Pekan Kuala Pilah
Negeri Sembilan, Malaysia
"Wow!"
"Apa yang 'wow'nya?"
Insyirah angkat bahu lantas menarik bagasinya sehingga ke anak tangga paling bawah rumah tradisional Minangkabau itu.Kepalanya tertoleh dari kiri ke kanan seolah mencari seseorang.Kemudian,dia melaungkan salam beberapa kali.
"Betul ke Tok Mah ada?"
"Entah,"Kali ini Zayn menjongketkan kedua bahunya.Menurut Tok Mah yang ditelefonnya minggu lepas,dia tidak ke mana-mana melainkan ke pasar sahaja membeli lauk untuk makan.Jam tangan dikerling,sudah menunjukkan pukul 10 malam waktu Malaysia.Takkan Tok Mah pergi pasar waktu malam sebegini?
Insyirah mencemikkan muka."You ni biar betul?Kalau Tok Mah pergi mana-mana macam mana ni?Takkan nak tidur luar kut?"
Zayn senyum meleret lalu mendekatkan badannya pada sang isteri.Dia berkata perlahan,"Apa salahnya,kan?"
Insyirah menolak badan Zayn serentak menggelengkan kepala."No,no,no Zayn!Kita bukan di Sydney!Kalau orang nampak macam mana?Tak manis tahu?"
"Tahu~"meleret sahaja jawapan Zayn lalu tergelak kecil apabila melihat perubahan wajah Insyirah yang mula mencuka.
"Zayn?"
"Tok Mah?"
"Maaf la Tok tak dengar tadi sebab kat dapur,"Tok Mah membuka pintu sebesarnya dan menjemput keduanya masuk ke dalam.
"Assalamualaikum Tok Mah,"Insyirah segera menghulur tangan untuk menyalami insan yang sentiasa disebut-sebut Zayn sebelum ini.
"Walaikumussalam.Insyirah bukan?"Tok Mah senyum lalu mencium kedua belah pipi cucu menantunya itu.
"Ya,saya Insyirah,"jawab Insyirah lalu mengangguk.
"Tok sihat?"tanya Zayn juga menyalami tangan neneknya itu.
"Alhamdulillah syukur Tok masih sihat ni,kuat lagi.Mesti kamu berdua sudah lama tunggu kat luar bukan?"
"Tak adalah,kami baru je sampai,"
"Zayn,tunjukkan bilik kamu dengan Insyirah.Tok dah siapkan semuanya sejak Zayn bagitahu nak balik sini.Tok nak ke dapur sekejap,"
"Besar jugak rumah Tok Mah ni,tak sunyi ke duduk sorang-sorang?"
"Dia tak penakut macam you,"
Insyirah mencemik.Zayn mendekati satu bilik paling hujung sekali lalu menarik tombol pintu.
"Bilik you?"
Zayn menggeleng.Zip bagasi ditarik dan mengeluarkan powerbank miliknya.Wayar USB dipasang dan disambungkan pada telefon pintarnya."Bilik Daddy dengan Mummy.I selalu tidur luar dengan cousins,"
"Adik-beradik Daddy ada berapa?"
"Tiga.Daddy anak first.Kedua Mak Ngah ketiga pula Pak Usu."terang Zayn tanpa dipinta.Kedua matanya fokus pada skrin telefon pintar.
"Oh okay,"
Zayn mula baring diatas katil namun jari-jemarinya laju menaip keyboard telefon pintarnya.
"Zayn,I nak mandi,"
"Okay,"
"Zayn,you dengar tak I cakap ni?"
"Ya,"
"Zayn!"
"You cakap nak mandi?"
"I tak tahu bilik air kat mana,"
"Tok Mah kan ada?"
"Fine!"Insyirah segera keluar dari bilik dengan wajah yang sebal.Dengan membawa tuala dan barang keperluan mandi yang lain,dia melangkah ke bahagian dapur mencari Tok Mah.
Kelihatan Tok Mah sedang menyediakan makanan diatas meja makan.
"Insyirah?"tegur Tok Mah apabila menyedari cucu menantunya tercengat di hadapan meja makan.
"Syii nak mandi,tapi bilik air kat mana ya?"tanya Insyirah sambil mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Oh bilik air-"
"Bilik air kat luar,"
Insyirah dan Tok Mah menoleh kearah Zayn yang tiba-tiba muncul antara mereka berdua.
"B-biar betul?"Insyirah muka cuak sedikit mendegar bilik air berada di luar rumah.
"Eh betul la,kan Tok?"Zayn bertanya kepada Tok Mah namun Tok Mah nampak berkerut sedikit mendengar kata-kata Zayn namun mngangguk."Ada bilik air kat luar.Syii berani ke nak mandi kat luar?"
Insyirah nampak teragak-agak mengangguk."Boleh la,"
Zayn seperti mahu ketawa namun dia menahan agar tidak meletus."Biar Zayn tunjukkan Syii kat mana ya,"
"Hati-hati tau mandi kat bilik air luar lantainya licin,"
"Baik,"jawab Zayn dan Insyirah serentak.
Zayn membuka pintu belakang.Insyirah bertambah cuak apabila di luar nampak gelap dan bilik air itu tidak jauh daripada tempat mereka berdiri.
"Pakai selipar ni,"Zayn menyuruh isterinya memakai selipar yang ditunjukkan.Selipar jamban.Insyirah membuat muka saat memakainya,tidak pernah seumur hidupnya memakai selipar sebegini namun memikirkan yang dia kini di tempat orang jadi kena terimalah apa yang ada.
Perlahan dia mengikuti Zayn dari belakang menuju ke bilik air luar.
"Zayn?"panggil Insyirah sebelum menutup pintu bilik air.
"Yes Insyirah?"
"You tunggu I tau?"
"Ya~"jawab Zayn agak sedikit meleret.Dia bersandar pada dinding simen lalu kembali melihat skrin telefon pintarnya.
Insyirah menyelak kunci pintu dan menyangkut tuala pada ampaian.Barang mandiannya diletakkan diatas para berdekatan.Dia memerhati sekeliling bilik air itu dengan perasaan bercampur-baur.Kelihatan keadaan bilik air nampak usang dan walaupun bersih sekali.Mungkin Tok Mah rajin membasuhnya.
Dia membuka semua pakaiannya dan mula mandi.Baru sahaja mahu basahkan badan,Insyirah mendapati sesuatu benda berwarna gelap keluar daripada lubang-lubang zink tempat dia mandi itu.
Insyirah lagi bertambah cuak.Pili shower yang dibukanya tadi ditutup dan kedua matanya memerhati benda yang masuk tadi.
Ewww.
Insyirah membuat muka geli apabila menyedari benda gelap itu merupakan haiwan yang paling dia tidak sukai.Cepat-cepat dia mengambil penyapu lidi yang bersandar di belakang pintu mahu menguis benda gelap itu supaya pergi.Namun,benda itu melompat menuju kearah dirinya.
Warghhhh!
Insyirah menjerit sekuat hati.Dipukul-pukul benda gelap itu dengan penyapu lidi sekuat hatinya sehingga benda gelap itu gelabah terlompat sana-sini mahu melarikan diri.
"Syii?"jerit Zayn dari luar sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik air.
"I sumpah geli dengan benda tu Zayn!I nak you halau benda tu sekarang!"terus Insyirah buka pintu dan menarik suaminya masuk ke dalam.Jari telunjuknya asyik menunjuk benda gelap itu yang masih melompat-lompat tidak tahu ke mana mahu pergi.
Zayn tergelak berdekah-dekah melihat benda gelap yang ditunjukkan Insyirah tadi.Katak rupanya ingatkan lipan ke punya jerit kuat tadi.
"Whoah,whoah take it easy!You dah mandi ke belum ni-"Zayn melihat Insyirah dan tergamam seketika.Dia mendapati Insyirah memeluk lengannya dalam diri tidak bertutup dengan apa-apapun.
"I takut,you halau la cepat!"Insyirah mengoyang-goyangkan lengannya dan menunjukkan kearah katak tadi.
"Okay-okay,"Zayn menarik nafas menahan rasa geloranya lalu mengambil penyapu lidi tadi dan menghalau katak itu kembali ke lubang yang dia masuk tadi.
"Dah,lega rasa?"
"Thank you sayang I okey boleh keluar sekarang I nak sambung mandi,"Insyirah sempat mencium sebelah pipi Zayn tanda terima kasihnya dan mahu menolak Zayn keluar.Zayn pula menahan badannya dan menarik badan Insyirah dekat.
"Kenapa?"tanya Insyirah agak sedikit bingung.Apabila Zayn mula melekapkan bibirnya pada leher,Insyirah mula faham apa yang Zayn mahu daripadanya.
"I nak mandi-"
"Kita mandi sama-sama,"
"Zayn,apa ni?I boleh buat sendiri,"sempat pula ketika mandi wajib itu Zayn mahu mencuci wajahnya.
"Pejam je mata tu rapat-rapat nanti pedih pula,"
Insyirah memejamkan kedua matanya dan membiarkan sahaja suaminya mahu buat apa.Zayn senang hati mencuci wajah isterinya lembut.Dia sempat mengucup sekilas bibir Insyirah.
"Dah siap,"
Insyirah membuka kedua matanya,mendapati Zayn memandangnya sambil tersenyum-senyum.Dia agak sedikit malu apabila Zayn melihatnya sampai tidak berkelip lalu dia mencapai tualanya di ampaian.
"I punya?"
Insyirah ketawa kecil ketika memakai pakaian yang dibawanya tadi."Siapa suruh tak bawak sekali?"
"Ambil kan tau?"
"Ya-ya kejap,"Insyirah keluar dari bilik air dan masuk semula ke dalam rumah.Kelihatan Tok Mah sedang menikmati biskut kering dengan kopi panasnya.
"Haip lamanya mandi?Zayn mana?"
Insyirah sengih-sengih lalu cepat-cepat naik ke tingkat atas.Tidak lama kemudian,dia turun dengan tuala biru di tangan.Tok Mah senyum sahaja melihat Insyirah keluar semula.Beberapa minit selepas itu,Insyirah masuk semula bersama Zayn.
"Hah siapa dok mandi siapa ni?"kedengaran Tok Mah seakan menyindir.Dia sempat mencicip kopinya tanpa memandang mereka berdua."Lepas ni jangan lama-lama berembun,nanti demam,"
Insyirah menjeling Zayn dan tersenyum malu saat lalu di hadapan Tok Mah.Zayn selamba memeluk pinggang Insyirah sambil senyum-senyum sumbing.Mereka mengagak Tok Mah dapat meneka apa yang berlaku.
Kantoi.
×××
Keesokkan paginya.
"You nanti jangan lupa kejutkan I ya?"Zayn merebahkan dirinya diatas katil dan melelapkan matanya serta-merta.Insyirah menggeleng sahaja,memang Zayn jenis lepas Solat Subuh akan sambung tidur semula.Sudah banyak kali dibebelkan kepadanya,nanti rezeki lambat masuk namun Zayn sengaja buat tidak endah.
Insyirah melipat sejadah dan telekung yang dipakainya.Dia terdengar dapur agak kecoh dengan suara orang-orang berbual awal-awal pagi ini.Dengan siapa pula Tok Mah ajak berborak pagi-pagi sebegini?
"Hai,"
Seorang perempuan bertudung bawal pink menyapanya saat mereka bertentangan mata.Dia kelihatan sibuk membantu Tok Mah menyiapkan sarapan pagi.
"Hai,"Insyirah menyambut salam perempuan itu di hadapannya.Mereka saling berbalas senyuman dalam masa yang sama,Insyirah merasakan mereka pernah berjumpa sebelum ini.
"Puteri la,cousin Zayn,"dia memperkenalkan dirinya sambil ketawa kecil.
Oh ya,sepupu Zayn yang pernah hadir ketika majlis pernikahan dan resepsi mereka beberapa bulan lepas.Semakin nampak berisi Puteri ini,sudahlah cantik,berhijab pula itu.Agak tergugat Insyirah dengan perempuan ini sedikit.
"Awalnya datang?"
"Dari rumah mak,singgah sini sekejap sebelum balik Seremban,"ujar Puteri tanpa dipinta.Dia menuangkan air teh panas ke dalam setiap cawan kaca yang tersedia."Sorang ke turun?Mana Zayn tu?"
"Dia-"
"Tahu!Dia tidur balik bukan?Pemalas!"
Insyirah tidak menyangka Puteri boleh meneka dengan tepat.
"Put kenal dia dari kecil,Syii.Dia memang macam tu jadi Syii kena biasakan okey?"pesan Puteri sambil mengenyitkan mata sebelah.Insyirah senyum lalu mengangguk.Lagipun,Zayn pernah memberitahu Puteri antara sepupunya yang paling rapat sejak kecil.
"Hah Tok!Put nak share satu cerita ni,semalam Put singgah kedai nampak si Mona tu.Nampak pucat je muka dia,"Puteri menarik kerusi di sebelah Tok Mah manakala Insyirah pula duduk di hadapannya.
"Kenapa pucat pulak?"tanya Tok Mah ingin tahu.
"Katanya Mona tu kena santau!"
"Santau?"tanya Insyirah kembali namun Tok Mah segera menyampuk,
"Ish Astarghfirullahalazim!Puteri!Tak baik kata orang macam tu,"Tok Mah hanya menggeleng kepala,
"Betul la Tok!Semua orang kampung cakap macam tu.Mak Su dengan Mak pun cakap benda,"
"Put,mulut orang jangan dok percaya.Ish,kamu ni!"Tok Mah menggeleng kepala lantas,
"Good morning!"
Kelihatan Zayn turun dari tangga dan menuju ke arah mereka bertiga.
"Maaf,ni bukan Aussie,"ujar Puteri selamba atau lebih kepada menyindir sebenarnya."Dah kat kampung buat cara kampung,"
"Maaf?Apa tujuan berada di sini cik?"tanya Zayn juga dengan nada selamba,sengaja mahu menyakitkan hati Puteri.
Puteri merenung Zayn tajam."Maaf,anda sedang bercakap dengan saya ke?"
"Maaf?Adakah saya sedang bercakap dengan papan?"balas Zayn sarkastik membuatkan Puteri merengus geram.
"Zayn!!!!"
Zayn ketawa terbahak-bahak sambil menarik kerusi untuk duduk di sebelah Insyirah.
"Tahi punya perangai!"Puteri membuat muka tidak puas hati.Dia menyenduk bihun ke dalam pinggannya sambil mencebikkan bibir.
"Jangan berani lawan bekas pendebat kebangsaan ini!"Zayn memuji dirinya sendiri dengan perasaan bangga yang teramat.
"Dah!Dah!Makan!Habis terpercik air liur korang semua kat makanan Tok!Penat Tok buat sejak pukul 6 tadi!Korang tahu buat banjir makanan Tok!"Tok Mah mengipas semua sarapan yang dibuatnya tadi seolah memang air liur masuk ke dalam makanan itu.
Mereka sama-sama pula tergelak mendengar bebelan Tok Mah.Insyirah tidak ketinggalan sekali.
"So macam mana sekarang kehidupan?"tanya Puteri memecahkan kesunyian antara mereka berempat.
Zayn sempat mengerling Insyirah yang menyenduk bihun ke dalam pinggannya lalu menjawab dengan bersahaja,"Bahagia,tu je,"
"Klisenya jawapan,"sindir Puteri sambil menyuap bihun ke dalam mulutnya.
"Habistu nak jawapan sepanjang essay ke?"tanya Zayn sekali lagi sarkastik lalu menghirup teh yang dituang Insyirah tadi.
"Ha'ah,kau bukan suka ke bagi penerangan panjang lebar kat aku walaupun aku tak mintak?"balas Puteri masih tidak mahu mengalah.Dia menyuap bihun ke dalam mulutnya dengan wajah tidak puas hati.
"Okay kalau itu yang kau nak ya,aku bahagia on the way nak bagi kau anak buah,kau nak lelaki ke perempuan?"
Puteri hampir tersembur bihun yang dimakannya manakala Insyirah yang dihadapannya pula tersedak air teh yang dihirupnya.
"Zayn!Apa kamu ni!"Tok Mah meninggikan suara kerana menyedari Insyirah terbatuk-batuk lalu dihulurkan air kosong kepadanya.Insyirah segera meminumnya sehingga habis.Tekaknya pula terasa perit.
"Bangang punya jawapan!"balas Puteri lalu ketawa terbahak-bahak."Aku nak perempuan,kalau lelaki nanti dia warisi perangai bangang kau,"
"Dua-dua sama je,tetap anak aku,"ujar Zayn sambil mengusap-usap belakang Insyirah."You okay tak?Sorry tau,"
Insyirah mengangguk perlahan walaupun sebenarnya dia geram dengan jawapan Zayn tadi.Ada cakap macam tu dihadapan Puteri dan Tok Mah?
×××
Sementara di Sydney,Australia.
"Aku nak kau buat sesuatu untuk kau,"
Nazim memulakan bicara pada petang yang redup ketika itu.Mereka berpakat mahu berjumpa selepas habis waktu kerja.
"Hah apa cakaplah,"jawab Dina sambil lewa.Dia sempat membuka bedak compactnya dan melihat cermin.
Nazim senyum sinis."Kau betul boleh buat ni?"
Dina angkat kening lalu memasukkan bedak compactnya semula ke dalam tas tangan,"Hello,kita ni dah kawan lama.Takkan aku nak tolak kut,lagipun kalau benda tu boleh aku tolong ya aku tolong la.Kalau tak,aku mintak sesiapa boleh tolong kau,"
Nazim mengeluarkan satu sampul surat dari begnya dan ditolakkan kepada Dina.
"Ni apa?"Dina mengambil sampul surat itu dan melihat isi di dalam.
"Tengok la,"
Dina mengeluarkan isi sampul surat itu.Dia mendapati beberapa keping gambar dirinya dan beberapa lelaki yang pernah menjadi teman lelakinya sebelum ini.Namun,bukanlah gambar elok-elok dia lihat.Gambar mereka sedang berasmara dengan seronoknya.
"K-kau macam mana boleh ada semua gambar ni?"Mengigil tangan Dina melihat setiap keping gambar itu.
"Seronok tak ada affair dengan banyak lelaki orang?Lagi-lagi dengan ayah Ben?"Nazim kedengaran menyindir lantas menayangkan satu video kurang berdurasi tiga minit di dalam sebuah bilik mewah.
"Babyyyy,"
Panggil Dina agak meleret sedikit.Dia mengambil tempat di sebelah Tan Sri.
"Yes sayang.Tak nak kiss I dulu ke?"
"Malu la,"
"Malu apa?Bukan you dah lama dengan I ke?"
"Okay baby,"
Dina memberikan kucupan sekilas buat Tan Sri itu.
"You masih dengan Hughes Co. bukan?"tanya Tan Sri sambil memeluk pinggang Dina.
"Yup,tengah praktikal,"Dina pula kelihatan mengusap-usap pipi lelaki cina tua itu.
"Dah dapat apa yang I mahu?"
"Dah,"
Kelihatan Dina memberikan satu fail jernih yang dibawa tadi lalu diberikan kepada Tan Sri.
"I jamin you menang tender kat Gold Coast baby,"Dina sempat memberikan kucupan pada pipi Tan Sri itu."Good luck!"
Video berdurasi 3 minit itu tamat.Dina mengangkat muka perlahan,"K-kau nak buat apa dengan semua gambar ni?Video ni!Macam mana kau boleh dapat?"
"Dari mana aku dapat itu tak perlu kau tahu.Yang aku tahu kau ada affair dengan semua lelaki ni sebab nak balas dendam kat papa kau bukan?"
"Mana ad-"Dina mahu menafikan namun Nazim segera memotong.
"Yes Dina Hughes.Tak perlu nafikan lagi.Kau sengaja mahu jatuhkan syarikat papa kau.Kalau Step tahu kau pengkhinat dalam syarikat,aku jamin dia takkan lepaskan kau.Dua kemungkinan,dia saman kau atau kau meringkuk dalam penjara!,"
"Step?"Mengigil badan Dina mendengar nama kakak tirinya seorang itu.Stephanie Hughes,perempuan itu memang tidak boleh dipandang rendah.Sekali dia bermain api dengan Step,nahas dirinya!
"Lucky me,hilang Diana dapat Step.Hebat tak aku?"Nazim sempat memuji diri sendiri dan memberitahu yang kini sudah menjalinkan hubungan dengan Stephanie.
"So what do you want from me?!"jerkah Dina tidak berpuas hati.Dia memeluk tubuh dan memuncungkan bibirnya.
"Aku tahu kau sebenarnya takut kalau papa kau tahu bukan?Don't worry,as long as you ikut cakap aku,aku takkan benarkan semua ini berlaku,"Nazim berkata sambil tersenyum senget.
"Speak,"
"Aku nak kau tolong aku balas dendam,"
"Balas dendam?"
"Zayn,"
"No!Ini melibatkan Insyirah bukan?No and never!"bantah Dina sekeras-kerasnya.
Nazim tergelak."Funny la kau ni.Sanggup korbankan diri for someone-"
"Insyirah kawan baik kita!"
"Yes I know right!Dia cuma innocent sangat!Tak ambil tahu hak sekeliling sampai terjerat dengan lelaki bangang tu!What a silly girl!"
"Don't you dare call her that!"
"Fine!I cuma kesian kat Syii!"
"Kau tak kesian!Kau cuma jealous kebahagiaan dia!"Dina segera mengoyakkan semua gambar itu menjadi keping-kepingan.
Nazim tergelak berdekah-dekah."Wow koyakkan selagi mampu Dina!Aku ada banyak lagi copy gambar-gambar kau yang lagi aummm!"
Dina terpaku seketika lalu menekup wajahnya dan mula menangis."Please Nazim.Apa semua ni?Aku tak sanggup-"
"Jadi ikut apa yang aku cakap,"
Dina pandang Nazim lama sebelum melepaskan keluhan kecil.
"Jangan-sampai mereka tahu,"
Share this novel