulah punca kebakaran rumah Nazim dulu kan?!Fuck you Benjamin Lee!"aku mula naik angin apabila mendapat tahu kenyataan yang Ben pernah membunuh orang sebelum ini dan punca Nazim menjadi yatim piatu.

"Tapi malangnya,anak Maria tu hidup lagi!Aku geram dan bersumpah menghancurkan kehidupan semua keturunannya termasuk Nazim!"

"Kau dah gila ke?!"Mahu sahaja aku mencekik Ben ini sekarang.Walaupun Nazim selalu sahaja menyakitkan aku dulu,tak semestinya aku tiada rasa belas kasihan terhadapnya.

"Ya,aku gila!Sebab merekalah aku jadi macam ni!"

"Ben,jangan macam ni.Terimalah takdir Tuhan-"

"Aku tak kira!Semua ni berlaku sebab mereka berdua!"

"Ben!"

Aku lihat Ben menendang Diana sehingga Diana terjatuh dan kepalanya terhentak lantai simen.Kedengaran Diana menjerit betapa sakitnya dia dibuat sebegitu.

"Kau ni perempuan degil!Aku dah lama sabar dengan kau Diana!Aku kata jangan jumpa Syii atau Zayn tapi kau jumpa jugak!"

"Siapa kau nak halang dia jumpa kami!"

"Syii,diam!Aku tak cakap dengan kau!"

Diana memejamkan matanya menahan kesakitan.Namun,Diana membalas kata-kata Ben,"Sebab Rosa masih perlukan ayah dia!"

Ben nampak bengang.Dia menyepak Diana sekali lagi tanpa belas dan menjerit sekuat hati."Kau tak payah berlagak baik kat sini Diana Erika Hughes!Kau tu cuma nakkan Zayn!Bukan sebab Rosa!Bodoh!"

"Oh ya bercerita tentang Atikah Rosa Malik,aku yakin Diana ada hutang dengan Insyirah Imran sejak lima tahun lepas!"Ben merenung Diana lama lalu mengangkat kening."Mana tahu riwayat kau berakhir hari ini apa kata kau berterus-terang je?"

Diana nampak menggigil sebelum memejamkan matanya perlahan.Air matanya mengalir membasahi pipinya.Diana bersuara,"Saya ada satu perkara nak luahkan pada awak,"

Aku diam menunggu luahannya.Kedengaran Diana melepaskan keluhan panjang dan tangannya aku lihat terketar-ketar.

"Rahsia selama lima tahun ini,"

Jantungku berdegup kencang.Entah kenapa aku mula berfikir macam-macam tentang ini.

"Insyirah,awak sebenarnya ada anak dengan Zayn bukan?"

Aku rasa mengigil mendengar kata-kata Diana lalu memejamkan kedua mata rapat-rapat.Perlahan aku mengangguk,sukar aku mengakui hakikat itu.

"Kenapa?Kenapa tak beritahu Zayn tentang itu?"

Aku terkelu seketika.Kemudian,aku merasakan ada air mata mengalir di pipi."Saya ingat Zayn tak perlukan kami berdua,"

"Mengarut!Apa yang awak mengarut ni Insyirah!Awak sedar tak awak dah nafikan hak anak awak selama ini dan hak Zayn sebagai ayahnya!"

Aku menangis teresak-esak."Masa tu awak dengan Zayn dah-"

"Masa awak tinggalkan Zayn,saya di Dublin!Bawa diri dan berjanji takkan bertemu awak berdua lagi.Saya kemurungan sehingga anak yang saya kandung mengalami keguguran!"

Aku terkejut mendengar berita itu."Jadi Rosa- bukan anak- awak?"

Diana mengangguk payah."Ya,Rosa bukan anak saya.Dia anak yang saya bela kerana hampir dibuang ke rumah kebajikan!For God's sake,saya sangka itu anak hasil hubungan sulit Dina dengan entah mana-mana lelaki dia tidur!"

"Dina?"

Diana memejamkan matanya seketika sebelum kembali memandangku."Tapi Dina mengaku itu anak awak.Maksudnya itu anak Zayn juga!"

"Kenapa Dina buat macam ni pada saya?"Rasa sedih dan marah kepada Dina mula bercampur.Aku sangka anak yang aku lahirkan sebelum ini meninggal dunia.Semasa melahirkannya,aku mengalami komplikasi dan terpaksa menjalani pembedahan.Aku koma untuk tiga hari.

Sebaik sahaja sedar,Dina dan Nazim memberitahu anak aku sudah meninggal dunia sebaik sahaja dilahirkan.

"Saya bela Rosa,saya bersusah-payah bawa Rosa keluar dari Malaysia dan pulang ke Aussie.Saya besarkan dia sendiri sehingga sekarang.Semua orang sangka itu anak saya dengan Zayn,"

Diana menyambung lagi,"Dua tahun kemudian,saya jumpa Zayn semula.Saya beritahu dia Rosa itu anak dia dengan-"

Diana diam seketika.

Kali ini aku pula menyambungnya."Dengan awakkan Diana!Awak memang nak Zayn dari dulu lagikan!Sanggup awak buat macam ni!"

"Insyirah,saya mintak maaf,"Diana terus menangis teresak-esak."I'm so sorry Insyirah.I can't,I love him- I really really love him!I love Rosa too."

"Oh sungguh sadis drama hari ini.Dua orang wanita sanggup melakukan apa sahaja demi cinta."Ben membuat konklusi lalu menepuk tangan seolah baru melihat persembahan menarik tadi.

"Kau sukalah anak dan mak terpisah tanpa tahu masing-masing masih hidup?!"Aku bengang melihat Ben gelak sahaja,entah celah mana yang lawak aku tak pasti.

"Okay hahahahahaha okey la aku keluar jap nak makan.Kau berdua nak makan apa aku belikan,"

Ben tiba-tiba baik menawarkan diri untuk membelikan makanan untuk kami berdua.Aku sangat lapar,seolah sudah seharian tak makan apa-apa.Dan aku pun tak tahu sekarang pukul berapa dan sudah berapa lama aku pengsan tadi.

"Kau nak makan apa cakaplah!"suara Ben naik sedikit kerana pertanyaannya tadi kami tak menjawab.

Aku pandang Diana dan Diana juga memandang aku kembali.Perlahan Diana mengangguk kecil.

"Apa-apa je asalkan makanan.Roti pun dah memadai,"jawabku perlahan dan Ben sekadar mengangguk.Dia berjalan mengundur ke belakang lalu menutup pintu bilik.

Suasana sunyi sepi.Tinggal aku dan Diana di dalam bilik ini.

"Diana,"panggilku dengan nada mendatar.Dia mengangkat wajah lalu tersenyum pahit.

"Awak mesti marahkan saya bukan?"

Aku pandangnya lama.

"That means yes?"

"You're-so- cruel, "

"I know,"

Aku menghela nafas panjang.Complicated kehidupan aku sekarang.Selama ini anakku masih hidup dan sangat dekat denganku.Patutlah aku cepat jatuh sayang Rosa padahal aku bukannya suka budak-budak kecil.Semuanya sebab Rosa anak kandung aku.

"Kenapa awak tak datang masa kenduri tahlil Daddy Zayn kat Kuala Pilah hari tu?"

"Saya-"Diana memandang kearah lain dan memgeluh panjang,"saya cuma nak beri ruang pada Rosa supaya rapat dengan awak,"

"Bukankah sepatutnya hari itu Zayn nak perkenalkan awak dengan famili dia?"

"Yes,it is but it was a mistake,"

"You said you love him."

"Yes Insyirah.I do love him but he doesn't love me back,"Diana pandang aku lama sebelum menyambung ayatnya."He's in love with someone else.Someone from his past,"

Diana berkata pasal akukah?

"Zayn tak pernah jatuh cinta pada saya walau pelbagai cara saya cuba lakukan.Saya mahu dia,dia cakap dia juga mahukan saya tapi saya tahu hatinya tidak.Dia terpaksa sebab Rosa,"

Aku diam mendengar penjelasan Diana.

"Masa awak bercuti ke Sydney baru-baru ini,saya nampak Zayn sangat gembira,tak pernah saya lihat dia macam tu sejak awak tinggalkan dia dulu.Zayn sentiasa senyum,kadang-kadang ketawa sendiri,entah apa dia teringatkan.Saya tahu dia teringatkan memorinya dengan awak,sampai satu tahap dia tersasul panggil nama Rosa dengan nama Syii,"

Aku terpana mendengarnya.

"Tipulah saya tak cemburu tapi apa yang saya boleh buat.Saya punya dia tapi tak memiliki hatinya.Dan itu hakikat yang patut saya sedar sejak dulu lagi."

Aku perasan kedua mata Diana nampak berair.

"Sebab-hatinya dah dibawa pergi kenangan lama bersama Insyirah,"

"Diana..."

"Kalau apa-apa jadi pada kita berdua selepas ini,saya doakan awak panjang umur dan dapat keluar dari sini.Rosa dan Zayn masih perlukan awak Insyirah."

"Apa awak mengarut ni Diana?!Kita akan keluar bersama dari sini dan selamatkan diri!"

Diana mula menangis teresak-esak."Saya tak ada sesiapa kat dunia ni!Famili saya dah buang saya sebab saya memilih Islam!Awak ada Rosa!Dia masih memerlukan kasih sayang ibu!"

Aku merasakan Diana terlampau emosi sekarang ini selepas meluahkan segala rahsia yang tersimpan dari pengetahuan aku.

"Diana,pengorbanan bukanlah pilihan sekarang ini.Yang penting kita usaha nak selamatkan diri.Ya Allah Diana!Istighfar!"

Diana memejamkan mata dan menarik hembus nafasnya.Mulutnya terkumat-kamit menuturkan sesuatu.

"Ya Allah apa yang saya cakap tadi,"Diana kedengaran berkata dengan dirinya sendiri.

Tidak lama selepas itu,Ben kembali dengan sebekas polistrien dan sebotol air mineral.

"Thank you Ben,"Diana berkata walaupun suaranya kedengaran lemah.

"Aku nak makan macam mana?"aku bertanya Ben namun jawapannya menghampakan.

"Pandai-pandailah,"

Ben senyum sinis lantas pergi meninggalkan kami berdua sekali lagi.Aku lihat tangan Diana terketar-ketar membuka bekas polistrien.Aroma nasi goreng mamak menusuk ke dalam hidung.

"Saya suapkan awak ya.Air ni kena jimat sebab nak buat wuduk nanti,"

Hiba saat mendengar kata-kata Diana tadi walaupun situasi kami boleh dikatakan darurat.Perlahan aku mengangguk dan menerima suapan dari Diana.

Dia tak makan banyak.Habis sahaja nasi goreng tadi aku minun seteguk sahaja sebelum Diana gunakan untuk membasuh lukanya.

"Right here?"

Aku mengangguk.Rasa kasihan melihat Diana menahan kesakitan membersihkan luka pada dahinya akibat disepak dengan Ben.

Selebihnya dia guna buat wuduk.Aku lihat Diana tidak mengambil wuduk seperti biasa aku lakukan sebelum ini.Dia membasuh wajahnya sekali.Kemudian dia membasuh kedua tangan sehingga siku dan akhir sekali menyapu ubun-ubunnya.

"Sekarang pukul berapa?"aku bertanya pada Diana.

"Masa mula-mula Ben bawa masuk sata ke dalam bilik ni,saya perasan jam kat telefon dia pukul 10.45 malam.Saya belum solat Isyak lagi,"

Aku mengangguk sebelum bertanya lagi,"Awak yakin ni kiblatnya?"

Diana menggeleng."Saya tak tahu tapi saya tawakal sahaja asalkan dapat solat.Ilmu saya masih belum cukup Insyirah,"

Aku rasa mahu menangis mendengar kata-kata Diana itu.Betapa jahilnya aku sedangkan aku lahir sebagai orang Islam.

Diana mengemaskan selendangnya dan mula solat dalam keadaan duduk.Aku hanya memerhatikan pergerakan Diana dari jauh.

???

"Woi bangun!"

Aku merasakan wajahku habis basah disirami air.

"Dah pukul berapa?"Aku mengerdipkan kedua mataku dan mendapati Ben ada di depan dengan botol mineral di tangan.

"Dah pukul 10."

"Hah!"Hampir sahaja aku menjerit kerana terkejut terlewat bangun pagi.

"Mana Diana?"Aku mendapati Diana tiada bersamaku.

"Dia dalam kereta.Kau berdua bukak ikatan perempuan ni dan bawak dia masuk ke dalam kereta jugak.Jangan sampai terlepas,"Ben mengarahkan dua lelaki India yang bersamanya tadi menguruskan aku.

"Kau nak bawa aku kemana?"

Ben senyum sinis."Neraka,"

Dan selepas itu dia ketawa berdekah-dekah.Ingat lawak ke?

Aku dibawa masuk ke dalam kereta Alphard putih dan duduk di bahagian tengah.Aku perasan Diana ada di belakang kerusi aku dalam keadaan terikat dan mulutnya disumbat kain.

"Aku tahu kau jenis diam atau kau senasib macam Diana kat belakang tu,"

Aku membuat muka menyampah.

Aku tak tahu langsung kami berada di mana sekarang yang pasti papan tanda di tepi jalan menunjukkan Tanjung Sepat 60KM.Nama sangat familiar tapi dimana ya?

"Kau nak bawa aku ke mana?"

"Kau ni pekak eh?Aku nak bawa kau pergi Neraka,"

"Sekurangnya bagitahu jelah nanti aku mati tak kempunan aku kat mana,"

Ben ketawa mendengar ayat sarkastik aku tadi.

"Kau pernah dengar kes pengasas kosmetik yang mati dan mayatnya dibakar sebelum tulang-tulangnya dicampak ke dalam sungai?"

Kes itu macam pernah dengar sebelum ini.Takkan lah...

"Jangan cakap kau..."

"Sungai Pelek.Kau dan Diana bakal senasib dengan pengasas kosmetik tu,"

"Kau memang tak guna Ben!"

"Bawa-bawalah diri tu bertaubat tadi bukan ke tak sabar nak mati?"

Mengigil badanku mendengar rancangan Ben tadi.Ya Allah,aku tak rela jasad aku diperlakukan sebegitu. Andai ini hari terakhirku biarlah jasad aku nanti dikapankan dengan sempurna.

Aku merasakan air mataku jatuh di pipi.

Sebak.

Terbayang wajah arwah Umi dan Abah.

Ya Allah,ampunkan dosa-dosa ku.

Kereta masuk ke dalam suatu tempat yang jauh dari jalan utama.Jantungku berdegup kencang sekali.Aku perasan wajah Diana nampak pucat dari cermin pandang belakang.

"Keluar,"arah salah seorang kroni Ben sambil mengacukan pistolnya padaku.

Aku melangkah longlai sebaik sahaja keluar dari kereta.Diana juga begitu.Kainnya sudah tiada di mulutnya.

Kami berada di satu kawasan lapang yang dikelilingi ladang kelapa sawit.Tiada orang disini melainkan kami semua.

"Bos,mereka belum sampai lagi,"lelaki India tadi bersuara membuatkan Ben berdecit.

"Lembab!Aku kat sini bukan tunggul!Tak boleh harap langsung!Budak kecil je kut!"

"Apa?"serentak aku dan Diana berkata.

Ben menjulingkan kedua matanya."Kau ingat aku nak bagi kau mati free free ke?Mestilah ada penonton kut,"

"Awak ingat saya tak tahu ke?Awak nak libatkan Rosa sekali!"Diana mula meninggikan suara.

Ben ketawa lalu menepuk tangan kuat-kuat."Brilliant!Aku memang nak jadikan Rosa penonton istimewa kita hati ini,"

Tidak lama selepas itu,masuk satu kereta hitam ke dalam kawasan lapang ini.

"No!No!No!"suara budak perempuan meronta ketika dikeluarkan dari kereta hitam itu oleh salah seorang kroni Ben yang membawanya tadi.

"Rosa!"Diana menjerit apabila budak perempuan itu anaknya.Rosa terkejut memandang kearah empunya suara.

"Mummy!Help me!Bad people!"Rosa menjerit kearahnya dan dalam pada masa yang sama meronta mahu dilepaskan dari dukungan lelaki itu.

"Hello Rosa,"Ben memanggil Rosa membuatkan Rosa bingung melihatnya disini.Dia berkata sesuatu pada Rosa dan Rosa asyik menoleh sahaja kearah kami berdua.

Rosa diam sahaja bila Ben mengusap rambutnya.

"Rosa!!!Don't listen to him!He's evil man!"Diana menjerit kearah Rosa membuatkan Rosa resah.Mungkin dia keliru sama ada patut percaya Ben atau Diana.

"Boleh diam tak Diana kau menyampuk perbualan kami!"marah Ben lalu dia tersengih-sengih.Gila!

Ben berjalan kearah kami berdua.

"Ada kata-kata terakhir?"Ben mundar-mandir di hadapan kami berdua dengan pistol di tangannya.

Aku pandang Diana dan Diana pandang aku.

"Semoga hidup kau bahagia Benjamin Lee,"jawabku sarkastik walaupun aku sudah ketakutan menunggu ajal yang bakal tiba bila-bila masa sahaja.

"Kata-kata terakhir yang sungguh mendalam sekali maknanya Insyirah Imran.Tapi,aku jamin hidup aku akan bahagia sampai akhir hayat,"

Begitu bongkak sekali ayat Ben.

"Diana?"

Diana mengangkat muka dan memandang kami silih ganti.

"Saya juga begitu,"

"Aww so sweet kamu berdua ni.Okey lah aku tak mahu berlengah lagi.Insyirah pun nampak tak sabar nak mati."Muncung pistol dihalakan pada aku membuatkan jantungku bagaikan nak terkeluar dari tempatnya."Woi Syii,jangan lupa mengucap!"

Ben sempat lagi mengingatkan aku.Rasa nak sahaja aku cekik dia sampai mati.

Perlahan aku memejamkan mata dan merasakan air mataku menitis di pipi.Bibirku menuturkan syahadah dengan begitu reda sekali.

Ajal dan maut di tangan Tuhan dan bukan di tangan manusia.

BANG!

BANG!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience