BAB 41

Romance Completed 9546

Zayn

Pemergian Erika secara tiba-tiba bukan sahaja beri impak besar pada anakku Rosa, namun juga pada diriku.Aku seolah terkontang-kanting menguruskan Rosa sepenuhnya walaupun ini bukanlah kali pertama.

Setiap malam,Rosa merengek mahukan Erika dan setiap kali dia menangis itu aku memujuknya dengan memberi alasan

'Mummy pergi jauh'

'Mummy kerja'

'Tidur dulu ya nanti Mummy balik'

Kadangkala aku tak kuat menghadapinya sendiri.Aku boleh bayangkan bagaimana Erika membesarkan anakku ini sendirian dengan penuh kerenah yang tak terjangka.Begitu besar kesabaran Erika selama lima tahun ini.

Kami membuat keputusan untuk berkahwin,bukan kerana aku cintakan dia tetapi kerana ingin menebus kesilapanku padanya dan bertanggungjawab keatas Rosa.

Setelah dua minggu pulang ke Sydney,aku berpeluang ke rumah Erika untuk mengutip barang-barang peribadi Rosa seperti dokumen-dokumen penting,pakaian dan barang permainan kesukaannya.Sebaik sahaja urusanku selesai,kunci rumah Erika akan diserahkan kepada Stephanie untuk tindakan lanjut.Katanya,dia mahu membawa pulang semua barang kepunyaan adiknya ke Perth dan menjual rumah itu kepada orang lain.

Aku lihat Rosa sedang memunggah alat permainan dari bakul besar berwarna merah jambu di sudut bilik.Dia nampak begitu seronok berjumpa semula alat permainannya yang sudah ditinggalkan berminggu-minggu kerana pulang ke Malaysia.

"Kamu nak bawa semua permainan itu?"

Rosa mengangguk laju.

Aku pula menyelongkar setiap laci di dalam rumah Erika jika ada dokumen-dokumen penting yang ditinggalkannya.Dalam kepalaku ligat memikirkan sijil lahir Rosa.Sijil lahir anakku penting untuk masa depannya nanti.

Namun,apa yang aku jumpa tidaklah seperti aku sangkakan.Aku jumpa sijil lahir Malaysia.

Aku jadi pelik.

Sijil lahir siapa?

Aku amati sijil lahir itu ialah sijil lahir Rosa.Rosa lahir di Malaysia?

Sepanjang aku bersama Erika,aku tidak pernah terfikir untuk bertanyakan perihal kelahiran Rosa.

Nama penuh Rosa ialah Atikah Rosa.Rosa lahir 23 Jun pada pukul 9 malam bertempat di KPJ,Seremban.Nama bapanya ialah aku sendiri dan nama ibunya bukanlah Erika seperti aku sangka.

Nama ibunya Insyirah binti Imran.

Bekas isteriku.

Kenapa aku tak tahu semua ini?

Aku hampir jatuh terjelopok ke lantai kerana terlampau terkejut mendapat tahu perkara sebenar.Aku sempat pandang Rosa lama di hujung sana sedang leka bermain dengan patung permainannya.

Ya Allah kenapa?

Kenapa Engkau mengujiku sejauh ini?

Kenapa Erika merahsiakannya daripadaku selama ini?

Dan Insyirah,adakah dia tahu Rosa ialah anaknya?Anak kami berdua?

Dengan tangan menggeletar,aku membuka aplikasi Whatsapp dan mencari nama Insyirah.

Belum sempat aku menaip perkataan salam,aku menerima emel daripada Insyirah.

Emel apa?

Hatiku menyuruh aku membuka emel tersebut cepat.Butang inbox dibuka dan menekan emel yang dihantar Insyirah sebentar tadi.

Ternyata emel itu bukan emel dari Insyirah.Insyirah forwardkan emel Erika padaku.

Pengakuan Erika tentang status Rosa.

Aku baca banyak kali untuk memastikan emel itu benar-benar ditaip oleh Erika.Walaupun berkali-kali aku baca,ia tetap emel Erika.

Emel pengakuan Erika.

Nombor Insyirah segera ku dail.

"Syii..."

"Zayn,I can explain-"

"Now!"Tanpa sedar,aku meninggikan kepadanya kerana menahan kemarahan.

"I'm so sorry...."Suara Insyirah jelas ketakutan.

"For what?"

"I sorokkan semua ni dari you tapi I berani sumpah yang I tak tahu anak kita masih hidup!Selama ni I sangka dia dah tak ada!"Kedengaran Insyirah menangis teresak-esak di hujung talian.

"Macam mana you boleh tahu dia tak ada?"Aku bingung dengan apa yang telah berlaku.

Bagaimana Insyirah tak tahu anak kami masih hidup dan bagaimana pula Rosa boleh berada di tangan Erika selama lima tahun ini?

"Sebab lepas I lahirkan Rosa,I koma!Sedar-sedar sahaja,Nazim beritahu I yang anak kita tak dapat diselamatkan.Dia cakap dia dah uruskan semuanya dan I percaya kata-kata dia...."

"Jangan bagi alasan bodoh Syii!Benda ni bukan benda main-main!"Aku geram kerana dia langsung tidak berfikir panjang dan terus percayakan kata-kata Nazim.

Apa yang Nazim buat sampai Insyirah betul-betul percayakan lelaki tak guna itu selama ini?

"I tahu I salah....I tak sangka benda ni boleh terjadi...."Insyirah kedengaran menyesal sekali dengan perbuatannya."Semua ni takkan berlaku andai I berterus-terang pada you tentang kehamilan I lima tahun lepas,"

Aku meraup wajah lalu memejamkan mata sebentar.Kepalaku begitu sakit sekali.

"Bagaimana Rosa boleh ada bersama Erika?"

"Erika...Diana sempat beritahu I yang dia terima Rosa dari Dina.I tak tahu bila dan dimana tapi yang pasti Diana bawa pulang Rosa ke Sydney,"

"Nonsense!Jangan nak mengarut Syii!You tahu tak Erika boleh ditahan di imigresen kerana disyaki menculik Rosa?Bagaimana dia boleh terlepas?"Kata-kata Insyirah langsung tak masuk akal dan bertentangan dengan undang-undang!

"I tak tahu Zayn!Yang pasti masa I kena culik,Ben ada marah-marahkan Diana kerana melanggar arahannya daripada berjumpa you-"

"Benjamin Lee!"Aku memang sudah agak dialah dalang semua ini.Tak sabar aku mahu bersemuka dengannya di penjara nanti dan meminta penjelasan daripadanya dari mula sehingga akhir.

Ben anak jutawan.Dia juga licik sekali.Tidak mustahil dia membantu Erika menyeludup Rosa ke Australia.

"Kenapa mereka buat kita sebegini Syii...."rintih aku perlahan.Mereka begitu kejam sekali.Pertama,mereka berpakat memisahkan aku dan Insyirah.Selepas itu,mereka pisahkan Insyirah dari Rosa.Insyirah pula tidak tahu anak kami masih hidup dan aku pula tidak tahu yang aku ada anak hasil perkahwinanku dengan Insyirah.

Semua ini terlalu menyesakkan dadaku.

Begitu hebat dugaan kami.

Aku meluru kearah Rosa dan memeluk anakku erat.Aku tak menyangka Rosa anak halalku,anak dari perkahwinanku dengan Insyirah.Ya Allah,impianku tercapai.Insyirah sememangnya ditakdirkan menjadi ibu kepada anakku.

"Daddy kenapa nangis?"

Aku tidak pedulikan kata-kata Rosa lantas memeluk Rosa lebih erat.Aku terlampau gembira kerana Allah telah memulangkan kedua-duanya padaku malam ini.Insyirah;cinta masa laluku dan Rosa;anakku.

Aku sangat bersyukur kepadaMu.

?

Beberapa hari kemudian

"Sekarang ni jelaskan pada kami berdua kenapa kau buat macam ni!"

Meja bergegar akibat hentakan kedua tanganku keatasnya.Dina sudah menangis teresak-esak apabila aku mula mengamuk di depannya.

Keadaan Dina sungguh menyedihkan.Rambut blondenya serabai,seolah sudah lama tidak disikat.Kedua bawah matanya sembab dan mukanya pucat tidak bermekap seperti selalu.Kekalahan Nazim di mahkamah benar-benar memberi kesan pada Dina.

"Zayn..."Insyirah menegur aku,mungkin aku berkasar dengan Dina.

"You baik sangatkan dengan Dina sampai dia pijak you and sekarang you nak cakap you langsung tak kisah?"aku melenting bila Insyirah membela kawan baiknya ini.

"Bukan I tak kisah tapi dia pregnant,hati dengan perasaan dia sensitif sikit,"Insyirah nampak seperti menahan geram dengan kata-kataku.

"Masa you pregnant,ada dia kisah pasal you?Dia pisahkan kita berdua!Dia fitnah I dan burukkan nama I kat you!"Aku membalas kata-kata Insyirah lalu kembali memanadang Dina yang menangis ketakutan di sofa ruang tamunya."Baik kau jelaskan sekarang atau aku sumbat kau sekali dengan Nazim dalam penjara!"

Makin kuat esakan Dina.Sungguh menyakitkan hati aku disini dan Insyirah tak habis-habis membela dia.

"I said now!Tak payah nak menagih simpati aku dengan esakan kau!Aku tak peduli!Sebabkan kau,Rosa tak pernah rasa kasih sayang mak ayah kandungnya sendiri!"

Dina masih lagi menangis.Dasar perempuan sial!Kalau aku buat perkara sama dengan anak dia baru tahu rasanya!

"Dina,okay bertenang.Jangan nangis lagi.Zayn tak ada niat nak berkasar dengan kau.Dia ada sebab kenapa dia macam tu.Kau sendiri tahu kan?"Kali ini Insyirah mengambil langkah lain dengan memujuk Dina pula.

Tangisan Dina mula reda."Aku terpaksa-aku sebenarnya tak rela buat tapi-Nazim ugut aku."

"Ugut?Dia ugut apa?"Aku memeluk tubuh dan bertanya dengan nada dingin.

"Dia-tahu aku-rancangan aku nak musnahkan-syarikat papa aku-"

"Kau masih berdendam lagi ke dengan papa kau?Fuck you Dina!"Ni yang buat aku naik berang lagi.Dasar anak tak mengenang budi!Dia lagi menyakitkan hati daripada sikap bongkak Stephanie tu!

"Kau nak tahu kenapa papa kau balik kat first wife dia?First,mama kau yang suruh.Carla ugut dia nak hantar orang cederakan kau.Masa kau kecik-kecik dulu kau pernah kena culik bukan?Jawab Medina Hughes!"aku membuka rahsia keluarganya yang tak pernah sesiapa tahu sebelum ini.Aku tak pasti Insyirah tahu atau tak,ataupun dah ditipu hidup-hidup dengan Dina.

Dina mengangguk dengan linangan air mata.Insyirah nampak terpana dengan apa yang berlaku.

"Mama kau serik!Dia suruh papa kau get back dengan first wife dia!Mama kau ingat semua dah settle tapi dia masih berdendam!Carla tu busuk hati,aku pun sendiri tak suka dia!Kau tahu apa dia buat?"

Dina menggeleng.

"Dia hantar orang lagi nak bunuh mama kau!Masa tu kau belajar lagi kat Sydney.Dia punca kemalangan mama kau tu sampai terlantar kat hospital!"

"Kau balik kau marah-marah papa kau sebab dah lama tak jenguk mama kau!Kau tahu tak kenapa dia tak balik?Sebab dia nak protect mama kau!"

"After your mum passed away,kau buat hal sendiri.You don't give a single fuck to your dad!Masa dia nazak,kau langsung tak jenguk dia.Dah mati apatah lagi bukan?"aku menyindir dia sepedas yang boleh.Biar dia sedar diri yang ego dia tak bawa kemana.Semua rahsia keluarga dia aku bongkarkan hari ini.Biar padan muka dia!

"And now aku uruskan wasiat dia.Aku hantar surat suruh datang Perth untuk settlekan wasiat papa kau tapi kau buat tak tahu.Aku tunggu kau macam tunggul!Alasan busy tapi sibuk berparti sana sini!Kau nak aku melutut merayu menyembah kau ke baru kau nak datang?!"

"I'm sorry..."

"Buat apa mintak ampun kat aku?Mintak ampun kat papa kau!"

"Zayn..."Insyirah menegurku bila Dina mula menangis teresak-esak sekali lagi.

Aku merengus kasar lantas melarikan jari-jemariku pada rambut.Tak pasal-pasal aku naik angin.Perbuatan mereka sangat melampau!Andai aku tahu dari awal,aku tidak teragak-agak membawa mereka semua naik mahkamah tinggi!Kes penculikkan kanak-kanak bukan perkara main-main di Australia!

Selepas ini,aku nak melawat Nazim dan Ben di penjara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience