Sebulan kemudian.
Insyirah
"Umi,Syii rindu Umi sangat-sangat.Syii pun rindu Abah juga.Syii dah cerai dengan Nazim.Syii sorang-sorang sekarang dan terasa sunyi sangat,"
Aku mengusap batu nisan milik Umi dengan perasaan yang sebak sekali.Umi dan Abah dah lama pergi namun aku merasakan mereka masih lagi hidup,seolah baru sahaja semalam kami bersama.Cepat Allah menarik mereka berdua daripadaku ketika aku masih memerlukan mereka.
"Betul kata Abah.Abah lelaki dan Abah tahu macam mana perangai lelaki tu.Syii menyesal tak ikut cakap Abah.Kalau Syii ikut cakap Abah,Syii tak merana,"
Aku senyum pahit.Teringat lima tahun lepas semasa aku menyatakan hasrat mahu mengahwini Nazim,Umi okey sahaja namun Abah nampak ragu-ragu.Pelbagai cara Abah lakukan supaya aku menolak untuk mengahwini Nazim dulu.
"Abah rasa Nazim tu tak sesuai dengan Syii,"
Abah meluahkan rasa hatinya saat kami berdua minum petang di gazebo rumah.
"Kenapa pula?Syii dah lama kawan dengan dia dan kami banyak persamaan.Atau Abah tak berkenan dengan dia?"Aku angkat kening dan senyum-senyum sahaja.Aku menganggap Abah cuma terlalu protective sejak penceraian yang berlaku antara aku dan Zayn.
"Abah bukan tak berkenan dengan dia tapi Syii bukan ke baru lepas pantang?"
Wajahku berubah suram saat mendengar perkataan pantang itu."Apa guna pantang bah kalau baby pun dah tak ada kat dunia ni,"
"Syii yakin yang baby Syii dah tak ada?"
Aku mengerutkan muka."Apa yang Abah cuba maksudkan ni?"
Abah pandang aku lama,seolah menyembunyikan sesuatu daripadaku."Syii tak nak bagitahu Zayn tentang baby tu?"
Soalan dibalas dengan soalan.Aku bungkam seketika kerana aku sendiri tak tahu jawapannya.
"Syii betul ke sayangkan Nazim atau-"kata-kata Abah terhenti membuatkan jantungku mula berdegup kencang."Syii gunakan dia untuk lupakan Zayn?"
Ya Abah.Itulah jawapannya.
Aku menyesal tak ikut cakap Abah.Mungkin ini balasan akibat aku menderhaka padanya.Masa itu,aku terikutkan perasaan aku yang terlampau marah kerana aku dengar Zayn mahu bertanggungjawab keatas kesilapannya pada Diana.Dia mahukan baby yang dikandung Diana.
Habis tu anak aku bagaimana nasibnya?
Aku mengeluh nafas panjang.Benda sudah lama berlalu dan aku berjaya melepaskan diri daripada Nazim.Yang penting sekarang ini aku perlu teruskan hidup.
Setelah mengucapkan salam kepada kedua Umi dan Abah,aku keluar dari tanah perkuburan itu dan masuk ke dalam kereta.
Tiba-tiba fikiranku terbayangkan Dina.Apa khabar Dina sekarang ya?Sihatkah dia?
Aku menekan loceng apartment Dina tiga kali seperti biasa menandakan aku hadir.Entah kenapa aku terdetik mahu melawat Dina hari ini.Sejak peristiwa di mahkamah,aku langsung tidak mendengar khabar Dina.
Aku dapati tombol pintu Dina tidak berkunci.Segera aku buka dan mengucapkan salam.Mindaku menerawang mengingati kisah dimana aku berjaya 'menangkap basah' Dina dan Nazim lebih kurang dua bulan yang lepas.
Aku lihat Dina duduk memeluk tubuh di hujung katil.Keadaan bilik sangat bersepah.Bantal-bantal berterabur di lantai dan selimut dicampakkan tidak jauh dari tempatnya.
"Kau buat apa kat sini?"tanya Dina tanpa menoleh kearahku.Dia tahu kehadiranku disini.
Perlahan aku mendekati Dina dan melutut di sebelahnya.Aku perhati Dina agak tidak terurus.Rambutnya kusut,kedua matanya nampak sembab dan agak tidak bermaya.
"Kau dah makan?"tanyaku lembut,teringatkan Dina kini hamil dan perlu menjaga kesihatannya.
"Kau tanya perempuan yang dah caras suami kawan baik sendiri?I'm shooked.I though she still hate me,"balas Dina sarkastik lalu bangun dan meninggalkan aku sendiri.Aku akui sedikit terasa namun aku tidak pedulikan semua itu.Yang penting kesihatan Dina dan anaknya.
Aku bangun mengikuti jejak Dina.Dia kelihatan berdiri di hadapan rak kayu yang mempunyai beberapa frame gambar miliknya.Dia merenung lama semua gambar itu.
"Kau nak makan apa?Aku masakkan ya?"tanyaku masih lagi dengan nada lembut.
Dina menoleh kearahku dan merenungku tajam.Aku perhati badan Dina agak sedikit susut walaupun perutnya sudah kelihatan.Mengikut anggaran aku,pasti sudah dua bulan usia kandungannya sejak dari perkahwinan mereka dulu.
"Puas?Puas hati kau sebab kau terlepas dan buat orang lain menderita?!"
Aku terkejut mendengar lentingan Dina.
"Dina,apa ni?Aku datang bukan nak cari pasal.Fikirkan anak kau tu,"jawabku cuba menahan rasa.Aku mahu mendekati Dina namun Dina mengundur setapak dua.
"Anak?Kau patut fikir lebih awal sebelum kau pergi sumbat Nazim dalam penjara!"serentak Dina menjerit padaku,dia menolak semua frame gambar di atas rak kayu miliknya lalu jatuh pecah berderai.
Dina menekup wajahnya dan menangis teresak-esak.Dia duduk mencangkung dan mengumam sesuatu yang aku tidak fahami.
"Kau lagi kejam Insyirah!Kau cuma fikirkan kepentingan kau dari aku!Kau kata kau sanggup buat apa sahaja untuk aku!Mana janji kau Syii?Atau sekadar janji bodoh sahaja?Kau penipu!Kau berjanji tapi kau sendiri mungkiri!"
Aku sumpah tersentap mendengar Dina berkata sebegitu.
Aku suka berjanji tapi mungkiri.
Aku memang dasar munafik disini.
"Dina..."aku tetap mahu mendekati Dina walaupun sebak menyelubungi diriku.
"Aku benci kau Syii!Keluar!"pekik Dina lalu meluru kearahku dan menarikku suruh pergi.
"Dina,bukan macam tu..."aku bertahan dan cuba tidak melawan Dina.
"Aku kata keluar!Keluarlah!"Dia tetap menolakku sehingga ke pintu hadapan."Aku kata keluar bodoh!Keluarlah pekak ke?!"
"Dina,bukan macam ni ca-"
Pintu dihempas kuat sebaik sahaja aku diluar membuatkan aku tergamam.Masih kedengaran esakan Dina dari dalam.Aku mahu mengetuk pintu apartmentnya namun entahlah,aku rasakan tidak patut.Aku menarik tanganku lalu memejam kedua mataku rapat.Aku merasakan air mataku menitis,sebak memikirkan keadaan Dina kini dan kemudian hari.
"Dina..."
"Bukaklah..."
"Jangan macam ni..."
Aku tetap mengetuk pintu apartmentnya dan terus mengetuk walaupun dia tidakkan buka walaupun sekali.
"Dina,aku tahu aku salah.Aku tak patut buat tapi ini-"aku mengelap air mataku yang mengalir dan terus mengetuk lagi."Aku sayang kau Dina.Aku tak benci kau.Dina,bukaklah pintu ni,"
Besarnya dugaan yang Engkau telah berikan padaku.Inikah pengorbanan yang perlu aku terpaksa hadapi untuk melepaskan diri dari Nazim?Untuk kehilangan Medina Adzlynn dari hidupku?
Aku bersandar pada pintu dan menangis sepuas hatiku.Mungkin ini balasan atas keceluparan mulutku semasa mendapat tahu Dina ada hubungan dengan Nazim di belakangku?
×××
Tok!Tok!Tok!
Aku segera mengelap air mata dan menoleh ke luar tingkap keretaku.Aku dapati seorang lelaki berspek mata yang sangat aku kenali berada di luar sambil melemparkan senyumannya padaku.Senyumannya mati saat aku menoleh padanya.Mungkin dia menyedari aku baru menangis.
Aku menurunkan tingkap keretaku dan menegur lelaki itu."Asyraf?"
"Awak okey tak ni?Mata awak,dua-dua basah.Awak menangiskah tadi?"
"Mana ada Asy.Saya tak menangislah,cuma masuk habuk sikit.Dah lama tak bersihkan kereta,"
"Jangan nak tipu saya Syii.Saya bukan senang untuk ditipu.Anyway,kenapa awak panggil saya Asy?"
Aku tergamam seketika.Macam mana aku boleh terpanggil dia Asy pula?
Dia ketawa kecil apabila aku diam tidak menjawab pertanyaannya.
"Awak dari mana?"aku terus menukar topik.
"Baru je keluar dari rumah.Saya nak lunch,ermmm awak boleh temankan saya?"
"Awak duduk apartment Casa Villa?"
"Ya,kenapa awak tanya?"
"Sebab kawan saya duduk situ,"
"You mean Medina?"
"Yes,she is,"
"Level berapa?"
"Level 5,"
"Samalah,"
"Kenapa saya tak pernah terserempak dengan awak?Dulu,saya selalu datang melawat Dina,"
"Mungkin belum sampai jodoh?"usik Asyraf membuatkan aku tersipu malu.Entah kenapa aku selesa berborak dengan Asyraf.
"Dah masuk pukul 9 malam,apa kata kita gerak pergi cari makan?Saya dengar ada restoran baru dibuka dekat-dekat sini.Saya guna kereta saya dan jumpa kat sana?"
"Okey,saya ikut je,"
Aku menaikkan tingkap semula dan bersedia untuk pergi mengikuti Asyraf dari belakang.Ketika aku menghidupkan enjin,aku terdengar satu bunyi kuat seperti ada sesuatu benda melanggar.Aku melihat cermin pandang belakang dan mendapati Asyraf telah dilanggar kereta dan dia terbaring dengan berlumuran darah.
"Asyraf!!!"aku menyeru namanya kuat dan membuka pintu keretaku untuk melihat Asyraf.Namun,aku terkaku saat pemandu kereta yang melanggar Asyraf tadi keluar.Wajah lelaki itu tidak dapat dikenal pasti kerana dia bertopeng.Dia merenungku tajam lalu berjalan sepeti mahu menghampiri diriku.
Aku terus masuk ke dalam kereta dan mengunci pintu.Tangan kiri meraba-raba tas tangan mencari kunci kereta.Serentak dengan itu,terdengar ketukan pada tingkapku.
Tok!Tok!Tok!
Aku menoleh dan mendapati seorang lelaki bertopeng itu berada di luar.Dia mengetuk berkali-kali menyuruhku buka sekarang.
Lelaki itu terus mengetuk dan mengetuk.Aku perasan dia mengangkat sledghammer dari entah mana dan erus memukul tingkapku sehingga retak.Aku menjadi gelabah dan takut.Sebaik sahaja aku menukar gear reverse,tingkap keretaku terus pecah dan aku menjerit ketakutan.
Tangannya meraba-raba dalam mencari lock pintu lalu membuka pintu keretaku dengan kasar.Lenganku ditarik keluar dan dicampakkan ke lantai basement.
"Tolong!!!Tolong saya!!!Sesiapa!!!"jeritku berkali-kali meminta pertolongan.Aku dapati Asyraf terbaring tidak jauh dariku dan dia masih lagi sedarkan diri.Aku mahu mengesot kehadapan mendekatinya namun aku merasakan kaki ku diseret ke belakang.Tiba-tiba,aku merasakan badanku melayang ke udara dan mendapati dia mendukungku pada bahunya.
"Turunkan aku!Lepaskan aku!"Aku meronta dan memukul badan belakangnya kuat beberapa kali."Asyraf!!Tolong saya!!!"
Aku dicampakkan ke tempat duduk belakang keretanya.Aku cuba bangun dan melawan namun dia masuk ke dalam dan menindih badanku.
"Lepaskan aku lelaki bodoh!!!Lepaskan aku!!!"aku cuba menolak badannya dari menindih badanku namun langsung tidak memberi efek.Dia mengeluarkan sesuatu dari poket dan meletakkannya di mulut serta hidungku.
Bau wangi meresap sehingga aku menjadi khayal dan pandanganku kabur serta-merta.Lelaki itu kelihatan menanggalkan topengnya dan memberikan senyuman sinis padaku.
Aku kenal dia.
Ya,aku kenal dia.
"Why are you doing this to me?"tanyaku walaupun pandanganku tidak jelas.Kepalaku mula berpusing.Bau wangi itu sungguh menyakitkan kepala aku.
Dia mendekatkan wajahnya padaku dan berbisik lembut,"Good night Syii,"
Itu ayat terakhir sebelum duniaku gelap-gelita.
Share this novel