Insyirah
Aku menguis-guis lantai bilik.Fikiranku terganggu sejak perbicaraan yang berlangsung kelmarin.Aku takut jika aku gagal dan kembali semula pada Nazim.
Aku menarik dan menghembus nafas beberapa kali,cuba meredakan kegusaran yang melanda sekarang ini.Asyraf pula menjanjikan yang dia akan mencuba sedaya-upaya mengumpul bukti untuk dibentangkan perbicaraan esok.
"Awak nampak gelisah,"komen Asyraf tiba-tiba,mungkin menyedari aku tak tentu arah.
"Awak ingat saya sukalah situasi sebegini.Saya baru dapat tahu yang perbicaaran kelmarin berpihak pada Nazim.Juri-juri semua ingat dia mangsa keadaan disebabkan penyakit kemurungan saya!"
Asyraf ketawa kecil."Jangan risau,everthing's under control.Saya jamin awak boleh menang dalam perbicaraan esok,"
"Awak cakap senanglah,awak tak hadap tapi saya ni."Aku melepaskan keluhan berat."Saya dah penat nak lalui balik apa yang berlaku.Saya serik,Asy.Saya dah tak sanggup!"
Asyraf senyum."Semua ni dugaan daripada Allah.Anggaplah ia sebagai satu cabaran untuk menambahkan keimanan dan ketakwaan kita kepadaNya.Allah tak menguji hamba-hambaNya melebihi kemampuan mereka.Setiap ujian pasti ada hikmah.Mungkin Allah nak beritahu Syii supaya lebih berhati-hati dalam memilih peneman hidup.Tak semua perkara kita suka,sayang baik untuk kita,"
Nasihat Asyraf begitu mendalam sekali,membuatku terdiam seketika.Tidak lama selepas itu,aku mengangguk perlahan.
"Masa tu saya tak fikir apa janji saya cinta,sayang dia dan dia boleh menjamin kehidupan kami nanti.What a stupid decision!And now-menyesal!"
Aku teringat janji manis yang pernah ditaburkan Nazim dulu.Semua penipu belaka,dan tak sangka kaki pukul.Aku bukan tak beri peluang kedua malah tak terkira jari-jemari ini memberi peluang kepadanya dan berharap dia akan berubah.Malangnya,dia mensia-siakan peluang yang aku berikan.
Aku serik!
###
Keesokkan paginya.
"Dipersilakan Cik Medina Adzlynn Hughes untuk tampil ke hadapan memberi keterangan,"
"Cik Medina bukan?"
Dina mengangguk perlahan dan agak sedikit takut-takut.Asyraf hanya senyum melihatnya.
"Cik Medina merupakan sahabat baik kepada Puan Insyirah dan Encik Nazim.Adakah ianya benar?"
"Ya benar.Saya merupakan sahabat baik mereka berdua sejak belajar di Sydney lagi,"
"Adakah Puan Insyirah pernah atau selalu bercerita tentang masalah yang menimpanya seperti masalah perkahwinan?"
"Ya benar.Insyirah selalu meluahkan kesedihan dia pada saya tentang layanan buruk Nazim padanya,"
"Jika Puan Insyirah selalu bercerita tentang layanan buruk Encik Nazim padanya,sebagai kawan,Cik Medina perlu melakukan sesuatu,lebih-lebih lagi melibatkan kecederaan kepada Puan Insyirah.Adakah Cik Medina pernah melakukan apa-apa tindakan?"
Dina pandang aku lama seolah ingin mengungkapkan sesuatu yang penting.
"Saya sekadar nasihat dia sahaja,"
"Nasihat?Sekadar nasihat?Adakah Puan Insyirah pernah memberitahu atau menunjukkan rekod perubatan ini sejak dua tahun yang lepas?"tanya Asyraf dengan nada tegas lalu menayangkan fail-fail berisi laporan perubatanku ke udara.
Dina kelu seketika."Tak-ya-err,"
"Ya atau tidak Cik Medina?"tanya Asyraf sekali lagi membuatkan Dina tersentak.
"Ya,Insyirah pernah memberitahunya sebelum ini,"
"Jadi mengapa Cik Medina tidak pernah terfikir untuk melakukan apa-apa tindakan?Apa gunanya seorang kawan?"Asyraf menambah lagi membuatkan suasana menjadi tegang dan Dina mula menangis teresak-esak.
"Bantahan Yang Arif!"
"Bantahan diterima!"
Peguam Bela sempat melemparkan senyuman sumbing kepada Asyraf.
Asyraf mengeluh perlahan lalu menyerahkan rekod perubatanku kepada Hakim untuk dinilai.
Kini giliran Peguam Bela pula bertanya.
"Berbalik kepada soalan Pendakwa Raya,mengapa Cik Medina tidak melaporkan hal Puan Insyirah kepada sesiapa?"
"Sebab saya-"Dina mula sebak lalu berkata,"Saya isteri kedua Nazim,"
Aku senyum sinis mendengar pengakuan Dina tadi.Mahkamah mula kecoh dengan suara-suara sumbang.Pasti para hadirin terkejut mendengar pengakuan berani Dina hari ini.Aku sempat menoleh kearah Nazim.Dia pandang Dina agak lama.Entah apa yang difikirkan.
"Kalau macam tu,Puan Medina."Peguam Bela nampak serba-salah kerana menggunakan panggilan cik sebentar tadi."Adakah sebab cinta Puan Medina enggan membuat apa-apa tindakan terhadap suami puan?"
Dina mengelap air matanya yang mengalir dan mengangguk perlahan.
Aku mencebik melihat anggukan Dina.
"Saya tak mahu anak saya lahir tanpa ayah dia,"
"Maksud Puan Medina,puan hamil sekarang ni?"
Dina mengangguk sekali lagi.Kali ini aku terkejut mendengarnya.Ashraf juga begitu namun dia menghela nafas panjang.
Dina dibenarkan duduk di tempatnya semula.
Asyraf bangun dari kerusinya dan merapikan jubahnya sedikit sebelum menuju ke hadapan.
"Saya ingin memanggil seorang saksi yang datang jauh dari sini.Dipersilakan Cik Diana Erika Hughes tampil ke hadapan untuk memberikan keterangan,"
Aku terkejut mendengar nama itu,begitu juga Nazim di kandang pesalah.Kami sama-sama menoleh ke belakang dan mendapati seorang gadis Inggeris berhijab ke hadapan.Dia sempat melemparkan senyuman padaku dan naik ke kandang saksi.Setelah mengangkat sumpah,Asyraf menyeru nama penuh wanita Aussie itu.
"Cik Diana Erika Hughes?"
"Ya saya,"jawab Diana dengan yakin sekali.Lagipun,Diana sudah fasih berbahasa Melayu.
"Apa hubungan cik dengan antara mereka berdua?"Asyraf mula mengeluarkan pertanyaan.
Diana senyum sahaja sebelum menjawab,"saya merupakan bekas kekasih Nazim sebelum beliau mengahwini Insyirah.Dan Insyirah pula ialah sahabat lama saya,"
Diana juga sempat melempar pandangan pada Nazim di kandang pesalah itu.
"Saya ada mendengar khabar angin bahawa hubungan Cik Diana dan Encik Nazim terputus disebabkan Cik Diana curang dengannya.Betulkah?"
"Ya,saya mencuranginya,"
"Bantahan!Saksi tiada kena mengena dengan kes ini!"
Hakim mahu mengetuk kayunya namun Diana segera bersuara lagi,"Ada lagi sebab mengapa saya meninggalkannya,"
"Saksi boleh teruskan penjelasannya,"Hakim memberi peluang kepada Diana untuk menghabiskan kata-katanya.
"Saya mencuranginya kerana tidak tahan dengan sikapnya yang cemburu buta.Dan sepanjang hubungan kami,Nazim sering memukul saya untuk melepaskan ketidakpuasan hatinya,"
Aku mendengar penjelasan Diana dengan perasaan berdebar-debar.Diana masih nampak tenang di kandang saksi.
"Saya masih ada bukti rekod perubatan yang menunjukkan saya pernah dipukul lelaki itu.Saya juga ada menyerahkan satu sampul besar kepada Asyraf yang mengandungi bukti-bukti rekod perubatan saya itu,"
Asyraf memgambil sesuatu di bawah meja.Terdapat satu sampul besar dan diserahkan kepada Hakim untul dinilai.
"Saya juga pernah membuat laporan ke balai polis dan bukti laporan masih ada di dalam sampul coklat itu Yang Arif,"Diana menambah lagi dan aku perasan wajah Nazim seratus peratus.
"Oh ya satu lagi,Nazim pernah masuk ke dalam lokap kerana dakwaan saya itu selama empat hari,"
Entah kenapa aku merasakan kemenangan berpihak padaku.
×××
"Mahkamah telah membuat keputusan bahawa tuduhan yang diberikan kepada Encik Nazim bin Ilias adalah benar sama sekali."
"Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama enam bulan di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sembilan 2003 kepada Encik Nazim bin Ilias atas cubaan menyakiti dan menganiaya isterinya;Puan Insyirah binti Imran sehingga boleh membawa kematian."
"Mulai hari ini dengan kuasa mahkamah yang ada,mahkamah membubarkan perkahwinan Puan Insyirah binti Imran dengan suaminya,Encik Nazim bin Ilias atas tuntutan fasakh,"
"Keputusan mahkamah adalah muktamad."
Tok!Tok!Tok!
"Allahu Akhbar!"
Sebaik sahaja mendengar keputusan mahkamah berpihak padaku atas dakwaan aku terhadap Nazim benar,aku terus sujud syukur disitu dan menangis teresak-esak.Akhirnya,setelah empat tahun di dalam neraka ciptaan Nazim,aku berjaya melepaskan diri buat selamanya.
Terima kasih Ya Allah.Aku sangat bersyukur padaMu.Aku berjanji akan kembali padaMu.Akan aku ikuti segala perintahMu.
Nazim terus didatangi beberapa polis dan menggari kedua tangannya dari belakang.Dia sempat memandangku lama dan memberikan senyuman sinisnya.
Kedengaran Dina menangis teresak-esak sebaik sahaja mendengar hukuman yang diterima oleh Nazim.
"Syii,"
Aku menoleh kearah Diana dan senyum nipis.Diana memelukku erat dan mengucapkan tahniah atas kemenanganku.Aku lihat Zayn memandang sayu kearah Nazim yang dibawa pergi.
"Are you okay?"tanya Diana dengan senyuman masih di bibir.Manis sekali Diana setelah berhijab kini.
"I'm fine-really fine.Alhamdulillah,"ujarku dengan rasa lega dan tenang sekali."Thank you Diana for coming here.I couldn't done without you,"
Percayalah,kemenangan aku hari ini disebabkan Diana Erika Hughes.Dia hadir jauh dari benua Australia untuk berada di sini,mahkamah ini,membuktikan bahawa Nazim bersalah atas menzalimi aku.
"Let's go,"ujar Zayn tiba-tiba mencelah perbualan kami.Diana menolak kerusi roda Zayn keluar dari bilik mahkamah itu sementara aku mengikuti dari belakang.
Alhamdulillah.
Aku sangat gembira.
Share this novel