BAB 27

Romance Completed 9546

INSYIRAH

Tujuh tahun kemudian.

Kini.

"Insyirah..."

Kami masih berbalas ciuman.Aku mengakui Zayn masih lagi menggoda seperti dulu.Bibirnya itu sentiasa menarik perhatianku.Kedua tanganku mula dilarikan pada rambutnya yang beralun.

"No,"Zayn memutuskan tautan bibir kami dan menjarakkan diri.Dia bangun dari katil dan meraup wajahnya.

Aku bingung."Why?"

"This is not right,"

Aku angkat kening."But you like it,"

"You-ini salah!You tak sedar ke?"Zayn mengeluh kasar.Tiba-tiba,kedengaran telefon pintarnya berbunyi kuat.

"Erika?"

Reaksi wajahku berubah apabila dia mengucapkan nama Erika.

"What?"

"Okay-okay,calm down!So where is Rosa now?"Zayn nampak gelisah,dia berjalan ke hulur-ke hilir seperti hilang anak.

Aku bingung.Siapa Rosa pula?

Zayn menamatkan panggilan dan memasukkan telefon pintar ke dalam poket seluar jeans.Dia mahu keluar namun aku segera memanggilnya.

"You nak ke mana?"

"Hospital,"jawab Zayn sepatah dan berlalu pergi."You just stay here,"

Aku sekadar angguk mendengar pesanannya.Kedengaran pintu ditutup.

Aku baring semula dan memeluk bantal.Perasaanku bercampur-baur sekarang ini.Entah kenapa aku jadi hilang kawalan tadi.Aku cium Zayn tanpa berfikir apa-apa.

Dalam masa yang sama,aku memikirkan dengan siapa Zayn bertunang.Erika?Diana Erika Hughes ke?

Aku tekad mahu tunggunya pulang.

Dalam pukul 11.35 malam,Zayn tiba di rumah.Aku ketika itu duduk di sofa,setia menunggu dari tadi.

"You tak tidur lagi?"

"I can't sleep,"jawabku bersahaja lalu bangun mendekati dirinya."I just want to ask you something,"

"Name it,"

"Who is Rosa?"

Tiba-tiba aku teringatkan malam itu dimana aku bergaduh besar dengan Zayn.Semuanya disebabkan hadiah yang mahu diberikan kepada Erika/Diana.Entah kenapa bagaikan deja vu saat ini.

Zayn senyum,nampak sinis sekali.Dia duduk diatas sofa dan merengangkan jari-jemarinya,"Rosa;my precious angel,"

Aku mendengus geram.Hatiku rasa panas pula kerana title itu pernah digelarkan kepadaku sebelum ini,"But it was me!"

"Before you left,"jawab Zayn selamba membuatkan aku tergamam seketika.Zayn melarikan jari-jemari pada rambutnya dan melepaskan rengusan kasar.

"I just want to know who the hell is Rosa?"aku tak berputus asa,mendesak Zayn sekali lagi.

"Did I just told you?"Zayn berdecit lantas mencapai sampul surat yang berada diatas meja.

"Zayn!"aku menjerit namanya kerana bengang dengan balasan Zayn tadi.

"Fine!She's my daughter!"jawab Zayn dengan nada tinggi membuatku tergamam sekali lagi.

Anak-perempuan Zayn?

Zayn senyum sinis."Terkejut?"

"With Diana isn it?"

Zayn tidak menjawab.Dia bersandar pada sofa ruang tamunya lalu mengoyakkan satu sampul surat yang diambil tadi.

"Hey,I'm talking to you!"aku membentak dirinya agar terus menjawab persoalanku tadi.

"I penatlah,"Zayn beri alasan sambil meraup wajahnya dengan sebelah tangan.

"Zayn!"

?

Zayn mencampakkan surat tadi lalu merenung tajam kepadaku."So what?What do you want expect from me, Syii?Yes,Rosa is my daughter,my bloody daughter!Her mother is Diana Erika Hughes!Is that what you want hear?"

Aku merengus kasar mendengar penjelasan Zayn tadi.Aku rasa bengang mendengar hakikat yang Zayn sudah anak dengan perempuan lain.Aku meninggalkan Zayn di ruang tamu dan masuk semula ke dalam bilik.Zip bagasi aku buka dan masukkan semua pakaianku ke dalamnya.Aku nak balik!Tak kuasa aku nak tinggal sini lama-lama!

Aku menghempaskan pintu dan menarik bagasiku.Sebaik sahaja tanganku mahu mencapai tombol pintu utama,aku merasakan tanganku ditarik dari belakang.

"You nak pergi mana?"

"I nak balik!"

"You tahu dah pukul berapa sekarang?"

"I don't care!"aku meronta mahu melepaskan cengkamannya pada tanganku.Zayn menguatkan lagi cengkamannya membuatkan aku berasa sakit."Please,lepaskan I..."

Zayn melonggarkan cengkamannya namun dia masih belum mahu melepaskan aku."Are you jealous?"

"What should I care?"

"You hadn't answer my question yet,"

"No..."

"Really?"suara Zayn mula mengendur.Dia memandang tepat kedua mataku."Did you really mean it?"

"Yes,"jawabku tegas namun entah kenapa aku tidak yakin dengan jawapanku.Aku mengalihkan pandanganku.Aku tidak kuat.Aku tidak mampu terima hakikat itu.Hakikat yang sudah lima tahun berlalu.

Zayn melepaskan keluhan perlahan lalu mengusap pipiku lembut."I ingat kita sudah tiada apa-apa,"

Kata-kata Zayn sungguh mendalam.

"I should leave now,"

"Wait Insyirah,"Zayn masih enggan melepaskan aku pergi."Stay,just stay here for tonight."

Kata-kata Zayn penuh dengan pengharapan agar aku tak meneruskan niatku untuk pergi.Sydney bukanlah tempat yang boleh sesuka hati keluar malam-malam buta sebegini.

Aku akur lantas kembali masuk ke dalam bilik tadi.Pintu ditutup lantas menerpa kearah katil dan menyebamkan mukaku pada bantal.

Aku memeluk bantal dengan erat serentak dengan air mataku mengalir keluar membasahi pipi.Aku tak tahu kenapa aku menangis namun aku merasakan kekecewaan lama datang kembali.Kecewa kerana cinta aku dikhianati oleh lelaki yang aku sayangi sepenuh hatiku.Juga kecewa kerana aku tak meninggalkan apa-apa ketika aku berkahwin dengan Zayn dulu.

Aku memejamkan kedua mataku rapat,cuba melenyapkan segala kekusutan yang melanda.Aku sebenarnya benci dengan diriku sendiri,cukup lemah dan mudah percaya dengan kata-kata orang lain.Hatiku terlalu lembut mungkin,semudah itu orang menggunakan diriku.

Tanpa aku sedar,aku terlelap sendiri sehingga pagi menjelma.

×××

Keesokkan pagi.

Usai bersiap,aku keluar dari bilik dan mencari Zayn.Aku dapati dia berada di dapur,membuat sarapan pagi.Dia agak leka tanpa menyedari aku berdiri di sini sambil memerhatikan dirinya.

Aku mengakui aku suka tengok belakang badan Zayn.

?

"Syii?"

Ops,aku lupa dia hanya berseluar sahaja.Entah kenapa aku berasa panas disitu.Padahal bukannya aku tak pernah lihat Zayn lebih-

Backspace-backspace,aku sebenarnya malu!

Zayn nampak selamba sahaja walaupun aku merasakan kedua pipiku naik merah.Dia menyerahkan satu mug bergambar mickey mouse kepadaku.

"Ermm sedapnya bau,"pujiku lalu menghirupnya dengan berhati-berhati.Aroma teh yang biasa aku minum di Malaysia memasuki rongga hidung.Mungkin Zayn membelinya ketika dia pulang ke kampung.

"I tak ada sarapan,adapun roti sahaja.Are you okay with that?"

Aku mengangguk perlahan."I don't care,as long as it is food,"

"Good,"Zayn senyum lalu meletakkan mugnya diatas meja."Actually,I really sorry about what happened last night.I tak ada niat nak sakitkan hati you.Mood I tak berapa nak baik beberapa hari ni,"

"Oh,it's okay.Salah I juga tanya you macam-macam,"aku sebenarnya rasa serba salah,yalah aku bukan isterinya lagi.Aku tiada hak nak tanya yang berkenaan dengan privasinya.

"Okay ke duduk sini atau you nak cari mana-mana hotel?"

Okay dia cakap?Habis tu semalam bukan kami hampir terlanjur ke?Kalau tiba-tiba tunangnya datang ke sini,mahu aku dikerjakan.

"Nope,I nak cari bilik hotel berdekatan sini.Boleh you tolong I?"

Zayn mengangguk.Dia meminta diri mahu bersiap,katanya mahu berjumpa klien selepas ini.Aku pula mengemas barang-barangku sebelum keluar dari sini.

Ketika meletakkan bagasi di ruang tamu,aku terpandangkan bahagian beranda apartment.Terbayang aku suka berada disitu sambil menyiram pokok bunga matahari.Perlahan aku menolak daun pintu beranda,melihat apa yang ada disitu selepas lima tahun.

Tiada apa-apa melainkan satu bunga matahari yang sudah besar dengan baik sekali.Aku terkaku seketika.

Bunga matahari itu.

Bertarikh January 12,2012.

Aku bengang.Terus aku capai gunting dan memotong semua bunga matahari di situ dari tarikh bunga matahari Zayn menghadiahkan bijinya padaku sehingga ke satu bunga yang baru sahaja mekar.

Aku tergamam melihat bunga matahari itu.Tarikhnya aku perhati lama.Perlahan aku menyentuh bunga itu dan mengucup baunya.

"Mummy takkan potong kamu,"bisikku dengan nada sebak.

Aku tinggalkan bunga matahari itu sahaja yang hidup.Dia baru sahaja mekar.Baru mahu mengenal dunia yang fana itu.Perlahan air mataku mengalir.Aku cepat-cepat mengelap agar Zayn tidak menyedarinya.Aku tidak sanggup memotong dia.Dia tanda cinta kami yang berhasil.

"You buat apa kat situ?"

Aku tersentak lantas mengelap air mata cepat-cepat.Sungguh aku terbawa dek kenangan lama yang mendatang.Aku menoleh kearah Zayn dan menghadiahkan senyuman kecil.

Zayn nampak tergamam.

"I cuma tengok-tengok je,"jawabku masih tersenyum,cuba menyembunyikan melankolik yang hadir.

"Oh okay.You dah siap?"Zayn bertanya sambil bersungguh-sungguh membutangkan pergelangan kotnya itu.

"Dah,"jawabku sepatah,dalam pada masa yang sama tertanya mengapa Zayn masih menyimpan bunga matahari itu.Aku melihat sekali lagi bunga itu,

"Anak mummy dah besar,"

×××

Aku tak faham kenapa Zayn kali ini beria-ria mahu aku berjumpa dengan tunangnya.Aku ikutkan sahaja,memandangkan bilik hotel dan segala pakej sudah dibayar penuh olehnya.

Zayn menghantar aku di depan sebuah rumah,membuatkan jantungku bertambah laju.

"Have a nice day,"Zayn mengelipkan mata sebelah dan berlalu pergi.Aku merengus geram,lalu memandang semula rumah tunangnya itu.Air liur ditelan ketika melangkah kearah rumah tersebut.

Loceng ditekan beberapa kali.Kedengaran derapan kasut mendekati pintu serentak pintu dibuka.Kelihatan seorang perempuan Aussie berambut brunette menyambutku di sini.

"Insyirah?"

"Diana?"

Diana terus memelukku erat.Pelik.Kenapa dia peluk aku sedangkan kali terakhir aku bertemunya dulu aku menampar dirinya?

"Lama tidak berjumpa awak,"dia mengumam lantas merenggangkan pelukan."Dah lama saya impikan untuk berjumpa dengan awak tahu?"

"Boleh cakap Melayu?"

Diana tersenyum lebar."Masih belajar dan Alhamdulillah,saya boleh bercakap dalam Bahasa Melayu,"

Aku terkejut,"Alham-dulillah?You mean-"

"I converted to Islam,about two years ago,"

Aku berasa gembira mendengar khabar tersebut lalu memeluknya pula kali ini."Congratulation,even it is too late-"

Diana tergelak kecil."Don't you ever think about it.It's never late for me,"

Aku terpandangkan seorang budak perempuan yang berdiri tidak jauh dari kami berdua.Dia senyum-senyum melihatku,"Is that Rosa?"

Diana merenggangkan pelukan dan memanggil budak perempuan ke hadapan kami berdua."Atikah Rosa,my four years old daughter.Rosa,this is my friend,Insyirah.Say hello to her,"

"Hello,"Rosa agak malu-malu melambai kearahku.

"You can call me Aunt Syii.Nice to meet you cutie pie,"aku sempat mencubit pipi kanan Rosa yang gebu itu.Geram aku melihatnya dari tadi.

"I'm Rosa,"Rosa tetap memperkenalkan dirinya walaupun dirinya tersipu-sipu malu.

"Awak mesti lapar sekarang ini.Sebelum awak sampai,saya ada masakkan sesuatu untuk awak.Follow me!"

Aku mengikuti Diana ke meja makan.Kelihatan meja makan sudah tersedia pelbagai jenis masakan seolah-olah Diana ini tahu sahaja aku akan ke sini.Baunya juga sudah menarik perhatianku.Aku mengambil tempat duduk manakala Diana menyenduk makanan ke dalam pinggan.

"Rosa tak makan ke?"Sebelum menyumbatkan makanan ke dalam mulut,aku tercari-cari Rosa dimana.

"Dia alah seafood,sebab tu dia tak ikut kita makan sekali,"jawab Diana bersahaja,

Aku terdiam seketika."Jadi dalam makanan ni ada seafood ke?"

"Yes,ada shrimp.I hope you like it,"Diana menjawab sambil tersenyum-senyum.

"No-I can't,"aku meletakkan sudu semula.

"Why? You didn't like it?"wajah Diana berubah.Alamak,dia salah faham pula!

"Maksud saya,saya alah semua ni,"

"You mean seafood?Why you didn't tell me earlier?You almost eat it!"Diana terus mengambil pinggan aku dan meletakkan semula ke dalam bekas mangkuk tadi.Kemudian,Diana duduk semula dan melepaskan keluhan lega.

"Cukup semalaman saya jaga Rosa di hospital.Awak tahu Rosa semalam termakan seafood di tadikanya?"

Aku menggeleng,"Mesti teruk bukan?"

Diana ketawa kecil,"Teruk juga semalam,merah badan Rosa.Dia asyik garu sahaja.Nasib baik tak melecet,"

"Tak mengapa,saya masakkan makanan lain ya?Atau awak nak join Rosa makan bubur nasi sahaja?"Diana bangun dari kerusi dan menuju ke dapur.

"Boleh juga,"aku mengikutinya dari belakang.

Kami sama-sama tergelak.Aku menolong Diana memasak makanan lain,dia cakap mahu mencuba masakan melayu.Dengan senang hati aku mengajarnya.Kedengaran riuh dapur itu dengan suara-suara kami sahaja.

Zayn

"Awak nak yang mana?Biru atau emas?"

Pertanyaan Erika sayup-sayup kedengaran.

Fikiranku melayang mengingati Insyirah yang seronok bermain dengan Rosa tadi.Mereka nampak serasi,ya aku tak nafikan.Rosa bukan jenis rapat dengan orang yang baru dia kenali.Perlu ambil beberapa hari untuk 'ngam'.Kalau tak,merengek sahaja budak kecil tu.

"Zayn?"

"Yes,sorry."

Erika nampak risau sedikit sebelum menayangkan dua helai kertas di hadapanku."Blue or gold?Maybe white colour is too much cliche,"

"I prefer Red,"

"I'm talking about my wedding gown,Zayn."

"Oh yeah?Ermm,ikut suka awaklah,"

"I need your opinion.That's why I'm asking you.Which one do you like.Zayn,come on!"

"Blue,maybe?"Aku seolah malas mahu memilih mana satu terbaik.Apapun warna pakaian yang Erika pakai tetap cantik.

Erika mengeluh berat dan kembali menyelak katalog gaun pengantin yang lain.

Aku agak berat mahu ke butik pengantin petang ini selepas berjumpa klien tadi.Kes klien tadi agak berat,alibi dia ada tidak cukup untuk membuktikan dirinya tidak bersalah dalam cubaan membunuh adik tirinya.

Selesai urusan persiapan perkahwinan,kami memasuki kereta.Namun entah apa yang merasuk Erika,dia bertanyakan aku soalan yang tak pernah jangkakan keluar dari mulutnya.

"Insyirah tinggal mana?"

"Hotel?"jawabku sambil angkat kening.Lagipun,Insyirah baru sahaja check-in hotel pagi tadi sebelum datang ke rumah Erika.Enjin kereta dihidupkan dan cermin pandang belakang aku betulkan sedikit.

"Maksud saya malam semalam?"

Diam.

Aku perasan Erika sudah mencerlung tajam padaku.Naluri seorang perempuan jangan dibuat main.Dia boleh tahu walau sedaya-upaya kita cuba sorokkan daripadanya.Pengalaman telah mengajarku sebelum ini.

"Did she stayed with you last night?"

"Awak cemburu la ni?"aku menukar topik,membuatkan wajah Erika berubah.Aku perasan badan Erika menggigil.

"Perempuan mana tak cemburu kalau bekas isteri datang kembali dalam hidup tunangnya sedangkan perkahwinan mereka tinggal beberapa minggu lagi!"

Aku tersentap mendengar luahan Erika.

Erika nampak marah sedikit,namun kembali tenang dan meraup mukanya.Bibirnya terkumat-kamit membaca sesuatu.Mungkin dia sedang beristighfar.

"Sorry,I don't meant it-"

"No,I should say sorry for that.Saya tak sengaja buat awak marah,"

Erika pandang aku lama sebelum melepaskan keluhan panjang.

"Saya tuduh awak.Itu yang buat saya kesal,"kata Erika lalu menundukkan mukanya.

"Saya maafkan.Apa kata kita keluar makan malam sekali?"

"No,saya dah janji dengan Rosa nak masakkan sesuatu untuknya tadi.I'm sorry again,"Erika menolak lembut,mengingatkan aku yang selain kami berdua,ada puteri kecil yang perlu diberi perhatian lebih.

Aku mengangguk dan terus memandu pulang ke rumah Erika.Sesampai di rumah,kami mendapati Insyirah dan Rosa sudahpun tertidur diatas sofa dengan televisyen masih lagi terbuka.Aku mengambil remote dan menutupnya.

"How sweet both of them,"ucap Erika lantas menepuk perlahan bahu Insyirah.Insyirah pula mengeliat sedikit.

"You're back,"ujar Insyirah sambil menguap.

"Syhh...you might waking up a little princess,"kata Erika lagi sambil meletakkan jari telunjuk di bibir.

Insyirah mengalihkan tangannya daripada Rosa lalu Erika mengambil Rosa dan mendukungnya dengan berhati-hati.Dia membawa Rosa masuk ke dalam biliknya.

"Tired?"tanyaku perlahan pada Insyirah.

"Yeah,Rosa agak hyperactive sikit orangnya,"Insyirah menjawabnya dan dalam masa yang sama,dia cuba mencelikkan kedua mata yang layu.Kelihatan Erika keluar dari bilik Rosa.

"Well Insyirah,I just want to say thank you for babysitting my girl."ucap Erika sambil tersenyum manis."So,awak nak balik hotel naik apa?Should I call the cab service?"

"I'll send her by the way,"pintasku membuatkan keduanya memandang dengan reaksi tak percaya.Aku perasan wajah Erika berubah serta-merta.Dia mencerlung tajam kearahku seolah tidak suka aku menawarkan diri menghantar Insyirah pulang ke hotel.

"Maybe you should call,"Insyirah mungkin menangkap situasi mula tegang antara kami berdua.

"No,it is too dangerous!"aku membantah cadangan Insyirah membuatkan Erika lagi marah."I'll send you,"

Sempat aku menekankan perkataan 'send' itu.Erika menjulingkan matanya keatas dan cuba menyembunyikan kegeramannya.

"Okay,see you again Insyirah,"Erika mengalah lalu bersalaman dengan Insyirah.Dia tak menoleh sedikitpun padaku dan mengucapkan perkara biasa sebelum kami berpisah.

"Let's go Syii,"arahku lalu masuk ke dalam kereta.Tali pinggang dipakai dan enjin kereta dihidupkan.

"You shouldn't say that,"Insyirah bersuara memecahkan kesunyian antara kami sepanjang perjalanan menuju ke hotel.

"I nak balik juga,why not I hantar you sekali.Tak payah susah-susah call cab semua,"aku sebenarnya malas mahu ambil pusing hal tadi,benda kecil mahu diperbesarkan.

"I feel her,dia jealous.Bukan sesuka hati dia mahu call cab,"Insyirah mulalah tu,dia takkan mengaku kalah kalau nak berdebat dengan aku.

Aku merengus geram.Lebih baik aku diam dari melawan kata-katanya,nanti perang besar hanya disebabkan Erika punya pasal.Aku menghantar Insyirah di hadapan lobby,

"Bye,"

Aku pergi sahaja tanpa sempat Insyirah membalas apa-apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience