BAB 19

Romance Completed 9570

Zayn memandang ke luar tingkap bilik rumah Tok Mahnya.Malam sudah larut namun dia tidak mampu melelapkan mata.Fikirannya melayang entah kemana.Yang pasti hatinya berdebar-debar untuk esok.Esok merupakan hari penyatuannya dengan gadis pilihan hati siapa lagi bukan Insyirah binti Imran.

Dia melepaskan keluhan perlahan sebelum menoleh kebelakang.Dia mendapati Daddy perhatikannya sambil bersandar pada pintu bilik.

"Kenapa tak tidur lagi?"

"Entah,runsing tiba-tiba,"

Daddy ketawa kecil.Dia mendekati Zayn lalu melepaskan pandangan ke luar tingkap.

"Daddy pun dulu macan tu juga,"gumam Daddy perlahan lalu tersenyum kecil."Daddy rasa macam-macam,takutlah,gembiralah,risaulah.Tapi Daddy tahu ini ialah satu keputusan yang terbaik yang pernah daddy buat,"

"Maksud daddy?"tanya Zayn untuk memahami apa yang disampaikan ayahnya itu.

Daddy menepuk bahu Zayn dua kali."Daddy merasakan mummy kamu ialah wanita yang diciptakan untuk daddy,yang layak menjadi kawan,isteri,mummy kepada anak-anak daddy dan InsyaAllah,bidadari syurga daddy nanti di akhirat,"

"Bidadari syurga,"kata Zayn lalu tersengih"Bukankah di syurga nanti banyak bidadari lebih cantik dan lebih mulia?"

"Kerana mummy telahpun menjadi bidadari syurga di hati daddy di dunia dan selamanya,"ujar Daddy dengan nada yang ikhlas,membuktikan cintanya yang tulus kepada isterinya yang sangat disayangi.

Zayn hanya senyum dan mengagumi daddy dalam diam.Dia berharap perkahwinan yang bakal dibina juga bahagia seperti mana Mummy dan Daddy.

"Dah pergi tidur,esok nak menikah kang tertidur masa tok kadi berucap,"

Zayn ketawa kecil."Apalah Daddy ni,tak mungkin Zayn tidur.Mestilah Zayn gabra nak mati!"

"InsyaAllah semua akan berjalan lancar.Kalau Insyirah memang jodoh Zayn,Allah akan permudahkan segalanya.Percayalah cakap Daddy,"

Zayn mengangguk kerana kata-kata Daddy memang ada benarnya.

Sebaik sahaja pintu ditutup,kedengaran telefon pintarnya berbunyi menandakan ada orang menelefon.Zayn segera angkat apabila menyedari nama 'My Wife' tertera di skrin.Zayn tersengih kerana yang menelefonnya ialah Insyirah.Amboi Zayn,belum menikah dah gatal letak.

"Hello my beautiful gorgeous future wife in the universe!How are your today?"

"I'm fine but just little bit nervous,"

"Aww,nervous?You know what?I'm also but not so,"

"What are you talking about?Zayn,I know you're nervous!We're nervous!"Kedengaran Insyirah ketawa dari sana.Zayn sengih-sengih lalu berbaring diatas katil.

"I just thinking about you,"

"Just thinking about me?"

Zayn memejamkan kedua matanya."I think I miss you,"

"Oh silly,just wait until tomorrow okay and I will be officially yours,"

"Oh my God,I want to scream like a hell ya!"

Kedengaran Insyirah ketawa terbahak-bahak dari sana.Zayn berasa sangat bahagia mendengar Insyirah ketawa.Bagai segala beban yang ditanggungnya terbang entah kemana.

Insyirah berada di rumahnya di Seremban.Majlis akad nikah diadakan di situ juga.Tiada majlis persandingan terus resepsi pada malam berikutnya.Sejak melamar Insyirah,keluarganya terus menghantar rombongan meminang ke Malaysia.Buat cara melayu kata Daddy.

Nasib baik peminangannya diterima oleh kedua umi dan abah Insyirah.Pada mulanya mereka terkejut dengan peminangan secara mengejut itu namun menyambutnya dengan rasa gembira yang tidak berbelah-bagi.

Mereka bertunang dalam empat bulan begitu dan berpakat mahu melangsungkan pernikahan pada cuti musim sejuk sebelum kembali semula ke Sydney.Segala persiapan telah diaturkan secara tolak-ansur antara dua belah keluarga.

"Okay,I'm gonna sleep right now.Sleep late is not good to our health,"ujar Insyirah lalu kedengaran dia menguap dari sana.Lagipun jam sudah menunjukkan pukul 12.46 pagi.

"Yeah,I know it my girl,"

"Bye.Oh,don't forget to dream about me okay?"

"No,I'll be dreaming about our kids,"

"Lol!"

Mereka sama-sama menamatkan panggilan namun senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.Tiba-tiba,telefon pintarnya berbunyi dan Zayn terus menjawab.

"Hello Syii,now what?"jawab Zayn dengan sengih bersisa-sisa.

"Hello Zayn,"

"Who's there?"Zayn terbangun apabila menyedari orang yang memanggilnya bukan Insyirah.Dia melirik kearah skrin telefon pintarnya menunjukkan nombor luar negara.Siapa yang menelefonya?

Diam.

"Hello?"

"Sorry,wrong number,"suara perempuan menjawab dari sana.

"I-"belum sempat Zayb membalas,dia telah mematikan panggilan.

Tut.Tut.Tut.

Zayn terkelu seketika.

×××

"Aku terima nikahnya Insyirah binti Imran dengan mas kahwinnya RM200 tunai,"

Dengan sekali lafaz sahaja,Insyirah sudah bergelar isteri kepada Zayn.Dia terasa sebak tiba-tiba kerana membayangkan dirinya bukan lagi tanggungjawab umi dan abahya.

Selesai membacakan doa,Zayn bangun dan mendekati Insyirah tidak jauh dari tempat dia berjabat tangan dengan tok kadi.Dia perasan kedua mata Insyirah berair.

"Hey-hey what's wrong Syii?Don't cry okay?"

"I was-happy,"Insyirah mengelap air matanya yang mengalir di pipi.

Zayn menyarungkan cincin platinum pada jari manis tangan kanan Insyirah.Kemudian,Zayn melutut dan meletakkan tapak tangannya diatas kepala Insyirah lalu membacakan doa.

"Ya Allah ya Tuhanku,Engkau lindungilah isteriku daripada malapetaka dan fitnah.Engkau rahmatilah isteriku dan berikanlah kebahagiaan kepada perkahwinan kami yang baru dibina ini.Kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah dan jauhkan kami sekeluarga daripada api nerakaMu.Amin,"

Zayn menarik tangan Insyirah bangun dan menyalami ahli keluarga.Kebanyakkan mereka gembira dan terharu dengan akad nikah tadi.Umi nampak emosi sedikit.Dia memeluk Insyirah erat seolah tidak mahu melepaskan satu-satunya anak dia.

"Jaga diri baik-baik ya.Syii kena ingat,Syii sudah jadi isteri orang.Syii kena jaga segala keperluan suami Syii.Syurga Syii adalah keredaan suami Syii.Layan suami Syii baik dan jadilah isteri yang solehah ya?"nasihat Umi dengan nada sebak.Insyirah mengangguk perlahan.Umi sempat mengelap air mata Insyirah yang mengalir,"Jangan nangis,nanti buruk tahu?Orang mengutuk kang kita tak tahu,"

Insyirah ketawa kecil.Umi ni,suka membebel benda remeh.Dia beralih kepada Abah.Insyirah perasan kedua mata Abah berair namun dia masih tersenyum.Dia memeluk Insyirah erat.

"Abah akan merindui Syii nanti,"singkat sahaja ucapan Abah namun Insyirah merasakan betapa menusuknya hati saat Abah mengungkapkan tadi.

"Doakan kebahagian Syii ya Abah?"

"Abah akan sentiasa mendoakan kebahagiaan Syii,"

Kedua pengantin baru itu beralih kepada Daddy dan Mummy pula.Mereka mengucapkan tahniah dan merestui perkahwinan yang baru dibina.

"Perjalanan Zayn masih jauh lagi,bawa 'bahtera' tu elok-elok,kalau nak berlayar perlukan 'bekalan' yang secukupnya,kalau 'sesat' jangan berputus asa,berusaha untuk cari jalan penyelesaiannya,"

"Apa ni Daddy?"kata Zayn tergelak kecil mendengar nasihat Daddy berupa kiasan.

"We want you both to be happy no matter what,"Mummy tersenyum lalu menarik tangan Zayn dan Insyirah serentak."Marriage is not about love only,it's about two person to make it success,"

"I'm sure that we will make it success,"kata Zayn sambil melirik kearah Insyirah manakala Insyirah tersenyum malu-malu.

"Congratulations Insyirah!I was so happy for you babe!"giliran Dina memberi ucapan.Dia berasa gembira apabila sahabat baiknya sudah berkahwin.

"Thank you!"

Insyirah dan Dina berpelukan erat.

"I'm gonna miss you!"

"I'm gonna miss you too babe.Take care!Don't forget me eh?"

"Hey Zayn,harap you tak kisah kalau I sentiasa datang rumah you!I tak bolehlah sehari tanpa Syii!"Dina bertanya pada Zayn sambil memeluk pinggang Insyirah.

Zayn mengangguk tanda memberi kebenaran dan dia tidak kisah kerana Dina sudah lama berkawan dengan Insyirah.

Tiba giliran Nazim,dia pandang Insyirah lama sebelum mengukir senyuman."Tahniah,semoga berbahagia hingga ke akhir hayat."

"Terima kasih Nazim.Aku doakan kau juga nanti jumpa jodoh kau yang sebenarnya,"

"Aku harap kita still kawan sampai bila-bila ya?"Nazim berkata pada Insyirah lalu Insyirah mengangguk.Dia pandang Zayn pula,"Bro,take care of my bestie Insyirah.Don't you ever hurt her or I'll make her mine,"

Zayn senyum sumbing,"It will never happen,trust me!"

Nazim senyum juga,nampak sinis."We will see,"

Entah mengapa Zayn merasakan ayat Nazim sangat mendalam maknanya.Hatinya rasa tidak sedap tiba-tiba namun segera ditepis kerana Nazim dan Insyirah sudah lama berkawan baik.Pasti Nazim mahukan yang terbaik buat Insyirah.

"Tahniah,Zayn!Insyirah!"

"Kau bila lagi,Puteri?"

Dia hanya senyum hambar."Entahlah,jealous pulak aku tengok kau dah jumpa jodoh kau.Aku ni entah bila kahwin,"

"Ala,janganlah macam ni Put.Aku doakan kau supaya jumpa jodoh kau cepat-cepat ya?"

Puteri mencemik namun lantas mendekati Insyirah.

"Insyirah,jaga sepupu aku ni elok-elok ya?Mulut dia memang 'puaka' sikit bila dengan perempuan but never mind,he's yours now."Puteri mengenggam tangan Insyirah erat.

"Puaka?"Insyirah pelik mendengar penggunaan kata Puteri tentang Zayn.

"Kau mengarutlah Put!"Zayn ketawa lalu melingkarkan tangannya pada pinggang Insyirah."Sekarang hanya dengan Syii sahaja aku macam tu,sebab,aku sayang dia..."

Mendengar ayat Zayn yang agak meleret membuatkan Puteri geli-geleman."Oh,please Zayn!Itu memang aku sudah tahu!"

Zayn dan Puteri ketawa namun Insyirah nampak terkulat-kulat tidak tahu hujung pangkal.

Tanpa mereka sedari,tidak jauh dari situ terdapat seorang wanita memakai selendang pashmina biru di kepalanya.Dia berdiri di bawah pohon yang redup sambil memerhati pasangan pengantin baru itu dari jauh sahaja.Hatinya remuk saat mendengar lafaz akad nikah yang diucapkan Zayn tadi.Dia tadi curi-curi masuk untuk melihat sendiri upacara pernikahan itu.

"Zayn,how about us?"bisik hatinya dengan nada lirih.Air matanya menitis saat melihat Zayn sempat mencium pipi Insyirah semasa mengambil gambar sekeluarga.Sepatutnya dia di tempat itu,hatinya memberontak mahu sahaja dia muncul di depan mereka di sana dan membuat satu pengakuan berani.Namun entahlah,dia tahu dia tidak kuat.

Dari jauh dia datang semata mahu bertemu Zayn.Berbekalkan maklumat yang dia perolehi,Zayn melangsungkan perkahwinannya dengan Insyirah di Malaysia.Ini kali pertama dia jejakkan kaki ke sini tanpa bertemankan sesiapa.

"I need you.We need you Zayn,"dia tidak dapat menahan rasa peritnya lalu menangis teresak-esak.Dia melepaskan semua kerana terlampau kecewa lelaki yang dicintainya berkahwin lain.

"Diana?"

Dia mengangkat wajahnya dan mendapati seorang lelaki yang sangat dikenalinya menegur dia.Dia terkejut lantas meninggalkan lelaki itu dibelakang.Langkahnya dipercepatkan untuk ke luar namun tangannya direntap kuat.

"Diana!"

"Let me go Nazim!"

"What are you doing here,in Malaysia?"tanya Nazin dengan nada keras.Dia menarik Diana ke tempat yang lebih tersorok dan redup seperti di bawah pokok tadi.

"None of your fucking business!"sebaik sahaja Diana menempik padanya,Nazim mencengkam lengan Diana kuat sehingga perempuan itu menjerit kesakitan.

"Please let me go,"rayu Diana lalu menghamburkan air matanya sekali lagi.Sudahlah hatinya sakit namun cengkaman Nazim lagi sakit daripada dia fikirkan.

Nazim melonggarkan cengkamannya namun masih tidak mahu melepaskan Diana.

"I just want to see Zayn,"

"Fuck,he's already married you idiot!It cannot change anything!"

"Yes,it can!"Diana membalas namun lebih kepada memberontak."I'm-"

"You what?"

"Nothing,"

"Just tell me!"

"Nothing!Do you heard that?It is nothing!"marah Diana dengan meluap-luap.Dia cuba meronta mahu dilepaskan namun Nazim mencengkam lagi sebelah lengannya.

"You lied!"jerit Nazim dengan hati yang panas apabila Diana enggan menjawab pertanyaannya.

"Please,"rayu Diana lagi dengan sisa tangisan.

Nazim melepaskan cengkaman lalu merengus kasar."Tell me,now!"

"I'm-"Diana tidak sanggup mengungkapkan.Dia merasakan ada bebanan yang melanda dalam dirinya.Perlahan-lahan dia menyentuh bahagian perutnnya."I'm pregnant,"

Nazim terkesima.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience