ZAYN
"Assalamualaikum?"
"Walaikumussalam,siapa tu?"
Aku menelan air liur saat melihat Tok Mah didepan mataku.Dia semakin tua ditelan usia.Rambutnya sudah banyak uban.Kulitnya mula kedut seribu.Dia mengecilkan mata,mungkin cuba memerhatikan aku dengan lebih jelas.
"Zayn?"dia bertanyakan sama ada aku ini Zayn,cucunya mungkin.Dengan sebak bersarang di dada,aku meluru kearah Tok Mah dan memeluknya erat.Sejujurnya,aku sangat merindui Tok Mah.Walaupun aku dilahirkan dan dibesarkan di Melbourne,aku tetap akan kembali ke sini-Kuala Pilah.Kampung halaman arwah daddy.
"Balik jugak kau ya,tak rindu Tok ke?"
Aku mengangguk perlahan."Siapa tak rindu Tok.Ni rindu sangat-sangat!"
"Haish,buat apa tunggu-tunggu kat luar ni,panaslah!Mari masuk,nikan rumah Tok!"Tok Mah menarik tanganku supaya masuk ke dalam.Aku mengikuti sahaja rentaknya dan membuka kasut sebelum masuk.
Dekorasi Tok Mah masih sama.Tidak berubah cuma langsir sahaja nampak baru.Aku tahu Tok Mah memang selalu tukar langsir setiap tahun apabila dekat Raya.
"Kamu mesti lapar bukan?Nak makan apa?Tok Mah masakkan!"
"Masak lemak tempoyak Tok Mah boleh?"
Aku memang serius rindu masakan Melayu apatah lagi air tangan Tok Mah.Mummy tak pandai sangat masakan Melayu jadi bagi mengubat rinduku pada Malaysia,Tok Mah dan arwah daddy,aku mencari restoran Melayu sekitar Melbourne.
"Sebenarnya Zayn dah bertunang Tok,"
"Oh ya ke?Bila pula tunangnya?"
"Baru je,sebulan yang lepas.Dia orang putih kali ni,"
"Tok tak kisahlah siapa dia tu,janji boleh jaga kamu,bahagiakan kamu sampai akhir hayat.InsyaAllah,"pesan Tok Mah masih sama,pernah diungkapkan padaku lima tahun yang lepas dan aku masih ingat sehingga kini.
"Nanti Zayn bawa Tok ke Melbourne ya?Tok kena datang time Zayn menikah nanti,"
"Kalau umur Tok panjanglah,"
"Apa ni Tok!Jangan cakap macam tu!Zayn nak Tok ada time tu,okay?"
Tok Mah senyum nipis.Dia mengusap rambutku,memang itu selalu dia buat untuk memujukku sejak dari kecil.
"Ajal maut di tangan Tuhan.Bila-bila nyawa kita boleh kena tarik,"
"Itu Zayn tahu tapi Zayn doakan Tok sentiasa panjang umur sampai Zayn kahwin!"
"Yalah-yalah,kamu ni.Tok pun nak tengok kamu bahagia,"
Aku senyum mendengar kata-kata Tok Mah.
×××
Aku menghempaskan badan keatas katil.Bantal yang disusun segera aku ambil dan memeluknya erat.Perut sudah kenyang mata pula nak lelap.Nikmatnya Tuhan sahaja tahu.
Kedengaran mesej masuk.Aku mengeluarkan telefon pintar dari poket seluar jeans.
Erika honey
-Zayn,where r u darling?Miss u so much.Please come back asap okay?
Aku senyum sendiri melihat mesej dari Diana yang nun jauh dari benua Australia itu.
+Will be back soon honey.I promise*smile*
Tidak lama selepas itu mesejku berbalas.
Erika honey
-Send my regards to your grandma.How I wish to meet her one day*waving*
Kirim salam.Ya Allah!Aku hampir lupa Insyirah juga mengirimkan salamnya kepada Tok Mah.Aiseh,Diana kirim salam no worries la but Insyirah kirim salam?Pasti Tok Mah akan pelik bin ajaib dan mula membuat perang psikologi denganku adakah aku dan Insyirah masih berhubung walaupun sudah berpisah lima tahun lamanya.Lama jugak bukan lima tahun itu?
Fikiranku kusut sekarang ini.Hanya kirim salam saja tetapi aku pula rasa macam nak ke tali gantung selepas ini.Lama jugak aku mendiamkan diri sehingga tersedar bunyi mesej masuk.
Erika honey
-Zayn?Hello?R u there?*sad*
Cepat sahaja aku menaip mesej balas.
+Yes,Im right here honey.
Erika honey
-Nothing just wanna say I luv u*kiss*
+I luv u too honey*kiss*
Aiseh.Line slow kat kampung ini.Aku paling tak suka kalau syok-syok balas mesej tunang line macam siput.Aku segera keluar dari rumah dan menuju ke pangkin bawah pokok rambutan Tok Mah.
Aku baring di atas pangkin dan cuba mencari line yang paling kuat di sini.Rumah Tok Mah mana ada Wifi.Sedang khusyuk mencari line di sini,aku perasan ada seorang perempuan memerhatikan aku.
"Puteri?"
"Zayn!Rindunya kau!!!"
Aku terkaku saat Puteri menerjah dan terus mendakap erat badanku tanpa rasa malu.Macam manalah kalau Tok Mah nampak ni,habis aku dipersalahkan sebab aku dikatakan bawa balik budaya tak bermoral orang Barat pulak.
"Puteri,please behave!"aku mengeraskan suara.
"Opss,sorry!"Puteri merungkaikan pelukan dan senyum malu-malu.
Aku segera bangun dan membuat muka pada Puteri.Sepupuku seorang ini memang redah je tak fikir akibatnya.
"Aku teruja sebab kau dah lama tak balik.Janganlah marah,kita bukan selalu jumpa,"Puteri membuat muka kasihan.Minta simpati oranglah tu.
"Yalah tapi janganlah sampai tahap peluk orang,"
"Habistu kau macam tak pernah peluk si Diana je kat sana,"
Aku mengangkat kening sebelah."Excuse me,walaupun aku dibesarkan di Melbourne tak semestinya aku jahil sangat.Tak tahu halal haram semua tu,"
"Okay-okay aku jumpa kau bukan nak cari gaduh.Ya aku tahu aku salah.By the way,alang-alang kau balik ni kita jalan-jalan nak?"
"Ke mana?"
"Sungai belakang rumah aku.Tempat lepak kita masa kecik-kecik dulu,"
"Kau tak takut lemas ke Puteri?"
"Ish,berani kau ungkit cerita lama.Aku ni dah besarlah.Tak adanya lemas lagi,"
Aku gelak berdekah-dekah melihat perubahan pada wajah Puteri,satu-satunya sepupu aku yang perempuan.Kami memang rapat semasa kecil dulu.Kalau aku balik kampung,Puteri sahajalah yang rapat dengan aku.Sebab dia boleh ngam dengan aku agaknya.
"Dah jom-jom.Aku dah tak sabar ni!"
Share this novel