BAB 22

Romance Completed 9546

"Syii?"

Berkali-kali Zayn memanggil nama panggilan isterinya namun tidak menyahut pula.Setelah Dina dan Ben pergi,Insyirah hilang entah kemana.Ingatkan berada di dalam bilik air untuk mandi namun lantai bilik air masih kering.

Entah mengapa firasatnya mengatakan Insyirah berada di beranda.Dia melangkahkan kaki ke sana untuk melihat sama ada Insyirah di situ.Firasatnya tepat.Isterinya sedang menanam sesuatu di dalam pot kecil yang baru dibeli olehnya sebelum pindah masuk ke dalam apartment mereka.

"Hey buat apa tu~~"

Insyirah nampak terkejut lalu mengurut dadanya.Dia mengerling Zayn di belakang dan memberikan jelingan tajam."Tengah makan,tak nampak ke?"

Zayn ketawa kecil lalu menghampiri Insyirah.Dipeluk pinggang Insyirah dari belakang lalu mencium pipi Insyirah dari tepi.

"I nak create habit baru,"ujar Insyirah sambil kedua tangannya lincah mengembur tanah tadi yang menanam biji bunga matahari."Setiap kali kita make love,I nak tanam sebiji,"

Zayn mengerutkan muka tidak memahami apa yang cuba disampaikan."Really?Bukan ke menyusahkan?"

"Apa yang susah?Tanam jelah sebiji,"

"Nanti kalau kita banyak kali buat dalam sehari takkan menyusahkan you je,"ujar Zayn lalu ketawa terkekek-kekek.Insyirah mencemik lantas memukul lengan Zayn yang memeluknya dari belakang.

"Gatalnya,penatlah I layan nafsu you je kalau hari-hari macam tu.Nak ke you keluarkan bajet beli barang-barang semua ni?"

"Okay la Syii,I janji kawal nafsu I tapi you ni,asyik nak goda I je macam mana?"

Insyirah terus mengalihkan badannya ke belakang lalu menjengilkan matanya."You memandai je kata I goda?Ingat tak ada kerja ke I asyik menggoda you?Baik I makan,"

"Makan I baru best.Boleh dapat selalu,free pula tu"

"Zayn!"kedua pipi Insyirah naik merah apabila Zayn mengungkapkan ayat tadi.Zayn ketawa terbahak-bahak lalu menjauhkan diri daripada Insyirah.Nanti entah apa Insyirah mahu buat padanya kalau dah marah.

Walaupun sekadar mengusik Insyirah dan melihat perubahan wajahnya yang mula mencuka,dia akui isterinya sangat comel.Perkara kecil itu membuatkan hari-harinya sangat bahagia.Ya,dia merasakan dialah lelaki yang paling bahagia.

"You nak makan apa?"

Pertanyaan Insyirah mengembalikan Zayn ke alam nyata.Dia mengerling jam di dinding sudah menujukkan pukul 7 malam.Insyirah sudah bergerak ke dapur,mungkin mahu memasak sesuatu untuk makan malam mereka.

"You nak makan apa Zayn?"tanya Insyirah lagi.Dia kelihatan membuka peti sejuk bahagian chiller dan mencari apa-apa untuk dimasak.

"Kita makan kat luar?"

Insyirah memalingkan muka padanya dan memberikan pandangan pelik.Aik,salahkah dia berkata tadi?

"Bukan ke you tak suka makan kat luar?"Insyirah memberi senyuman senget,mohon Zayn mengerti apa yang dia maksudkan.

Zayn tersengih.Insyirah mahu mengungkit kisah minggu lepaslah ni.Ceritanya bermula apabila Zayn mengadu lapar malam-malam buta pada Insyirah.Masa itu,mereka belum berpindah ke apartment baru.Masing-masing duduk rumah sewa seperti biasa.Zayn pun mulalah meroyan macam hilang bini sepuluh tahun.Dia nak makan masakan Insyirah juga.

Insyirah tiada pilihan menjemput Zayn datang ke rumah sewanya dan masak sesuatu untuk suaminya itu.Ingatkan selepas makan,Zayn akan pulang semula ke rumah sewanya namun benda lain terjadi.

Pagi itu Dina macam biasalah menerjah masuk bilik Insyirah untuk mengejutkan kawan baiknya.Bila je dia nampak lelaki dalam bilik Insyirah punya menjerit macam tersampuk hantu raya.

Sejak peristiwa itu,Dina yang paling beria menyuruh mereka berdua duduk serumah.Katanya,dia tidak sanggup melihat kemesraan Zayn dan Insyirah yang terlebih gula.Bukan cemburu tetapi menyampah.Mahu menghadap muka Zayn hari-hari datang rumah,memang taklah!

Zayn membuat keputusan mengajak Insyirah makan malam di luar.Bila ditanya makan dimana,Zayn kata biarlah rahsia~~

"Okay,how do I look?"ujar Insyirah lalu keluar dari ruang persalinan bilik mereka.Dia lihat Zayn ralit menyentuh keyboard skrin telefon pintarnya.

?

Zayn mengangkat muka dan dia terpana seketika.Kedua matanya gagal berkelip walaupun sekali.Insyirah nampak cantik dengan dress merah yang dibelikan olehnya seminggu yang lepas.

"Kenapa?Ada yang tak kena ke sampai terbeliak mata you tengok I?"Insyirah mengangkat kening sebelah lalu melihat dress merah yang disarung badannya.Dia berpusing sekali untuk melihat mana-mana yng tidak kena sebelum keluar makan malam.

"Wow!"sekadar itu sahaja yang diluahkan Zayn setelah beberapa minit terpana melihat isterinya."Gorgeous,"

Insyirah senyum malu mendengar pujian Zayn."You know what?Kalau umi tahu I pakai macam ni mahu bising mulut dia,"

"Tak apa,kita kat sini dan dia takkan tahu,"Zayn bangun dari katil lalu menghampiri Insyirah.Ditarik tangan isterinya dan didekatkan pada bibirnya."May I have this girl?"

"I'm yours,"

"Good to heard that,"Zayn mengucup tangan Insyirah lembut lalu menarik Insyirah dekat padanya.Dia sempat berbisik sesuatu pada isterinya,"You always know how to seduce me angel,"

Insyirah senyum malu lagi lalu melirik kearah Zayn.Acah-acah malulah tu.Puih.Dengan rasa gembira dan bahagia yang melimpah-limpah tidak cukup baldi,Zayn pun memimpin Insyirah keluar sehingga ke tingkat bawah.

Di depan apartment mereka sudah ada teksi menunggu mereka.

"Well,I belum mampu-"

Insyirah meletakkan jari telunjuknya pada bibir Zayn,memberi isyarat supaya Zayn tidak meneruskan kata-katanya.

"Bukankah kita dah bincang perkara ni?"Insyirah sempat mengucup sekilas bibir Zayn."Let's go!"

Zayn terpana seketika dengan tindakan Insyirah.Dia senyum meleret lalu ikut Insyirah masuk ke dalam teksi tersebut.

"So kita nak ke mana ni?"

"Adalah~~"

"Eh berahsia pula orang sebelah ni?"

Zayn hanya senyum-senyum mendengar Insyirah mula mengusiknya macam-macam.Disingkatkan cerita,mereka sampai di depan sebuah restoran mewah yang baru dibuka tidak jauh dari apartment mereka berdua.

"Beasr juga restoran ni ya?"komen Insyirah sambil kedua matanya tidak lepas melihat setiap pelosok restoran mewah itu.

"This way sir,ma'am,"ujar si butler restoran itu sambil menunjukkan arah jalan ke meja mereka.

Setelah melintasi beberapa buah meja yang sudah dipenuhi para pengunjung,mereka tiba di sebuah meja kosong.

"Thank you,"

Si butler menghulurkan dua buku menu masing-masing Zayn dan Insyirah.

"So nak makan apa?"

?

Seriously saya suka tengok Zayn dalam MV Night Changes.He's so handsome as hell!

"Ermm kejap,"

Insyirah menjadi rambang untuk memilih menu makanan yang disediakan di restoran itu.

"Lamanya,"

"I tak tahu nak makan apa.Semuanya sedap dan mahal!"

"Biar mahal asalkan kenyang,"

Insyirah memicingkan kedua matanya lalu menutup buku menu di tangan."Ingat ya yang you baru kerja,"

"Alaaaa,janganlah buat I rasa bersalah.I belanja makan je bukan keluar duit pergi berjudi,"Zayn menayangkan muka minta dikasihinya level 10.Bukan senang nak date kat tempah mewah seperti ini.Demi isteri tersayang,dia redah semua itu asalkan Insyirah gembira.

?

Damn,he's freaking cute as fuck!Kenapa dia buat muka innocent macam tuuu!

"Okay-okay nanti merajuk pulak,"

Zayn membuat muka bangga kerana berjaya membuat Insyirah mengalah.

"So nak makan apa?"tanya Zayn lagi setelah mereka berdua asyik memikirkan makanan apa yang mahu dimakan di dalam buku menu tersebut.

"Semua I nak makan!"ujar Insyirah tiba-tiba lalu terlangkupkan buku menu diatas meja.

"So eat me!Eat me!Eat me!"Zayn nampak teruja sambil kedua tangannya menepuk dada seolah-olah menawarkan diri untuk 'dimakan' Insyirah.

"Not you!"Insyirah cuba menahan ketawa walaupun dia sebenarnya malu apabila perbualan mereka didengari butler yang setia menunggu pesanan mereka berdua.Dia sempat menekup mulutnya agar tidak meletus."Okay-okay.I choose macaroni bolognese with a lot of mushrooms,"

"Me neither,"jawab Zayn juga mahukan menu yang sama.

Si butler tekun mengambil pesanan menggunakan nota kecilnya."For drinks?How about our new wi-"

"No thanks.We don't drink by the way.Just give us two grape juices,"pintas Zayn apabila si butler mahu menawarkan air beralkohol kepada mereka berdua.

"Noted,"angguk si butler lalu menulis lagi ke dalam nota kecilnya.Dia menyambung buat kali terakhir."Anything else sir,ma'am?"

Zayn dan Insyirah serentak menggeleng.

"So what should we do now?"tanya Zayn setelah si butler pergi meninggalkan mereka.Dia memandang Insyirah dengan reaksi comel.

?

"What do you think?"Insyirah juga berbuat begitu.Dia melemparkan senyuman menggoda kepada suaminya.

"Me?Oh I just want to kiss you right now and fuck you right here,"jawab Zayn selamba membuatkan wajah Insyirah bertukar merah sekali lagi.

"Zayn!"

Penghuni meja sebelah terkejut apabila terdengar Insyirah menepuk meja dengan kuat.Zayn mahu ketawa terbahak-bahak namun lekas menekup mulutnya kerana lucu melihat reaksi Insyirah.

"Okay just stop!"Insyirah menegur Zayn yang masih dengan sisa ketawanya.

"Oh my God,I can't!"Zayn menekup wajahnya dan masih lagi ketawa."You should see your own face!"

"That wasn't funny,"wajah Insyirah mula mencuka apabila Zayn tidak habis-habis menggelakkan dirinya.

"Okay,hehehehehe,"sengih Zayn memanjang lalu berdehem beberapa kali.Dia mengambil tangan Insyirah yang berada diatas meja lalu mengusap lembut."I'm sorry,"

"No,"balas Insyirah dengan nada merajuk namun dia tidak menarik tangannya walaupun diusap Zayn tadi.

"Here's your grape juices,"si butler muncul membawa air minuman yang dipesan mereka berdua tadi.

"Thank you,"jawab Zayn lalu memandang Insyirah.Dia mengangkat gelasnya ke udara dan dihalakan ke hadapan Insyirah."Cheers?"

Insyirah mengangkat gelasnya dan melanggar perlahan gelas Zayn."Cheers,"

Zayn senyum sahaja walaupun sedang minum.Entah Insyirah sudah maafkan ataupun tidak.Dia meletakkan gelas diatas meja lalu menundukkan kepala dan mengeluarkan telefon pintarnya dari poket seluar slack.Dia menaip sesuatu lalu tersengih-sengih sendiri.

Insyirah memerhati sahaja aktiviti Zayn yang nampak seperti syok sendiri itu.Entah apa yang lucunya dia sendiri tidak tahu.Jangan-jangan layan mesej perempuan lain sudah.

?

Kedengaran bunyi mesej masuk ke dalam inbox.Insyirah mengeluarkan telefon pintar dari clutchnya dan melihat skrin.Dari Zayn rupanya.Dia mencemikkan muka.

Mr.Malik
Adakah itu tanda u already forgive me?*love*

No

Tidak sampai beberapa saat mesej masuk lagi.Cepat juga Zayn membalas.

Mr.Malik
Oh my Syii,Im so so sorry okay?
I didnt meant it
What should I do so u will forgive me eh?

Insyirah angkat muka dan mendapati Zayn pandang dia sambil senyum-senyum.

Ur smile doesnt work on me

Mr.Malik
I know u love it*smirk*

"Your meals sir,ma'am,"tiba-tiba si butler muncul dengan dua pinggan di tangan.Dia meletakkan dengan berhati-hati di hadapan Zayn dan Insyirah.

"Thank you again,"jawab Insyirah kali ini dengan senyuman manis.Dia membentangkan napkin di atas paha dan sudah memegang sudu dan garfu untuk makan namun Zayn berdehem."What?"

?

"Oh nothing!"Zayn sengih sendiri lalu menyuap macaroni ke dalam mulutnya.Insyirah mengerutkan muka lantas membuat benda yang sama.

×××

"Whoaaa fuck!"

Zayn memaki kuat saat teksi yang membawa mereka tadi pergi meninggalkan mereka berdua begitu sahaja di tepi jalan.

"Macam mana ni?"tanya Insyirah lantas memaut lengan Zayn dan memandang tepat suaminya itu.

Zayn meramas rambutnya lalu melepaskan rengusan kasar.Dia bengang kerana teksi tadi sudah dibayar untuk pergi dan balik meninggalkan begitu sahaja.

"It's okay Zayn,kita tunggu teksi lain,"pujuk Insyirah lembut lalu menyentuh pipi Zayn.

"You menangis ke ni?"tanya Zayn menyedari ada titisan air pada wajah Insyirah.

"Hujanlah,"Insyirah menyentuh wajahnya yang sedikit basah.Dia menarik lengan Zayn ke tempat yang berbumbung tidak jauh dari restoran mereka makan tadi.

"I'm so sorry for putting us into difficult situation,"luah Zayn seolah kesal dengan apa terjadi.Dia menyangka semua kesalahan itu datang darpada dirinya

"Zayn,don't need to be sorry.Yang penting sekarang ni kita masih bersama,no matter what happened,"

"Dah lebat,"Zayn dan Insyirah melihat luar.Hujan turun dengan lebat sekali.Zayn merapatkan badannya dengan Insyirah kerana air hujan tempias padanya.Dalam pada masa yang sama,dia juga tidak mahu Insyirah dalam keadaan basah.

"It almost an hour,"gumam Zayn perlahan setelah mengerling jam tangannya.

"Macam mana kalau kita call Ben?"cadang Insyirah tiba-tiba.Entah kenapa dia tidak terfikirkan Ben untuk ambil mereka tadi.

"Shit!Phone I mati!"Zayn memcarut apabila telefon yang dikeluarkan dari poket sudah kehabisan bateri.

"So apa yang kita boleh buat di sini just tunggu mana-mana makhluk Tuhan yang boleh tolong kita yang terkandas ini,"Insyirah hanya pasrah sahaja mendengar Zayn berkata sebegitu.Dia bersandar pada dada Zayn dan menutup matanya sebentar.

"I janji akan beli kereta secepat yang boleh,"luah Zayn tiba-tiba membuatkan Insyirah mencelikkan mata semula dan kembali memandang Zayn.

"Tapi kita baru kahwin dan banyak duit dah keluar!"bantah Insyirah lantas menggelengkan kepalanya."I tak setuju!"

"Biar duit I habis asalkan you selesa,that's important Syii,"Zayn pandang Insyirah lama."I know we've been through hard weeks since we're married tapi I sanggup buat apa-apa sahaja,as long as you with me,"

"Zayn,"Insyirah mahu berkata namun Zayn memotong.

"I tak nak you tinggalkan I,"ujar Zayn kedengaran lirih.

"No,I won't leave you,"Insyirah menyentuh pipi Zayn dan menggelengkan kepalanya perlahan.

"You janji takkan tinggalkan I?"Zayn bertanya lalu memegang erat tangan Insyirah yang berada di pipinya itu."Walau apapun berlaku terhadap I?"

Insyirah berasa sebak tiba-tiba lalu mengangguk laju,"Ya,I janji takkan tinggalkan you,"

Sebuah ikrar tercipta antara Zayn dan Insyirah pada waktu malam hari itu.Bersaksikan hujan lebat mengiringi ikrar mereka,ikrar yang Insyirah sendiri mungkiri suatu hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience