INSYIRAH
Malam itu aku hanya mampu nangis dan nangis sehingga tertidur sendiri.Keesokkan paginya,aku dapati Nazim masih tak lagi pulang ke rumah.Entah apa urusannya aku tak ambil peduli.Yang penting aku mahu keluar dari rumah ni.Kesemua pakaianku aku sumbat ke dalam bagasi dan menyumbat lagi selagi masih ada ruang.
Dina mengambil aku pukul 9.13 pagi di depan rumah.Aku terus masuk ke dalam kereta.
"Kau tinggal sementara kat rumah aku ya?"
Aku menggeleng menolak pelawaan Dina."Tak mahu,nanti Nazim cari aku kat sana,"
"Habistu kau nak ke mana?"Dina bertanya lagi namun kedua matanya masih fokus pada pemanduan.
Aku diam,agak lama juga sehingga Dina mengertak tiba-tiba.
"Hey,I'm talking to you!"Dina terus memberhentikan kereta di tepi jalan.Dia pandang aku dan menunggu jawapan.
"Aku nak ke Kuala Pilah,"
"What?!"Dina hampir menjerit mendengar kata-kataku tadi.
"Hantar aku kat stesen bas,aku balik sendiri,"Aku masih tetap dengan keputusanku mahu ke Kuala Pilah hari ini juga.
"Syii wait,wait!Kau nak buat apa kat Kuala Pilah?Ada siapa kat sana?Dan kau pergi sana sendiri?"tanya Dina bertibi-tubi,mungkin risau aku ke Kuala Pilah tanpa tujuan.
Tok Mah.
Nenek Zayn.
Setelah membayar tambang teksi,aku menarik bagasi hingga ke hadapan tangga rumah Tok Mah.
"Assalamualaikum.Tok?Tok ada tak kat rumah?"
"Walaikumussalam!Tok kat bawah rumah ni-"
Kami saling berpandangan.Aku sangka Tok Mah mungkin tak menyukai kehadiran aku di rumahnya namun sebaliknya dan meluru padaku dan memeluk aku erat.
"Insyirah!Ya Allah rindunya Tok kat Insyirah!"
Aku terkejut dengan penerimaannya namun aku tetap membalas pelukannya."Tok sihat?"
"Alhamdulillah Tok sihat sangat."Sempat Tok Mah mencium kedua pipi dan dahiku.Dia memegang wajahku,namun aku perasan reaksi mukanya berubah sedikit.Mungkin disebabkan luka yang ada di pipi kananku.
"Kenapa tak cakap nak datang?"tanya Tok Mah dengan senyuman di bibir.
"Suprise?"
Tok Mah masih senyum,mungkin memahami maksudku tadi."Jom masuk makan dulu.Kebetulan Tok ada masak banyak sikit hari ini,"
Aku mengikut Tok Mah masuk ke dalam rumahnya.Tok Mah menyuruh aku meletakkan bagasi di dalam bilik bersebelahan dengan biliknya.
Tok Mah masak hari ini nampak sangat menyelerakan.Masak lemak tempoyak,ikan masin,dan sayur kangkung.Perutku sudah berkeroncong sejak tadi.Sebaik sahaja Tok Mah mencedokkan nasi di pingganku,aku terus mencapai lauk-pauk dan memakannya dengan penuh selera.
"Makan perlahan Insyirah!Ni macam tak sarapan pagi tadi,"Tok Mah menegurku yang makan tak berhenti-henti dari tadi.
Aku sekadar mengangguk sahaja dan menambah lauk lagi.Memang aku tak sarapan jadi bila sampai tengah hari perut jadi lapar sangat.
Selesai makan dan berkemas,Tok Mah menyuruhku mengikutinya.Aku ikut Tok Mah naik ke tingkat atas rumah.Dia masuk ke dalam biliknya dan membuka almari bajunya.Entah apa yang diselongkar dalam itu sehingga dia mengeluarkan satu kotak putih.First Aid Kit rupanya.
"Duduk sini,"Tok Mah menepuk katilnya,mengarahkan aku duduk di sebelahnya.Aku menurut sahaja dan menunggu apa yang mahu dilakukan padanya.
"Antiseptik?"Tok Mah memakai spek mata bulatnya dan meneliti botol berisi cecair itu.
"Tok nak buat apa?"
"Tanya apa pula?Ni nak ubatkan pipi kamu yang luka tulah,"Tok Mah menggeleng dan menuangkan antiseptik itu pada kapas.
"Err tak apalah,"aku mahu menolak namun Tok Mah segera membantah,
"Tak apa kamu cakap?Kalau makin bernanah macam mana?"Tok Mah mula menekap kapas perlahan dan berkali-kali pada kesan lukaku itu.Aku merasa sedikit pedih namun tahankan sahaja.Kedua mataku dipejamkan dan merelakan Tok Mah mengubati lukaku.
"Dah siap,"
Aku membuka mata dan menyentuh tempat kesan luka itu sudah dilekatkan dengan plaster.
"Nak amik wuduk bukak plaster tu dan buang.Nanti ganti dengan plaster baru,"pesan Tok Mah sambil mengemas bekas First Aid Kitnya itu dan dimasukkan ke dalam almari bajunya semula.
Aku sekadar mengangguk sahaja.Jam di dinding sudah menunjukkan hampir pukul satu.Sekejap lagi masuk waktu Zuhur.Rasa seperti membazir pula pakai plaster ini awal-awal.
×××
Sudah beberapa hari aku berada di rumah Tok Mah kerana mahu melarikan diri daripada Nazim.Aku tak tahu nak kemana lagi.Abah dan Umi sudah tiada jadi aku hilang tempat meluahkan perasaan.Yang ada dalam hidupku kini cuma Nazim dan Dina sahaja.
Namun,aku merasakan begitu jauh dari mereka berdua.Nazim selalu sahaja menyakitiku dan Dina semakin sibuk dengan kehidupannya.Sampai bila aku mahu berharap pada Dina lagi?Jangan-jangan Dina sudah bosan denganku kerana asyik mendengar luahan yang sama sahaja.
Sedang aku duduk termenung di tangga rumah Tok Mah,kelihatan teksi KLIA masuk ke dalam perkarangan rumah.Jantungku tiba-tiba berdetak laju daripada biasa.
"Insyirah!Siapa datang tu?"Tok Mah keluar dan bertanyakan aku.Nampaknya Tok Mah perasan kehadiran teksi KLIA itu.
Pintu belakang dibuka dan aku mendapati seorang lelaki keluar dari teksi itu.Kami saling berpandangan buat seketika sebelum kedengaran Tok Mah memanggil namanya.
"Zayn!Ya Allah cucu aku rupanya!Ingatkan siapalah!"Tok Mah kedengaran gembira melihat Zayn sampai di Malaysia.
Zayn senyum sebelum menarik seseorang keluar dari kereta itu.
Rosa.
Budak perempuan itu agak pelik sedikit melihat suasana sekeliling.Zayn memimpin tangan Rosa sehingga ke hadapan kami berdua.
"Is that you Aunt Syii?"Reaksi Rosa berubah ceria saat menyedari aku di sini.Aku mendepakan tangan dan Rosa masuk ke dalam pelukanku.
Zayn berurusan sebentar dengan pemandu teksi dan mengambil bagasinya.
"Assalamualaikum Tok Mah,"Zayn menyapa Tok Mah dan menghulurkan salamnya.
"Walaikumussalam Zayn,baru sampai Malaysia ke?"
"Ha'ah baru je sampai,"
Tok Mah pandang Rosa lama sebelum tersenyum."Inilah Atikah Rosa yang Zayn cerita hari tu kat Tok ya?"
Zayn mengangguk lalu menyuruh Rosa menyalami tangan Tok Mah."Rosa,this is your great-grandma.You can call her Tok,"
"Tok,I'm Rosa,"Rosa memperkenalkan diri dengan senyuman manisnya."I'm five years old!"
"Pandainya dia cakap,"Tok Mah sempat memuji dan mencubit pipi Rosa."You're look alike your daddy when he was five years old too,"
"Really?He's cute or not?But I'm cuter than him right?"Rosa menyentuh kedua pipinya dan menayangkan wajah comelnya itu.
"Hish memandai dia menjawab!"tingkah Zayn membuatkan aku dan Tok Mah ketawa serentak.
"Come in,"Tok Mah mengajak kami semua masuk ke dalam rumah.Rosa sekejap sahaja boleh ngam dengan moyangnya.
"Insyirah,"panggil dia dari belakang.Langkahku terhenti seketika.Perlahan aku toleh dan mendapati Zayn memandangku.Antara kami sepi seketika,mungkin dia sedang menyusun kata untuk bertanya kenapa aku di sini.
"Are you okay now?"
Aku terkejut.Tidak sangka pertanyaan itu keluar daripada mulutnya.Kenapa dia bertanya sebegitu?Bukankah dia sepatutnya tanya tujuan keberadaan aku disini?
"I'm fine,thank you,"aku tunduk ke bawah,menyembunyikan keresahan dalam hatiku.Aku cuba menukar topik perbualan."You tak bawa Diana sekali?"
Zayn menggeleng."Dia tak bersedia lagi nak jumpa Tok."
Aku hairan."Kenapa pula?Bukankah dia akan jumpa Tok juga akhirnya.Apa salahnya datang?"
Zayn angkat bahu tak tahu mengapa.Aku tak mahu mengambil tahu lebih lanjut takut perkara ini menjadi perbalahan sekali lagi antara kami berdua.Zayn menanggalkan kasutnya dan masuk ke dalam rumah diikuti aku dari belakang.
×××
Petang itu,ketika aku dan Tok Mah sahaja di dapur memasak untuk makan malam,Tok Mah memberitahu perkara yang aku tak pernah jangka keluar dari mulutnya.
"Zayn ada bagitahu Tok Mah pasal kamu,"
Aku terkejut dan memandang Tok Mah agak lama.Tok Mah nampak tenang sekali.
"Dia boleh tolong kamu lepaskan diri daripada perkahwinan kamu sekarang ini,"sambung Tok Mah sambil merasa kuah masakannya dengan menggunakan sudu.
"Ya,dia pernah beritahu tentang itu pada saya sebelum ni,"jawabku dengan nada perlahan.
"Kamu ada hak Syii.Kamu teraniaya.Kedudukan seorang isteri patut dimuliakan,bukan jadi tempat melepaskan geram,"Tok Mah berkata lalu meletakkan sudu tadi ke dalam singki.
"Saya takut..."
"Buat apa nak takut Insyirah?Jangan takut!Insyirah kena berani!Pertahankan hak Insyirah!Tengok muka Insyirah sekarang ni?"Tok Mah menyentuh wajahku dan memandang sayu.
Aku memegang tangan Tok Mah lantas menggeleng."Saya tak kuat,"
"Ini bukan Insyirah yang Tok kenal.Insyirah yang Tok kenal sentiasa senyum dan nampak bahagia.Tapi yang di depan Tok sekarang ini yang sedih dan ketakutan,"Tok Mah memberikan senyuman nipis."Tok sayang Insyirah.Tok mahu yang terbaik buat cucu Tok,"
"Saya-bukan cucu Tok lagi,"aku mula sebak menuturkan hakikat yang kami sudah lama tiada apa-apa hubungan lagi.
"Siapa cakap?Insyirah tetap cucu Tok tak kira dia sudah tiada apa-apa pertalian pun dengan keluarga Tok.Sebab Tok dah anggap Insyirah sebahagian keluarga Tok sejak mula-mula Insyirah datang sini,"
Ya Allah terharunya mendengar kata-kata Tok Mah.Tiba-tiba aku teringatkan arwah Daddy Zayn semasa raya dulu.Makin kuat esakan bila mengenangkan perkara lima tahun lepas.
Keluarga Zayn sangat baik denganku walaupun jodoh kami hanya sekejap sahaja.Mungkin aku merupakan menantu dan cucu menantu pertama dalam keluarga mereka.
"Dengar cakap Tok ni ya,Insyirah,"
Aku mengangguk sekadar untuk menjaga hati Tok Mah.Air mata ku lap dengan menggunakan hujung lengan baju.
"Tok Mah!"
Muncul tiba-tiba wajah yang selalu aku lihat setiap kali datang ke kafe miliknya.Puteri.
"Eh Syii ada?!"Puteri nampak terkejut melihatku namun dia senyum sahaja.Kami bersalaman dan berpelukan erat.Walaupun aku bercerai dengan Zayn,hubungan aku dan Puteri masih lagi baik.
"Insyirah saja datang melawat Tok,"jawab Tok Mah merungkaikan persoalan di minda Puteri.Puteri nampak seolah tak kisah dengan kehadiranku di sini.
"Memandangkan Syii kat sini,apa kata join Put mandi sungai?"
"Hah?Ada ke sungai?"
"Ada!Belakang rumah Tok je.Syii tak tahu ke?"
Aku menggeleng tanda tak tahu langsung.Rasa malu dan sebal saling bercampur antara satu sama lain kerana tak ambil tahu keadaan kampung Tok Mah ini.
"Tak apa!Syii ikut je Put ya!Seronok tahu!"Puteri nampak beria mengajakkku sekali.Aku mengangguk sahaja walaupun rasa takut sedikit sebanyak menganggu fikiran.
"Put ada ajak Zayn dengan Rosa!Rosa mana ya?Teringin nak tengok depan-depan!Selama ini tengok gambar dia je kat Insta,"Puteri meninggalkan kami berdua dan naik ke tingkat atas.
Tok Mah hanya menggeleng sahaja.
×××
"Syii,marilah turun mandi!Tak dalam pun!"
"Aunt Syii!Come and join us!"
Rosa dan Puteri saling memanggil namaku suruh masuk ke dalam bersama mereka.Aku sekadar duduk diatas batu besar sahaja dan mengocak-ngocak air sungai.
Rosa menghampiri bersama Zayn dan memegang tanganku."Please Aunt Syii.I want play with you!"
Aku masih lagi fobia dengan air.Aku memberikan pandangan simpati pada Zayn,berharap dia faham maksudku.Dia senyum nipis lalu mengambil Rosa dan diletakkan Rosa di bahunya.
"Aunt Syii is not well today,princess,"Zayn memberi alasan supaya Rosa tak berterusan mengajakku masuk ke dalam air.
"But I can't leave her alone!Daddy!"Rosa menjerit-jerit mahu aku ikut sekali mereka mandi.Tangannya menunjukkan kearahku seolah mahu mencapai aku di atas batu ini.
Puteri perasan Rosa sebegitu lalu mendekati aku di batu besar pula.
"Hey,jomlah mandi sekali.Kesian Rosa panggil Syii tahu?"Puteri memujukku kali ini.Pada mulanya,aku menolak namun Puteri mula mendesakku.Akhirnya aku mengalah sahaja setelah mendengar Rosa asyik memanggilku dari jauh.
Kakiku perlahan-lahan masuk masuk ke dalam air.Air sungguh sejuk,biasalah air sungai.Sudah lama aku tak mandi sungai.Sejak peristiwa kehilangan Natasha,aku fobia untuk mandi di kawasan air seperti air terjun dan laut sekalipun.
Tiba-tiba,fikiranku melayang mengingati hari malang itu.
"Kakak!"
Aku merasakan seseorang menepuk bahuku kuat.
"Nak apa?"Aku masih menikmati ikan bakar yang dipanggang papa tadi.
"Jomlah mandi lagi,"
"Kakak nak rehat dulu,"
"Kakak ni dari tadi makan je,"
Aku membuat muka kasihan di depan Natasha."Ala kejap la,"
Natasha memuncungkan bibir."Kalau tak,Tasha mandi sorang-sorang,"
"Yalah-yalah kakak temankan Tasha mandi,"
"Yay!"Natasha menjerit gembira.Laju sahaja dia menarik tanganku sehingga ke gigi air.Air sungai rasa sejuk sangat,sampai aku mengigil nak masuk ke dalam.
"Kakak!Marilah sini!"Natasha menjerit memanggilku.Dia sudahpun masuk ke dalam air.
Perlahan-lahan aku masuk ke dalam air dan menghampiri Natasha.Kami bermandi-manda.Sekali-sekala mengocak-ngocak air dan menyimbah antara satu sama lain dengan gembira.
"Kakak,jom naik,"
"Kejap la,"aku menepis tangan Natasha dan lebih tertarik dengan pepatung yang hinggap pada ranting pokok yang tersekat antara batu-batu besar sungai itu.Cantik sangat pepatungnya,nak je aku bawa balik rumah jadi koleksi.
"Kakak ni banyak kejap la,"Natasha menyindir dalam pada masa yang sama,aku perasan dia asyik melihat atas sahaja.
"Jom la naik,"kali ini Natasha beria-ria mengajakku naik.
Tiba-tiba,hujan gerimis menimpa kami berdua.Kebanyakkan pengunjung sungai mula naik ke atas.
"Kakak!"panggil Natasha berkali-kali dan menarik lenganku suruh naik ke daratan.
"Natasha!Kejap la!"aku cuba menangkap pepatung itu namun dia terbang ke batu besar di tengah sungai itu.Dah la bahagian tu agak dalam dasarnya.Aku rasa ragu-ragu mahu ke sana namun kakiku sudah bergerak kearah batu itu.
"Kakak naiklah,please!"Natasha kali ini merayu apabila hujan semakin lebat.
"Sikit lagi Tasha!"aku cuba menangkap pepatung itu.Yes!Berjaya akhirnya!
"Tasha!Kakak dah dapat dia!"Aku menunjukkan pepatung itu kepada Natasha.Aku dapati air semakin kuat mengalir dan melanggar badanku yang kecil molek ini.Dasar sungai yang aku pijak seolah semakin dalam dari tadi.
"Kakak!Cepat naik!"Natasha menjerit lalu menghulurkan tangannya kepadaku.Aku berjalan selaju yang boleh dan mahu mencapai tangannya namun-
Air deras sungai itu melanggar aku kuat dan menenggelamkan aku ke dasar.Aku cuba melonjakkan badan ke permukaan tapi agak sukar.
"Tolong-tolong!"aku menjerit meminta tolong namun air memasuki mulutku dan aku tertelan banyak air.Kedua tanganku meraba-raba sekeliling untuk mencapai sesuatu membolehkan aku berpaut seketika.Banyak kali aku terlanggar batu-batu besar yang tajam membuatkan badanku terasa sakit sangat.
Aku dapat rasakan ajalku semakin hampir.Kedua mataku mula kabur dan semakin kabur.Tanganku tak lagi meraba mana-mana.Bayangan Umi,Papa dan Natasha datang silih ganti.
Tiba-tiba,aku merasakan lenganku ditarik sesuatu dan aku dapat melonjakkan badanku ke permukaan.
Dalam keadaan separa sedar,aku mendapati Natasha yang memegang lenganku dan dia menarikku ke tepi.Kelihatan dia agak sukar untuk naik ke daratan dan dalam pada masa yang sama memegangku daripada terus hanyut dibawa arus.
"Bertahan kak,"ujar Natasha lalu menolakku naik ke atas.Aku cuba bertahan,memegang erat tangannya untuk menarik adikku seorang itu naik juga.Natasha masih lagi di sungai kerana batu yang mahu dinaikinya terlalu licin.Beberapa kali dia terjatuh semula ke dalam air.
"Tasha sayang akak,"itu kata-kata terakhir Natasha yang aku dengar.Air semakin deras,namun aku masih cuba mahu menarik Natasha keatas.Takdir Tuhan,peganganku terlepas dan Natasha hanyut dibawa arus.
"Ya Allah Natasha!"jeritku kuat melihat adikku dibawa pergi.Pandanganku mula kabur dan akhirnya aku jatuh pengsan.
Natasha dijumpai dua hari kemudian.Tersekat diantara dahan-dahan pokok yang jatuh ke dalam sungai semasa hujan lebat hari itu.
Papa memeluk jasad Natasha erat sambil meraung sekuat hatinya.
"Tasha anakku!Ya Allah kenapa bukan aku yang pergi!"
Bermulalah dunia gelapku selepas peristiwa itu.
"Kau pembawa sial!Kalau bukan kau,anak aku takkan mati!"
"Insyirah!"
"Syii mintak ampun!"
"Sakit!"
"Argh sakit!Sakit!"
Habis berbirat badanku dilibas tali pinggang Papa.
"Abang!Dahlah tu bang!"
"Kau diam!Kalau kau tak reti ajar anak,biar aku ajar dia!"
Aku menekup mukaku pada lutut dan menangis teresak-esak.
"Insyirah!"
Apalah dosaku sehingga aku punca kematian Natasha.
"Argh!!"jeritku apabila merasakan aku terpijak sesuatu yang tajam semasa melalui antara batu-batu yang besar itu.
"Syii!Syii okay tak?"Puteri terus meluru kearahku dan memegang kedua tanganku erat.
"Kaki Syii sakit,"
Puteri memapahku sampai naik ke daratan.Kakiku diperhati sama ada kesan luka.Aku dapati ada kesan calar dan tidak lama kemudian darah keluar.
"Biar Put cari plaster kat rumah Tok Mah!"Puteri menawarkan diri.Rosa ikut bersamanya sekali.
"Sakit?"Zayn bertanya membuatkan aku mengangguk laju.Bukan sakit mana pun,cuma rasa pedih sikit je.
Kami saling berpandangan,agak lama.Tangan Zayn naik dan menyelitkan beberapa helai rambutku yang basah ke telinga.Kemudian,tangan itu menyentuh wajahku,lebih menyentuh luka yang ada membuatkan aku mengaduh sakit.
Tangannya beralih ke leherku dan berlalu pada bahuku yang terdedah.Aku terbuai dengan sentuhannya,sentuhan yang sudah lama aku tidak rasai.Aku memejamkan mata seketika,lupa dengan apa berlaku sekelilingku.
"I can't,"
Aku mencelikkan mata semula.Aku lihat Zayn menundukkan kepalanya dan meraup wajahnya,nampak kesal dengan perbuatannya tadi.Aku mahu bertanya kenapa namun kedengaran Puteri sudah menjerit memanggil nama kami dari belakang.
"Aunt Syii!!"
"Put dah bawak plaster!"
"Baguslah tu,"ujar Zayn lalu menyambut plaster yang dihulurkan Puteri.Dia menampalkan plaster itu pada kakiku yang tercedera tadi.Seusai sahaja menampal,dia terus bangun dari tempatnya dan mendukung Rosa sekali.Zayn meninggalkan aku dan Puteri dalam terpinga-pinga.
"Kenapa dengan Zayn tu?"tanya Puteri dengan pelik sekali.Dia membantu aku bangun dan memapahku balik ke rumah Tok Mah.
Entah kenapa hatiku retak seribu apabila Zayn berbuat sebegitu.
×××
Malam itu aku dan Rosa menonton televisyen bersama.Kami duduk di sofa dalam keadaan Rosa bersandar pada badanku.Rosa asyik berceloteh tentang rancangan yang kami tonton ini.Dia bertanyakan itu ini sehingga menganggu fokusku untuk menonton cerita tersebut.
"Can I have some water?I'm very thirsty,"tanya Rosa lalu turun dari sofa.Dia mengajakku ke dapur untuk minum.
Kami berjalan beriringan ke dapur sehingga aku terserempak dengan Zayn.Dia sedang minum juga.Rosa menarik kain pelekatnya beberapa kali mahukan air yang diminum Zayn itu.
Sementara menunggu Rosa menghabiskan minumannya,Zayn bertanyakan aku sesuatu.
"You lari lagikan?"
Aku diam sahaja.
"Syii,I sedang bercakap dengan you,"Zayn menekankan suaranya kerana dia benar-benar memaksudkan kata-katanya tadi.
Perlahan aku mengangguk.
"Kenapa Syii?Kenapa you teruskan hidup macam ni walaupun you tak bahagia?"
"I tak ada tempat bergantung,Zayn.Umi dan Abah dah lama pergi.Cuma Nazim je I harapkan-"
"Itu alasan-"Zayn menghampiri aku dan memegang kedua bahuku kemas."Masalahnya sampai bila you nak hidup terseksa macam ni?"
"Apa yang I boleh buat untuk lepaskan diri dari Nazim?"Aku sengaja mengelak menjawab pertanyaan itu dengan menyoalnya kembali.
Zayn mengeluh perlahan.
"Mintak fasakh.You rujuk pada mahkamah untuk bubarkan perkahwinan ni,"Zayn menjelaskan tindakan yang perlu aku lakukan selepas ini."Jadikan luka pada wajah you ni salah satu bukti Nazim menganiaya you,"
"Boleh?"aku menyentuh plaster yang dilekatkan pada wajahku kini.
Zayn mengangguk."Ya Syii."
"I tak nak,"
"Sebab apa you tak nak?"
"I yakin Nazim boleh berubah,"aku memandang tepat kedua matanya.
"Are you sure yang Nazim boleh berubah?Bila dia boleh berubah Syii?Dia takkan berubah,"Zayn membalas dengan nada sedikit tinggi.Mungkin rasa tercabar dengan keyakinan aku.
"Nazim akan berubah!Dia cuma perlukan masa!"aku membangkang segala hujahnya dan memalingkan wajah tanda protes.
Zayn senyum sinis."Sampai bila?Sampai lima tahun lagi?Ataupun sampai dia puas kerjakan you!"
Aku terkesima.
"Syii,listen to me-"Zayn cuba mencapai tanganku namun aku segera mengelak.
"Tak payahlah,"
"Syii,"
"I kata tak payahlah susah-susah!"Aku meninggalkan Zayn sendiri lantas masuk ke dalam bilik dan terus mengunci pintu.
"Insyirah,"Zayn bersuara dari luar.Dia mengetuk-ngetuk pintu bilikku."Dengar cakap I ni,"
"I kata tak nak means tak nak lah!"balasku dengan nada tinggi.Aku bersandar pada pintu dan menangis.Zayn takkan faham situasiku kini.
"Aunt Syii?"
"What are you doing here Rosa?"Aku memalingkan muka dan mendapati Rosa diatas katil sambil bersila.Aku lupa tentang Rosa tadi di dapur!Rupanya dia dah pergi dulu sebelum pertengkaran aku dan Zayn tadi.
Rosa tersengih."I'm playing hide and seek!"
Aku segera mengelap air mata dan meluru kearah Ros memeluknya erat."How I wish I had a daughter like you,"
"Ermm why?"
Aku merenggangkan pelukan dan pandang Rosa lama.Senyum nipis terukir."Because you both could be friends,"
Rosa sedikit bingung,mungkin dia tak memahami apa yang aku cuba sampaikan.
"Sebenarnya Aunt Syii ada anak sebaya Rosa,tapi dia dah meninggal dunia lima tahun lepas,"aku berterus terang dengan budak yang berumur lima tahun itu.Satu rahsia aku simpan selama ini yang tak pernah aku ceritakan pada sesiapa.
"Really?What's her name?"Rosa nampak teruja mendengar yang aku pernah ada anak perempuan sebelum ini.
Aku pula tak menyangka Rosa faham apa yang aku katakan dalam bahasa."You know what I meant?"
"Yeah,"Rosa mengangguk laju.Mungkin Rosa terbiasa mendengar perbualan Zayn dalam bahasa Melayu.
"Her name is-"
Tok!Tok!Tok!
"Insyirah!Kamu kat dalam ke?Nampak Rosa tak?"
"Ya Tok!Saya kat dalam dengan Rosa,"
Kedengaran tapak kaki Tok Mah berlalu dari situ.Aku kembali memandang Rosa namun dia mengetap gigi dan seolah tak tentu arah.
"Aunt Syii!I can't hold it anymore!"dia turun daripada katil dan berdiri di depan pintu.Dia terkemut-kemut sahaja membuatkan aku geli hati.
"Why?"
"I want to pee!"
Aku segera membuka pintu seluasnya dan Rosa berdesup keluar kerana tak tahan.Dalam pada masa yang sama,aku tergelak melihat Rosa versi gelabah itu.
Share this novel