BAB 14

Romance Completed 9546

"Aku benci kau!Aku benci kau!!!"

Insyirah teringatkan kunci pendua yang diletakkan di dalam almari di ruang tamu.Dia terus membuka almari kayu itu dan mencari-cari kunci pendua yang mungkin terselit-selit di mana-mana kunci yang ada.

"Oh God!Help me!"rungut Insyirah sambil mencari-cari kunci pendua bilik Dina.

Kedengaran Dina meraung lagi dan memecahkan benda berkaca.

"Yes!"kunci pendua dijumpai lantas Insyirah meluru kearah pintu bilik Dina dan membukanya.Apabila pintu dibuka,keadaan bilik sangat bersepah.Serpihan kaca dimana-mana.Bantal dan cadar berterabur di lantai.Barang make up yang berada di meja solek tunggang-langgang.

Namun,Dina tiada.Insyirah tercari-cari kelibat Dina.

"Dina?Dina???"panggil Insyirah berkali-kali.Dia berhati-hati memijak lantai yang tiada serpihan kaca tersebut.Dia perasan pintu bilik air terbuka sedikit.Kedengaran air paip mencurah keluar.Pasti Dina berada di dalam bilik air.Hatinya kuat mengatakan Dina mahu buat sesuatu yang buruk.

"Dina?"Insyirah menolak pintu bilik air dan terkejut mendapati Dina berdiri di sebelah tub yang sudah diisi penuh dengan air dan tangan kanannya sedang memegang hair dryer.Dia menoleh rakus kearah Insyirah.Rambut blonde dia sangat kusut dan mekap yang dipakainya mencair.Tangan kiri Dina menghidupkan suis hair dryer.

"Apa kau nak buat ni?"pekik Insyirah ketakutan.Dina mahu bunuh diri!

"Biar aku mati!!!"jerit Dina kuat lantas masuk ke dalam tub yang berisi air itu.Airnya melimpah keluar saat Dina masuk.

"Dina please,jangan!"rayu Insyirah lalu melangkah perlahan mendekati Dina.Dia cuba mahu mencapai hair dryer yang dipegang Dina.

"Semua tak sayang aku!!!Baik aku mati!!!"

"Aku sayang kaulah,Dina!Kenapa kau nak tinggalkan aku!"tanya Insyirah kedengaran sebak.Kedua matanya mula berair.

Dina terkedu.Dia memandang Insyirah lama.

"Aku sayang kau sangat-sangat.Kau sahabat aku,Dina.Aku tak nak kau pergi.Jangan tinggalkan aku ya?Aku takut nak hadapi sorang-sorang,"Insyirah mula berkata lembut,cuba memujuk Dina agar tidak meneruskan niatnya.

"Betul kau sayang aku?"

"Ya,ya Dina.Aku sayang kau.Kau sahabat aku dunia akhirat,"Insyirah melangkah lebih dekat lalu menghulurkan tangannya."Jom keluar ya,kita borak-borak?"

Dina menghulurkan tangannya dan Insyirah terus merampas hair dryer itu.Dia menarik Dina keluar daripada tub dengan berhati-hati.Suis hair dryer ditutup serta-merta.Insyirah meletakkan hair dryer diatas para.

Dia memeluk Dina seerat mungkin dan mencium dahi Dina berkali-kali.Apa yang telah berlaku sehingga Dina bertindak di luar dugaan sebegini?Dina mula menangis teresak-esak.Pelukan dieratkan sekali lagi dan mengumam sesuatu yang Insyirah sukar fahami.

"Dina,what's wrong?"tanya Insyirah setelah tangisan Dina reda.Dia menyelitkan rambut Dina di telinga dan cuba membersihkan mekap Dina yang cair itu.

"It hurts,"Dina berkata dengan sedu-sedan yang masih bersisa.Dia mengelap air matanya dengan lengan baju."My parents—mereka nak berpisah,"

Insyirah menyentuh bahu Dina untuk memberi kekuatan.

"Aku tahu benda ni akan terjadi tapi aku tak mahu.Aku tak mahu Syii.Aku nak mereka bahagia.Aku nak ada keluarga sempurna,"

Insyirah diam mendengar luahan Dina.

"Tadi mama aku call.Dia cakap pasal penceraian mereka.Aku terus minta Ben bawa aku balik,"

"Ben okey ke?"

Dina mengangguk."Aku rasa bersalah sebab rosakkan date kami.Tak apalah,nanti aku pandai-pandai cakap kat dia,"

"Sekarang ni kau pergi bersihkan diri.Kita sambung cerita ya?"

Dina mengangguk lagi.Insyirah mahu keluar namun dia sempat mengambil hair dryer diatas para.Dia tidak mahu mengambil risiko jika Dina mahu teruskan niatnya tadi.

Pintu bilik air ditutup.Insyirah mengeluh lega.Dia meletakkan hair dryer diatas meja solek dan mengemas bilik Dina yang agak bersepah.Semua serpihan kaca disapu dan bantal-bantal Dina disusun semula.

Insyirah membuka telefon pintar Dina dan mendapati banyak miss call dan mesej daripada 'Mama' dan Ben.Entah mengapa Insyirah tergerak mahu membuka salah satu mesej daripada Mama.

Mama
-Mama mintak maaf sekali lagi sebab mama akan tinggalkan Dina buat selamanya

Insyirah terkedu.Belum sempat dia mahu menelefon Mama Dina,pintu bilik air dibuka.Dina keluar dengan berpakaian bathrobe.Dia cepat-cepat meletakkan telefon pintar diatas meja solek dan menoleh kearah Dina.

"Kau kenapa cuak semacam?"tanya Dina pelik.

Insyirah mempaksakan diri senyum."Err tak ada apa-apa?"

"Kau kemas ke semua ni?"Dina kelihatan terharu biliknya sudah dikemas rapi.Insyirah lega Dina sudah menukar topik.Dia memandang Dina lama.Entah mengapa dia merasakan Dina ada menyimpan satu rahsia besar daripadanya.Apa yang Dina sorokkan daripadanya?Dia perlu melakukan sesuatu.Dia yakin Dina ada masalah.

Masalah keluarga selain daripada penceraian ibu bapanya.

×××

Keesokkan paginya.

Ting Tong Ting Tong

"Siapa tu Dina?"

Insyirah sedang menyapu jem strawberi pada roti menyedari loceng rumah berbunyi.Dina yang mahu minum segera meletakkan cawan diatas meja makan.

"Entah,kejap aku bukakan,"

Dina membuka pintu dan mendapati seorang lelaki yang dia kenali terpacak di depan.

"Zayn?"

Zayn?Zayn dah balik?Insyirah laju sahaja mendengar nama Zayn lantas meluru ke hadapan dan mendapati Zayn sedang berkata sesuatu kepada Dina.

"Ben risau tentang you malam tadi.Call dia nanti,"

Dina mengangguk dan menoleh ke belakang apabila menyedari Insyirah mendekati mereka berdua.Dina sempat memberikan flying kiss kepada Insyirah dan meninggalkan mereka berdua.

"Miss me?"Zayn menegur Insyirah dan memberikan senyuman manisnya.

"Yeah,"Insyirah tidak tahu menjawab apa.Dia mengundur ke belakang apabila Zayn masuk lalu menutup pintu.Zayn menyeluk ke dalam seluar jeansnya dan mengeluarkan sesuatu.

"Take this,"Dia memberikan benda itu kepada Insyirah.

"What is this?"Insyirah mengambilnya tanpa ragu-ragu.Dia menilik benda itu.Sebuah paket kecil berisi biji-bijian.

"The sunflower seeds,"jawab Zayn bersahaja.Dia duduk di sofa ruang tamu dan memerhatikan reaksi Insyirah mendapat paket itu.

"Wow,you want me to plant sunflowers?"Insyirah menjongketkan kening sebelahnya.

Zayn mengangguk kecil.

Insyirah meneliti paket berisi bijian bunga matahari itu."Oh thank you Zayn.You know what I want,"

"Obviously my angel,anything and everything about you,"Zayn menjawab dengan muka yang teramat bangga.

Insyirah mencemik lalu meninggalkan Zayn sendiri.Dia menuju ke biliknya yang berada di tingkat atas.Zayn terpinga-pinga apabila ditinggalkan Insyirah.Dia mengikuti Insyirah sehingga ke biliknya.

Zayn mendapati Insyirah sedang melihat bunga matahari yang ditanamnya sebelum ini.

"Nampaknya kau akan ada kawan baru!"kata Insyirah sendiri lalu ketawa kecil.

Zayn mengerutkan muka mendengar Insyirah bercakap sendiri.Positif.Dia sedang bercakap dengan baby dia.

"You asal ikut I hah?"kata Insyirah apabila menyedari Zayn tercengat di muka pintu biliknya.

"Yang you tinggalkan I kat bawah kenapa?"balas Zayn lalu mendekati Insyirah yang berada di beranda itu.

"Sorry tapi I tengah teruja,"jawab Insyirah selamba lalu senyum-senyum sendiri memandang bunga mataharinya.

Zayn pelik kenapa Insyirah begitu takjub dengan bunga matahari.Apa yang membuatnya begitu meminati bunga matahari?

Insyirah ini kadangakala misteri membuatkan dia mahu mengenalinya lebih lagi.

×××

Insyirah merenung pasu bunga yang ditanam sebiji bunga matahari tadi.Dia sanggup membeli pasu bunga baru semata-mata mahu menanam biji yang dibelikan Zayn pagi tadi.

"Hah tengoklah sampai kau mereput dan meninggal di situ,"sindir Dina membuatkan Insyirah mencemik mendengarnya.Dina bersandar pada pintu bilik Insyirah dan memerhati Insyirah sejak tadi.

"Aku takut dia tak tumbuh nanti,sia-sia je Zayn beli untuk aku,"Insyirah masuk ke dalam biliknya dan menutup pintu beranda.Dia menghempaskan badannya keatas katil.

"Yang kau suruh dia beli buat apa?"Dina juga turut serta mengikuti Insyirah yang sedang berbaring lalu kedua mereka meniarap bersebelahan.

"Aku tak suruh dia beli.Entah kenapa dia beli aku pun tak tahu.Aku memang suka bunga matahari tapi tak sampai tahap menanam macam ni,"Insyirah meniup helaian rambutnya yang jatuh menganggu pandangan.

"Dia nak ambil hati kaulah tu takkan kau tak sedar-sedar lagi,"

Keduanya diam.

"Aku suka dia,"tiba-tiba Insyirah bersuara.

"Apa?Kau suka Zayn?"Dina terus bertukar ke posisi bersila.

"Yalah,dia baik,romantik dan sayangkan famili dia,"Insyirah senyum-senyum teringatkan Zayn.

"Macam mana kau tahu?Kau pernah jumpa famili dia ke?"Dina membuat muka tidak percaya.

"Tak cuma aku harap Zayn bawa aku jumpa famili dia.Zayn cakap kat aku yang dia nak bawa aku jumpa famili dia masa raya nanti,"Insyirah teringatkan mesej yang dihatar Zayn semalam.

"Habis tu kau tak balik Malaysia ke raya nanti?"

"Tak agaknya,"

"Macam mana kalau umi kau tanya macam-macam.Nanti aku yang diterjahnya tak pasal-pasal!"Dina menggeleng-geleng kepala.Dia tidak mahu pisang berbuah tiga empat kali.

"Rileks sayangku,pandai-pandai aku jawab nanti.Kau jangan risaulah,"Insyirah menyakinkan sahabat baiknya seorang itu

Dina mencemik."Mungkir janji siap kau Syii!"

Insyirah mengangkat tangan kanan gaya ikrar.Dina mengangkat kedua bahu dan mula menguap.

"I'm going to sleep,good night!"Dina menggeleng kepala lantas keluar dari biliknya.

"Good night you too!"

Kedengaran mesej masuk.Dari Zayn rupanya.

Zayn
-So how about our baby?

Insyirah rasa nak je sekarang pergi ke rumah mereka dan melempang Zayn sepadu yang boleh.Malu tu memang sudah terang jelas lagi nyata.

+Still counting and I can't wait to meet him

Zayn
-Him?Mcm mana u tahu sex dia?U dh buat ultrasound ke?

Zayn sengaja memerangkapnya dalam pertanyaan maut.Insyirah ragu-ragu mahu membalas.Sekali balas mahu dibahan Zayn seminggu.

+I teka je yg u over sgt kenapa?

Zayn
-Hahaha gurau
Jgn amik hati
Ermm wonder how it looks like?

+It looks like you idiot

Zayn
-But I want her.I want her looks like you.Pretty and always.

+Are you lost of your mind?We're not married yet!

Insyirah tersedar sesuatu.Dia seperti tersalah balas.

Zayn
-So I'm gonna make sure you'll be mine
Soon;)

Kedua pipi Insyirah memerah melihat mesej dari Zayn.Dia menyebamkan mukanya pada bantal an menjerit sekuat hati.Jantungnya mula berdegup tidak sekata.Dia membayangkan apabila mereka ditakdirkan bersama.Bagaimana rupanya?Bagaimana rupa anak-anak mereka?

Jauhnya berangan cik Insyirah ini.Belum declare apa-apa dah berangan pasal kahwin.

Telefon pintar ditelangkupkan lalu diletakkan di bawah bantal.

Malunya.

Kedengaran mesej masuk lagi.

Zayn
+I'm outside ur house

Insyirah terkejut melihat mesej dihantar Zayn.

-What?

Zayn
+No kidding.I'm freezing now:(

Insyirah terus membuka pintu beranda dan menjenguk ke bawah.Memang Zayn ada di luar rumahnya.

"What are you doing down there?"jerit Insyirah mengejutkan Zayn yang sedang ligat menekan skrin telefon pintarnya.Nasib baik tidak tercampak telefon pintarnya ke mana-mana.

Zayn mendongak lalu senyum kearah Insyirah."Just missing my angel,"

"Gila!"balas Insyirah geram lalu mengambil bekas yang masih berisi sisa air untuk menyiram bunga mataharinya.Dia mencampakkan air itu ke bawah.

Malang bagi Zayn yang berada di bawah itu.Air itu terkena dirinya.

"Padan muka!"Insyirah ketawa jahat lalu masuk ke dalam semula.Dia masih ketawa kerana berjaya mengenakan Zayn tadi.Pasti basah kuyup lelaki itu.Air yang dicampaknya bukan sedikit.

Kedengaran mesej masuk.Insyirah meraba-raba telefon pintarnya di bawah bantal.Dari Zayn.

Zayn
+I anggap air tadi tanda kasih syg.
Angel,I ?? u*kiss*

Insyirah tidak mampu sembunyikan senyuman dia dan menyembamkan wajahnya lagi pada bantal lalu menjerit kecil.

Zayn memang dah gila!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience