INSYIRAH
Mataku berkelip banyak kali,untuk memastikan aku berada di mana sekarang ini.Kepalaku rasa sakit sangat.Aku segera bangun dan mencapai clutchku yang berada di atas meja lampu.Aku mencari telefon pintarku dan melihat skrin sudah pukul 8 pagi.
Aku memusingkan badanku ke sebelah kiri dan mendapati seorang lelaki asing sedang tidur membelakangiku.Aku terkesima seketika.Kenapa ada lelaki lain disebelahku sekarang ini?Kami tidur bersama ke sepanjang malam tadi?Kami ada buat sesuatu ke?
Tak payahlah aku nak sebutkan benda tu apa mesti korang semua tahu apa aku nak cakapkan.One night stand with unknown guy,such a freaking weird.
Aku menyelak selimut dan mendapati aku masih lagi berpakaian malam tadi.Gaun merah pemberian Zayn.Zayn?
Aku menoleh kearah lelaki itu.Zayn ke yang tidur disebelahku?Dengan keberanian yang ada,aku menyentuh lengan Zayn.Zayn memberi reaksi.Aku tahu Zayn jenis cepat sedar kalau sesiapa menyentuh mana-mana bahagian badannya.
Zayn segera bangun dan menggosok kedua matanya.Dia mengamati aku agak lama sebelum merekahkah senyuman di bibir.
"Good morning,angel"
Entah mengapa ucapan itu sudah lama aku tak dengari sepanjang lima tahun ini.
"Sorry.Did I wake you up?"Zayn bertanya lembut,namun senyuman di bibirnya tak pernah lekang.
Aku menggeleng."Apa yang terjadi malam tadi?"
Zayn mendekatkan wajahnya padaku dan mula senyum herot.Aku tergamam dengan tindakannya.
"Nothing,"
"Nothing?"
Zayn mengangkat kedua bahunya.
"Zayn,I'm dead serious!"
"Mrs.Insyirah,there's nothing between us.You've got fainted so I brought you here,"
"No-"aku tak meneruskan kata-kataku kerana malu pula nak menyebutnya.
"Sex.Yes,we don't have a sex or one night stand yet,"
Aku dapat merasakan pipiku naik kemerahan.Zayn memang seorang straight foward tak akan sesekali patah balik punya.
"You're blush and it's so cute you'd know,"
"Shut up Zayn!"
Zayn ketawa lalu bangun dari katil.Dia mengambil tuala di ampaian lalu masuk ke dalam bilik air.
Aku melihat skrin telefon pintarku semula.Bateri tinggal 10% percent dan mungkin bakal shut down bila-bila masa sahaja.
Zayn keluar setelah beberapa minit mandi.Dengan hanya dalam keadaan bertuala,dia selamba menuju ke wardrobe.
Aku memerhatikan lekuk badan Zayn dari belakang.Aku akui Zayn tidaklah sesado manapun namun dia masih nampak tegap.Lekuk badannya masih sama macam dulu.Kejap,apa yang aku cakap ni?
Aku memalingkan muka saat Zayn mahu memakai boxernya.Haish,dia ni tak malu ke pakai depan aku?Tanpa berlengah lagi aku bangun dan masuk ke dalam bilik air untuk mandi.
×××
Aku sedang menyikat rambut ketika Zayn menekan skrin telefon pintarnya.
"I hantar you balik,"
Aku toleh ke belakang."No way,buat susah je.Rumah I kat Negeri Sembilan.Nanti I suruh Dina ambil I semula,"
Zayn menggeleng."I kebetulan nak balik Kuala Pilah,jumpa Tok Mah.Alang-alang hantar you balik,"
Aku terdiam saat mendengar nama Tok Mah dari bibir Zayn.Tok Mah merupakan nenek Zayn.Umur dia sudah dekat 70 tahun dan kali terakhir aku nampak dia semasa Raya lima tahun yang lepas.
"Tok Mah sihat?"
Zayn mengangkat bahu."I dah lama tak jenguk dia,dekat lima bulan.Hari itu call Tok,suara dia okey je.Sihatlah tu,"
"Kirimkan salam I untuk dia ya?"
Zayn angguk dan senyum.
"Dah siap?"
Aku mengangguk lantas mengambil pakaian aku malam tadi dan clutch diatas meja.Kami keluar dari bilik dan terkejut melihat keadaan penthouse Ben.
"Mana Ben?"Zayn bertanyakan aku namun aku mengeleng tak tahu.Kami sama-sama mencari Ben.Keadaan penthouse sangatlah bersepah.Dengan pembungkus makanan ringan,pelbagai jenis botol air minuman dan kelihatan beberapa orang asing baring di lantai dan di sofa yang masih tidak sedar hari sudah pagi.
"You cari kat bilik dia dan I cari kat dapur,"arah Zayn dan aku setuju.
Zayn meluru kearah dapur sementara aku menjenguk bilik Ben yang berada di tingkat atas.Aku ketuk biliknya beberapa kali namun tiada jawapan.Aku menarik tombol pintu dan menolaknya ke dalam.Tiada orang.Cadar katil masih nampak tegang.Pasti Ben tidur tempat lain!
"Insyirah!"
"What?Did you found him?' aku merasakan Zayn berjaya menjumpai Ben.Aku memepercepatkan langkah menuju ke tingkat bawah dan meluru ke bahagian ruang makan.
Aku lihat Zayn menarik tangan seseorang dari bawah meja makan.Kelihatan Ben dengan rambut serabai dan muka tidak sememeh sedang mengosok kedua mata.
"Hey-hey wake up you little buddy!"Zayn menepuk-nepuk pipi Ben menyuruhnya bangun.
"Urgh,what time right now?"kata Ben mamai dengan mata sedikit terkatup.
"Almost 10 am,"jawab Zayn setelah menjeling jam tangannya.
"Who's that girl?"Ben menyedari aku berdiri di belakang Zayn.Dia menggosok kedua matanya berkali-kali.
"Did you remember her?"Zayn menoleh memandang aku.
"Oh yes Syii and-hey!Am I crazy?"Ben tersengih dan pandang kami silih ganti."Maybe I still got bad dream again.Silly me,Zayn and Syii aren't getting back together-you both such a sweet couple I've ever met,"
Aku terpempam.Aku tak sangka Ben cakap macam itu.Ben meluahkan perasaan betapa dia menyenangi hubungan kami yang sudah lama terputus itu.
Zayn berdehem."Let's not talk about this,remember?"
Ben mengangguk lalu menguap besar."I'm too tired right now!"
"I'm gonna send Insyirah back,so do you want anything-I mean for breakfast?"
Ben agak lama berfikir sebelum berkata."It's nice to have roti canai.How I missed mamak,"
Aku tergelak kecil.Ben suka makan mamak?Sejak bila ni Ben?
"Okay.I'll be back an hour start from now,"
Ben mengangguk dan meminta diri untuk sambung tidur di dalam bilik pula.
Aku mengikuti Zayn turun ke tingkat basement dinama keretanya diparkir.
"You pinjam kereta Ben ke?"
Kami berdiri di hadapan kereta Range Rover hitam metalik milik Ben.
"Nak buat apa beli kereta,bukannya I lama kat sini.Melainkan I kahwin dengan orang Malaysia,"jawab Zayn selamba lalu menekan kunci automatik kereta Range Rover milik Ben.Entah mengapa aku yang tersentap di situ.
"So rumah you kat mana?"
"Seri Pajam,"
Zayn mengangguk.Aku rasa Zayn tiada masalah membawa diri sekitar Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.Kampung halaman Zayn pula terletak di Kuala Pilah.
Sepanjang perjalanan,kami tidak bercakap walaupun sepatah pun.Cuma suara radio mendendangkan lagu mengisi suasana.Kebetulan lagu kegemaran aku.
Crashing hit a wall
Right now I need a miracle
Hurry up now I need a miracle
Stranded reaching out
I call your name but you're not around
I say your name but you're not around
I need you I need you I need you right now
Yeah I need you right now
So don't let me don't let me don't let me down
I think I'm losing my mind now
It's in my head darling I hope
That you'll be here when I need you the most
So don't let me don't let me don't let me down
Don't let me down
Don't let me down
Don't let me down down down
Don't let me down
Don't let me down down down
Entah mengapa aku teringatkan Nazim yang outstation ke Tokyo baru-baru ini.
"Hey kenapa senyap ni?"Zayn bersuara memecahkan kesunyian antara kami.
"Tak ada apa-apa,"aku menjawab dengan suara mendatar.
Range Rover yang dipandu Zayn menyusur keluar ke Pajam dan tidak lama selepas itu memasuki taman perumahan aku.Sesampainya didepan rumah,Zayn memanggil namaku.
"Boleh I mintak nombor you?"
Aku terdiam.Zayn nampak seperti berharap.
"Okay,ni nombornya,"aku menyebut satu-persatu nomborku dan Zayn menaip nombor itu di dalam telefon pintar.
"Kalau ada apa-apa senang I nak bagitahu you pasal wedding I nanti but if you would like to come- with Nazim?"
Aku mengangguk dan senyum,"Pleasure to come,thanks for the invitation.And thanks again for a ride!"
"Your welcome!"
Aku melambai kearah Zayn sebelum keretanya hilang apabila dia keluar dari jalan taman perumahanku.
Aku mengecas telefon pintarku sementara aku menyegarkan badan.Selepas mandi,aku berkesempatan menelefon Dina.
"Ermm ya?"kedengaran suara Dina menjawab yang baru bangun dari tidur.
"Kau kat mana ni?"aku bertanya namun aku mengagak Dina bermalam di mana-mana bersama lelaki entah siapa-siapa.Mungkin skandalnya malam tadi.
"Kat De Palma,entahlah-baby boo kita kat mana ni?"
Aku membuat muka meluat saat mendengar Dina memanggil baby boo dia itu.Suami aku pun aku tak panggil baby boo.Katanya geli panggil dengan nama manja.Kedengaran lelaki sayup-sayup menjawab mereka memang berada di Hotel De Palma.
"Eh,lupa pulak kawan aku seorang ini!Kau masih kat penthouse Ben ke?"Dina mula menggelabahlah itu bila teringatkan aku.
"Taklah.Aku sekarang dah sampai rumah,"
"Siapa hantar kau balik?Ben ke?"
Aku senyum."Kau mesti tak percaya siapa aku jumpa malam tadi?"
"Siapa pulak?Jangan cakap laki kau datang parti Ben malam tadi!"
Aku tergelak."Mana ada!Nazim tak liar macam dululah.Dia sekurangnya tahu tanggungjawab dia-"kata-kataku seolah menusuk hati,apa yang aku cuba sampaikan ni?Nak cakap isterinya tak pandai jaga maruah suami ketika ketiadaannya?
"Okay-okay,someone nak backup laki sendiri.By the way,siapa yang kau jumpa malam tadi?"
"Err...Zayn,"
Dina terdiam.
"Hello?"
"Yes,I'm here.Sorry,"Dina bersuara setelah lama berdiam diri."Aku terkejut,"
"Aku pun,"aku mengenggam telefon pintarku erat.Cuba meluahkan apa yang terbuku.
"Did you miss him?"
"Nope and abselutely not!Aku dah kahwin,Dina"
"Betul ni kau tak rindu?"
"Apa yang kau mengarut ni,Dina?"aku merasakan Dina cuba mahu membuka cerita lama aku dan Zayn.
"Oh,tak ada apa-apalah.Saja mana tahu perasaan lama itu datang lagi sejak jumpa ex balik,"suara Dina makin mendatar dan perlahan,mungkin tak mahu aku sakit hati pula.
"Dina sayang,sampai bila-bilapun aku takkan kembali pada Zayn.Aku dah kahwin dengan Nazim dan aku tak mahu curang,"ujarku dengan tenang dan berharap Dina memahaminya.
"Okay,pegang kata-kata kau.Bila aku dapat tahu kau get back dengan Zayn,siap kau!"
Aku tergelak kecil,"No and I wouldn't,"
"Semalam kau cakap Nazim balik hari ini,bukan?"
"Yup-"aku hilang kata.
"Good luck,"pesan Dina supaya aku lebih bersedia.
Kedengaran deruman kereta masuk ke perkarangan rumah.
"Laki aku dah balik,bye!"
"Hah yalah-yalah,bye jugak!"
Aku turun tangga saat Nazim menutup pintu utama.Aku memberhentikan langkah dan memerhatikan suamiku membuka butang kemejanya dan melipat sehingga ke siku.Nazim perasan aku berhenti di pertengahan tangga.
Kami bertentangan mata agak lama.Dengan keberanian yang ada,aku menghampiri Nazim dan memberikan kucupan pada pipi kanannya seperti selalu.Nazim melingkarkan tangannya ke pinggangku dan menariknya ke dalam pelukan.
"Miss you so much,"bisik Nazim pada telingaku dan kami berpelukan erat.
"I miss you too,"aku sangat lega Nazim mengucapkan sebegitu padaku.Dia seolah-olah melupakan apa yang berlaku tiga hari yang lepas.
Aku melonggarkan rangkulannya dan mengambil briefcase di tangan.
"Lapar ke?Nanti saya masakkan something,"
"Spaggeti carbonara would be marvellous!"
Aku mengangguk dan menarik tangannya mendaki tangga menuju ke bilik tidur kami.
"So,how's Tokyo?"aku meletakkan briefcase di atas meja solek dan sengaja bertanya bagi mengisi suasana.
"Cantik dan sentiasa busy,"Nazim melonggarkan tali leher dan mahu mencabut satu-persatu butang baju kemejanya.
"Biar saya tolong,"aku menawarkan pertolongan dengan mencabut kesemua butang bajunya.
"Wanginya-"puji Nazim perlahan dan aku merasakan rambutku dikucup lembut.Tangannya menjalar pada badanku lantas aku ditariknya semula ke dalam pelukan.Satu kucupan dihadiahkan padaku dan aku membalasnya.
"Nazim..."aku mengiringkan badan dan menyentuh kulit lengannya.
"Yes sayang,"jawab Nazim lembut.
"Malam tadi saya keluar dengan Dina.Dia ajak saya ke parti Ben,"aku mahu berterus-terang agar Nazim tidak mendengar cerita ini dari orang lain terutama Dina dan Ben.
"Hmmm dah lama saya tak jumpa dia,"Nazim masih memberi reaksi biasa.
"Saya ada jumpa Zayn kat parti tu,"dengan senafas aku mengungkapkan.
Wajah Nazim berubah.Mungkin sudah lama dia tak mendengar nama lelaki itu.
"So awak buat apa?"suara Nazim bertukar dingin.Dia merenung tajam padaku.
"Kami cuma borak sikit je,dah lama tak jumpa.Awak jangan salah faham ya,saya bagitahu ni sebab saya nak awak tahu yang saya tak awak syak-"
"And then cheated on me,"potong Nazim laju tanpa mendengar penjelasanku lebih lanjut.
"Saya tak mungkin nak-"
"Insyirah,cakaplah awak suka jumpa dia balik bukan?"
Aku serta-merta teringat kata-kata yang dilemparkan Nazim tiga hari lepas.Tetapi kerana cinta,aku cuba padam semua itu dan menganggap ia hanyalah debu pasir berterbangan di udara dan hilang entah kemana.
Cinta boleh menjadikan seseorang itu buta.
Cinta boleh menjadikan seseorang itu gila.
"Suka hati awaklah nak cakap apa!"aku bangun dari katil dan mencapai kesemua pakaian yang bersepah di lantai lalu memasukkannya ke dalan bakul baju kotor.
Aku melihat diriku pada cermin bilik air.Aku menyelak rambutku ke belakang dan mendapati banyak kesan gigitan Nazim tadi.Dia macam vampire yang meratah manusia.Kadangkala,aku takut bersamanya di ranjang.Aku takut dia akan mencederakanku.Aku dapat rasakan kemarahannya apabila aku memberitahu tentang malam tadi aku keluar bersama Dina untuk ke parti liar Ben dan terjumpa semula Zayn.Nazim tidak suka mendengar nama Zayn dari mulutku.
Lima tahun sudah berlalu namun Nazim tak pernah melupakan Zayn.Mereka ada sejarah tersendiri.Mereka bergaduh sebab aku.Aku punca segala kekusutan ini dan mengapa Nazim membawaku pulang ke Malaysia.Nazim sedaya-upaya membawaku jauh dari Zayn.
Aku perasan Nazim memerhatikanku dari cermin bilik air.Dia bersandar pada pintu sambil menyilangkan kedua tangannya.
"Saya tak nak awak keluar jumpa Ben lagi,"
Aku terkejut lantas menoleh kearahnya.
"Ben kawan kita,Nazim!Apa salahnya saya jumpa dia?Dia ada tanya pasal awak pagi tadi-"aku terlepas cakap!Shit!Aku lihat Nazim terkesima mendengar kata-kataku.
"What did you just said?"
Aku segera menyusun kembali kata,"Malam tadi-Ben tanya pasal awak,"
Nazim mendengus."Itu saya tahu!Yang masalahnya lelaki tu,mana tahu awak jumpa dia lagi!Awak sukakan jumpa dia balik?"
Aku mengerutkan muka."I'm not!In fact,Zayn dah nak kahwin dengan perempuan lain!"
Nazim senyum sinis."Perfect.Now you're mine,only mine,Insyirah!"
Nazim mengikat kedua pergelangan tanganku ke belakang dan mendekatkan wajahnya padaku."Keep my words Insyirah Imran.Don't you dare to see him again!Kalau awak degil jugak,saya tak teragak buat sesuatu pada dia!"
Aku mengangguk dalam keterpaksaan.Dalam masa yang sama,aku menahan kesakitan akibat cengkaman tangannya yang begitu kuat."Nazim,stop!You hurting me!"
Nazim melepaskan cengkamannya dan keluar dari bilik air.Kedengaran dia menjerit marah dari luar.Aku cuba menahan diriku daripada menangis.Kau kuat Insyirah.Kau kena kuat.
Aku memakai bathrobe yang disidai berdekatan singki.
Aku keluar dari bilik air dan mendapati Nazim tiada di bilik kami.Tanganku laju menyambar telefon pintar.Aku teringat Dina.Entah mengapa aku mahu mengadu semuanya pada Dina.
Tak boleh.Aku tak mahu membebankan Dina lagi.Banyak kali dia mendengar luahan hatiku tentang Nazim.Malam tadi Dina ajak aku ke parti Ben sebab dia mahu aku lupakan masalah ini.Jangan Insyirah,jangan tambah masalah orang.
"Hah!Nak call siapa tu?"
Hampir terlepas telefon pintarku dari tangan.
"Saya tak call sesiapapun!"
Nazim mendekatiku lalu merampas telefon pintarku dari tangan.
"Dina?"
Aku mengeluh kasar sambil memeluk tubuh."Puas hati awak?"
Nazim mencerlung tajam padaku.Cemburu tak tentu pasal.Dia menyerahkan semula telefon pintarku.Aku pula apalagi mengambilnya kembali seperti mana dia buat tadi padaku.
"Apa masalah awak ni?Dah lima tahun Nazim!Dah lima tahun!Apa yang awak benci sangat pada Zayn!?"entah kenapa aku meninggikan suara padanya,mungkin aku sudah terlampau banyak bersabar dengan sikapnya sekarang ini.
Wajah Nazim berubah merah.Dia mesti terkejut dan bertambah marah padaku.Ini merupakan kali pertama aku memarahinya sepanjang perkahwinan kami.
"Aku tak suka means aku tak sukalah!Kau tak faham bahasa ke?!"tengking Nazim lantas mencengkam lenganku kuat.Aku menjerit kesakitan lalu cuba meronta melepaskan diri.
"Nazim,lepaskan sayalah!"
"Kau nak tahu kenapa aku tak suka jantan tak guna tu?Dia rampas segalanya milik aku!Sekarang dia nak rampas kau balik Insyirah!Kau pulak milik aku!Ingat tu Insyirah!Kau milik aku!"
Aku terkesima mendengar lentingannya.Air mataku merembes keluar saat dia mengangkatku dan mencampakkan aku ke katil semula.Aku mahu bangun dan mengundurkan diri ke belakang namun Nazim segera menindih badanku dan tersenyun sinis.
Mimpi ngeriku bermula semula.
Share this novel