ZAYN
"Sorry,"
Aku berkata namun terpana melihat wanita yang dilanggar aku tadi.Wanita itu mengangkat muka dan terkejut melihatku.Nampaknya,masing-masing pun terkejut.
Dia makin cantik sekarang.Rambut hitamnya yang beralun di hujung dilepaskan begitu sahaja.Kedua matanya yang bundar itu sangatlah memikat.Sepasang mata yang sama.
Aku perasan skirt putihnya terkena air minumannya tadi.Memanglah nampak tidak cantik dilihat.Dia sibuk-sibuk mengelap tempat air minuman aku yang tertumpah itu.
"Insyirah..."panggilku lembut membuatkan dia memandangku lagi.Itu nama dia.Nama yang sudah lama tidak meniti di bibirku.Nama yang pernah menggetarkan hatiku dulu.
"Zayn,"dia memanggil namaku,namun aku perasan dia tergamam seketika.
"Come,I'll show you the way to the toilet,"aku segera menawarkan diri apabila melihat dirinya tidak keruan.
Insyirah mengikutiku masuk ke dalam penthouse.Kami masuk melalui dapur.Aku mendapati ada beberapa pasangan kekasih seronok melakukan projek mega mereka.Aku perasan Insyirah menundukkan pandangan matanya daripada melihat projek-projek tersebut.
Aku menumpang di penthouse Ben sebaik sahaja sampai Malaysia.Ben salah satu sahabat aku ketika belajar di Sydney dulu.
Entah mengapa naluri aku merasakan bilik aku diceroboh orang.Memandangkan Ben selalu buat parti liar dia jadi kesemua bilik tetamu penthouse miliknya akan menjadi markas projek besar-besaran untuk mereka yang datang ke parti Ben.
Tanpa ragu-ragu aku menarik tombol pintu dan menolaknya ke dalam.Kedengaran jeritan seorang perempuan dan aku mendapati ada sepasang lelaki dan perempuan berpelukan dalam selimut.
"Oh my God!"ujar Insyirah kuat dan segera berdiri di belakang badanku.
"Hey you f*cking bastard!Could you knock the door first before get in!!!"
"Get out!"aku membuka pintu seluas-luasnya dan menyuruh mereka keluar.Sesuka hati mak bapak mereka nak make love dalam bilik aku.Tetapi,silap aku juga tidak kunci pintu sebelum parti bermula.
"I said now!"aku meninggikan suara apabila mereka lambat-lambat memakai pakaian mereka semula.Terkoncoh-koncoh mereka keluar namun lelaki itu sempat menjeling tajam kepada aku.
Aku segera menutup pintu bilik dan merengus kasar.
Aku mendapati Insyirah masih menundukkan mukanya ke lantai.Aku perasan kedua pipinya memerah melihat adegan mereka tadi.
"It's safe now Insyirah,"
Selepas itu,aku menghampiri wardrobe dan memunggah sesuatu dari bagasi aku.Aku teringat dress merah yang aku beli pagi tadi di Valentino.
"That was-"
"You had it,"aku sengaja memotong kata-katanya dan cuba menahan diri agar tidak gelak.Macam tidak pernah buat sebelum ini dengan suaminya.Dengan aku apatah lagi."You should change your dress,"
Dress merah ini sepatutnya aku hadiahkan kepada Diana,tunang aku sebaik sahaja aku pulang ke Melbourne nanti.Aku teringin melihat Diana memakai pakaian serba merah kerana merah merupakan warna kesukaan aku.
Tetapi,keadaan Insyirah diutamakan sekarang ini.Skirt putihnya perlu diganti.Aku mengeluarkan dress merah itu dari bagasi dan memberikannya pada Insyirah.
"Wear this,"
"Are you sure?"Insyirah mengangkat kening sebelah.
"I'm very sure,"
Insyirah mengukir senyuman lantas masuk ke dalam bilik air dan menukar pakaian.
"How I look?"
Aku terpana.Insyirah berdiri di hadapanku nampak berbeza dari tadi.Rambutnya kini disanggul rapi dan dress merah dipakai elok pada badannya yang langsing.
"You nampak cantik dengan dress merah ni,"pujiku ikhlas dengan mata yang tidak berkelip.
"Thank you,nanti I pulangkan balik ya?"
Aku menggeleng membuatkan Insyirah berkerut.
"Anggaplah dress merah ni hadiah I untuk you,"
"Oh,thanks again!I suka sangat dress ni!"Insyirah memusingkan badannya sekali membuatkan kain dress itu kembang.
Entah mengapa tindakan Insyirah membuatku teringat masa lalu kami.Bayangan Insyirah menari di hadapanku dengan gaun merah kesukaannya.
"How about you?"Insyirah bertanya menjadikan kembali pada realiti.
"Me?I'm engaged-with someone else,"jawabku mendatar.Aku perasan Insyirah membuat muka pelik melihat reaksiku.
"Congratulations,"Insyirah mengucap tahniah kepadaku.
"Thank you,"jawabku lalu senyum nipis.Kalaulah dia tahu isi hatiku sekarang ini.
"Dah siap,you ada apa-apa lagi?"
"Oh ya,I nak calit lipstik kejap!"
Insyirah memunggah clutchnya dan mencari lipstik.Kemudian,dia masuk semula ke bilik air.
Lama juga kali ini.Aku mahu menjenguk dirinya tengah buat apa.Pintu bilik air tidaklah ditutup rapat.Aku menolak sedikit dan mendapati Insyirah sedang mengemam bibirnya.
"Hey,terkejut I!Ketuklah dulu,ingatkan pervert manalah!"Insyirah tergelak apabila menyedari aku mengintainya.Aku tersengih sambil mengosok rambut belakang.
"Let's go!"aku berkata lantas memasukkan lipstik ke dalam clutch.
Kami keluar dari bilik dan mendapati ramai sudah berkumpul di ruang tamu.Kedengaran suara Ben berucap di hadapan.
"First,I would like to say thank you for coming this party.I hope that you'll enjoy it tonight!So,let's party begin!"
DJ mula memainkan muzik.Suasana menjadi gempak seperti kelab malam.
"Zayn,what are you waiting for?Come here!"ajak Insyirah dengan tangannya melambai kearahku.
Aku mendekati dia dan turut sama menari.
"I dah lama tak menari,"ujar Insyirah yang sayup-sayup pada pendengaranku.
"You patut lepaskan semuanya malam ini!"kataku melawan bunyi muzik yang kuat.
Insyirah melepaskan ikatan rambutnya dan menari seolah tidak berpijak di bumi yang nyata.Insyirah menari dengan gaya tersendiri.Keluar semua perangai gila-gilanya.Badannya digoyangkan mengikut rentak muzik.
Sesungguhnya aku sangat terpukau melihat dia menari sebegitu.Aku terpukau dengan lenggok badannya,senyumannya dan kegembiraanya.Aku suka tengok semua itu.Aku merasakan diri aku juga turut gembira bersamanya.
She's beautiful in her way.
Mindaku melayang mengingati memori antara kami berdua.Pertama kali bertemu ketika sama-sama belajar di Sydney dulu.Berkenalan ketika berjumpa di parti kawan seuniversiti kami.Jatuh cinta ketika sama-sama menari.
Bagaikan dejavu.
"Insyirah..."
Wanita di depanku ialah orang yang sama cuma dia kini lebih matang dan berusia.
"Zayn..."dia juga memanggil namaku.
"You're like an angel,"
Insyirah terpana mendengar luahanku.Luahan yang sama lima tahun lepas.
"My lost angel,"
Serentak dengan itu,aku memberikan satu kucupan pada bibirnya yang merah itu.Warna merah kesukaan kami berdua.Aku suka melihat dia dalam keadaan merah.Dress merah.Bibir merah.Dia nampak elegan dan menggoda pada pandangan mataku.
Apabila aku menjarakkan sedikit wajahku,jelas kedua pipinya naik kemerahan kerana tidak menjangkakan aku akan melakukan sebegitu padanya.
"Sorry,I cannot control myself,"potongku kerana aku menyedari keresahan pada wajahnya.
"Never mind but don't you dare to do this again,"Insyirah nampak tidak mengambil pusing tindakan melulu aku tadi.Dia meninggalkan aku dan meluru ke tempat minuman.
Apa yang aku buat ni?
Aku senyum sendiri.Seperti sesuatu yang hilang kembali semula mengisi ruang hati.Ruang hati yang lama tidak dihuni sesiapapun setelah dia meninggalkan aku lima tahun lepas.
Aku mencari Insyirah di tempat minuman dan mendapati Insyirah sedang duduk minum di bangku tepi kolam renang.
"Hey,"
Insyirah senyum sahaja membalas sapaanku lalu meneguk air minumannya.
"It's soothing-"ujar Insyirah menyebabkan aku memerhati air minuman dia minum sekarang ini.Air apa dia minum tu?
"Tunang you mesti cantik bukan?Nanti you kahwin jemputlah I dan suami I nanti,"kata Insyirah lalu ketawa kecil.
Aku sudah mengagak apa yang Insyirah minum sekarang ini.
"Okay nanti I inform kat you,"jawabku lalu mengambil gelas yang dipegang Insyirah.Aku segera menghidu air minuman itu.
"Hey,kenapa ambil gelas I!Pergilah ambil sendiri kat sana!"Insyirah memarahiku namun sedikitpun aku tidak terkesan.
"Insyirah?"aku memanggil namanya saat dia sedang memegang kepalanya.
"Kepala I pening,"Insyirah memunggah clutchnya dan mencari sesuatu.
"You tahu tak apa yang you minum sekarang ni?"
Insyirah menggeleng."Dina bagi kat I jadi I minum je,"
"Dina?"satu nama familiar pada pendengaranku.Kawan baik Insyirah ke?
"You bahagia?"
Aku berkerut.Soalan apa yang Insyirah tanya ni?Aku mengagak dia sedang mabuk.
"Kalau you?"aku mengambil kesempatan bertanya soalan itu ketika dia dalam keadaan tidak waras,contohnya seperti sekarang ini.Selalunya orang mabuk memang jujur dalam menjawab pertanyaan yang diajukan.
Insyirah senyum lantas menggeleng kepala."You nampak I bahagia ke sekarang ni?Kalau I bahagia takkan I datang sini Zayn,"
Aku tergamam namun menggeleng mendengar jawapannya.
"Tempat you bukan kat sini,tempat you kat sisi husband you Insyirah,"aku menasihati dirinya.
Insyirah memicit kepalanya.
"I tumpang Dina tadi,manalah dia ni?
Insyirah bangun dari bangku.Aku memerhatikan dia berlalu pergi meninggalkanku.Namun,hanya beberapa langkah-
"Insyirah!!!"
Aku lihat Insyirah sudahpun rebah ke lantai.Aku segera mendapatkan dia dan meletakkan kepalanya di pangkuan aku.
"Hey-hey wake up!"
Shit.
Aku tidak tahu hendak buat apa sekarang ini.Mana pula si Dina ni?
Lantas aku mengangkat Insyirah dari lantai dan mendukungnya masuk ke dalam bilik aku semula.Aku bersusah payah memutar tombol pintu dan menolaknya menggunakan belakang badanku.
Insyirah aku letakkan dengan berhati-hati diatas katil dan menyelimutkannya sehingga paras dada.Dia langsung tidak sedarkan diri sejak tadi.
Insyirah nampak tenang ketika tidur.Sudah lama aku tidak melihatnya tidur didepan mataku.Entah apa minuman yang Insyirah minum sehingga dia pengsan tadi.
Aku mengambil kesempatan untuk baring di sebelah dia.Wajahnya yang mulus itu ditatap sepuas hatiku.Insyirah tidur bersama dress merah.Semuanya bagaikan dejavu.Aku bingung kenapa mindaku kerap menerawang mengingati memori kami.Kenapa kami dipertemukan semula dalam keadaan sebegini?Adakah Tuhan cuba memberikan petunjuk?
Atau ini dugaan orang bertunang?Aku tidak mahu berlaku curang pada Diana.
Insyirah cantik dan semakin cantik selepas lima tahun kami berpisah.Kecantikan Insyirah adalah semulajadi.Insyirah bukan jenis memakai alat solek dengan tebal.Kegemarannya memakai bedak nipis dan mencalit lipstik merah di bibirnya itu.
Perlahan ibu jariku menyentuh bibir Insyirah.
Ibu jariku bermain pada lehernya pula sehingga ke lengan tangannya yang terdedah.Masih lembut dan mulus seperti dulu.Aku masih ingat lagi walaupun kami sudah lama tidak berjumpa.
Jari-jemariku beralih pada pinggangnya pula.Ramping dan masih ideal persis model-model di luar sana.Pinggang ini pernah aku rangkul dan memeluknya erat.
Aku meraup muka lantas bangun dari perbaringan.Apa yang aku buat ini?Insyirah isteri orang.Rasa bersalah kerana menyentuh Insyirah tanpa kebenarannya.Aku cuma mahu merasakannya.Aku mahu-mungkin aku merinduinya.
Kalaulah masa boleh diputarkan kembali.
"Zayn?"
Aku segera menoleh kebelakang dan mendapati Insyirah sedar dan memicit kepalanya.
"Where are we?"
"My room,you pengsan tadi.Tidurlah,I tak buat apa-apapun,"
Insyirah mengangguk dan kembali melelapkan matanya.
Share this novel