BAB 15

Romance Completed 9546

Seperti yang dijanjikan,Insyirah pulang ke Malaysia untuk menghadiri perkahwinan sepupunya.Kali ini,dia membawa Dina sekali.Insyirah tidak mahu mengambil risiko membiarkan Dina seorang diri di Sydney.Mana tahu kembali ke Sydney semula sudah bertemu jasad tidak bernyawa.Tidak pasal-pasal Insyirah disoal siasat macam-macam tidak ubah seperti suspek.

Mereka pulang ke rumah keluarga Insyirah di Seremban dengan menaiki teksi.Cuaca pada hari itu agak sedikit mendung dan berangin.Ada juga menandakan mahu hujan.Mereka sampai di destinasi tepat pukul 12 tengah hari.

"Besar juga rumah kau,"kata Dina kagum selepas mengeluarkan bagasi dari bonet.

Insyirah senyum lalu memegang bahu Dina."Harap kau selesa nanti,"

Insyirah masuk ke dalam diikuti Dina dari belakang.

"Assalamualaikum!Assalamualaikum!Ada orang tak?"Insyirah mengetuk pintu sambil mengucap salam beberapa kali.

"Walaikumussalam.Sabar,sabar!Orang nak buka ni!"jawab seseorang lalu membuka pintu."Anak umi dah balik?"

Insyirah memeluk uminya erat.Dia merasakan tenang apabila dapat bertentangan dengan Umi.Tidak lama selepas itu,Umi merungkaikan pelukan.

"Sihat?"

"Sihatlah umi.Kalau tak Syii takkan balik tahu?"

"Yalah,umi tahu tu.Eh,ni ke Dina?"

Insyirah mengangguk kecil lalu mengisyaratkan Dina supaya menyalami tangan Umi.

"Assalamualaikum auntie,"

"Walaikumussalam.Lawanya,lagi lawa dari gambar yang selalu Syii kirim,"

Dina senyum malu-malu mendengar pujian dari Umi.

"Buat apa tunggu kat luar?Mari masuk!Hah Syii,tunjukkan Dina bilik tetamu kita.Selepas tu,turun makan ya?"

"Yakah?Tak sabarnya nak makan masakan umi.Dah lama,"luah Insyirah sambil membayangkan apa yang dimasak Umi tengah hari ini.

"Masak lemak tempoyak kegemaran kamulah.Dah-dah pergi naik atas sana.Kesian Umi tengok Dina ni macam penat sangat,"

"Ni bilik kau,"

"Wow~~"Dina kagum melihat isi bilik tetamu yang diberikan."Lawa sangat!Terima kasih!Kalah bilik aku!"

"Biasa je ni-"

"Biasa kebenda.Bagi aku,ni sudah cukup baguslah.Aku rasa sangat terharu sebab bagi bilik macam ini,"Dina memerhati sekeliling dan duduk diatas katil queen.Bilik tetamu yang ringkas tapi sangat menarik.

"Dah-dah,aku tak nak dengar apa-apa daripada kau.Aku nak masuk bilik aku,"

Dina hanya senyum.

Disingkatkan cerita,mereka berdua turun ke bawah.Kelihatan Umi sedang menyediakan pinggan dan gelas diatas meja makan.Air oren diruang ke dalam gelas yang disediakan.

"Jemput duduk!"ajak Umi lalu Insyirah dan Dina menarik kerusi dan duduk bersebelahan.Umi mahu menuangkan nasi ke dalam pinggan Dina namun ditolak baik oleh Dina.

"Tak apa Auntie.Saya boleh tuang sendiri,"Dina kelihatan serba-salah kerana berfikir menyusahkan Umi pula.

"Ala,kan Dina tetamu,Auntie.Mestilah Auntie kena layan tetamu baik.Kan tetamu hadir bawa rezeki bukan?"Umi tetap menuangkan nasi ke dalam pinggan Dina.Dia mahu mencedok lauk yang lain pula.

"Auntie ni buat susah-susah pulak,"Dina mahu menahan tindakan Umi seterusnya namun Umi mengelak.

"Hah,duduk diam-diam!Biar Auntie buat!"Umi masih berkeras mahu melayan Dina.

"Dahlah Dina.Umi aku macam ni,"Insyirah memegang bahu Dina dan sempat mengenyitkan sebelah mata.

Dina membalasnya dengam senyum yang dibuat-buat.

Tidak lama selepas itu,kelihatan seorang lelaki agak berusia menghampiri meja makan.Dia menarik kerusi di tengah meja makan itu dan menyedari kehadiran Dina dan Insyirah di situ.

"Syii?Dah balik?"tanyanya bersahaja.

"Abah ni macam tak suka je Syii balik?"Insyirah bangun dari kerusi dan mendekati abahnya.Dia menyalami tangan Abah dan kembali ke tempatnya semula.

"Mana ada tak suka.Lagipun Syii selalu balik jadi teruja tu tak sangatlah,"balas Abah selamba sambil membasuh tangannya di dalam mangkuk yang disediakan Umi di situ.

Insyirah mencemik mendengar jawapan Abah manakala Dina menahan sengihannya.

"Dah-dah,kita makan sekarang.Baca doa!"Umi menyampuk lalu Abah mengetuai bacaan doa makan tengah hari itu.

"Orang mana?"tanya Umi sambil mereka makan.

"KL je Auntie,"jawab Dina sedikit lambat kerana masih mengunyah nasi di dalam mulut.

"Tak balik KL sana ke?"

Insyirah menyedari wajah Dina berubah mendengar pertanyaan uminya lantas menyampuk.

"Syii saja ajak Dina datang kenduri kahwin Farah.Biar kenal-kenal sikit. "

Dina mengerling Insyirah dan senyum sedikit.

"La,kenapa tak cakap awal-awal.Ni dah bagitahu parents ke Dina tinggal dengan kami?"Umi bertanya soalan yang membuat Dina sedikit tidak selesa.

"Mestilah dah bukan?"sampuk Insyirah lagi namun dia rasa bersalah pula terhadap Dina kerana uminya tanya macam-macam.

Dina mengangguk terpaksa.Insyirah melirik kearah Abah yang khusyuk makan.

"Su,dahlah tu.Biar dia makan dulu.Kamu ni tak sempat-menyempat nak tanya dia macam-macam!"tegur Abah meleraikan ketegangan di meja makan.Insyirah lega kerana Abah sempat menangkap lirikannya.

"Tanya je pun,"Umi nampak sikit terasa dengan teguran Abah dan kembali makan.

Selepas makan dan tolong berkemas,Dina masuk ke dalam biliknya dan berbaring.Dia kekenyangan setelah makan tengah hari tadi.Matanya merenung kearah ceiling biliknya namun fikirannya melayang entah ke mana.

"Hah,fikirkan apa tu?"tegur Insyirah yang tiba-tiba berdiri diambang pintu biliknya yang terbuka luas.

Dina bangun lalu melemparkan senyuman nipis."Tak ada apa-apapun,"

Insyirah menutup pintu bilik lalu menghampiri Dina dan duduk disebelahnya."Kau okey ke?Maaflah,umi aku tu tanya kau macam-macam,"

"It's okay,Syii.Don't need to apologise.Aku faham Umi kau tanya macam-macam.Dia cuma ambil berat,semua orang akan buat benda yang sama,"Dina memegang bahu Insyirah dan cuba menyakinkan kawannya itu.

"Kau-tak nak balik KL ke?"tanya Insyirah lambat-lambat.Dia takut Dina terasa dengan pertanyaannya.

Dina terkelu dan kemudian menghembuskan nafas seolah kesal.

"Entahlah,aku cuma nak lupakan masalah famili aku ni walaupun sekejap,"Dina berhenti berkata-kata membuat Insyirah tertanya-tanya apa yang berlaku pada Dina dan keluarganya.

"Aku-entahlah.Aku tak patut buat macam tu bukan?"Dina tergelak kecil lalu mengusap rambut blonde dia kebelakang."Aku tahu aku perempuan liar tapi aku masih ada mak ayah,"

Insyirah diam kerana menyedari Dina mahu meluahkan perasaan.Dia hanya mahu menjadi pendengar.

"Aku benci Step,"jawab Dina bersahaja.

"Step?"Insyirah keliru mendengar nama itu.

"Kakak tiri aku,"Dina mengambil getah rambut yang berada di atas meja solek lalu mengikat rambutnya yang panjang.

"K-kau ada kakak tiri?"Insyirah terkejut mendengar informasi terbaharu tentang ahli keluarga Dina.

"Yup,terkejut bukan?Selain itu,aku juga ada mak tiri dengan satu lagi kakak tiri.Kembar Step,"Dina kembali duduk di sebelah Insyirah.

Insyirah merenung dalam kedua mata Dina untuk memastikan Dina tidak menipunya.Lagipun,Dina kadangkala suka menyakatnya.Namun,Dina langsung tidak menunjukkan reaksi mahu gelak atau seumpama dengannya yang menunjukkan dia menipu.Nampaknya,Dina serius tentang ini.

"Jadi papa kau-kahwin dua?"

Dina mengangguk perlahan seolah payah mahu mengaku.

×××

Keesokkan paginya.

Mereka bersiap untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu Insyirah yang bernama Farah di Rembau.

"Lawanya Dina pakai baju kurung,"puji Umi apabila menyedari Dina dan Insyirah sudah turun ke bawah.

"Err terima kasih Auntie,"jawab Dina tersipu malu.Dia senyum-senyum memandang mereka bertiga silih ganti.

"Bang,jangan pandang lama sangat!"tegur Umi tiba-tiba kerana perasan Abah pandang Dina tidak berkelip.

Dina dan Insyirah serentak ketawa.Abah tersengih-sengih manakala Umi mencerlung tajam padanya.

Mereka ke sana menaiki kereta yang dipandu oleh Abah.Dina asyik melihat ke luar tingkap kerana sudah lama tidak pulang ke Malaysia.

Pada pukul 11.37 pagi mereka berempat sampai di rumah sepupu Insyirah.Kelihatan ramai orang hadir ke majlis perkahwinan sepupunya itu.Menurut sepupunya,mereka bersanding dalam pukul 12.30 tengah hari.

Abah dan Umi bersalaman dengan saudara-mara mereka manakala Insyirah menarik tangan Dina menaiki tingkat atas rumah banglo sepupunya itu.

Sampai mereka berdua di salah satu pintu,Insyirah mengetuk beberapa kali.

"Siapa tu?"tanya orang dari dalam.

"Mak andam!"jawab Insyirah dengan suara yang dibuat-buat.

"Jangan nak tipu ya!Saya dah bersiap!"jawab orang dari dalam dengan tidak percaya.

"Bukalah!Aku ni!"Insyirah malas mahu berkias-kias.Pintu segera dibuka setelah Insyirah habis cakap.Seorang perempuan yang cantik dihias muncul dibalik pintu.Mungkin inilah pengantin perempuan/sepupu Insyirah/Farah.

"Syii!!!Oh my God!Dah lama tak nampak kau!Rindu gila!"Farah segera menarik Insyirah ke dalam dan memeluknya erat.

Insyirah juga membalas pelukannya seolah mereka sudah lama tidak bertemu.

"Aku tak sangka kau kahwin akhirnya!"kata Insyirah dengan nada mengusik.

"Kau ingat aku ni andartu ke sampai tua?"balasnya dengan bercekak pinggang.

Insyirah ketawa."Tak adalah.Siapalah lelaki malang dapat kau ni?Garangnya ya ampun!"

"Eeeee kau ni dari dulu tak pernah berubah.Nak menyakat orang je tahunya!"

"Aduh!Aduh!Sakit!Jangan kuat sangat cubitnya!Kalau dengan aku kau macam ni apatah lagi laki kau nanti!"

Farah mencubit pinggang Insyirah kuat-kuat kerana terlampau geram dengan kata-kata Insyirah tadi.

"Eh,dah-dahlah tu habis anak orang kau kerjakan!"seorang perempuan lain meleraikan pertelingkahan mereka berdua.

"Kau pun sama dengan Syii!Kuat menganjing!Pastu mulut tu memang nak kena jahit!Ada je benda nak dicakapkan!"ujarnya dengan muka tidak puas hati.Mereka berdua ketawa mendengar omelan pengantin perempuan itu.

Farah menyedari Dina yang terkebil-kebil dibelakang Insyirah.

"Siapa tu Syii?"tanya Farah dengan wajah yang nampak teruja sedikit.

Insyirah menoleh ke belakang,kearah Dina lalu menarik Dina berdiri disebelahnya.

"Kawan aku Dina.Medina Adzlynn Hughes.Dia juga housemate aku kat Sydney.Saja bawa dia datang sini,tak salahkan?"

"Apa salahnya!Hello Dina!I'm Farah,Insyirah's cousin!"Farah memperkenalkan diri lalu dia bersalaman dengan Dina.

"I'm also Insyirah's cousin.You can call me Warda,"perempuan yang meleraikan pertelingkahan tadi juga sibuk-sibuk mahu memperkenalkan diri.

"Can we have a selfie?"Farah bertanya lalu mengambil telefon pintarnya diatas meja solek lalu menarik Dina berdiri disebelahnya.Warda juga ikut serta namun berdiri disebelah Dina yang satu lagi.

"Hoi-hoi jumpa Dina terus lupa aku!"sampuk Insyirah apabila mereka asyik menangkap gambar selfie bersama.

"Kejaplah,bukan senang nak tangkap gambar dengan omputih ni,"Farah berkata lalu mengambil lagi gambar mereka bertiga.Kejap-kejap mencemikkan muka.Selepas itu,memuncungkan bibirnya yang merah itu.

Insyirah mencemik."Dia bukan omputih.Dia ada mix blood.Ayah dia omputih tapi mak dia orang melayu,"

"Tak apa janji muka macam omputih,"jawab Farah selamba dan kembali beraksi."Lagipun dia cantik sangat,"

Dina tersengih-sengih mendengar kata-kata Farah lalu melemparkan senyuman bangga kepada Insyirah.

"Eh,tolong jaga mulut tu sikit.Dia faham bahasa melayu,"Insyirah menjulingkan matanya keatas.

"Oh ye ke?Dina,can you understand what we all saying?"Warda bertanya setelah lama berdiam diri.

"Yalah,lagipun I membesar di Malaysia,"kata Dina selamba membuatkan semua sepupu Insyirah melopong mendengarnya.

"Tinggal kat mana?"

"Sejak bila kawan dengan Syii?"

"Syii ni nakal tak kat Sydney?"

"Syii dah ada boyfriend ke?Kat Insta tu siapa?"

Bertubi-tubi soalan dilemparkan kepada Dina membuatkan dia terkebil-kebil tidak tahu mahu jawab yang mana satu dulu.

"Eh dah-dahlah tu.Kesian kawan aku,"Insyirah cuba menenangkan keadaan.

"Err,I tinggal kat KL dengan mama I,"

"I dah kawan dengan dia sejak first year lagi di Sydney,"

"Oh,nakal juga!"

"Boyfriend?Ermmm?"Dina mengerling Insyirah lalu senyum-senyum mahu menjawab pertanyaan itu.Soalan itu dibiarkan tergantung kerana Insyirah mula memasamkan mukanya.

×××

Majlis persandingan berlangsung dengan meriah sekali.Insyirah berasa gembira melihat sepupunya telahpun berkahwin dengan lelaki pilihannya dan mereka sangat sepadan dan nampak bahagia.

Dia merasakan bahunya dicuit seseorang dari belakang lalu dia menoleh pantas.

"Kau buat apa kat sini?"tanya Insyirah terkejut apabila menyedari yang mencuit bahunya tadi ialah Nazim.

"Buat apa?Ni wedding cousin akulah!"Nazim tersengih-sengih mendengar pertanyaan Insyirah.

"Ni juga wedding cousin aku!"balas Insyirah tidak mahu kalah.

"What?Really?"Nazim pula nampak teruja."Si Shafiq tu cousin aku belah mak.Aku tak sangka Farah tu cousin kau.Macam tak percaya,"

"Kau ingat muka aku main-main ke?"Insyirah mencemikkan mukanya.

Nazim gelak-gelak melihat perubahan wajah Insyirah.

"Sepupu dah berjodoh.Eh kita pula bila lagi?"usik Nazim lalu ketawa melihat pipi Insyirah mula memerah.

"Diamlah!Main jauh-jauh sana!Kau tak sah kalau tak mengusik aku!"Insyirah meninggalkan Nazim yang masih ketawa dan menghampiri Dina yang sedang makan bersama abah dan uminya.Dia mengambil tempat di sebelah Dina.

"Kau dari mana Syii?"Dina bertanya setelah habis makan.

"Kau mesti tak percaya!Aku jumpa Nazim tadi!"ujar Insyirah agak terjerit sedikit.

"Eh,apasal dia kat sini pula?Dia bukan orang Klang ke?"Dina mengerutkan muka seolah tidak percaya dengan apa yang dia dengar tadi.

"Suami Farah tu cousin Nazim!Aku baru tahu sebab Nazim bagitahu aku tadi!"

"Oh ya?"jawab Dina tidak mengambil kisah lalu meneguk airnya sehingga habis.

Insyirah mencebik geram kerana reaksi Dina seolah tidak kisah pun.Dia mahu bangun namun menyedari seorang wanita mahu makan semeja dengan mereka memandangkan meja lain telah penuh dengan tetamu lain yang hadir lebih awal.

"Ada orang tak?"tanya wanita itu dengan sopan.

Umi mengangkat muka dan reaksi wajahnya berubah apabila melihat wanita itu.

"Eh Marissa!"

"Su!Ya Allah,lamanya tak jumpa!"

Umi terus basuh tangan sebab makan dengan menggunakan tangan tadi dan bersalaman dengan wanita yang bernama Marissa itu.Mereka sempat melaga-lagakan pipi alah biasalah kalau perempuan jumpa kawan-kawan lama.

"Lawa ya kau sekarang?Awet muda ke?"usik Umi lalu wanita yang bernama Marissa itu ketawa kecil.

"Mana ada.Biasa je.Eh Imran!Sihat?"

"Alhamdulillah,sihat-sihat!Kau dengan suami macam mana sekarang?"Abah menjawab dengan bersahaja.

"Alhamdulillah sihat jugak!"

Sebenarnya saya malas mahu mengulas lanjut kalau orang tua bila berjumpa kawan-kawan lama mereka.Mukadimah mereka lama sangat.

"Eh dah besar anak kau!Ni ke Natasha?"Marissa merujuk kepada Dina lalu Dina mengerutkan muka dan sempat menjeling si Insyirah.

"Eh bukanlah-"Dina mahu menjawab namun Insyirah segera memintas.

"Ni kawan saya,Dina.Natasha,dia dah-"

"Natasha dah lama pergi,"sampuk Abah perlahan.

"Ya Allah,Innalillah.Bila dia pergi?"Marissa terkejut mendengarnya dan memandang Umi dan Abah silih ganti.

"Dah lama,sejak kita baru habis reunion sepuluh tahun yang lepas,"

Dan Abah dengan separuh rela menceritakan apa yang berlaku pada Natasha.

"Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,"ucap Marissa perlahan lalu menyampaikan takziahnya."Aku tak ada masa tu.Aku dengan anak-anak pindah ke NZ.Tahun ni baru balik Malaysia,"

"Kau datang berdua je ke?"

"Eh tak-"

"Mak!Sini rupanya!Puas orang cari tadi!"seorang lelaki muncul antara mereka berenam di meja tersebut.

"Hah Imran,Su.Perkenalkan anak aku,Nazim,"Marissa dengan bangganya perkenalkan anak lelakinya kepada mereka semua.

Insyirah dan Dina terkejut melihat Nazim dihadapan mereka berdua.Nazim pula seolah mendabik dada apabila diperkenalkan oleh Marissa.

"Dah besar rupanya calon menantu kita,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience