BAB 28

Romance Completed 9546

Insyirah

Aku kini hanya menghabiskan masa di bilik sahaja setelah penat bersiar-siar pagi tadi.Beberapa tempat aku singgah,terutama sekali tempat belajarku UNSW.Banyak kenangan aku di situ selama 3 tahun.

Aku membuang pandangan ke luar tingkap,menikmati suasana Sydney pada waktu senja.Fikiranku tiba-tiba melayang mengingati Zayn dan peristiwa malam itu.Dia tak menghantar apa-apa mesej kepadaku walaupun sudah dua hari berlalu.Mungkin Zayn masih marah aku lagi sebab menyentuh halnya dengan Diana.

Bunyi loceng bilik berbunyi beberapa kali.

"Zayn?"

Zayn terus masuk ke dalam dan menutup pintu.Aku pula mengundurkan bebrapa langkah ke belakang.

"Y-you buat apa datang sini?"

Zayn senyum."I rindu you,"

"W-what?"aku terkedu mendengar jawapan Zayn.

Zayn tiba-tiba tergelak besar."Just kidding.Yang you ni pucat semacam kenapa?"

Aku mencemikkan muka apabila menyedari aku rupanya sudah terkena dengan Zayn."Okay,back to the point.You kenapa datang sini?"

"I ingat you dah balik Malaysia,"

"I'm still two days left,"

"Oh really?"

"You dah kenapa senyum-senyum ni?"

"I ingat nak ajak you pergi zoo esok,"

"Zoo?"

Zayn mengangguk."Yes,to the zoo.I pick you around 10am?"

"You just got here to let me know that you want to bring me to the zoo?"

"Yeah,what's wrong with that?"

"You boleh terus Whatsapp I kan?"

Zayn menepuk dahi lalu tergelak."Ha'ah kan?Punya I rushing ke sini dari firm tadi,"

Aku memeluk tubuh melihat Zayn ketawa.Namun,ketawanya tak lama.Dia kembali seperti biasa.

"I sengaja,"

Aku mengerutkan wajah."You mean-"

Zayn senyum sahaja."That's all.See you tomorrow,Insyirah,"

"Zayn wait!"

Zayn pergi tinggalkan aku begitu sahaja.Aku mengunci pintu bilik lalu merengus geram.

×××

Keesokkan paginya,Zayn memghantar Whatsapp kepadaku suruh bersiap.Nanti dia datang ambil aku disini.Pada mulanya aku agak berat hati,memikirkan bagaimana reaksi Diana nanti kalau aku join mereka bertiga.Mesti kelat sahaja wajah wanita Aussie itu.

Selesai bersarapan,aku duduk di sofa lobi,menunggu Zayn.Sementara menunggu kelibat lelaki itu,aku membuka akaun Instagram,menskrol sampailah bawah dan menjadi stalker sekejap.

Aku mendapati Dina ada memperbaharui status Instagramnya-gambar Dina di Krabi,Thailand.Buat apa Dina ke sana?Bercuti mungkin.Wajahnya nampak bahagia,seolah baru menang loteri dan melancong ke situ.

Ada satu gambat menarik perhatian aku.Gambar seorang lelaki yang menghadap matahari yang hampir terbenam.Captionnya agak sweet sikit;

?

? nursajat02,dianahughes,benj.lee and 2963 others

dinahughes damn he looks so gorgeous from back ??????

Sejak bila Dina kahwin ni?Siap caption honeymoon bagai.Balik nanti aku rasa nak sembelih anak Stephen Hughes ni!

"Insyirah?"

"Hi Aunt Syii!"

Aku terkejut dan mendapati di hadapanku kini Zayn dan anak perempuannya,Rosa

"Bila sampai?"aku terus bangun dari sofa dan membetulkan blouse aku yang sedikit renyuk.

"Baru je,"jawab Zayn selamba dan mengarah Rosa untuk menyalami tanganku.Rosa berbuat demikian.

"Hello cutie pie!"Aku sempat mengusap pipi kanan Rosa.Dia sengih-sengih,sukalah tu panggil dia comel.

Aku mengikuti Zayn dan Rosa dari belakang ke tempat parkir kereta di basement.

"Diana mana?"tanyaku pada Zayn menyedari Diana tiada bersama mereka.Aku ingatkan Diana tunggu di dalam kereta.Zayn pula sedang memakaikan seatbelt pada Rosa.

"Dia ada urusan kerja so I kena babysitting Rosa hari ini,"Zayn menjawab pertanyaanku selepas menutup pintu lalu menghidupkan enjin kereta.

"Oh sebab inilah you ajak I pergi zoo?"

Zayn tergelak kecil."Rosa ada tanyakan pasal you semalam.Memandangkan I dah janji dengan Rosa nak bawa dia ke zoo,I bawa you sekali."

"Alasan!"Aku terus memakai seatbelt dan menoleh ke belakang semula."Are you okay cutie?"

"I'm fine!"jawab Rosa petah walaupun masih berusia empat tahun.

Zayn membawa kami ke Zoo Taronga,yang merupakan salah satu zoo terkenal di tanah kanggaro ini.Zoo Taronga pula terletak di Mosman iaitu kira-kira 30 kilometer daripada bandar Sydney.Untuk ke Mosman,kami menyeberangi lautan menggunakan Sydney Harbour Bridge.

Sesampai sahaja di sana,memang ramai pengunjung yang hadir.Lazim pada cuti musim panas,ibu bapa membawa anak-anak mereka bersiar-siar ke zoo.Zayn agak sukar mencari tempat letak kereta yang berdekatan dengan entrance.

Zoo Taronga dibuka setiap hari untuk pengunjung.Waktu dibuka pula mengikut musim misalnya pada musim panas di Australia iaitu bulan November hingga Mac;dari pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.Untuk tiket dewasa,kami perlu membayar $46.00 setiap seorang manakala untuk Rosa dikenakan bayaran $36.00.Jumlahnya kesemuanya bernilai $128.00 bersamaan RM412.36!

Sebagai orang Malaysia,ya aku akui memang mahal walaupun sekadar tiket masuk ke zoo.Belum lagi termasuk belanja untuk makan tengah hari nanti.Pada musim panas,tiada yang murah-melainkan mereka yang pandai mencari.

Memandangkan ramai pengunjung disini,kami berdua sepakat sama-sama memegang tangan Rosa.Rosa pada mulanya meronta kerana lebih suka berjalan sendiri namun Zayn mengumpannya dengan aiskrim jika Rosa menjadi budak mendengar kata hari ini.Kerana aiskrim,Rosa ikutkan sahaja.

"Woww,"Rosa agak teruja melihat haiwan-haiwan disitu.Mulutnya sangat riuh berkata itu dan ini dan kadangkala mengumam sesuatu yang aku sendiri tak faham.

"What is that daddy?"jari telunjuk Rosa menala kearah haiwan berbulu yang sedang tidur diatas dahan pokok.

"It's koala.Koala is the laziest animal in the world.You know,"

"And it suits your daddy well-after fajr prayer,"aku menyampuk membuatkan Zayn menoleh kearahku dan memberi pandangan 'don't you dare to tell her'.Tapi,aku memilih untuk buat-buat tak nampak.Aku memandang Rosa sahaja.

"Really?"Rosa bertanya,nampak sedikit teruja reaksinya.

"Hey!"Zayn terus menutup telinga Rosa membuatkan anaknya itu menggeleng kepala.

"Daddy,I can't hear!"Rosa mencemikkan muka pada Zayn.Dia cuba untuk mengalihkan tangan Zayn daripada kepala comelnya itu.Aku hanya mampu gelak melihat adegan antara mereka berdua.

"You want to be just like koala?"tanya Zayn setelah kedua tangannya dialihkan daripada telinga Rosa.

"No!"Rosa menggeleng laju."I want to be a good kid,"

"That's my girl,"Zayn sempat mengucup pipi Rosa lalu diangkat Rosa dan meletakkannya di belakang-gaya piggyback.

"Daddy!"jerit Rosa agak sedikit gelabah.Nampak Rosa seperti takut-mungkin gayat kerana Zayn tinggi orangnya.

"Hold me tight princess!"

Rosa memeluk leher erat membuatkan Zayn menjelirkan lidahnya.Aku ketawa terbahak-bahak melihat wajah hodoh Zayn itu.

"I can't breath-you,"sebelah tangan Zayn cuba melonggarkan pelukan Rosa.

Rosa ketawa terkekek-kekek,lantas mencium pipi Zayn kali ini."Serve you right,daddy!"

"How dare you!No ice-cream for today!"ugut Zayn membuatkan wajah Rosa berubah.Dia menggeleng kepala laju.

"No daddy!No!I want ice-cream!Forgive me!"cepat-cepat Rosa meminta maaf,takutlah tu ais krim dia tak dapat.

"Promise to be a good girl for today?"

"Only for today?Not for tomorrow and until then?"Rosa pandai memanipulasi soalan Zayn.Ikut siapalah budak kecil ini?

Zayn sekadar mencemik mendengar pertanyaan Rosa."Forever!F-o-r-e-v-e-r?Pinky promise?"

Rosa mengangguk laju lagi.Dia mengikat jari kelinkingnya dengan jari Zayn."Pinky promise!"

Aku hanya senyum,comel sahaja aksi mereka berdua.Alangkah seronoknya jika aku punya anak sekarang ini,pasti dia sudah besar-sebaya Rosa mungkin.

"Look daddy!It's that lion?"

"No princess!It's tiger,malayan tiger."

"Roar!!Roar!!"Rosa berbunyi seolah-olah harimau apabila melihat harimau dari Kepulauan Borneo itu keluar dari sangkarnya.Dia menguap besar,menampakkan beberapa batang giginya yang tajam.

Kami juga sempat melihat pertunjukkan burung disitu.

Burung-burung di zoo itu semuanya dilatih untuk menghiburkan pengunjung-pengunjung lain.Kami juga diberikan peluang untuk memberi makan kepada butung-burung tersebut.

"I'm hungry,"Rosa membuat mimik muka penat,dia sempat memujuk Zayn untuk membelikannya makanan.

Aku mengerling jam tangan."It's afternoon right now.Should we stop and eat something?"

"So what do you want eat?"

"Ice-cream!"

"No,"

"But you promise-"

"What flavour did you like?"

Rosa membesarkan kedua matanya seolah tidak percaya dengan apa yang didengari tadi.Dia mendekatiku dan senyum melebar,"Honey dew!"

"Oh,it's also my favourite!"

"Really?Two honey dew ice-cream for us!"Rosa terus sahaja meminta kepada penjual ais krim itu.

"Amboi!"Zayn menggeleng kepala.

"My treat,"aku mengeluarkan purse dari tas tangan dan menyerahkan dua keping not dolar Australia kepada penjual ais krim itu."Give us a mint flavour too,"

"For you Mr.Malik,"aku menyerahkan ais krim mint tadi kepada Zayn manakala salah satu perisa honey dew diberikan kepada Rosa.

"Thank you Aunt Syii,you're the best!"ucap Rosa sambil menunjukkan isyarat bagus kepadaku.

"So I'm not?"sampuk Zayn mencerlung tajam kearah Rosa.

Rosa tersengih-sengih lantas menyorok dibelakangku.Dia menjilat ais krim honey dew tadi dengan gembira.

"Damn!"

"Zayn!"Aku mengingatkannya supaya lebih berhati-hati ketika berkata sesuatu di depan Rosa.

"Ops?"Zayn mengetap gigi seketika sebelum menjilat ais krim mintnya tadi.

×××

Rosa bising lagi,mahu makan.Zayn singgah sebentar di stesen minyak ketika dalam perjalanan pulang.Dia keluar mahu beli sesuatu sebagai pengalas perut dan mendiamkan anak perempuannya seorang itu.Rosa pula ikut sekali sementara aku lebih selesa menunggu di dalam kereta sahaja.

Sedang seronok melayan lagu dari radio kereta,kedengaran telefon pintar Zayn berbunyi nyaring menandakan panggilan masuk.Pada mulanya aku buat tak endah kerana mungkin Diana call,jadi tak mahu ambil risiko.Namun,telefon itu berbunyi lagi untuk kali kedua.

Lambat-lambat aku menjawab panggilan itu."Yes hello?"

Diam.Mesti Diana senta aku jawab ini.Argh,lantaklah bukannya aku buat apa-apa dengan Zayn.Tapi,hatiku terdetik mahu melihat skrin.'

'My Mummy'

Oh shit.

Aku melekapkan semula telefon pintar Zayn di telinga.

"Hello-mummy?"aku memulakan perbualan.

"Is that you Syii?"Kedengaran balasan dari sana membuatku rasa sebak tiba-tiba.

"Yes?"

"I miss you so much Syii.Where have you been all these years?Why you didn't contact me?"tanya Mummy bertubi-tubi membuatkan aku kelu dan dalam masa yang sama,aku ingin menagis di situ.

"I'm sorry,"hanya itu yang mampu aku ucapkan."I'm so sorry but I never forget you."

"So why you didn't try to contact me?"

Aku kelu sekali lagi.Bukan apa,telefon pintarku dulu dicampakkan Nazim ke laut.Semua contact number aku simpan hilang termasuklah Mummy.

"So you're in Sydney right?"

Aku mengangguk dalam pada masa yang sama,aku menjawab soalan Mummy.Aku menceritakan pertemuanku dan Zayn di Perth sehinggalah keberadaanku di Sydney.

"He's with Rosa,"Aku juga menjelaskan yang Zayn dan Rosa kini di berada di kedai runcit stesen minyak itu,membeli apa-apa makanan ringan untuk dimakan sepanjang pulang ke Sydney semula.

"Okay.Ermm how about you now?"Mummy mula menyentuh hal aku kini."Life's been good?"

"Yeah,really fine."aku tak berniat nak tipu Mummy namun demi menjaga nama baik suamiku,aku terpaksa melakukannya.

Kami berborak,agak panjang juga perbualan antara kami.Maklum,sudah lima tahun aku tak contact Mummy.

Perbualan kami berakhir apabila aku lihat Zayn dan Rosa keluar dari kedai runcit tersebut.Aku meletakkan semula telefon pintar Zayn di tempat asalnya.

"Dah puas?"aku mengusik semasa Zayn dan Rosa kembali semula ke dalam kereta.Kelihatan plastik yang Zayn pegang penuh dengan bermacam-macam jenis snack dan minuman ringan.

"Dah,"Zayn menyerahkan plastik itu kepadaku lalu mengambil telefon pintarnya.Rosa pula bising mahukan air kotak susu coklatnya itu.

"Mummy call,"gumam Zayn sebelum memandangku,"You jawab panggilan Mummy ke?"

Aku terkelu seketika sebelum mengangguk perlahan.Serba-salah hadir tiba-tiba kerana menyentuh barang kepunyaannya tanpa kebenaran."Sorry,"

"I didn't ask for your sorry,Syii.Apa yang Mummy tanya kat you?"

"Mummy asked me if I was okay and-"

"And then what?"Suara Zayn kedengaran serius,cuba memprovok aku agar meluahkan kesemuanya.

"Dan tanya kenapa I dah lama tak contact Mummy,"entah kenapa suaraku semakin lama semakin bergetar seolah aku membuat kesilapan besar.Aku takut melihat Zayn sekarang ini."She told me that she missed me so much,"

Kedengaran Zayn mengeluh panjang."Dia selalu rindukan you-sampai Erika tiada ruang pun,"

"Apa?"Kata-kata Zayn tadi mungkin lebih kepada berkata pada dirinya sendiri tetapi jelas pada pendengaranku.

"Never mind,"Zayn meneruskan perjalanan pulang tanpa menoleh sedikitpun kepadaku.

Aku pula rasa sebal di situ.

×××

Sydney Airport,Australia.

Pejam celik sudah berakhir percutianku di bumi kanggaro ini.Aku sempat berjumpa Diana dan Rosa untuk mengucapkan selamat tinggal.Diana meluahkan rasa terkilan tidak dapat menghantarku ke airport kerana ada mesyuarat tergempar dan Rosa pula terpaksa dihantar ke rumah pengasuh.

Zayn pula tiada khabar berita sejak semalam kami ke Zoo Taronga.Argh,aku bingung dengan apa yang dia cuba mahu sampaikan kepadaku.Dia marah dan tiba-tiba berbaik semula.Aku tak sangka Zayn lebih complicated sekarang ini.

Nampaknya aku ke Sydney Airport tanpa ditemani sesiapa.

Kedengaran pengumaman penerbangan ke Kuala Lumpur akan berlepas sejam lagi dan penumpang diminta untuk mendaftarkan diri di kaunter imigresen.Aku bangun dari kerusi dan menarik bagasiku perlahan.Sebenarnya,aku agak berat hati meninggalkan Sydney.

Baru beberapa langkah berjalan,kedengaran seseorang memanggil namaku dari belakang.

"Insyirah!"

Aku segera menoleh dan mendapati Zayn yang memanggilku rupanya.Kami saling berpandangan untuk seketika.

"I dah nak pergi,"

"Hati-hati,"

Aku mahu pergi namun teringatkan sesuatu.Lantas aku menoleh semula kearahnya.

"Bila you pulang ke Malaysia?"

Zayn angkat kedua bahu."I tak sure,selagi kerja I belum selesai,"

"Oh okay,"sebenarnya aku agak kecewa mendengar jawapannya-argh apa masalah kau ni Insyirah!Kenapa kau terlampau berharap sangat ni?

"Next month,sebab Tok Mah ada buat kenduri tahlil untuk arwah daddy so I kena balik,by hook or by crook,"

Aku mengangkat wajah seolah tak percaya mendengarnya."Really?I mean boleh ke I datang?"

Apa ni Syii?You sound so desperate!Dahlah tak ada apa-apa hubungan dengan keluarga mereka!

"Sure,pasti Tok Mah suka you datang nanti,"jawapan Zayn lagi membuatkan aku bertambah yakin untuk hadir.Ya,Tok Mah mesti ingat aku lagi.

Perlahan dia merapatkan diri dan mendekatkan wajahnya pada wajahku tanpa aku sedari.Dia memberikan satu ciuman lembut pada sebelah pipi membuatkan aku terkaku seketika di situ.

"Good bye Insyirah,"dia berkata lalu meninggalkan aku terpinga-pinga di situ tanpa langsung menoleh ke belakang.

Aku menyentuh pipi yang tadi dicium dengannya.Entah kenapa hatiku berbunga-bunga mendapat ciuman dari Zayn.

Mungkin aku rindu.

Ya,aku rindu!

Astarghfirullahalazim!

Aku sempat menampar pipiku dan kembali waras.Apa yang aku fikirkan ni?

×××

Aku sampai Malaysia waktu malam.Teksi KLIA menghantar aku pulang ke rumah di Pajam.Sebaik sahaja aku membuka pintu,kelihatan Nazin ada di ruang tamu sedang menonton saluran Astro.Jantungku automatik berdegup kencang.

"Lambat balik?"

"Jammed.Ada kereta incident tadi kat highway,"Aku memberikan alasan.Sempat juga membetulkan tas tangan yang dikepit walaupun kedudukannya masih elok.

Nazim masih lagi bersandar pada sofa dalam keadaan melunjur.

"Seronok bercuti ke Perth?"

"Err seronok?"

Nazim pandang aku lama,seolah tidak berpuas hati dengan jawapanku.

"Betul ke awak ke Perth sahaja?"

Aku pandang Nazim sebelum tunduk ke lantai.Perlahan aku menjawab,"Ya,Perth sahaja,"

Nazim bangun dari sofa lalu mendekatkan diri padaku.Dia mencuit daguku dan memaksa aku mendongak melihatnya.

"I miss you,I miss you so much.Kenapa tak call saya?Saya tunggu tau,"

Aku lihat kedua anak matanya,mencari sejauh mana kebenaran yang Nazim benar-benar rindukan aku.Nazim mendekatkan wajahnya padaku dan memberikan satu ciuman lembut.Aku terkaku seketika di situ sebelum Nazim menjarakkan dirinya sedikit.

"Saya-"

"Don't need to answer,saya tahu awak sedang bercuti,"Nazim meletakkan jari telunjuknya pada bibir dan senyim nipis."Awak nak makan apa malam ni?Kita makan kat luar ya?Mesti awak penat nak masak,"

Aku mengangguk sahaja memandangkan perutku mula lapar minta diisi."Saya nak naik atas dulu...mandi,"

"Okay,"

Aku menaiki tangga dengan rasa pelik dengan perubahan Nazim tadi.Selalunya dia akan marah-marah kalau aku tak mengangkat sebarang panggilan daripadanya.Sebelum berlepas ke Perth hari itu,aku memang block nombor Nazim kerana terlampau marah dengannya.Kini,aku rasa bersalah pula.

Aku bersiap secepat yang mungkin dan memakai baju yang cantik.Selesai bersiap,aku keluar dari bilik mendapati Nazim berada di ruang tamu.Dia kelihatan leka dengan telefon pintar di tangannya.

"Dah siap,"Aku memberitahu Nazim namun dia seolah tidak menyedari aku memanggilnya.Jari-jemari Nazim laju menaip di atas keyboard.Entah dengan siapa dia Whatsapp,mungkin urusan kerja.Ya,aku cuba berfikiran positif.

"Nazim!"aku memanggil lagi kerana dia tidak memberi apa-apa respon tadi.

"Oh ya maaf,"Nazim segera bangun dan memasukkan telefon pintarnya ke dalam poket.Kemudian,pandangannya tertala padaku dan tersenyum manis.

"Kita nak kemana?"

"Saya ikut sayanglah,sayang nak makan apa?"mendengar Nazim memanggil aku sayang membuatkan aku rasa berbunga-bunga sekarang.

"Dah lama tak makan kat kedai mamak.Awak nak ke?"

"Boleh saja,asalkan kedai makan,"Wuhuu,hatiku melonjak-lonjak gembira.Sudah lama aku tak makan kat kedai mamak.Terbayang-bayang roti canai telur dan nescafe panas di depan mata.Dua-dua menu tersebut sudah memadai dan membuat aku kenyang.

Aku mengikuti sahaja langkah Nazim dari belakang menuju ke keretanya.

×××

Sejak peristiwa itu,hubungan kami semakin baik seperti awal perkahwinan kami dulu.Nazim sedaya-upaya menghabiskan bersama denganku walaupun sibuk dengan pekerjaannya.Hujung minggu pula Nazim mengajak aku bersiar-siar sehingga Kuala Lumpur.

Sehingga suatu hari selepas makan tengah hari.Nazim memanggilku,

"Saya nak melawat ayah mak saya,"

Aku dapati dia sudah bersiap sementara aku baru sahaja membasuh pinggan mangkuk kami tadi.

"Okay,saya nak bersiap dulu,"

Nazim mengangguk.Aku segera naik ke bilik kami dan memakai baju yang lebih menutup aurat.Selendang dipakai pada kepala dan dikemaskan sedikit.

Perjalanan kami mengambil masa sejam menuju ke Klang,Selangor.Nazim diam sahaja,mungkin mahu fokus pada pemanduannya.Aku pula membuang pandangan ke luar tingkap kereta.

Kami singgah di Taman Sri Andalas,kawasan yang pernah menjadi tempat tinggal Nazim dan keluarganya dulu.Kedua ibu dan ayah Nazim sudah tiada.Menurut Mak,mereka tidak sempat menyelamatkan diri semasa berlaku kebakaran di rumah mereka dulu.Nazim terselamat kerana ketika itu baru sahaja pulang dari pusat tuisyen.

Selepas kematian kedua ibu dan ayahnya,Nazim tinggal dengan emak saudaranya yang aku panggil Mak kini dan sepupu perempuannya,Hana.Mereka tinggal di Taman Botani Klang.

Keadaan rumah keluarganya masih elok walaupun ada masih ada sisa kebakaran.Nazim membuka pintu pagar dan melangkah masuk tanpa sedikit teragak-agak.Aku pula rasa sangsi sama ada mahu masuk atau tidak.Mungkin aku terpandangkan pita polis yang menandakan kawasan larangan di situ.

Kedengaran satu benda jatuh pecah di dalam membuatkan aku segera masuk.Aku teringatkan Nazim ada di dalam.

"Nazim?"aku panggil namanya kuat.

Aku dapati Nazim pandang aku sambil tersengih."Maaf.Saya terlanggar pasu tadi,"

"Oh,ingatkan apalah,"

"Jom naik tingkat atas,"Nazim menarik tanganku dan menaiki tangga ke tingkat atas rumahnya dulu.

Dia menarik tombol pintu yang sudah berkarat sebelum menolaknya ke dalam."Bilik saya dulu,"

Kelihatan banyak buku-buku terbakar dan menjadi abu hitam bersepah disitu.

Ada satu benda menarik perhatian aku di atas meja belajar Nazim.Satu frame gambar.Aku mengambil frame gambar itu dan membersihkan habuk-habuk disitu.Gambar Nazim bersama familinya.

Comel juga Nazim masa kecil dulu.Baru aku tahu Nazim mewarisi raut wajah ayahnya.Ibunya nampak seperti wanita campuran.Perlahan aku menyentuh wajah ibunya itu.

"Maria Anne Warren Abdullah,"Aku dapati Nazim bersuara di sebelahku.

"Nama ibu awak?"

Nazim mengangguk."Half Malay half English.Datuk saya asal UK.Dia berkahwin dengan nenek saya yang pure malay,"

"Patutlah mata awak biru kan?Awak warisi dari ibu awak,"

"Lucky me,"

"I'm going to keep it,"Aku memeluk frame gambar itu erat.Nazim memandangku seolah tak percaya dan menggeleng kepala.Kemudian,dia menyentuh pipiku dan mengeluh panjang.

"Awak tahu apa yang paling saya takut?"

Aku pandangnya lama,menantikan jawapannya.

"Rasa kehilangan orang yang saya sayang,"luah Nazim perlahan,jari-jemarinya turun ke leherku sehingga ke bahu kanan."Don't leave me,please I'm scared,"

Aku tak tahu mahu menjawab apa.

"Masa awak pergi Perth hari itu tanpa beritahu saya,saya menangis.Saya fikir awak dah tinggalkan saya.Saya-saya fikir awak nak kembali pada Zayn,"Suara Nazim bergetar,menunjukkan dia benar-benar memaksudkannya.Kami saling berpandangan kali ini.Aku terus memeluk Nazim erat dan kedengaran dia menangis di bahuku.

"Saya tak ada sesiapa melainkan awak Syii.Sa-saya tak nak awak tinggalkan saya."dia mengumam sambil menangis.Hatiku berasa sayu mendengarnya,walaupun sudah banyak kali Nazim menyakitkan aku namun entah la,hati ini masih lagi mahu menerimanya.

"Saya-takkan tinggalkan awak,"

I janji takkan tinggalkan you

Janji yang mungkin aku mungkiri suatu hari nanti,seperti mana aku berjanji pada Zayn dulu.Perasaan bersalah hadir tiba-tiba,berdosakah aku selama ini?

"Jom balik ya?"

Nazim mengangguk dan aku mengambil tangannya.Kami berlalu meninggalkan rumah keluarganya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience