INSYIRAH
Sudah seminggu berlalu namun hubungan kami masih keruh.Aku sudah melakukan pelbagai cara untuk memujuk Nazim namun usahaku seolah sia-sia.Nazim langsung tidak menunjukkan dia mahu beralah.
Dia terlalu paranoid jika kehilangan aku.Dia langsung tak percayakan aku.Sejak aku beritahu dia yang aku jumpa Zayn balik selepas bertahun lamanya,dia menuduh aku akan meninggalkan dia demi Zayn.Sumpah aku tak terfikir semua itu!
Lagipun Zayn sudah mahu berkahwin dengan perempuan lain.Dia mahu mulakan hidup baru bersama orang yang dia cintai sekarang ini.Aku pula yang dipersalahkan.
Bila teringatkan Zayn dan malam itu,memang bagaikan deja vu antara kami berdua.Itu merupakan bagaimana kami berkenalan dan jatuh cinta.Zayn mungkin rasa begitu.Kalau tak dia takkan kiss aku semasa kami menari.
Zayn kiss aku.
Apa yang aku fikirkan ini.
Aku memegang stereng kereta kuat.Perasaanku mula bercampur-baur sekarang ini.Kenapa aku kerap membayangkan apa yang berlaku malam itu?
Aku segera mengusir bayangan itu dan memfokuskan tujuan aku untuk berjumpa Dina hari ini di Kafe Puteri,Seremban.Setelah lama berdiam diri di dalam kereta,aku keluar dengan fikiran yang tenang.
Aku memasuki Kafe Puteri sambil memerhati sekeliling.Mana si Dina ni.Mesti lambat lagi.
"Insyirah!"panggil seseorang dari belakang.Aku menoleh dan mendapati Dina melambai kearahku.Dia memilih meja jauh dari semua orang.
"Kau okey tak?"tanya Dina perlahan setelah aku duduk di hadapannya.
Aku mengangguk."Aku sihat je,"
"Aku tak tanya kau sihat ke tak.Masalahnya ni kau?Kau takkan jumpa aku waktu macam ni kalau ada masalah,"
"Aku mintak maaf sebab ganggu kau kerja,"
"Rileks,aku mintak half day je hari ni.Bos tanya kenapa,aku bagi alasan ada seorang kawan ni baru je lepas bercerai dan mengalami depress.Takut bunuh diri pulak.Konon-konon tengah perhatikan dialah.Bos pun pergi percaya,"
"Dahsyatlah alasan kau!"
"Well that's me.Demi kau,aku sanggup menipu tahu tak?"
Serius aku terharu dengan pengorbanan Dina.Dia kawan aku dunia dan akhirat.
"So sekarang ni apa masalah kali ni.Mana tahu aku boleh tolong,"
"Nazim.Kami gaduh lagi.Aku tak tahu nak buat apa,"
"Apa lagi Nazim ni.Aku penat jugak kena jadi orang tengah korang ni.Kau nak tahu,haritu Nazim jumpa aku tanya pasal malam kita pergi parti Ben,"
Aku terkejut mendengarnya."Serius?"
"Seriuslah.Aku ceritalah sedikit,cover mana-mana yang patut.Pasal kau dengan Zayn malam tu-"
"Kau cerita apa pulak?"
"Aku cakap Zayn hantar kau malam tu jugak.Takkan aku nak cerita kau tidur dengan dia malam tu sengal!Mahu Nazim mengamuk dengar!"
Aku merasakan badan aku mengigil.Kalau Nazim tahu,habislah nasib aku selepas ini.
"Apa yang patut aku buat Dina?Aku takut,kusut,marah dengan dia,"aku meluahkan semua rasa kepada Dina.
Dina diam.Mungkin sedang memikirkan sesuatu.
"Syii,pergilah bercuti.Tenangkan fikiran,"
Aku terdiam,cuba mencari kebaikan buah fikiran Dina.
"Ke mana Dina?"
Dina senyun dan mengambil kedua tanganku."Apa kata kau ke Perth,cantik tempatnya.Kau tak pernah ke sana,bukan?"
Aku menggeleng.
"Pergilah dalam masa seminggu,tenangkan fikiran kau yang kusut tu.Aku yakin kau boleh,"
Mungkin aku terlalu stress agaknya.
"Aku belanja tambang pergi balik kau?Amacam?"
"Eh,tak payahlah!Buat susah kau je!"
Dina ketawa."Apa susahnya!Untuk kau,aku sanggup!"
"Terima kasih Dina!"jawabku dengan perasaan yang sukar diluahkan.
Dia sahabat aku yang paling memahami!
Share this novel