BAB 9

Romance Completed 9546

Malam itu penentu pada segalanya.Malam dimana seorang lelaki dan perempuan bertemu bagi memenuhi tuntutan takdir.Malam dimana kehidupan mereka berubah selepas itu.

"Syii cepatlah sikit!Nanti parti Ben dah nak mula!"

"Kejaplah aku nak zip dress ni haish ketat betul!"

"Apesal lambat sangat ni Insyirah?"Dina masuk ke dalam bilik dan melihat Insyirah terkial-kial mahu zip dress merah yang berada di bahagian belakang.

"Kau ni benda kecik ni pun leceh!"sindir Dina membuatkan Insyirah mencuka.

"Kau yang ajak aku!"

"Ya-ya aku yang ajak kau!Hah dah siap pun!"

Insyirah melihat pantulan dirinya pada cermin lonjong dalam bilik.

"Aku nampak gemuklah pakai dress ni,"

"Mana ada gemuk,biasa aku tengok eh baru perasan.Kau nampak cun malam ni?Aset kau mantap gila rupanya!"

"Kau ni babilah apesal puji aset aku pulak?Eee aku bukan lesbian!"

"Diamlah bangang aku puji pun salah.Aku adalah semua tu lagi mantap dari kau.Tak payah nak bongkak sangat!"jawab Dina dengan bangga.Eh,siapa yang bongkak sekarang ni?

Cilaka punya kawan!Insyirah menyumpah-nyumpah dalam hati.

"Kita pergi naik apa?"

"Naik kapal terbang!"jawab Dina sarkastik sambil membimbit clutch birunya.

Insyirah geram sampai menghempas pintu teksi dengan kasar.Dina masih lagi bereaksi selamba.Sempat dia menghidupkan lampu dalam teksi iti dan menempek sedikit bedak compact.

Insyirah sejujurnya kekok apabila berada dalam parti liar macam ni.Dia menjeling Dina yang mula tegur kawan-kawan bitches dia entah bila kenal.

Pastu dia ditinggalkan seorang diri kat sini.Tak guna punya Dina.Dah merajuk macam tulah perangainya.

"Ermm hi?"

Insyirah menoleh."Hi?"

Dia lihat seorang lelaki memakai t-shirt putih berseluar khakis biru menegurnya.

"Seorang?"

Insyirah membuat muka pelik.Dia mengamati lelaki yang dihadapannya sekarang.Dia ada cakap bahasa Malaysia ke dengan aku?Dan,bukannya dia yang aku langgar hari itu.

Lelaki itu tergelak kecil."Zayn,"

Insyirah menyambut huluran tangan Zayn."Insyirah.By the way,Malaysian ke?"

"Nope.Half malay.Daddy I orang Malaysia tapi famili kami menetap di Melbourne,"

"Daddy you asal mana?"Insyirah mula rasa kurang kekok apabila mendapat tahu Zayn boleh bercakap melayu dengannya.

"Kuala Pilah,"

"I pulak asal Seremban tapi tak pernah jumpa bukan?"

"Mungkin belum jodoh?"

Insyirah ketawa kecil."Mungkin jugak,"

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to you Benjamin Lee
Happy Birthday to you

"May God bless you Ben!"Zayn menjerit dari bawah.

"Thank you everyone!"Ben memberikan flying kiss.Mulalah merenyam beberapa perempuan yang meminati Ben kat bawah pentas.

"You nak kek?"Zayn bertanya Insyirah yang berdiri sebelahnya.

"Boleh jugak!"Insyirah mengangguk laju.Nampak sedap juga kek yang dipotong Ben tadi.

Zayn naik ke pentas mengambil sepotong kek dan meletakkan ke dalam pinggan.Dia sempat mengenyit mata pada Ben dan Ben menunjukkan tanda bagus atas pencapaiannya malam ini kerana dapat berkenalan dengan Insyirah.

"It's chocolate ice-cream cake,"Insyirah teruja melihat kek yang dibawa Zayn.

"So what we waiting for?Let's eat before the cake melt!"

"Comot!"Zayn tersengih melihat Insyirah makan nampak comot.

"Oh ya ke?So shameless!"Insyirah nampak kalut lantas mencari tisu di dalam clutch pinknya.Dia mengelap mulutnya."Comot lagi?"

Zayn menggeleng.

Tak Insyirah.You masih nampak cantik.

"So Ben tu kawan you ke?"Insyirah membuka topik sambil makan.

"Yup.Kami tinggal serumah.Kira housemate I.Dekat dua tahun kami bersama,"

"So you're gay?"usik Insyirah menjadikan Zayn berkerut seribu.

"What?Nonsense!"

Insyirah ketawa."Well,I mengusik je tak payahlah cuak sangat!Lagipun I jugak tinggal berdua dengan kawan perempuan I,"

"Siapa?"Zayn ingin tahu.

"Dina,"

"Dina?You mean Dina Hughes?"

"Ya,Malaysian girl yang mix blood tu,blonde,quite sexy,"

Zayn tersengih."Yeah,she's so sexy and I know it.You know,Ben likes to talk about her,"

"Really?"

"Yeah,they're dating you know?"

"What?Why I missing all of this?"Insyirah menaikkan suaranya sedikit.

"You better ask her!"Zayn tak mahu masuk campur persahabatan mereka.

Insyirah mencemik.Dina nak kena dengan aku balik nanti!

"Let's party begin!"kedengaran Ben menjerit dari atas pentas dan serentak itu lagu Barat didendangkan kuat oleh DJ jemputan mereka.

"Wanna dance?"ajak Zayn lantas menarik tangan Insyirah.Pinggan mereka diletakkan diatas meja berdekatan.

"I don't think so,"Insyirah merasa tidak yakin dengan cadangan Zayn.Dia tidal pernah menari dihadapan orang dan jika itu berlaku,ia sangat-sangat memalukan baginya.

"Hey come on,it's fun!"Zayn menyakinkan Insyirah apabila tiba di dalam kelompok orang menari.

Zayn mula menari dengan gaya pelik-pelik membuat Insyirah ketawa tidak berhenti-henti.

"Your turn!"

Insyirah pada mulanya agak kekok menari namun kelamaan dia berasa seronok pula.

"You're like an angel,"ujar Zayn perlahan namun jarak mereka yang dekat mampu didengari Insyirah.Wajah mereka sangat rapat sehingga Insyirah mampu merasakan hembusan nafasnya."My lost angel,"

"You're blush!"usik Zayn membuatkan Insyirah bertambah malu.Dia sangat malu mendegar Zayn berkata begitu."Let's get some fresh air,"

Zayn menarik Insyirah keluar dari parti birthday Ben dan seterusnya keluar dari rumah mereka.

"I never though you're bad huh?"Insyirah mengomen kerana sesuka hati Zayn bawa dia keluar jalan-jalan padahal parti birthday Ben belum tamat.

Don't call me something I'm not
I'm my father's son
I'm a hit and run

Insyirah terpegun mendengar Zayn selamba
menyanyi di hadapannya.Suaranya merdu dan dia menyanyi dengan sangat baik.

"Hit and Run?"Insyirah dapat meneka lagu yang dinyanyikan oleh Zayn.

"For Greyson maybe but for me Insyirah,I'm gonna 'hit' that girl and fight for her love,"Zayn menjawab dengan senyuman menggoda dalam keadaan jalan kebelakang.

"Such a sweet talker,"Insyirah membuat muka menyebabkan Zayn ketawa kecil.

"How I miss Sasha,"

"Sasha?"

"My little sister.Perangai you macam dia,kadangkala annoying but I still loving her,"

"Oh I kira annoying bagi you la?"

Zayn ketawa apabila melihat Insyirah mencemikkan mukanya.

"Taklah.You're such beautiful and innocent,beruntung siapa yang dapat you tahu?"

"I tak pernah bercinta,"

"Really?"

Insyirah mengangguk.

Zayn senyum segaris."And you should have one,"

"Who?"

"Me,"

Tiba-tiba Insyirah jadi kekok pula."Why you pula?"

"Because I'm charming,sweet and gentle,"

Insyirah ketawa terbahak-bahak."Oh Zayn,you're so funny!Bak kata orang melayu,masuk bakul angkat sendiri!"

"Oh do you think so?"

Insyirah mengangguk."Of course Zayn!Mesti ramai perempuan dah cair dengan you bukan?"

"I'm man with confident!"Zayn menepuk dada tanda bangga.

"But I like it,"jawab Insyirah perlahan namun Zayn dapat menangkapnya kerana kedudukan mereka yang sangat hampir.

"I'll send you home,may I?"Zayn menawarkan diri.

Insyirah angkat bahu tanda 'suka hati awaklah'.

Mereka banyak berbual kosong sehingga sampai di hadapan rumah sewa Insyirah dan Dina.

"So this is your home,"

"Yup,my home.I guess this is the end of our met,"Insyirah menyedari Zayn mendekatkan dirinya dan memegang kedua-dua pipinya.

"Good night Insyirah,"bisik Zayn lembut pada telinga Insyirah.Rambut depan Insyirah sempat dikuisnya dan melemparkan senyuman penuh makna.

"Good night you too,"Insyirah menjawab lambat-lambat.

Zayn merapatkan lagi badannya pada Insyirah sehingga dia boleh bau perfume Insyirah yang sangat wangi dan menggoda.

"Sweet dream my little angel,"Pipi kanan Insyirah disentuh lalu menghadiahkan satu ciuman pada pipi kirinya.

Insyirah terkejut.Dia terundur ke belakang dan menyentuh pipinya yang dicium Zayn tanpa kebenaran.Dia merasakan wajahnya pasti kemerahan menahan malu.

Zayn senyum dan terus meninggalkan Insyirah sendiri di kaki tangga rumah sewanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience