Tiga minggu kemudian
Insyirah
Rosa main patung Barbie dan Ken di ruang tamu.Riuh suaranya berkata seorang diri.Aku pula sedang vakum ruang tamu yang sudah mula berhabuk.
Rosa tidak ikut sama mengerjakan umrah kerana Zayn mahu aku meluangkan masa bersamanya,mengisi kembali waktu-waktuku sebagai ibu kepada Rosa selama lima tahun ini.
Ketika aku mahu vakum tempatnya,tahu sahaja Rosa bangun dan memindahkan kesemua patung dan rumah mereka di tempat lain.Dia menyambung main di situ.Habis aku vakum,dia kembali semua dengan semua permainan tadi.
PIN!PIN!PIN!
Kedengaran bunyi hon van posmen datang di depan rumah.
"Coming!"aku mencabut plag vakum dan berlari-lari mendapatkan posmen di hadapan.Kelihatan posmen itu sedang menulis sesuatu pada bukunya.
"Ada penghantaran.Cik Puan Insyirah binti Imran?"dia bertanya sebaik sahaja aku membuka pagar dan menghampirinya.
"Ya saya,"
"Sila sain di sini,"dia menunjukkan tempat di dalam bukunya itu.
Aku segera menurunkan nama dan tandatangan.
"Terima kasih.Ini dua bungkusan untuk Puan,"posmen itu mengeluarkan sesuatu dari vannya dan menyerahkan kedua-keduanya kepadaku.
"Dua?"Aku mengambilnya dengan terpinga-pinga.
"Mintak diri dulu,"posmen sempat melemparkan senyuman dan masuk ke dalam vannya.
"Siapa yang bagi ni?Amboi jauhnya dia hantar sampai Malaysia,"Aku mengomen sendiri.Satu dari Sydney dan satu lagi dari Melbourne.Alamat Sydney sangat aku kenali kerana alamat apartment Zayn namun Melbourne ni aku tak pasti dari siapa sama ada Mummy atau Sasha.
Pasti mereka sudah pulang dari umrah.
"Who's coming Mummy?"Rosa menunggu di pintu dengan reaksi ingin tahu apa yang aku pegang sekarang ini.
"Postman dear,"aku masuk ke dalam rumah dan meletakkan dua bungkusan itu diatas meja ruang tamu.
"What's that?"Rosa menunjukan jari telunjuk kedua-dua bungkusan tadi.
"I don't know but mind you open it for me?"Aku memberi peluang kepada Rosa menolongku membukanya.
"Sure,"Rosa senyum menampakkan barisan giginya yang teratur dan putih.Aku menyerahkan bungkusan dari Sydney itu padanya.
Rosa membukanya dengan begitu cermat.Pandai juga dia menjaga barang.Ingatkan dia belasah je macam budak-budak sebayanya yang lain.
"It's seed-Sunflower seeds,"Rosa mengeluarkan isi didalam kotak tersebut.Banyak sangat paket biji matahari di dalamnya.Zayn mahu aku berniaga jual pokok matahari ke?
Zayn juga mengirimkan aku sepasang jubah berwarna hitam yang sangat cantik.Pandai dia pilih.Aku sempat mengenakan setiap satu jubah itu pada badanku.
"To beautiful-and strongest person- I've ever met,"Rosa membebel sendiri membuatkan aku tersentak di situ.Dia sedang membaca setiap patah perkatan di dalam kad yang dikirim bersama.
"Can I have it?"aku meminta Rosa dengan cara baik.
"Here,"Rosa menyerahkan kad itu padaku dan kembali bermain semula dengan permainan patungnya.
To beautiful and strongest person I've ever met-zjm
Aku senyum sendiri melihat isi kandungan kad yang dikirim Zayn itu lalu meletakkan semula di dalam kotak tadi.Kemudian,aku membuka bungkusan dari Melbourne itu.Ada kad juga di dalamnya.Dengan perlahan aku baca,
Dear Insyirah,
I hope you like it lots of love Sasha & Mummy?
Tanganku menyelongkar bungkusan itu lalu mengeluarkannya isi tersebut.Terdapat lima jenis minyak wangi,lima paket kekacang, lima kotak henna dan sehelai jubah juga.Amboi!Mesti mereka borong sakan semasa umrah hari itu!
Aku mengambil biji matahari yang Zayn post hari ini dan keluar ke taman yang terletak di halaman tepi rumah.Semasa masuk ke dalam taman ini,tiba-tiba aku teringatkan kali pertama Zayn mengetahui hobiku yang satu ini.
"Sunflower,"kata Zayn perlahan.Dia menyentuh bunga matahari itu dan senyum sendiri.
Terbuntang mataku melihat tangannya yang besar itu mahu menyentuh kelopak matahariku.Tangan gatal,kau kena ni!
"Don't you dare touch my baby,"aku terus memukul tangan Zayn dan merenungnya tajam.
"What?Your baby?"Zayn sengih-sengih melihat diriku.Dia mengundurkan kaki selangkah.
"What's wrong with that nickname?"Aku bercekak pinggang.
"It's cute you know?"puji Zayn masih lagi tersengih-sengih seperti kerang busuk.Entah apa dia sedang fikirkan.
"I think you should go now,"Aku tiada pilihan selain menolak Zayn supaya turun dari mana dia naik tadi.
Tak manis lelaki dan perempuan berduaan di dalam bilik.Mungkin aku jauh dari Malaysia tapi aku takkan sesekali buat perkara terkutuk.
"Get out!"
"Fine!"Zayn mencemik.Dia menuruni tangga dan tidak lama kemudian,dia sampai bawah.
Aku menghela nafas lega kerana Zayn sudah pergi namun kedengaran dia memanggil namaku.Aku pun menjenguklah kepala ke bawah.Kelihatan Zayn berdiri dengan kepala mendongak melihat diriku di beranda.
"I love you!"jerit Zayn dengan ceria sambil mendepangkan tangan.
"In your bloody head!"jawabku tanpa memikirkan perasaannya.Padahal hatiku rasa berbunga-bunga.Gila.
"I don't care!"Zayn nampak tidak peduli.Lelaki ini sungguh degil.Ingat senang-senang boleh flirt dengan aku?
"Suit yourself!"Aku membuat muka lantas masuk semula ke dalam bilik.Malas mahu melayan perangai Zayn yang nampak tak betul itu.
Aku senyum sendiri mengingatkannya.Paket biji matahari itu aku buka dan mengeluarkan sebiji ke tapak tangan.
"Take this,"Zayn memberikan paket itu kepadaku.
"What is this?"Aku mengambilnya tanpa ragu-ragu dan menilik benda itu.Sebuah paket kecil berisi biji-bijian.
"The sunflower seeds,"jawab Zayn bersahaja dan duduk diatas sofa rumah sewaku.
"Wow,you want me to plant sunflowers?"Aku menjongketkan kening sebelahnya padahal hati melonjak gembira.Ada orang bagi biji matahari padaku secara percuma!Yes,jimat duit bulan ni!
Zayn mengangguk kecil.
Aku meneliti semula paket berisi bijian bunga matahari itu.Bibir ni mahu senyum melebar namun ditahan. "Oh thank you Zayn.You know what I want,"
"Obviously my angel,anything and everything about you,"
Aku mengambil pot mini di atas para lalu diletakkan di hadapanku.Pot mini sudah aku siapkan awal-awal dengan tanah.Biji matahari tadi aku letakkan satu di dalamnya dan digambus semula.
Aku pandang lama tanah itu dan menghela nafas panjang.Kenapa fikiran aku menerawang mengingati memori antara kami berdua?
Aku.....rindukan dia ke?
"I nak create habit baru,"ujarku sambil kedua tangan lincah mengembur tanah tadi yang menanam biji bunga matahari."Setiap kali kita make love,I nak tanam sebiji,"
Zayn mengerutkan muka tidak memahami apa yang cuba disampaikan."Really?Bukan ke menyusahkan?"
"Apa yang susah?Tanam jelah sebiji,"
"Nanti kalau kita banyak kali buat dalam sehari takkan menyusahkan you je,"ujar Zayn lalu ketawa terkekek-kekek.Aku mencemik lantas memukul lengan Zayn yang memelukku dari belakang.
"Gatalnya,penatlah I layan nafsu you je kalau hari-hari macam tu.Nak ke you keluarkan bajet beli barang-barang semua ni?"
"Okay la Syii,I janji kawal nafsu I tapi you ni,asyik nak goda I je macam mana?"
Aku terus mengalihkan badan ke belakang lalu menjengilkan mata."You memandai je kata I goda?Ingat tak ada kerja ke I asyik menggoda you?Baik I makan,"
"Makan je I baru best.Boleh dapat selalu,free pula tu"
"Zayn!"
Bila teringatkan peristiwa itu aku jadi malu sendiri.Lantas aku menyentuh kedua pipiku yang terasa bahang tiba-tiba.
Ya Allah,jauhnya aku melayang memikirkan memori bersama bekas suamiku itu.
Aku patut lupakan semua itu.
Tapi kenapa susah sangat nak buang?
Adakah aku sudah dijampi dengan Zayn?
Aku menggelengkan kepala lantas menyiram sedikit air ke dalam pot mini tadi dan masuk ke dalam rumah semula.
Share this novel