BAB 13

Romance Completed 9546

"It's Sasha,your sister,"

Ben muncul antara mereka berdua lantas menyerahkan telefon pintar kepada Zayn.

"Hello?Sasha?Why did you calling me?"Zayn menjawab panggilan adiknya yang berada di Melbourne itu.

"What?Daddy?"jerit Zayn tiba-tiba.Insyirah dan Ben saling berpandangan sesama sendiri.

"Okay-okay,I'm on my way,"Zayn menamatkan panggilan lalu berdiri semula.

"What's wrong Zayn?"Insyirah dan Ben bertanya serentak.

"Daddy,he's got heart attack!"Zayn berkerut dan sedikit gelisah.

"What are you waiting for?Pack your stuffs and go back to Melbourne!"Insyirah menolak badan Zayn supaya pulang segera.

"Sorry,"

"Why you need to say sorry?"Ben mengerutkan muka kerana Zayn berkata sebegitu.

"To destroy our moment,"Zayn memandang mereka silih ganti.

"Your daddy needs you,so you kena pergi,"Insyirah memegang bahu Zayn dan memberikan senyuman manisnya.

"I'll be back as soon as possible.Wait for me okay?"Zayn sempat mengucup pipi kanan Insyirah membuatkan perempuan itu terkejut dan memerah.Ben pula tersengih-sengih terlihat aksi spontan itu.

Insyirah mengangguk sambil memegang pipinya itu.

"Let's go home,shall we?"

×××

Malam itu juga Zayn pulang ke Melbourne dengan menaiki pesawat.Mindanya tidak terhenti-henti memikirkan kesihatan Daddy yang tidak menentu.Mungkin Daddy terlampau kuat bekerja menyebabkan kesihatannya terganggu.

Wajah tenang Daddy tiba-tiba menerjah di minda.Daddy gemar tersenyum.Katanya,senyum itu satu sedekah.Daddy juga agak alim orangnya.Dia gemar ke surau berdekatan rumahnya untuk menunaikan Solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah.

Daddy berbangsa Melayu yang berasal dari Kuala Pilah.Merupakan anak sulung daripada tiga orang adik-beradik.Kehidupan keluarga Daddy amat sederhana.Daddy kehilangan ayahnya ketika berusia tujuh tahun.Tok Mah terpaksa menyara ketiga orang anaknya sendiri.Tok Mah bekerja sebagai guru sekolah rendah dulu.Duit gajinya cukup menanggung mereka berempat.

Daddy juga pandai orangnya.Berkat kebijaksaannya,Daddy mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke Brisbane.Dari situ bermulanya perkenalan Daddy dan Mummy.Semasa itu,Mummy belum memeluk agama Islam lagi namun Mummy gemar menghadiri ceramah agama yang dianjurkan komuniti Islam di Brisbane dulu.

Mummy memeluk agama Islam dan setahun kemudian,menerima lamaran Daddy dan mengahwininya.Rupanya,Daddy selalu perhatikan Mummy yang menghadiri setiap kali ceramah agama.

"Err,mummy?"

"Yes?"

"Am I too young?"

"You always being my little boy,Zayn."

"No.I'm just asking-err-how you-"

"You what?"

"And daddy met?"

Mummy tergelak lagi."Oh,Zayn!What happened to you son?Why did you asked?"

"I just want to know,"

"It's simple.We're met in Brisbane twenty-seven years ago,fall in love,get married a couple of months later and have both of you,"

"Just a couple of months and you both married?"

"Why you need to take a long time to have someone?If you really love her,bend down your knees and purpose her!"

"But mummy,I don't know her."

"Then,get know her well after that,"

Zayn tersenyum setiap kali mengingati Mummy bercerita tentang perkenalannya dengan Daddy.Walaupun perkenalan mereka yang singkat,Daddy dan Mummy nampak sangat bahagia selepas berkahwin.

Mereka menetap di Melbourne selepas sahaja habis belajar.Di situ,Zayn dan Sasha dilahirkan dan dibesarkan.

Zayn memeluk tubuh dan memejamkan mata seketika.Bayangan Insyirah pula kali ini menerjah di minda.Adakah dia akan mengulangi perkara yang sama seperti Daddy pernah lakukan dulu?

×××

Zayn berasa lega kerana Daddy dibenarkan keluar hospital hari ini.Sudah empat hari Daddy ditahan di hospital.Daddy mula tidak selesa.Dia meminta doktor untuk membenarkannya keluar.

Zayn merenung ceiling biliknya.Mindanya sudah terbang ke Sydney.Membayangkan apa yang Insyirah sedang lakukan sekarang ini.

Kedengaran pintu bilik diketuk.

"Come in!"kata Zayn lalu bangun dari perbaringan.

Pintu bilik dibuka.Kelihatan seorang wanita berambut brunette menjenguk kepala."Mummy?"

"Can't sleep?"tanya Mummy lalu menutu pintu.Dia mengambil tempat di sebelah Zayn.

Zayn senyum.

"Thinking of something or-"Mummy berhenti seketika lalu menyambung,"Someone from Sydney?"

Zayn geleng lalu sengih-sengih."Maybe?"

"Who is she?"

"Mummy!"

"I'm just asking son.Why you being so overreacting?Am I right?"

Zayn tidak tahu nak katakan apa.Mummy tergelak kecil.

"Zayn,you're grown up now.Falling in love is just a normal thing,"

"I am not,"Zayn mahu berdalih.

"I'm your mummy and I know it.People fall in love everyday and that's okay,"Mummy bangun lalu mengusap pipi Zayn lembut."You need some rest.Sleep well,"

Zayn diam memikirkan kata-kata Mummy.Dia tidak tahu nak katakan apalagi."I think I love her,"

"Do you think so?"Mummy menjongketkan sebelah keningnya.

"Yeah,"Zayn terdiam sejenak lalu menyambung,"Maybe?"

Mummy mendekati Zayn kembali."How does it feel when she's with you?"

"My heart,"Zayn menyentuh dadanya,"It won't stop beating."

"Always thinking about her?"

Zayn mengangguk.

"Since when?"

"About a year,"

"You crush on her,don't you?"Mummy senyum-senyum bertanya.

"She always passing my house every eight in the morning,"

"Did you stalked her?"Kedua mata Mummy mula terbuka luas."That wasn't nice you know?"

Zayn tersenyum malu.

Mummy tergelak kecil lalu menggeleng."My little boy now in love~~"

"Mummy,"Zayn menafikan dan wajahnya mula kemerahan.Dia menepuk-nepuk bantal dan menarik gebar."Okay good night!"

Mummy menggeleng lalu menuju ke pintu."Good night,Zayn"

Pintu ditutup rapat.Zayn mengeluh panjang lalu baring menelentang.Dia merenung ceiling biliknya lagi.Bibirnya merekahkan senyuman segaris.Dia mengambil telefon pintarnya semula dan menaip sesuatu.

×××

Hampir seminggu Zayn pulang ke Melbourne.Insyirah baring melentang diatas katilnya.Tiada apa-apa mahu dibuat.Setelah makan malam,dia sangat kekeyangan.Jadi,melepak di dalam bilik satu pilihan yang baik.Dia sempat berguling beberapa kali sebelum kedengaran mesej masuk.

Insyirah tercari-cari dimana dia meletakkan telefon pintarnya yang satu itu.Tangannya meraba-raba di bawah bantal yang ada.

Jumpa pun,bisik Insyirah di dalam hati lalu senyum sendiri.Dia mendapati banyak mesej tertera di paparan skrin.Dia membuka mesej Dina dulu.

Dina
-I have a date
Don't wait for me:)

Insyirah sudah sedia maklum yang Dina keluar dinner dengan Ben malam ini dan dia tidak kisah.Dia membuka mesej seterusnya.

Nazim
-Pasal assignment yg Mrs.Thompson tu
Bila due date?

Nazim pun satu.Dia ni pemalas nak mampus datang kelas.Insyirah merungut sendiri tentang Nazim.Lelaki itu jarang hadir ke kelas namun prestasi dia dalam peperiksaan tidak pernah mengecewakan.Entah apa yang dibuatnya.Jangan-jangan dia menipu semasa peperiksaan.

Insyirah menggeleng kepala.Tidak baik berburuk sangka.Dia membuka mesej daripada uminya pula.

Umi
-Salam anak umi
Next week jadi balik tak?

Insyirah berkerut.Balik Malaysia?Buat apa?Dia bercadang tidak mahu pulang sepanjang cuti musim panas ini kerana mahu menemankan Dina yang juga turut tidak pulang ke Malaysia.

+Balik?Ada apa?

Bunyi mesej masuk beberapa saat kemudian.Laju juga Umi menaip.

Umi
-Ya Allah Syii!
Sepupu Syii kahwinlah next week!
Umi dah pesan sblm ni?

Alamak!Belum tempah tiket lagi.Insyirah segera membuka laman web MAS dan menempah tiket pergi-balik Malaysia.Pasti Umi marah selepas ini.

+Dah tempah tiket
Thanks sbb ingatkan Syii

Umi
-*emoji marah*

Okey Umi dah marah.Skrin menunjukkan last seen Umi.Kedengaran mesej masuk lagi.

Zayn
-Hey Syii;)

Insyirah senyum-senyum apabila melihat mesej dari Zayn itu.Jari-jemarinya laju menekan skrin sesentuh.

+Hi Zayn;)

Zayn
-So how's ur day?

+:(

Zayn
-U have Dina right?

+She always busy with Ben
They went for date while
Im still here at home so fuckin' bored right now

Zayn
-Hey take it easy
Ur not gonna try for suicide right?

+What?No way I'd do that

Zayn
-I'm kiddin'
Dont take it serious
Im just trying to make u happy

+What should I do?

Zayn
-What do u think?

+I'm the one who asking u not u asking me back
Grrr
Ermm how's ur daddy?

Zayn
-Sorry:(
My daddy?Oh,he's okay now.
Don't worry;)

+I'd like to see him
Can I?

Zayn
-Yeah,of course angel
You can meet him one day
We're not flying back Malaysia for Eid
Might want celebrate Eid with us?

+Oh really?
I really want too but I'd talk with Umi first

Kedengaran pintu dibuka dan dihempas kuat.Insyirah terkejut sehingga telefon pintarnya terpelanting jatuh ke lantai.Dia jadi gelabah cicak memikirkan keadaan skrin telefon pintarnya itu.Cepat-cepat dia ambil dan perhati sekiranya terdapat mana-mana retakan yang tidak diingini berlaku.

Insyirah lega telefon pintarya masih sihat walafiat.Dia merengus kuat.Pasti Dina baru balik dan main hempas pintu bagai.Dia meletakkan telefon pintarnya elok-elok diatas meja solek lalu keluar menjenguk si Dina.

Pintu bilik Dina diketuk berkali-kali.

"Dina?Kau ke tadi balik?Lain kali jangan hempas pintu tu!Kalau rosak macam mana?Aku malas nak bayar lebih duit sewa rumah ni!"bebel Insyirah kuat lalu mencemikkan muka.Baru beberapa langkah dia pergi,kedengaran barang pecah di dalam bilik Dina diselangi raungan dan tangisan yang kuat.

"Dina?Apa benda pecah tu?"Insyirah mengetuk pintu beberapa kali dan cuba memutarkan tombol pintu namun dikunci dari dalam.

Kedengaran Dina meraung lagi dan sesuatu benda telah jatuh pecah berderai.

"Dina!Buka pintu ni sekarang!"Insyirah menjadi gelabah.Tidak pernah Dina berlaku sebegini.Dia risau Dina akan melakukan sesuatu di luar kawalan.Pintu bilik Dina diketuk berkali-kali.

"Aku benci kau!Aku benci kau!!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience