Nazim
"Aku tak nak budak ni,"
"Habis tu kau nak aku buat apa?"
Aku menyerahkan bayi kecil itu pada Dina.Dina nampak kekok memegang bayi tersebut."Buat jelah apa-apa supaya dia takkan muncul lagi dalam kehidupan aku dan Syii,"
Dina pandang aku lama,seolah tak percaya dengan apa yang aku katakan."Ja-jangan cakap kau buang budak ni tanpa pengetahuan Syii?
Aku sekadar mengangguk sahaja.
"K-kau gila ke?"marah Dina dengan badan yang mengigil."Macam mana kalau Syii tahu?"
"Dia takkan tahu punya,trust me,"Aku mengeluarkan vape dari poket seluar dan menghirup perlahan.
"Kita boleh fikirkan cara lain bukan?Kesian budak ni.Dia masih kecil lagi,"Dina masih tak berpuas hati.
Aku mengeluarkan asap vape tadi dan menjulingkan mata keatas."Habis tu kau nak bela budak ni la?"
Dina seakan mahu menggeleng ada mengangguk pun ada.
"Kau tak suka komitmen,aku tahu."tambahku lagi lalu mengukir senyum sinis.Tanganku disilangkan pada dada.
"Kalau budak ini diserahkan pada ayah kandung dia,boleh kan?"
Sebaik sahaja dia menghabiskan ayat,aku terus mencengkam lengannya yang terdedah itu."Kau jangan sesekali nak cari pasal Medina Adzlynn!Aku tak nak bapak kandung dia tahu pun pasal budak perempuan ni sampai bila-bila!Kau nak buang dia atau tak?"
Dina mengangguk laju sambil menahan kesakitan.
Sejak hari itu,aku tak pernah nampak bayi perempuan itu lagi.Entah ke mana Dina buang aku tak pernah diberitahunya.Dia cakap yang ada seseorang sudi menjadikan budak itu sebagai anak angkatnya.
Tak lama selepas Insyirah sedar dari koma,aku mengahwini dirinya.Kami pada mulanya bahagia,ya aku tak tipu.Dua tahun awal perkahwinan kami ibarat bulan madu sehinggalah Insyirah disahkan hamil hasil perkahwinan kami berdua.
Aku sungguh seronok mendengar khabar gembira itu.Tak sabar rasanya aku menjadi ayah kepada anak yang bakal lahir nanti.Aku berjanji mahu jadi ayah yang terbaik untuk anakku dan tak mahu mengulangi kesilapan seperti mana Abah pernah lakukan dulu.Aku mahu buktikan akulah ayah yang terbaik di dunia ini.
Sejak mengandung ini,Insyirah semakin sibuk dengan pekerjaannya sehingga hampir menjejaskan kehamilannya itu.Berkali-kali aku meminta Insyirah supaya berhenti daripada bekerja dan memberi tumpuan kepada rumahtangga namun Insyirah menyakinkan aku yang dia boleh membahagi kedua-duanya.Katanya dia sangat sayangkan pekerjaannya itu.
Malangnya,kandungan yang baru berusia dua bulan itu gugur akhirnya.Kami sedih namun menyakinkan diri masing-masing bahawa ianya bukankah rezeki kami kali ini.Kami berusaha untuk mendapatkan anak lagi.Beberapa bulan selepas itu,Insyirah hamil namun gugur sahaja.
Doktor mengesahkan yang rahim Insyirah tak kuat untuk hamil.Jika Insyirah mengandung sekali lagi,dia akan mengalami keguguran juga.Tiga kali berlaku menyebabkan Insyirah mengalami kemurungan melampau.Aku segera mendapatkan Insyirah bantuan doktor.
Setahun kemudian,Insyirah pulih dan menjadi normal semula.Aku cuba mengembalikan momen-momen manis kami sewaktu awal perkahwinan dulu tapi aku tak menjangkakan satu soalan keluar dari mulutnya itu,
"Saya rasa anak saya masih hidup lagi,Nazim.Kenapa saya rasa anak saya masih hidup lagi?"
"Anak kita semua dah gugur,Syii.Jangan macam ni,terima kenyataan ya?"Aku berusaha memujuk Insyirah yang sudah berada di beranda rumah.Janganlah dia terjun lagi seperti sebelum ini.
Insyirah menggeleng."I'm not talking about our baby,I'm talking about the baby that I gave birth four years ago,"
"She's dead!"
Insyirah nampak tersentap apabila aku mula meninggikan suara.Hatiku mula panas mengingati anak perempuan Zayn yang aku buang dulu,"Look sayang,I really think that we shouldn't discuss this thing.She'd gone forever,remember that?"
"Kalau dia pergi,kenapa sampai sekarang awak tak pernah bawa saya pergi kuburnya?"
Aku diam.
"Nazim,please.Awak ada sorokkan apa-apa daripada saya?"
Aku menggeleng,menafikan kebenaran daripada isteriku."Saya tak sorokkan apa-apa,"
"Jadi mana sijil kematian anak saya,Nazim?Sudah setahun berlalu,awak cakap mahu selesaikan semua ni sendiri atau memang dia hidup lagi-"
"Saya kata dia dah mati maksudnya dia dah mati!"Terus pipi Insyirah dicengkam kuat sehingga dia meronta-ronta mahu dilepaskan."Aku cukup tak suka ada orang melawan cakap aku!"
Insyirah mengangguk perlahan,nampak seperti dia menahan kesakitan.Kedua tangannya cuba melonggarkan cengkaman pada pipinya."Sakit Nazim.Sakit-"
"Mulai esok aku nak kau letak jawatan atau-"Insyirah pandang aku lama,dia seakan tak menerima kehendak aku mahu dia berhenti kerja."Aku yang buat kau berhenti kerja,"
"Kenapa kaitkan dengan kerja saya?"
"Sebab kau kerjalah anak kita semua tak jadi!"Aku melepaskan cengkaman dan merengus kasar.
Bukan setakat itu sahaja.Sebab kedua ialah kawan-kawan sekerja Insyirah gemar memuji isteriku cantik dan pandai bergaya.Selalunya ayat mereka sebegini;
'Untung dapat Insyirah'.
'Sepadan dengan Insyirah'.
'Kalau boleh mahu jadi macam Insyirah'.
Argh,aku menyampah!
Sejak hari itu,aku melepaskan ketidakpuasan hatiku pada Insyirah.Aku tak mahu dia menjadi Diana,curang dan akhirnya tinggalkan aku.Dan,aku sangat seronok melihat Insyirah merayu-rayu padaku minta belas bila aku menyakiti dirinya.
"Kau buat apa sampai Insyirah mengadu macam-macam pada aku?"Dina bertanya ketika kami keluar bersama di kedai mamak.Aku bosan mahu menghadap Insyirah di rumah itu.Ada sahaja tak kena di mataku ini.
Aku menghirup teh tarik dengan perlahan sebelum meletakkannya di atas meja.Aku membalas soalan Dina,"Buat apa?"
"Kau pukul diakan?"
Sebaik sahaja Dina menghabiskan ayat itu,terus aku mencerlungnya tajam."Kau dah kenapa sibuk-sibuk masuk campur hal rumahtangga aku?"
"Aku tak menyibuk melainkan aku perasan ada lebam kat dahi dia hari tu.Aku tanya dia kenapa tapi dia tak jawab.Bila tanya banyak kali baru dia cakap terkena bucu katil.Nonsense!Aku bawa dia pergi klinik hati itu dan doktor pun tanya benda sama.Dia tak percaya Insyirah cakap terkena bucu katil,"Dina masih lagi meneruskan kata-katanya membuatkan aku bengang.
"Oh jadi kau nak tuduh aku pukul bini akulah?"
"Aku tak tuduh tapi aku tanya,"
"Diam!Ni hal rumahtangga aku!Kau masuk campur lagi aku tak teragak nak buat sesuatu kat kau!"
Dina pun diam namun reaksi wajahnya jelas menunjukkan dia tak berpuas hati.Balik sahaja ke rumah,aku segera mencari Insyirah.Dia ketika itu sedang menanam sesuatu di halaman rumah.
"Insyirah!"
Dia terkejut mendengar jeritan aku lantas menerpa kearahku dengan wajah ketakutan."Ye,kenapa?"
Pang!
Pipi Insyirah tertoleh ke tepi akibat lempangan padu yang diberikan padaku.Kedengaran esakan kecil daripada dirinya.
"Kau cerita kat Dina hal rumahtangga kitakan?"
Insyirah menggeleng tanpa sedikitpun memandang aku.Aku menjadi geram lantas mencekik Insyirah sehingga dia meronta-ronta akibat mula hilang nafas.
"Kau cerita kat diakan?!"
Insyirah masih meronta-meronta namun dia cuba menggeleng menafikan yang dia bercerita pada Dina.
"Kau memang sial!"Aku menolaknya jatuh pada rumput halaman kami dengam kasar.Insyirah memegang lehernya dan cuba mengambil nafas beberapa kali."Babi!Perempuan bawak sial!Menyesal aku kahwin dengan kau!"
Aku meninggalkan Insyirah sendiri di situ dan keluar semula.Fikiranku pusing memikirkan Insyirah dan Dina silih ganti.Geram dengan mereka berdua.Aku membawa diri sehingga ke area Bangsar,ke tempat kelab malam milik kawan aku;
Sehinggalah suatu hari sebelum aku bertolak ke Tokyo.
Kami perang dingin minggu itu.Langsung tak bertegur siapa.Nak pandang pun tak sudi.
Hari itu,dia ada tak balik sebab mahu bermalam di rumah keluarganya di Seremban.Aku suruh dia pulang sebab esoknya aku mahu terbang ke Tokyo jadi aku ada sedikit masa untuk bersama-sama dengannya.
Insyirah degil,dia tetap mahu bermalam disana sebab sudah lewat malam dan agak takut memandu pulang.Aku tahu Insyirah sengaja mencari alasan padahal Seremban dengan Pajam bukanlah jauh manapun.
Lantas aku ke sana untuk mengambil Insyirah.Bila nampak sahaja mukanya,entah kenapa angin aku naik.Tak pasal-pasal Insyirah menjadi mangsa melepaskan geramku sehinggalah dia jatuh pengsan.Tipulah kalau aku tak takut dia pengsan.Jangan-jangan sudah tak bernyawa.Hish,aku bukanlah pembunuh!
Aku terbang ke Tokyo dengan hati yang gelisah.Aku sedar yang aku tak mampu mengawal baranku ini.Aku perlu selamatkan perkahwinan ini.Aku tak mahu Insyirah meninggalkan aku seperti mana Diana lakukan padaku sebelum ini.
Balik dari Tokyo,aku mengosongkan fikiran dan cuba berbaik dengannya.Aku sangka Insyirah juga mahu berbaik denganku namun dia yang mula cari pasal untuk menaikkan kemarahanku.
"Nazim..."Insyirah mengiringkan badan dan menyentuh kulit lenganku lembut.
"Yes sayang,"
"Malam tadi saya keluar dengan Dina.Dia ajak saya ke parti Ben,"Insyirah mengusap perlahan lenganku sambil bercerita.
"Hmmm dah lama saya tak jumpa dia,"Aku masih memberi reaksi biasa.
"Saya ada jumpa Zayn kat parti tu,"
Aku tersentap mendengar nama yang meniti di bibir Insyirah tadi.Satu nama yang cuba aku padam dari kehidupan Insyirah.
"So awak buat apa?"suaraku bertukar dingin dengan mata merenung tajam padanya.
"Kami cuma borak sikit je,dah lama tak jumpa.Awak jangan salah faham ya,saya bagitahu ni sebab saya nak awak tahu yang saya tak awak syak-"
"And then cheated on me,"potongku laju tanpa mendengar penjelasanku lebih lanjut.
"Saya tak mungkin nak-"
"Insyirah,cakaplah awak suka jumpa dia balik bukan?"
Insyirah merengus geram lantas bangun dari katil dan meninggalkan aku disini.
Aku benci Zayn.Kenapa dia mahu muncul saat aku mahu memulakan langkah berbaik dengan Insyirah?Dia memang bawa sial dalam kehidupanku sejak dulu lagi.
Aku memerhatikan Insyirah dari cermin bilik air.Insyirah kelihatan memandang cermin bilik air lama,merenung jauh memikirkan sesuatu.Aku bersandar pada pintu dan menyilangkan kedua tangan.
"Saya tak nak awak keluar jumpa Ben lagi,"
Insyirah terkejut lantas menoleh kearahku.
"Ben kawan kita,Nazim!Apa salahnya saya jumpa dia?Dia ada tanya pasal awak tadi."
"What did you just said?"Apa?Tadi? Bukankah Insyirah sudah pulang ke rumah malam tadi?
"Malam tadi-Ben tanya pasal awak,"Insyirah kedengaran tergagap-gagap berkata kepadaku.
Aku mendengus."Itu saya tahu!Yang masalahnya lelaki tu,mana tahu awak jumpa dia lagi!Awak sukakan jumpa dia balik?"
Insyirah mengerutkan muka."I'm not!In fact,Zayn dah nak kahwin dengan perempuan lain!"
Aku senyum sinis."Perfect.Now you're mine,only mine,Insyirah!"
Aku menghampiri Insyirah dan mengikat kedua pergelangan tangannya di belakang.Wajahku didekatkan pada wajahnya."Keep my words Insyirah Imran.Don't you dare to see him again!Kalau awak degil jugak,saya tak teragak buat sesuatu pada dia!"
Insyirah mengangguk dalam keterpaksaan.Wajahnya berkerut menahan kesakitan."Nazim,stop!You hurting me!"
Aku melepaskan cengkamannya dan keluar dari bilik air.Geram aku dengan Insyirah.Tak boleh ke dia dengar cakap aku?
Dia tak faham ke aku tak suka Zayn?Aku benci Zayn!Sampai mampus aku benci lelaki sial tu!Menyusahkan hidup aku sahaja sejak dulu lagi!
Aku perasan Insyirah sudah keluar dari bilik air dan menyelongkar sesuatu daripada beg tangannya diatas meja solek.Dia mengeluarkan telefon pintarnya.
"Hah!Nak call siapa tu?"
Hampir terlepas telefon pintarnya dari tangan.
"Saya tak call sesiapapun!"
Dengan bengang masih bersisa,aku mendekatinya lalu merampas telefon pintar Insyirah dari tangannya.
Aku melihat skrin menujukkan nama Dina."Dina?"
Insyirah mengeluh kasar sambil memeluk tubuh."Puas hati awak?"
Aku segera menyerahkan semula telefon pintar kepada Insyirah.
"Apa masalah awak ni?Dah lima tahun Nazim!Dah lima tahun!Apa yang awak benci sangat pada Zayn!?" Insyirah tiba-tiba meninggikan suara membuatkan hati lelakiku rasa tercabar.Aku merasakn suhu bilik ini sangat panas seolah mahu terbakar.Mahu sahaja tangan ini naik dan menampar mulut Insyirah yang lancang itu.
"Aku tak suka means aku tak sukalah!Kau tak faham bahasa ke?!"Aku mencengkam lengan Insyirah dengan kuat membuatkan Insyirah menyeringai sakit.
"Nazim,lepaskan sayalah!"
"Kau nak tahu kenapa aku tak suka jantan tak guna tu?Dia rampas segalanya milik aku!Sekarang dia nak rampas kau balik Insyirah!Kau pulak milik aku!Ingat tu Insyirah!Kau milik aku!"
Insyirah nampak terkesima mendengar lentinganku.Air matanya merembes keluar saat aku mengangkatnya lalu mencampakkan dirinya itu ke katil semula.Insyirah mahu bangun dan mengundurkan diri ke belakang namun aku segera menariknya dekat lalu menindih badannya.Satu senyuman sinis terukir di bibir.
"Aku tak nak wajah cantik ni jadi hodoh,"aku mengusap muka Insyirah lembut.Insyirah nampak tak rela disentuh diriku,seolah jijik aku berbuat demikian.Aku jadi naik angin lalu mencengkam rahang pipinya."Pandang aku perempuan bila aku tengah cakap!"
Insyirah mula menangis teresak-esak.Langsung tak menarik simpati aku malah aku bertambah suka dia sebegitu.Menangislah Insyirah,menangis kerana merasakan kesengsaraan yang aku bakal berikan pada kau.
"Syii nak tak hadiah yang saya beli dari Tokyo haritu?"
Insyirah nampak agak bingung mendengar soalan aku namun dia segera menggeleng kepala.
"Cepatlah jawab ya,aku nak kau jawab ya!"
"Ya,"Mengigil Insyirah menjawab pertanyaanku.
Malam itu aku menyentuh Insyirah tanpa kerelaannya.
Dengan cara itu boleh buat aku puas hati.
"Kau kenapa buat tabiat datang rumab aku pagi-pagi buta ni? "
"Eh, salah ke?Macam tak biasa aku datang selama ni."Aku menyandar pada sofa Dina dan mengambil remote tv diatas meja."Oh ya kau dari mana?"
Dina diam.
"Takkan soalan tu tak boleh jawab kut?"
"Aku-"
"Aku apa Dina?"aku mengajuk jawapannya yang tak habis.
"Aku baru je balik dari klinik,"Dina menghampiri diriku dan mengambil tempat disebelah.Dengan lembut tangan kiriku diambil dan diusap lembut berkali-kali.
"Kenapa ni Medina?"Aku meletakkan remote tv tadi diatas meja dan fokus kearah Dina.Aku merasakan Dina mahu memberitahu perkara penting.
Dina mendekatkan wajahnya padaku dan memberi kucupan lembut pada pipi kiriku.Aku mengerutkan wajah, pelik dengan kelakuannya tiba-tiba.
Dari gerak-geri Dina,aku tahu dia ada menyimpan perasaan padaku.Dina ada ciri-ciri perempuan yang aku suka,no doubt.Hubungan kami memang kawan baik.Tapi kadangkala on-off relay.Bersama bila bosan.
Tapi satu sahaja,dia adik Diana.Dia mengingatkan aku pada perempuan sial tu.Aku tak suka!Aku cukup benci memikirkan Diana!
Diana tinggalkan aku sebab Zayn!
"I'm pregnant,"
Aku tak terkejut pun."Oh okay?Siapa bapak dia kali ini?"
Dina pandang aku lama."Kali terakhir aku pernah bersama ialah dengan kau,"
Aku merenungnya tajam."Kau nak aku jadi pak sanggup ke sampai kau cakap macan tu?"
"Betul ni Nazim aku tak tipu!Aku tak pernah mengandung selama ni walaupun banyak lelaki aku tiduri.Ini kali pertama dan aku sangat takut!"Terus merembes air mata Dina saat meluahkan apa yang berlaku sekarang ini antara kami berdua.
Aku diam dalam pada masa yang sama jauh dari sudut hatiku,aku sebenarnya gembira dengan khabar itu.Aku bakal jadi ayah.Ya,aku bakal ada anak sendiri tak lama lagi.
"Apa yang patut aku buat?Gugurkan dia?"
Aku menepuk meja membuatkan Dina terundur kebelakang kerana terkejut."Kau gila ke!Kau tak rasa langsung bersalah ke bunuh budak tu!"
"Habistu,apa yang patut aku buat?Aku buntu!Aku fikir aku dah cukup protection semua!"
Aku tiada pilihan.Dalam masa yang sama,aku tak mahu kehilangan anak aku itu.
"Marry me,"
"What?"
"Be my second wife.I'll be responsible for the baby,"
"What about Insyirah?"
Aku senyum."She'll mad at first,but don't worry I can handle it,"
Dina mula mengukir senyuman."Thank you and I accept your proposal for sake of the baby,"
Aku berkahwin dengan Dina atas tanggungjawab keatas anak yang dikandung Dina itu ketika Insyirah berada di benua Aussie.Masa dapat tahu dia mahu terbang ke Perth,aku gelisah sangat-sangat.Aku takut Insyirah bertemu semula Zayn.Usahaku mahu berbaik dengan Insyirah mungkin musnah.
Banyak Whatsapp dan voice call aku hantar pada Insyirah untuk bertanyakan khabarnya namun Insyirah awal-awal lagi sudah block nombor aku.
Pulang sahaja Insyirah ke Malaysia, aku mengambil kesempatan memulihkan keadaan.Aku juga mahu memberitahu antara aku dan Dina namun Dina tak mahu Insyirah tahu lebih awal.Katanya mahu suprise.
Apa suprisenya kalau dapat tahu kawan baik kau tikam belakang kau?
Aku tahu Dina takut sebenarnya.
Minggu itu banyak menghabiskan masa dengan Insyirah.Aku sudah berjanji dengan diri aku sendiri akan menjadi suami yang baik kepadanya.Aku juga mula membuka kisah lamaku dengan Insyirah dan tak mahu lagi berahsia dengannya.
Dan aku berharap Insyirah juga tak berahsia denganku.
Dalam masa yang sama,Dina menunjukkan cemburunya apabila aku lebih kepada Insyirah.Dia juga mahukan perhatian daripadaku.
Aku merasakan telefon pintarku bergetar sebab aku tukar kepada vibrate mode.Mesti Dina call aku.Aku tahu dia marah kerana aku batalkan niatku untuk bermalam di rumahnya hari ini.
"Saya nak kereta sekejap.Ada benda tertinggal.Awak masuk dulu ya?"Aku menyuruh Insyirah masuk ke dalam hall semasa Majlis Ulangtahun syarikat tempat aku bekerja.
Insyirah nampak sedikit kesal mendengar arahanku namun dia pergi juga.Mungkin agak janggal nak masuk secara berseorangan.
Sebaik sahaja Insyirah pergi, aku menelefon Dina.
"Dina-"
"Kau ke mana hah?Aku call tak angkat-angkat?Kau dah janji nak tidur kat apartment aku malam ni!"
"Dina, listen this. Malam ni tak boleh sebab aku kena datang event.Takut tak sempat nak singgah balik apartment kau,"
"Kau makim banyak alasan, Nazim! Kau dah lama tak balik tengok aku-please baliklah malam ni.Aku merayu-isteri kau bukan seorang, "
"Tapi Syii tak tahu yang dia ada madu? "
Dina terdiam membuatkan aku tergelak sinis.
"Susah sikit nak berlaku adil kalau isteri pertama tak tahu dia ada madu,Medina.Aku nak bagitahu tapi kau tak bagi, "
"Jangan-jangan Nazim! Aku-takut!"
Mengaku juga perempuan ni.
Dina bersuara lagi, "Aku beritahu Syii tapi bukan sekarang! "
"Lambat lanun dia akan tahu Medina. Baik kau jangan tangguh atau-"aku berhenti berkata-kata untuk membuatkan isteri keduaku itu sedikit gelabah. "-aku yang beritahu,"
"Okay-okay, jangan buat aku tertunggu. Next week giliran aku! "
Aku gelak sahaja bila Dina mula takut dengan ugutan tadi.
"Noted. Bye baby boo! "
"Ye bye!"
Panggilan dimatikan.Telefon pintar dimasukkan ke dalam poket selhar slack sambil kakiku laju melangkah masuk ke dalam hall.
Kedua mata meliar mencari kelibat isteriku seorang lagi.
Jumpa pun! Dia sudah duduk di meja bersama dengan beberapa orang pekerja syarikat yang lain.Namun yang tak seronoknya, dia berbual dengan seorang lelaki yang tak aku kenali. Pekerja baru ke? Kenapa wajahnya begitu familiar?Pernah masuk tv ke?
Kedengaran Insyirah ketawa bila berbual dengan lelaki itu. Seronok nampak? Dengan aku tak ada pula macam itu.
Jangan-jangan lelaki itu mahu mengurat Insyirah?Dia mahu merampas Insyirah daripadaku!
Tak guna!ITU BINI AKU SIAL! Pergi cari perempuan lain!
Insyirah pun satu! Kenapa pergi melayan jantan tu!Dasar perempuan murah!Aku nak berbaik dengan kau tapi kau buat aku macam ni?!
Aku mendekati mereka berdua lalu berdehem kuat. Insyirah dan lelaki itu nampak terkejut dengan kehadiran aku disitu.
"Siapa ni?"Mata mencerlung tajam kearah lelaki yang berbual dengan Insyirah tadi.
"Kawan Melissa.Nama dia Ikmal,"Insyirah memperkenalkan lelaki itu kepadaku.
"Oh ya,"Aku membalas dengan dingin sekali.Ikmal cuba menjadi ramah dengan menghulurkan salam namun aku menyambutnya dengan rasa meluat sekali.
"Cantik wife,sama padan dengan kau,"tiba-tiba Ikmal memuji kami berdua.
"Oh terima kasih atas pujian tu,"Insyirah terkejut namun membalasnya dengan senyuman.
Aku pula tak senang mendengar pujian itu.Aku mengenggam tangannya dengan kuat sekali kerana menahan kemarahan yang bakal meletus bila-bila masa.
"Majlis dah nak mula.Apa kata kita duduk sekarang?"Ikmal berkata setelah kami semua terdengar pengacara majlis membuat pengumuman yang majlis akan dimulakan sebentar lagi.
Ketika majlis berlangsung, aku tak boleh bertenang. Aku asyik merenung sahaja lelaki yang bernama Ikmal itu. Dia pula asyik nak berbual dengan Insyirah. Dah tak ada perempuan lain ke nak ajak borak selain bini aku?
Selesai sahaja majlis dan pulang ke rumah,aku segera meluahkan segala rasaku tadi.
"Awak jangan dekat dengan dia lagi,"Aku memberi amaran kepada Insyirah.
"Apa yang awak cuba maksudkan ni?"Dia seakan keliru dengan pertanyaan itu namun aku mula mencengkam pergelangan tangannya.
"Saya tak suka,"
"Nazim,lepaskan saya!"
Pegangan dilepaskan dan Insyirah memegang pergelangan yang mungkin sedikit lenguh."Saya tak faham dengan apa yang awak cakapkan ni.Cuba terus-terang sahaja dengan saya,"
"Awak memang suka buat saya cemburu bukan?"Aku merenung tajam padanya dan Insyirah kelihatan takut-takut membalas renungan aku.Dia juga mengerutkan muka,mungkin menghadam ayat-ayat aku tadi.
"Maaf,saya penat!Saya nak rehat!"Insyirah kedengaran malas mahu mengambil pusing hal tadi dan mula mendaki tangga ke tingkat atas.
"Insyirah!!!"
Aku bengang apabila pertanyaan aku dibiarkan begitu sahaja.Aku memanggil nama Insyirah berkali-kali namun dia pula memekakkan telinga dan mencapai tuala untuk mandi.Belum sempat Insyirah tolak pintu bilik air,pergelangan tangannya ditarik dan aku memaksa Insyirah menghadapku.
"Awak dengar tak saya panggil?"
"Saya nak mandi,"
"Asal muka kau makin lawa hah?"
"Apa?"
Entah kenapa aku menumbuk cermin solek yang berada di sebelah aku ketika ini.Habis cerminnya retak dan terdapat beberapa keping jatub ke meja solek tersebut.Aku merasakan sedikit pedih pada buku limaku namun aku membiarkannya sahaja.Kepingan yang paling besar aku ambil dan menghampiri Insyirah.
Aku perasan perubahan pada wajah Insyirah.Lantas aku mencengkam rahang pipinya dan memaksa Insyirah mendongak.
"Apa ni Nazim?"Insyirah sedaya-upaya cuba untuk menepis tanganku namun aku mencengkamnya lebih kuat.
"Diam!Aku ada sesuatu yang nak dibuat kat muka kau yang lawa ni,"serentak dengam itu,serpihan kaca yang diambiknya tadi dihiris pada wajahnya membuatkan Insyirah menjerit kesakitan.Dia juga memukul dadaku dan meronta sekuat yang mampu.
"Apa?Sekali lagi?"tanyaku masih lagi giat mengukir kesan calar pada sebelah kiri pipinya.
"Sakit Nazim..."Insyirah tidak tahan lagi untuk menahan kesakitan yang dialami,"Sakit!!"
"You're bloody mine!!Do you heard that?"jeritku pada dirinya dan menggoncangkan badan berkali-kali.
"Argh!!!Lepas!!"
"Diamlah!!"
Aku menolak Insyirah kasar sehingga badannya terlanggar meja kayu menyebabkan semua frame diatasnya jatuh ke lantai dan pecah.Sekeliling Insyirah bersepah kaca-kaca yang bertaburan.Aku menyedari Insyirah mengaduh apabila tapak tangannya terkena serpihan kaca tadi.
Dia sempat menyentuh wajah yang perit ditoreh tadi dan melihat tangannya sudah penuh dengan darah pekat sampai menggigil seluruh badan.
"Kau dah pandai menjawab sekarang ya?Siapa ajar kau hah?Zayn kan?Zayn hasut kau suruh kurang ajar dengan aku?!"Aku masih lagi tak puas hati dengannya lantas menarik rambutnya kasar sehingga dia menjerit kesakitan lagi.
"Apa yang awak mengarut ni Nazim?"Insyirah merintih dan menangis teresak-esak.
"Mengarut?Aku tak mengarut!Ini kenyataan!"jeritku seolah dirasuk jin lalu melemparkannya ke lantai.Insyirah pula tak habis-habis menangis dari tadi.
Dia kelihatan merangkak mahu memasuki bilik air namun aku cepat-cepat menyeret kakinya mendekatiku kembali lalu badannya ku angkat.
"Lepaskan saya!Lepaskan saya!!"Insyirah memukul belakangku berkali-kali apabila aku memikulku pada bahunya.Kemudian,aku mencampakkannya ke atas katil dengan kasar.
"Jangan-saya merayu-jangan-"
Aku langsung tak pedulikan rayuan dia.Yang aku tahu Insyirah tak boleh menjadi milik sesiapa selain aku!
Selepas mengerjakan Insyirah,aku keluar berjumpa kawan.Aku tak pulang ke rumah dan bermalam di hotel.Keesokkan paginya,aku pulang dan mendapati Insyirah tiada di rumah.
"Mana Syii!"
"Kau ni dah kenapa jerit-jerit kat aku?Salam pun tak-"
"Could you please stop nagging?I just want to know where's the hell is Insyirah!"
"I-"
"Apa I-I?You know where she is?"aku membentak Dina agar berterus-terang denganku.
"She-I don't know,"
"For the sake of God!Are you trying to hide Syii from me?"
"Medina!"
"Dia-dia balik Kuala Pilah!"
"What?"
"Dia balik kampung Zayn-"
"Babi!"Aku mencarut sekuat hati apabila mendengar nama Zayn.Kesialan apakah yang menimpa aku sekarang ini?
Insyirah pasti mahu berjumpa Zayn dan ceritakan apa yang berlaku padanya kini.Ini tak boleh jadi!Aku kena buat sesuatu!
Dan tekaan aku tepat setelah dua minggu Insyirah meninggalkan aku.
Fail penceraian tu aku baling ke tepi.Aku takkan ceraikan Insyirah!Kalau aku ceraikan perempuan tu,pasti dia akan kembali pada Zayn!Dan paling menyakitkan hati,Insyirah juga ingin mendakwa aku mendera dirinya di mahkamah nanti!
Aku merengus geram.Aku akan pastikan perbicaraan itu berpihak padaku!
Share this novel