Tujuh tahun yang lepas.
"Bangunlah wahai sleeping beauty,kau tak pergi kelas ke hari ni haish susah betul nak kejutkan seorang makhluk Tuhan yang pemalas ni,"
Insyirah merasakan bahunya digoncang beberapa kali sebelum merasakan badannya ditolak sehingga jatuh ke lantai.
Bukkk!!!
Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.
"Hoi dah pagi buta matahari dah tunjuk muka kau masih terbongkang lagi.Apa jenis anak dara ni?"bebel Dina kepada Insyirah lantas mengemas bantal dan melipat selimut tebal berwarna pink diatas katil.
"Dah pukul berapa?"Insyirah bertanya sambil mengesat kedua-dua mata.
"Lapan setengah.Kau cakap semalam pagi ni ada kelas ke?"Dina angkat kening sebelah.
"Hah?!"
Mati.Memang mati kali ini.Aku memang cari nahas!
Insyirah segera mencapai tuala di ampaian.Dia masuk ke dalam bilik air dan menggosok gigi.Mandi pun hanya sekadar yang boleh.Sabun pun hanya bahagian badan.Bak kata pepatah Melayu,alang-alang mandi biar basah.Pembaca dinasihatkan jangan mengikut perangai tak senonoh Insyirah.
Beberapa minit kemudian,dia keluar dalam keadaan berkemban dan menuju ke wardrobe.Mencapai segala pakaian yang ada dan selamba memakai di hadapan Dina yang sedang sibuk melipat selimut miliknya.
Terima kasih kepada Dina yang sudi jadi penggera bergerak dan bibik setiap pagi mengemas tempat tidurnya.Ini dikatakan friend with benefits.
Kepala bana kau Insyirah.
"Kau jangan lupa breakfast,aku dah siapkan pancake,"
"Oh thank you sayang!"Pipi Dina dicium Insyirah dan berlari keluar menuju ke meja makan.Sekeping pancake disumbat dalam mulut dan meneguk air coklat yang disediakan Dina.
Insyirah memakai ankle boots dan menjerit kuat pada Dina."Aku pergi dulu!"
Dia melajukan langkahnya menuju ke University New South Wales yang beberapa meter dari rumah sewanya.
Bukk!!
Insyirah terlanggar seorang lelaki yang sedang merokok di pinggir jalan bersebelahan dengan kereta sport yang tidak dapat dikenal pasti jenamanya.Dia terjatuh keatas lelaki itu secara tidak sengaja.
"Oh my God,are you okay mister?"Insyirah terkejut apabila dia tidak tersengaja menolak lelaki itu jatuh.Batang rokok tercampak entah kemana tapi sekarang ni perempuan atas dia.
Dia terpana melihatnya.
She looks so angel.
Dengan rambut hitam yang panjang dilepaskan begitu sahaja sehingga jatuh mengena wajahnya,dia terbau betapa wanginya rambut perempuan itu.Bau apa ni?Mereka agak lama bertentangan mata.Matanya yang bundar itu nampak berkilauan disimbah cahaya matahari.
"Hello?"Insyirah mengoyangkan tangannya di hadapan muka lelaki itu.
Insyirah tersengih apabila menyedari dia menindih lelaki itu.Dia bangun dari badan lelaki itu dan membetulkan kain skirtnya yang hampir tersingkap sampai ke paha tadi.Teruknya,sampai macam tu sekali dia terlanggar orang!Lelaki itu pula bangun dan menguis seluarnya yang kotor.
Insyirah mengerling jam tangannya sudah menunjukkan mahu pukul lapan setengah.Dia jadi gelabah semula.
"Gotta go see ya!"dia melambai pada lelaki itu dan meninggalkannya dalam terpinga-pinga.
"Hey!"lelaki itu menjerit kearah Insyirah namun perempuan itu sudah hilang disebalik simpang.
"Zayn,who's that?"tegur kawannya sambil memegang bahu kanan.Dia tiba-tiba muncul entah dari mana dengan beg disandang pada bahu.
"She's beautiful isn it?"Zayn senyum melihat Insyirah pergi macam tu sahaja."Aku dah lama perhati dia lalu depan rumah kita setiap pagi,"
"Bro,be a gentleman.Talk to her!"
Zayn menggeleng."Let time decide it,Ben"
"Seriously,you're so lame!Kalau tak melepaslah!"Ben mencabar Zayn dan ketawa mengejek.
"Macam mana kalau dia dah ada boyfriend,"suara Zayn merendah.
"Taklah, aku kenal dia.Kami satu kelas,"Ben menyakinkan sahabatnya yang seorang itu.
"Dia kenapa selalu je macam tu,"Zayn bertanya kerana selalu perasan Insyirah selalu tergesa-gesa entah mahu ke mana.
"Insyirah,selalu je lambat pergi kelas.Muka dia je kena marah,"jawab Ben selamba.
"So kau pun lambat sebenarnya?"Zayn menyindir Ben dan menyilangkan kedua tangannya.
"Oh shit!Baru aku perasan!Pagi ni kelas Madam Merina,gotta go Zayn!"Ben meluru ke keretanya yang tersadai di tepi jalan dan segera menghidupkannya.
Insyirah.Sedap juga nama dia.
×××
Malangnya nasib dia hari ni.Sudahlah lambat masuk kelas.Kena bebel dengan lecturer dalam setengah jam sebelum bermula kelas pagi itu.Kali ini bukan dia sahaja dia datang lambat.Ada seorang lelaki cina jugak lambat.Mereka saling berpandangan namun lelaki cina itu asyik tersengih-sengih macam kerang busuk.Nasib baik kacak kalau tak memang nak kena pijak lelaki cina ni.
Insyirah terdengar mesej masuk.
Dina
Sorry syg sy*sad*
My papa is coming here
Ala....kenapa Dina kenapa???Kenapa kau tak nak temankan aku dalam perpustakaan ni?Insyirah cuba berfikiran positif.Papa Dina datang melawatnya.Bukan selalu papa Dina datang ke Sydney.Insyirah jangan ikut perasaan kau boleh?
Err dont need to sorry Dina
Im okay*smile*
Send my regards to ur papa
Cepat sahaja Dina membalas.
Dina
Okay syg.Take care
Insyirah menopang dagu memerhati sekeliling.Tak lama selepas itu dia menyebamkan mukanya pada meja perpustakaan.Tiada semangat nak ulangkaji pelajaran sekarang ini.
Seseorang telah mengetuk meja.
"Nak apa lagi?"gumam Insyirah perlahan sehingga dia terdengar seseorang berdehem.
Insyirah mengangkat muka dan mendapati lelaki berkemeja biru berkaca mata menyapa pandangan.
"Kenapa sorang-sorang ni?Mana Dina tu?"
Nazim.
"Ada urusan lain,"jawab Insyirah malas.Dia menyebamkan kembali mukanya pada meja.
"Bangunlah,"pujuk Nazim lembut.
"Go away la,"Insyirah menunjukkan isyarat pergi menggunakan tangannya.
Nazim menggeleng.Dia mencuit bahu Insyirah menyebabkan gadis itu bangun semula.
"Hey,suka hati sentuh-sentuh aku ya?"Insyirah mencuka saat Nazim menahan gelak.
"Muka kau lawaklah.Macam muka duck face!"ejek Nazim menambahkan kegeraman pada Insyirah.
"Terima kasih Nazim,"sindir Insyirah lantas bangun dari kerusi.
"Eh takkan dah merajuk kut dengan aku?Kitakan dah kawan lama?Macam kau tak kenal aku?"
"Kau kadang-kadang menjengkelkan."
"Kau ni asal cepat sentap hah?PMS ke?"
Insyirah mencerlung tajam pada Nazim."Kau nak kena sepak dengan aku ke hah?"
"Ish,jangan garang-garang.Takutlah aku,"Nazim mengejek Insyirah dengan membuat muka ala-ala takutnya."Malang betul siapa jadikan kau bininya,"
Insyirah mendengus."Mulut kau memang tak makan sam-"
"Hey you both!Could you please shut up?This is library!"
Muncul perempuan berambut brunette dengan kaca mata bulatnya.Mukanya serius memanjang.Itulah ketua library UNSW.
"Err okay,sorry!"Nazim cepat-cepat menyelamatkan keadaan dan menarik Insyirah duduk semula.
"Kau ni kecoh sangatlah sebab tu dia tegur kita,"kata Nazim perlahan membuatkan Insyirah menjengilkan kedua matanya.
"Eh sorry sikit.Kau yang cari pasal siapa suruh?"balas Insyirah geram lantas meletakkan begnya diatas meja dan mengeluarkan laptop.
"Kau nak buat apa?"
"Strategi perang!"balas Insyirah sarkastik lalu membuka laptopnya.
Nazim membuat muka.
×××
Petang itu Insyirah balik lewat.Baru nak lelap mata diatas katil,seseorang telah membuka pintu biliknya dan meluru kearah tanpa apa-apa isyarat.
"Dina lepaskan aku...aku lemas!"Insyirah cuba mencari oksigen apabila Dina memeluknya erat.
"Kau nak tahu tak?"Dina melepaskan pelukan dan senyum-senyum melihat Insyirah.
"Apa pulak?Kau nak kahwin ke?"tanya Insyirah selamba.
"Bukanlah!Cuba teka?"Dina nak main teka-teki pulak!Insyirah mengerutkan muka.
"Lambat!Aku nak bagitahu yang Benjamin Lee ajak kita datang birthday party dia hujung minggu ni!"Dina memberitahu dengan nada semangat lalu mengoncang kedua bahu Insyirah.
"Benjamin Lee mana satu ni?"Insyirah cuba mengingati mana satu lelaki yang bernama Benjamin Lee.Macam selalu dengar nama lelaki itu.Almaklumlah,Insyirah ni mana ambil tahu hal sekeliling.Nak bercinta apatah lagi.Kawan lelakinya cuma Nazim sahaja.
"Kau memang dasar kuno nak mampus sejak duduk Sydney ni ya.Benjamin Lee kau tak kenal?Pewaris kedua Lee Industries yang terkenal di Malaysia.Dia belajar kat sinilah dan tadi tegur aku!"Dina teruja bercerita sehingga badan Insyirah digoncang kuat sekali lagi.
"Medina Adzlynn!Bertenanglah!"Insyirah melepaskan diri daripada digoncang ganas oleh sahabat baiknya.
"Aku terujalah bangang!Ben tegur aku tadi.Aku dahlah crush dia lama,"Dina meletakkan kedua tangannya pada dada dan menutup kedua matanya.Kadangkala,Dina sangat berdrama!
"Macam dia pandang kau,"Insyirah menjulingkan matannya dan memikirkan Dina memang kuat perasan.
"Tak baik cakap macam tu,"Dina menepuk paha kuat sehingga Insyirah menjerit.
"Sakitlah sengal!"Insyirah mengusap pahanya yang ditepuk tadi.
"Kita shopping ya?"Dina mula memikirkan apa yang patut dipakai malam birthday party Benjamin Lee itu.
"Buat apa?Jangan macam-macam Dina.Aku nak jimat duit bulan ni.Aku tak kaya macam kau!"Insyirah menggeleng.Dia bukan datang dari keluarga berada seperti Dina.
"Aku belanja,macam tak biasa!"Dina senyum-senyum lantas memeluk lengan Insyirah untuk memujuk kawan baiknya itu.
Insyirah terima dengan hati terbuka.Dia sebenarnya tak tahan dengan sikap Dina satu ni.Kaki shopping!
Share this novel