BAB 6

Romance Completed 9546

ZAYN

Shit.

Pagi-pagi aku dah mencarut.Geram tahap babi punya.Klien kali ini memang cari nahas aku.Kata nak jumpa aku di kafe ini pukul 9.35 pagi namun sudah sejam lebih aku tunggu.

Aku melihat jam tangan Cartier sudah menunjukkan 11.07 pagi.Jari telunjuk asyik mengetuk meja memang menghasilkan bunyi yang agak kuat sehingga orang yang duduk di sebelah mejaku asyik memberi jelingan mautnya itu.

"Apa pandang-pandang?"kataku dalam bahasa Melayu kepada Mat Saleh berambut blond itu.Dia membuat muka pelik lantas bangun dan berlalu pergi.

Bagus dia sudah belah dari sini.Aku merengus kuat.Aku memerhati sekeliling.Mana tahu klien aku tengah cari.Aku cuba berfikiran baik.Mungkin dia ada masalah lain sehingga lewat untuk bertemu dengan aku.Atau terdampar dalam kesesakkan lalu lintas akibat kemalangan.

Fikiran aku berkecamuk sekarang ini.Aku teringatkan Diana di Sydney.Pasti dia merajuk sebab aku menangguhkan persiapan perkahwinan kami.Sebabnya kesibukan aku sebagai peguam cara dan terpaksa ke sana ke mari berjumpa klien dan juga perangai klien ni kadangkala tak bagi kerjasama penuh,macam aku ni tak ada life nak ikut segala tunjuk dia.

Kali ini,bos aku menyerahkan tugas kepadaku untuk menguruskan kes wasiat seorang ahli perniagaan terkenal Perth yang meninggal dunia minggu lepas.Separuh hartanya bakal diwarisi kedua anak perempuannya dan dibahagi sama rata.Separuh lagi kepada anak perempuannya daripada perkahwinannya dengan isteri kedua.

Aku sepatutnya berjumpa dengan Stephanie Hughes,anak sulung kepada ahli perniagaan terkenal itu.Dia mahu berbincang denganku kerana aku enggan membacakan wasiat itu di hadapan keluarga mereka semalam sebab adik tiri mereka seorang itu tak ada.

Stephanie bangun dan membangkang kerana keenggananku membacakan wasiat ayah dia.Dia merasakan adik tirinya tak penting untuk hadir untuk pembacaan wasiat itu.

Aku memberitahu dia yang nama adiknya ada dalam wasiat ayahnya.Dia langsung tak percaya.Nampak sangat dia tak suka adik tirinya seorang itu.

Kelihatan seorang perempuan memasuki kafe ini.

Itu bukan Insyirah ke?Mataku asyik melihat tingkah perempuan berambut panjang hitam pekat itu mengambil tempat tidak jauh dariku.Dia mengeluarkan telefon pintarnya dari tas tangan dan jari-jemarinya laju menekan skrin sesentuh.

Mataku sudah tidak betul agaknya tapi hatiku sangat yakin itu ialah Insyirah.Aku bangun dan menuju kearah meja perempuan berambut hitam itu.

"You buat apa kat sini?"

Perempuan itu mengangkat muka.Sah memang Insyirah.Dia agak kaget melihatku di depan mata.

"Saja-makan angin,"jawab Insyirah agak tersekat.

"Honeymoon?"tekaku namun riak wajah Insyirah terus bertukar mendung."Mana Nazim?"

"I datang seorang,"

Ini sangat pelik.Insyirah.Datang.Seorang.Diri?

Aku mengambil tempat di depannya.Insyirah nampak gelisah setelah melihat aku.

"You pulak buat apa di Perth?"

"Kerja,kena jumpa klien kat sini tapi dia tak datang-datang lagi,"aku melepaskan keluhan berat.Jam Cartier ditilik lagi.Pandai-pandailah kau hidup Stephanie!

"You free?"

"Macam mana dengan klien you?"

"Pandai-pandai dia cari I.Jom?"aku bangun dan menghulurkan tangan kepada Insyirah.Insyirah seperti teragak-agak mahu menyambut huluranku.

"Ke mana?"

"Jeti.Kita naik feri nak?"

Insyirah mengangguk.Dia menyambut huluran tanganku dan kami berjalan seiringan keluar dari kafe menuju ke jeti.

Dengan bayaran beberapa dolar Australia,kami berdua menaiki feri menyusuri Swan River.

Insyirah memegang juraian rambutnya yang terbang ditiup angin Perth.Dia memejam mata sebentar lalu mendongak melihatku kerana aku lebih tinggi daripadanya.

"Bila you nak membesar ni?Asyik pendek je,"

"Jangan macam-macam Zayn.I banyak makan bayam tahu?"

Kami sama-sama gelak.

Tiba-tiba ketawa Insyirah mati.Kedua matanya nampak redup dan sedih.Seperti ada sesuatu Insyirah sorok daripadaku.Apa yang berlaku sehingga dia merantau seorang diri ke tanah Australia ini?

Aku memegang juraian rambutnya yang semakin panjang itu.Insyirah nampak terpana dengan tindakanku.

"You look pretty when your hair down,"

Insyirah menundukkan muka,mungkin malu mendengar luahanku tadi.

"Cantik pemandangan dari sini,"Insyirah menukar topik dan memandang Swan Bell Tower dari feri kami naiki.

"Ya memang cantik,"masalahnya perempuan sebelah aku ni lagi cantiklah!

"I nak tanya sikit boleh?"

"Ermm apa dia?"

"You...gaduh dengan Nazim?"

Insyirah tersentak."Mana ada?"

"Betul?Kalau tak,tak adanya you pergi sini seorang diri.Bahayalah kalau perempuan macam you,mana tahu kena macam-macam.Ni tempat orang tahu tak?Lainlah you pergi Sydney,"bebel aku membuatkan Insyirah ketawa.

"I tahulah nak jaga diri,"Insyirah berkata dengan yakin.Rambutnya yang panjang diselak ke belakang.

"You pasti?Kalau kena kacau macam mana?"

"Orang tak berani kacau melainkan lelaki sebelah I je,"Insyirah mengutuk aku pulak?

"I pulak kena?Tak baik cakap macam tu.Sebagai netizen Aussie,I kenalah jadi tour guide you kat sini.Kata melancong bukan?"aku sengaja memancing reaksi Insyirah.

Dia membuat muka."Oh please,I don't need tour guide like you la,I rela terjun laut tahu tak?"

"Hah,terjunlah kalau berani!You tahu tak Swan River habitat jerung?Kena makan memang Innalillah!"

"Hah betul ke?!"ujar Insyirah tidak percaya.Terus lengan aku dipaut erat dengannya.

Aku apalagi bantai gelak melihat dia cuak gila.

"Cakaplah betul-betul ada jerung!"Insyirah menggoyangkan lenganku namun aku masih lagi dalam mood menggelakkan dia.

"Betul la.Takkan I buat cerita pulak?Ramai kena baham dengan jerung tahu tak?Itulah you tak tengok berita Ausi,"sindirku membuat Insyirah tarik muka lagi.

"Buat apa tengok berita Aussie.Baik saya layan berita Malaysia je!Huh!"Insyirah berkata namun kepalanya menjenguk luar feri mana tahu ada jerung lalu sebelah feri tunggu makanan ke?Hahahaha~~

×××

Kami banyak menghabiskan masa bersama hari ini sehingga lewat petang kerana Insyirah memberitahu dia sudah penat berjalan.Yalah,terbang ke Perth dari Malaysia dalam 5 jam lebih tanpa transit.Sampai Perth terus check-in hotel dan keluar sarapan.

Keesokkan paginya,aku mendapat mesej dari Insyirah.

Insyirah
-I tak dapat keluar hari ni Zayn.Sorry

What the fish?Jangan-jangan dia merajuk lagi dengan aku sebab aku kenakan dia kat feri?

+Eh,kenapa pulak?

Lambat pula Insyirah balas.Dekat sepuluh minit jugak.

Insyirah
-I demam.Tak larat nak keluar

Aduh,demam pulak.Dia ni buat alasan ke?

+Stay there.I'll come

Kali ni laju pulak dia balas.

Insyirah
-No!Im okay I can handle this

Jangan kau nak kelentong aku sudah,Insyirah.Aku tidak membalas apa-apa.Biar dia gelabah sendiri kat suite dia nanti.Yang untungnya,kami menginap hotel yang sama!Oh Tuhan,apakah semua ini?

×××

Aku memerhati Insyirah duduk menghadap tingkap beranda yang terbuka luas.Angin Perth memasuki ruang bilik dan juga menerbangkan rambut Insyirah yang panjang itu sekali-sekala.

"I dah bawa bubur untuk you,"

Insyirah senyum nipis."Thank you Zayn.Buat susah je,"

"I buat semua ni supaya you cepat sihat,"

I buat semua ni sebab risaukan you,Insyirah

"Thank you again,"

Insyirah membuka bekas dengan berhati-hati kerana bubur yang aku beli agak banyak dan masih panas.

"Bubur ayam,thanks again,"

Jangan risau Insyirah.Semua you suka I tahulah.

"Macam mana boleh demam ni?"

Insyirah menggeleng."I tak biasa lagi kut kat negara orang.Masa sampai Sydney dulu pun saya demam jugak,"

Aku mengangguk.Memang sesetengah orang antibodi dia tak kuat sampai jatuh sakit sebab tak biasa dengan suasana persekitaran contoh macam perempuan sebelah aku ini.

Aku memerhatikannya makan sampai habis.

"You bila balik...you still kerja kat Sydney ke?"

"Yup,Mokhtar Firm.I masih kerja dengan dia sebab dia orang Malaysia so rasalah kemelayuan dia sikit,"

Insyirah tergelak kecil."You tak pernah berubah,"

I tak pernah berubah Insyirah.Sampai bila-bila.

"So,bila you balik?"

"Esok,"jawabku sepatah.

"Esok?"Insyirah berkerut.

"Saya kan datang sini sebab kerja,"

"Oh ya lupa pulak,"kata Insyirah dengan wajah yang mendung.Aku sebenarnya tak sampai hati nak tinggalkan dia sendiri di sini.

"Apa kata you ikut I balik Sydney?"tiba-tiba idea aku muncul.

"Ikut you balik Sydney?Oh,can I?"tanya Insyirah dengan teruja.

Aku mengangguk.Tentu seronok Insyirah ada seminggu bersamaku selepas ini.

×××

Selepas kemas barang,kami berdua check-out hotel dan menaiki teksi menuju ke lapangan terbang.Insyirah yang mula kebah dari demam nampak teruja untuk ke Sydney.Yalah,siapa tak teruja mahu ke tempat yang banyak menyimpan memori ketika zaman belajar dulu.

Kami menaiki flight ke Sydney dalam pukul 10 pagi.Waktu itu,suasana sangat cerah macam dah tengah hari.Panasnya masih biasa-biasa tak sepanas cuaca di Malaysia.Sekarang ini,Australia mengalami musim panas.Musim panas di negara empat musim dikira musim cuti sekolah.Ramailah budak-budak berjimba sana-sini.

Macam kau tak pernah buat dulu.

Dua jam kemudian,kami selamat mendarat di Sydney International Airport.Kami menaiki teksi untuk pulang ke apartment aku dulu sebelum bersiar-siar sekitar Sydney.Insyirah bersetuju dengan cadanganku sejak menaiki flight ke sini tadi.

"Why we got stuck?"tanyaku kepada pemandu teksi.

"Today was LGBT's festival,mister"jawab pemandu teksi itu sambil menghisap rokok.Teruk betuk perangai.Hisap rokok dalam teksi yang ada penumpang macam kami?Sudahlah jalan sesak dan panas.Dia pulak menambah panas aku dalam ni.

Lama jugaklah nak sampai apartment aku nanti.Lagipun kesesakkan hari ini agak luar biasa.

"Apa kata kita join LGBT ni?"cadangku tiba-tiba.

"What?Are you insane Zayn?I dah lama tak pergi festival ni,"Insyirah menggeleng tidak mahu.Dia tak biasalah ke festival macam ni.Sejak zaman universiti lagi aku join kawan-kawan aku pergi festival songsang ni.Bukan bermaksud aku gay tapi aku dulu memang suka mengusyar awek-awek seksi berhati lesbian.Mana tahu berubah hati nakkan aku dan menjadi normal tapi tak pernah menjadi.Haish~~~

"Don't worry okay?I temankan you,"aku memberi jaminan namun Insyirah macam tidak percaya.

Setelah membayar tambang,kami keluar dari teksi dan mengambil bagasi kami keluar dari bonet.Kami memasuki festival itu diadakan.Aku memegang tangannya.Aku perasan Insyirah mahu berkata sesuatu namun aku segera menarik tangannya dan kami melalui antara ramai orang.

Pesta LGBT memang menjadi tradisi penduduk Australia.Festival ini diadakan pada musim panas dari minggu kedua Februari sehingga minggu pertama Mac.

"Nak gula-gula kapas?"aku perasan Insyirah memandang gerai menjual gula-gula kapas berwarna biru.

Insyirah mengangguk.Kami membeli dua batang gula-gula kapas.Dia nampak teruja bila dapat makan apatah lagi mendapatnya dengan percuma apabila aku menawarkan diri untuk belanja.Cis!

"Are you gay?"tiba-tiba Insyirah mengajukan soalan paling mengarut dalam sejarah hidup aku.What the heck is going on here?

"No,"jawabku sepatah.

"No?"tanya Insyirah dengan tersengih.

"Yes,no and I'm not!"jawabku geram.Mintak simpanglah aku nak jadi gay.Aku nak tekankan di sini yang aku lelaki normal dan aku sukakan perempuan.Kalau tak,aku mungkin dah couple dengan kawan baik aku sendiri iaitu Benjamin Lee.Maafkan aku Ben kerana menggunakan nama kau.

Insyirah ketawa kecil."Just kidding okay?Yang you ambil serius kenapa?"

Aku mencemik.

"Sedap?"aku menukar topik.

"Manis,"Insyirah mengomen gula-gula kapas pink yang dimakannya.

"Perarakan nak mula!"aku berkata lantas menarik tangan Insyirah lagi lalu menyelit antara pengunjung LGBT untuk melihat perarakan festival itu.

"Ermm kacak jugak diaorang tu tapi malangnya gay,"komen Insyirah sambil membuka spek mata hitamnya.

Macam-macam orang dalam pelbagai kostum kami tonton.Dan kesemua kostum mereka berwarna-warni.Aku ada terbaca kat laman web Mardi Gras yang tema tahun ini warna pelangi.

Mardi Gras ialah persatuan yang menguruskan festival sonsang ini sehingga mendapat mengiktirafan antarabangsa.Pada mulanya,festival ini memang dikecam hebat oleh semua orang terutama penduduk Australia.Festival haram yang menghalalkan hubungan sejenis antara lelaki dan lelaki serta perempuan dan perempuan.Sekarang,festival ini menjadi tarikan di Australia kerana menerima kunjungan dari seluruh penduduk Australia mahupun luar negara.Dianggarkan festival ini menerima 70,000 juta pengunjung dari seluruh dunia pada tahun lepas!

"Sampai pun Bondi,"ujarku setelah kami berpakat ke Bondi Beach selepas perarakan berlangsung.

"Penatnya!"Insyirah berkata dengan mengah.Dia mengambil tempat di bangku berdekatan kami berdiri.Mana tak penatnya,kami berjalan ke sini sebab nak cari teksi memang susah!Apatah lagi menarik bagasi ke hulur-hilir macam lari dari rumah!

"You sukalah ramai minah rambut jagung seksi."kata Insyirah tiba-tiba apabila sekumpulan awek blonde memakai set underwear yang mampu mengoncangkan iman mana-mana lelaki.

Aku tersengih.Sambil menyelam minum air,bukan?

"Nak makan ais krim?"aku menukar topik.Nanti melarat kalau Insyirah ni mengusik perangai lama aku yang satu ini.

Insyirah mengangguk.Kami membeli ais krim daripada gerai ais krim tidak jauh daripda tempat kami duduk tadi.Ramai pula budak-budak membeli pada hari ini.Terpaksa beralah jugak kerana Insyirah menyuruh mereka membeli dulu.

Sampai giliran kami,aku memilih mint manakala Insyirah memilih honey dew.Perisa kegemaran kami berdua.

Kami berjalan perlahan kearah pantai sambil menikmati ais krim tadi.Kelihatan ramai pengunjung memenuhi sekitar persisiran pantai untuk berkelah.Dan ramai jugak awek-awek blonde dan brunette hanya memakai pakaian dalam warna-warni.

"Sedap jugak ais krim ni,"komen Insyirah namun samar-samar pada pendengaran.

Aku mengangguk sambil senyum meleret.Ada minah blonde dengan set underwear merah melemparkan senyuman menggoda padaku.

"Zayn!Dengar tak I cakap ni?"

"Err ya?"

"You pandang siapa?"

"Mana ada sesiapa,"aku cuba menyembunyikan pandangan namun kedengaran seseorang tergelak dari jauh.Aku mencuri pandang minah blonde tadi gelakkan aku.

"You gatal ya pandang dia,"

"Mana ada!"

"Habis tu dari tadi dia pandang kita je,"Insyirah berkata dan menyambung lagi,"Oh my,her boobs so damn hot!"

Aku mengangkat muka mencari perempuan dimaksudkan oleh Insyirah namun paha aku ditepuk kuat.

"Hah,baru cakap sikit dah gelabah mencari mana satu!"Insyirah mengenakan aku rupanya.Dia gelakkan aku dengan berdekah-dekah.

"Teringat kenangan dulu,"aku menukar topik.

Insyirah masih ketawa."Ingat you kena kejar dengan boyfriend awek yang you cuba tackle dulu,"

"I kalah dalam bet,"jawabku dengan mimik muka yang mungkin nampak hodoh di mata Insyirah.

"Truth or Dare!"sambung Insyirah dan masih ketawa lagi.

Dari Perth ke Sydney.Hanya kami berdua.

×××

"Welcome,"aku berkata apabila kami tiba didepan pintu apartment aku.

Welcome home Insyirah.

Itu yang aku mampu ungkap dalam hati.Aku jeling Insyirah yang nampak kepenatan.Rambutnya sudah diikat satu dengan getah rambut merah.

Aku segera memasukkan kata kunci pada pad kekunci di pintu dan kedengaran kunci dibuka.Kami memasuki apartment dan Insyirah terus mengambil tempat di sofa ruang tamu.Bagasi dibiarkan di pintu.

"Hey,beg you?"

Insyirah yang menyandar pada sofa sambil menutup mata memberi isyarat nanti menggunakan tangannya.Aku mengangkat bahu dan menutup pintu.Aku meletakkan bagasi aku di dalam bilik dan mengeluarkan telefon pintarku dari poket seluar.

Sudah pukul 8 malam.Aku meletakkan telefon pintar di meja solek dan keluar semula mencari Insyirah.

Aku lihat Insyirah sedang menyentuh frame gambar mummy di atas rak kayu mahogany.

"Mummy,"aku dengar dia berkata sendiri.Dia menyentuh gambar mummy dan mengucupnya lembut.Aku tahu Insyirah merindui mummy.Mereka agak rapat dulu.Insyirah selalu melawat dia di Melbourne.

"You boleh tinggal sini sementara tunggu flight balik Malaysia,"kataku tiba-tiba membuatkan dia terkejut dan terus meletakkan frame gambar mummy di rak mahogany semula.

Insyirah pandang aku,lama sebelum melepaskan keluhan panjang.

"I stay kat hotel sajalah,you mesti awkward bukan?"Insyirah memandang tepat mataku.

Aku senyum sinis.

"Atau you yang awkward sebenarnya?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience