INSYIRAH
"Kau sure ke ni parti Ben?"
Dina mengangguk laju sambil menyarung heels pada kedua-dua kaki.
"Come on,Insyirah.Have some fun!Aku ajak kau ke sini bukan setakat jumpa kawan lama kita tapi nak kau release tension sikit,"Dina menguraikan rambutnya yang panjang dan mengemaskan pakaiannya yang sedikit komot.
Aku mengigit bibir bawah.Perlukah aku ikut kata si Dina ni?Dina ni kadangkala liar juga orangnya namun dialah kawan aku susah senang sejak kami belajar di Sydney dulu.
"Jom!Nanti kita terlepas parti pulak!"Dina menarik tanganku masuk ke dalam bangunam apartment mewah di Ampang itu.
Kami menaiki lif ke tingkat paling atas sekali.Rumah Ben adalah sejenis penthouse.Dina yang pernah ke situ sebelum ini.Lif berhenti pada tingkat yang paling atas sekali dalam apartment mewah itu.Pintu lif terbuka dan aku mengikuti langkah Dina yang sudah laju ke hadapan.
Dina berhenti di depan pintu yang paling hujung sekali.Ibu jarinya menekan loceng pintu berkali-kali.Tidak lama selepas itu,pintu dibuka.Kedengaran muzik berdentum kuat dari dalam.Seorang lelaki cina berambut merah menyambut kami berdua.Ben rupanya.
"Hey,Dina!Long time no see!Miss you,baby!"dia menjerit kepada Dina dan mereka berpelukan.
"Hello,Ben!Miss you too!"Dina teruja melihat Ben dan mula keluar perangai terkinja-kinja macam pasukan sorak sekolah.
"What we have here!Are you Syii?"Ben merenggangkan pelukan kerana menyedari aku yang berdiri disisi Dina.
Aku mengangguk senyum.Syii ialah panggilan mereka kepadaku sejak dari Sydney lagi.Ben ketawa kuat dan menghulur tangan kepadaku.Kami bersalaman dan berpelukan.
"Oh God,how I miss you Syii!You look so gorgeous tonight!"puji Ben kedengaran ikhlas.
"Well thanks,"aku sekadar senyum sahaja tidak tahu mahu menjawab apa.
"Please come in!Party is going to start soon.Make yourself home,"Ben menbuka pintu seluasnya dan menjemput kami masuk.
Aku hanya mengikuti langkah Dina ke dalam penthouse Ben.Penthouse miliknya sangat mewah dan rekaannya cantik serta kotemporari.Sesuai dengan imejnya sebagai pereka dalaman yang terkenal.
Aku lihat Dina mula mendekati kawan-kawan dia yang lain.
"Aku nak ambil air kejap,"bisikku padanya dan Dina mengangguk.
"Okay,"
Aku menuju ke tempat minuman.Kedatanganku disambut senyuman manis budak memakai bow merah.
"Do you prefer-"
"Grape juice,please"cepat-cepat aku memotong apabila dia mahu menuang wain ke dalam gelas.Aku tidak mahu mengambil risiko balik rumah dalam keadaan mabuk.
Budak itu tersengih dan menuangkan air anggur seperti yang aku minta tadi.
"Thanks,"
Baru sahaja aku meneguk air anggur ini,seseorang telah melanggarku menyebabkan air minumanku jatuh terkena skirt putihku.
"Sorry,"
Aku mengangkat muka.Pandangan kami bersatu.Sudah hampir lima tahun tidak bersua.Sudah lima tahun tidak mendengar khabar berita.Namun,sepasang matanya masih lagi menawan.
Aku menggeleng tanda tidak mengambil kisah pasal air yang tertumpah pada pakaianku.
"Insyirah..."panggilnya lembut seperti dulu,tidak berubah.
"Zayn,"aku memanggilnya dengan nada biasa namun entah mengapa aku jadi tidak keruan sekarang ini.
"Come,I'll show you the way to the toilet,"aku mengikuti langkah Zayn memasuki penthouse Ben.
Kami bertembung dengan pelbagai manusia yang tidak seberapa senonoh perangainya.Ada yang mabuk,ada yang sibuk meraba sana sini dan tidak kurangnya bercumbuan macam orang lain tidak wujud disitu.
"How are you now?"tanyanya dengan senyuman di bibir.Manis sekali.
"Fine."jawabku sepatah namun membalas senyuman manisnya itu.
"Yeah,glad to heard that,"Zayn mengangguk.
Zayn berhenti di hadapan sebuah bilik dan tidak teragak menarik tombol pintu.
Oh shit!Dugaan apakah ini?
"Hey you f*cking bastard!Could you knock the door first before get in!!!"
Zayn membuat muka tidak bersalahnya dan menyuruh mereka keluar dari bilik itu dengan segera.Aku mengalihkan pandangan saat mereka bangun dari katil dan memakai pakaian mereka semula.
"It's safe now,Insyirah,"
Aku mengangkat muka tatkala Zayn menutup pintu.
"That was-"
"You had it,"Zayn selamba memotong kata-kataku sambil memunggah sesuatu di dalam wardrobe bilik itu."I think you should change your dress,"
Aku merasakan kedua pipiku mula kemerahan.
"Oh,no thanks!I nak tanya mana bilik air ya?"mataku meliar mencari pintu bilik air di dalam bilik itu.
"Wear this,"Zayn memberikan dress kepadaku.
"Are you sure?"aku mengangkat dress pemberian Zayn di hadapan mata.Dress merah menyala.Warna kesukaan aku.
"I'm very sure,"kata Zayn dengan nada tegas."Pergi tukar.Bilik air kat sebelah sana,"
Aku masuk ke dalam bilik air dan mula menukar bajuku ke dress pemberian Zayn ini.Setelah selesai,aku keluar dan mendapatkan Zayn yang sedang menaip sesuatu pada telefon pintarnya.
"How I look?"
Zayn angkat muka.Dia terpana.
"You nampak cantik dengan dress merah ni,"
"Thank you,nanti I pulangkan balik ya?"
Zayn menggeleng."Anggaplah dress merah ni hadiah I untuk you,"
"Oh,thanks again!I suka sangat dress ni!"aku memusingkan badanku 360° darjah sehingga kainnya kembang.Memang tabiatku kalau pakai dress seperti ini.
Zayn melihatku tanpa berkelip dan dia seolah-olah terkaku.
"How about you?"aku segera menghentikan perbuatanku dan membuka topik.
"Me?I'm engaged-with someone else,"jawab Zayn lambat namun tanpa perasaan.Bukahkah dia sepatutnya bahagia untuk disatukan dengan wanita pilihannya?
"Congratulations,"ucapku tahniah namun Zayn memberikan pandangan lain padaku.
"Thank you,"
"Have you done?"Zayn bangun dari katil."Parti dah nak bermula,"
"Oh,I lupa nak calit lipstik!Kejap ya?"
Aku memunggah clutch mencari lipstik jenama Maybeline warna merah klasik kegemaranku.Sedondon pula dengan dress merah pemberian Zayn ini.Aku segera masuk ke bilik air semula.
Aku mencalit lipstik merah itu pada kedua bibir bawah dan atas lalu dikemam beberapa kali agar rata keseluruhan.Merah sangat ke?Aku mengukir senyuman.Senyuman mampu membuatkan diri tampil yakin.
"Insyirah,
"Have you done yet?"
"Hey,terkejut I!Ketuklah dulu,ingatkan pervert manalah!"aku tergelak melihat Zayn tersengih sambil mengosok rambut belakangnya.
"Let's go!"aku berkata lantas memasukkan lipstik ke dalam clutch.
Kami keluar dari bilik dan mendapati ramai sudah berkumpul di ruang tamu.Kedengaran suara Ben berucap di hadapan.
"First,I would like to say thank you for coming this party.I hope that you'll enjoy it tonight!So,let's party begin!"
DJ mula memainkan muzik.Suasana menjadi gempak seperti kelab malam.
"Zayn,what are you waiting for?Come here!"aku mengajak Zayn menari bersamaku memandangkan lagu yang diputarkan DJ merupakan lagu kesukaanku.
Zayn mendekati aku dan turut sama menari.
"I dah lama tak menari,"luahku namun rasanya perlahan kerana muzik terlampau kuat.
"You patut lepaskan semuanya malam ini!"kata Zayn melawan bunyi muzik yang kuat.
Tanpa berlengah lagi,aku melepaskan ikatan rambutku tadi dan menari dengan penuh perasaan.
Aku mahu meluahkan semuanya malam ini.
"Insyirah..."
"Zayn..."aku menyedari dia memanggil namaku.
"You're like an angel,"ucap Zayn perlahan namun jelas pada pendengaranku.
Sejujurnya aku terpana mendengar luahan Zayn.Luahan yang sama lima tahun lepas.Dia pernah mengucapkan benda yang sama.
"My lost angel,"tangan Zayn menyentuh pipi kiriku dan mendekatkan wajahnya padaku.Satu kucupan lembut diberikan.Aku merasakan masa terhenti saat ini.Segalanya menenangkan.Seperti semua masalahku terbang melayang.
Apabila Zayn menjarakkan sedikit dirinya,aku jadi malu mahu bertentangan mata dengannya.
"Sorry,I cannot control myself,"dia seolah-olah kesal dengan tindakannya.
"Never mind but don't you dare do this again,"aku mengingatkannya walaupun hatiku menidakkan.Aku mahukan lebih dari ini.Aku mahukan dia.
Tak.Insyirah,kau tak boleh.Kau masih milik Nazim.Aku tak boleh melayan terus perasaanku mula terbuai dengan kenangan lama antaraku dan Zayn.Lantas aku meninggalkan Zayn sendiri dan mencari Dina.Aku kena balik sekarang.
"Dina,aku nak balik!"
"Eh,kenapa pulak?Parti baru mula.Bukan ke kau menari tadi?"
"Itu satu kesilapan besar bagi aku!"entah mengapa aku melenting tak tentu pasal.Berubah wajah Dina apabila aku mengherdiknya dihadapan kawan-kawannya.
"Are you drunk?"tanya Dina dengan suara bergetar.Mungkin menahan kemarahannya kerana ketidaksabaranku sendiri.
"Aku tak minumlah,"
"Ish,kejaplah!Aku belum habis lagi!Nah,minum ni!"Dina menyerahkan gelasnya padaku.Aku mengambilnya tanpa teragak-agak."Bagi aku sepuluh minit,"
Aku mendengus lalu meneguk air diberikan Dina tadi.Agak masam-masam sedikit.Entah air apa yang Dina bagi ini.Aku menuju ke kolam renang dan duduk di bangku sendiri.
"Hey,"
Aku menoleh dan mendapati Zayn mendekatiku lalu mengambil tempat disebelah.Aku senyum sahaja membalas sapaannya lalu meneguk air minuman tadi.
"It's soothing-"ujarku perlahan menyebabkan Zayn memerhati air minuman aku minum sekarang ini.
Aku teringatkan pengakuan Zayn yang sudah bertunang.
"Tunang you mesti cantik bukan?Nanti you kahwin jemputlah I dan suami I nanti,"kataku lalu ketawa kecil.Apa yang aku melalut ni?
Zayn memberikan pandangan pelik.
"Okay nanti I inform kat you,"jawab Zayn lalu merampas gelas di tanganku.Kelihatan dia menghidu air minuman itu.
"Hey,kenapa ambil gelas I!Pergilah ambil sendiri kat sana!"Aku menengkingnya kerana sesuka hati dia mengambil gelasku tanpa kebenaran.Tiba-tiba,kepalaku mula pusing.
"Insyirah?"Zayn memanggil namaku.
"Kepala I pening,"luahku lantas memunggah clutch dan mencari minyak kapak yang selalu aku bawak di dalam clutch.
"You tahu tak apa yang you minum sekarang ni?"tanya Zayn dengan nada tegas.
Aku menggeleng."Dina bagi kat I jadi I minum je,"
"Dina?"
Adapun.Aku segera menyapu minyak kapak pada tepi dahiku.
"You bahagia?"tanyaku tiba-tiba.
"Kalau you?"Zayn menyoalku kembali.
Aku senyum pahit lalu mengeleng berkali-kali."You nampak I bahagia ke?Kalau I bahagia,I takkan datang sini Zayn,"
Entah mengapa aku begitu jujur malam ini.Tetapi yang pasti,kepalaku pening sangat.Minuman apa yang Dina bagi aku tadi?
"You patut balik,Insyirah.Tempat you bukan kat sini.Tempat you disisi husband you,"
Aku memegang kepalaku yang tiba-tiba berdenyut semacam.
"I tumpang Dina tadi,manalah dia ni?"
Aku bangun dari bangku dan berjalan mencari Dina.Mana Dina ni?Kepalaku semakin ligat berpusing sekarang ini.Orang sekelilingku sudah kelihatan samar-samar.
Aku perasan Dina tidak jauh dari tempat aku berdiri.Dia kelihatan bersama seorang lelaki.Entah apa mereka buat namun mengikut tanggapan aku mereka seperti berpelukan dan ketawa sesama sendiri.Mungkin lelaki itu kekasih gelap Dina agaknya.
Aku menapak kearah Dina supaya dia membawaku pulang nanti namun beberapa tapak aku melangkah,aku merasakan duniaku gelap-gelita.
Share this novel