BAB 24

Romance Completed 9546

Beberapa bulan berkahwin.

Dia merasakan rambutnya diusapkan beberapa kali dengan lembut.Kemudian,beralih kepada leher dan bahunya yang terdedah.Usapan itu tidak berakhir disitu.Dia merasakan lengannya itu diusapnya juga sehingga ke bahagian pinggang yang tidak berlapik dengan apa-apa.

Perlahan dia mencelikkan kedua matanya dan melihat siapa yang asyik mengusik dirinya yang sedang tidur itu.

"Good morning angel,"

Insyirah hanya senyum nipis saat disapa Zayn pada waktu awal pagi itu.

"Sorry.Did I wake you up?"Zayn bertanya lembut,namun senyuman di bibirnya tak pernah lekang.

Insyirah menggeleng kepala lalu melingkarkan tangannya pada pinggang Zayn.

"Sorry again?"ujar Zayn dengan wajah kasihan membuatkan Insyirah ketawa kecil.Isterinya sempat memberikan satu kucupan lembut lalu bangun dari katil.

"Hey,hey where did you want to go?"Zayn menarik tangan Insyirah daripada pergi.

"Prepare your breakfast la,nanti tak sempat nak makan,"Insyirah melepaskan tangan Zayn lalu senyum senget."Pergi mandi,busuk!"

"Dia pun busuk ada hati cakap orang macam tu!"Zayn mengambil bantal di sisinya lalu mencampakkannya pada Insyirah.Isterinya ketawa sahaja dan dalam pada masa yang sama cuba mengelak dari terkena.

Zayn hanya mampu menggeleng kepala sahaja.Dia bersiap cepat untuk terbang ke Perth pagi ini.Seusai bersiap,dia keluar menuju ke ruang makan.Semasa mahu menarik kerusi,dia terpandangkan beranda apartment mereka.

Dah macam taman bunga mini di beranda apartment mereka.Disusun mengikut tingkat lagi.Memang sah Insyirah terlalu obses dengan bunga matahari ini.Setiap pot bertarikh pula tu bila ianya ditanam.

Zayn geleng sendiri.Dia menyentuh pot yang baru yang bertarikh hari ini lalu sengih sendiri.

"Good morning handsome boy,"suara Insyirah menyapa dari belakang.Zayn menoleh dan mendapati Insyirah bersandar pada pintu beranda sambil memeluk tubuh.Bibirnya mengukir senyuman manis,menyenangkan Zayn melihatnya.

"I dah siapkan breakfast,lepas ni you nak fly ke Perth kan?"

"I nanti rindukan you..."

Insyirah hanya senyum lalu meletakan tapak tangan kanannya pada dada Zayn."Bila you rindukan I,letakkan tangan pada hati you dan pejamkan mata you rapat-rapat.Just call my name and I'll be there,"

"Really?Are you sure?"tanya Zayn dengan nada mengusik.Insyirah hanya senyum lalu membelakangkan Zayn dan bersandar pada badan suaminya itu

"You nak tahu something?"

"Mmm?"

"All of this are our babies,"Insyirah menunjukkan semua bunga mataharinya yang ditanam.

"You want have one?" bisik Zayn dengan nada sensual.

"Siapa tak nak baby?I teringin juga nak jadi mummy,"Insyirah senyum lalu menyentuh bunga mataharinya yang sudah besar.Namun beberapa minit kemudian,wajahnya bertukar muram."I really want too but we don't have one yet-"

"At least we had tried emm?"bisik Zayn lagi lalu mengucup cuping telinganya membuatkan Insyirah kegelian.

"Jom makan!I dah buatkan pancake untuk you,"Insyirah menarik tangan Zayn masuk ke dalam semula.

"Jangan Syii nanti ada orang tak pergi kerja hari ini,"Zayn mengenyitkan mata pada Insyirah tanda memberi isyarat.Insyirah ketawa lantas mengambil tangan Zayn dan disalami.

"Pergi kerja elok-elok,"pesan Insyirah lalu menyerahkan briefcase kepada Zayn.

"I'm gonna miss you,"

"I'm gonna miss you too.Save journey my handsome!"

Zayn mengangguk lalu berjalan keluar dari apartmentnya.Insyirah hanya menghantar Zayn dari pandangan mata.Sebaik sahaja Zayn hilang dibalik dinding bangunan,dia kembali membuka pintu apartment.

Mahu sahaja dia menutup kembali,kedengaran derapan kasut di koridor lalu muncul semula Zayn di hadapan pintu.

"Zayn!"Insyirah terperanjat melihat Zayn yang nampak tergesa-gesa.Dia membuka pintu semula.

"Tertinggal sesuatu!"ujar Zayn dengan sengihan di bibir.Dia mendekati Insyirah seperti mahu berkata sesuatu.

"Apa dia-"belum sempat Insyirah menghabiskan ayat,Zayn terus mengucup sekilas membuatkan Insyirah tergamam.

"Itu je,bye!"Zayn ketawa lalu berlalu pergi meninggalkan Insyirah yang terpinga-pinga.Dia menyentuh bibirnya lalu tersenyum sendiri.

Ingatkan apalah.

Insyirah masuk ke dalam semula sambil tersengih-sengih.Ketika mahu mengemas meja,kedengaran telefon pintarnya berbunyi menandakan mesej masuk.Dia mengeluarkannya dari kocek seluar.

Dari Nazim.

Nazim
Can we have a talk?
At Dessert Bay Cafe,10am of course.

Insyirah mengerutkan wajah.

About what?

Nazim
All once u arrived here.
Hurry
I cannot wait longer

Insyirah bersiap dahulu sebelum keluar.Dia tidak faham kenapa Nazim seolah terdesak sangat mahu berjumpa dengannya.Cermin dipandang lama,merenung diri sendiri yang sudah kemas.Rambut diikat ekor kuda.

"So apa yang penting sangat sampai kau nak jumpa aku kat luar ni?"

"Oh,salahkah aku nak jumpa kawan baik aku sendiri?"

Insyirah menjulingkan matanya keatas dan ketawa kecil."Nazim,jangan cakap kau rindu aku sudah.Bukan ke pagi tadi kau jumpa aku dalam kelas,"

"La,tu lain sekarang lain.Kita jumpa kat luar.Dah lama kita tak keluar sama-samakan?"

"Zim,kau kena faham yang aku sudah kahwin.Aku ni isteri orang,"Insyirah mengingatkan Nazim tentang statusnya kini sudah bertukar.Sejak berkahwin ini,kebanyakkan masanya dihabiskan di apartment sahaja.Ataupun ke pasar raya berdekatan membeli barang-barang keperluan yang sudah habis.

"Zayn takkan jealous kut kau keluar dengan kawan baik kau sendiri,"

"Taklah,Zayn bukan orang macam tulah.He's okay,as long as we believe in each other,"jawab Insyirah dengan yakin sekali.Dia sempat memberikan senyuman lebarnya.

"Oh really?"Nazim pula menarik senyum sinis."Saling percaya?Are you sure yang dia tak buat apa-apa belakang kau?Bukahkah sejak kebelakangan ni dia busy?Mana tahu dia ada-pasang perempuan lain?"

"What do you mean Nazim?"suara Insyirah bertukar serius walaupun sebenarnya hatinya sudah berbolak-balik dengan tuduhan Nazim tadi.Dia akui Zayn agak sibuk sekarang ini dan terpaksa terbang ke sana-sini menemui kliennya.

"Nothing,"Nazim bersandar pada kerusi dan mengangkat kedua tangan ke udara."Aku cuma tanya je tak payahlah nak amik serius sangat benda tu,"

"Kalau pasal Zayn aku mestilah aku ambil serius,Nazim.Sebab dia suami aku dan aku sayang dia,"

"Dia tak pernah beritahu you pasal apa-apa ke such as masa silam dia?"Nazim angkat kening sambil tersenyum sinis.Dia sangat yakin Zayn tidak pernah bercerita tentang itu pada Insyirah.Kalau ya,pasti perempuan senaif Insyirah tidak akan terima Zayn seadanya sejak awal pertemuan lagi.

"Nazim,aku terima dia dengan seadanya.Aku bukan Tuhan nak judge masa silam dia.Sekurangnya kami bahagia,itu yang penting sekali,"

"Andaikan kebahagiaan itu dibina atas penipuan yang sengaja diciptakan,kau masih boleh terima dia?"

Insyirah kelu untuk menjawab pertanyaan itu.Nazim sempat menghirup espresso yang masih bersisa lalu diletakkan semula diatas meja.

"Aku kenal dia Insyirah,lebih dari kau kenal dia,"

"Aku kenal Zayn sebelum kau jumpa dia lagi."

Insyirah tidak keruan sejak pertemuan dengan Nazim pagi tadi.Asyik terfikirkan kata-kata Nazim tentang Zayn.Sehingga baju yang digosoknya habis terbakar kerana terlalu banyak merenung.

Dia merengus geram akibat kecuaian dirinya.Pakaian yang terbakar tadi terus dibuang ke dalam tong sampah.Dia berlalu semula ke bilik laundry dan menggosok pakaian lain pula.Ketika mengeluarkan beberapa baju kemeja Zayn di dalam wardrobe,satu kertas resit terjatuh ke lantai.

Insyirah mengambil kertas resit itu dan merenyukkannya.Dia kembali mengeluarkan baju kemeja Zayn yang lain yang belum bergosok sebelum terjumpa satu kotak berwarna putih siap bereben merah di tepi.

Dia bingung di situ.Kotak itu diambil dan diteliti sekelilingnya.Macam mana aku tak perasan kotak ni sedangkan aku selalu buka wardrobe ni?Bisik hati Insyirah mula curiga.

Dia membuka kotak hitam itu dan melihat isi di dalamnya.Sehelai lingerie berwarna merah sungguh seksi pada pandangan matanya.Insyirah mula sengih sendiri,Zayn simpankan untuk dirinya ke?

Insyirah mengeluarkan lingerie merah itu dan mula mengacukan pada badannya.

"Cantik jugak laki aku pilih,"Insyirah mula syok sendiri.Dia mengayakannya di depan cermin wardrobe sambil senyum memanjang.

Usai berangan di depan cermin,dia kembali melipat semula lingerie itu ke dalam kotak namun ada satu benda menarik perhatiannya di dalam kotak itu.Satu kad mini berwarna keemasan.

Insyirah mengambil kad itu dan segera membaca isi kandungannya.

My beloved Erika?

Tiba-tiba,reaksi wajahnya terus berubah.Tangannya mula menggigil dan kad mini itu terus direnyuk serenyuk yang boleh.

Dia mencampakkan lingerie merah dan kad mini tadi ke lantai.Kedua tangannya meraup wajah lalu melepaskan satu jeritan kecil.

Who the hell is Erika?

×××

Tiga hari kemudian.

Zayn senyum meleret sebaik sahaja melepasi imigresen antarabangsa tadi.Dia segera menutup flight mode tadi dan menghidupkan data.Kelihatan mesej dari isterinya masuk berkali-kali.

Mrs.Malik
Where are u???
Dah sampai ke?
U jawab la:(((
Zayn!!!

Zayn terus membalas.

Flight delayed
Lambat sikit:(

Dia ketawa sendiri.Mesti Insyirah kecewa mendengarnya.

Mrs.Malik
Okay:(
I'll wait for u

Zayn lihat Insyirah berdiri tidak jauh dari tempatnya sambil melihat skrin waktu penerbangan.Dia cepat-cepat mendekati Insyirah dan memeluknya erat dari belakang.

"Zayn!"Insyirah terkejut apabila mendapat tahu lelaki yang memeluknya sekarang ialah suaminya."I ingat you belum sampai!"

"I saja cakap lambat,sebab I tahu you akan datang jugak akhirnya,"

Insyirah memusingkan badannya ke belakang dan senyum melebar melihat suaminya.Zayn mendekatkan wajahnya pada Insyirah lalu mengucup sekilas bibir isterinya itu.

"I missed you so damn hard,"ucap Zayn dengan penuh perasaan.Dia sukar menggambarkan betapa dia merindui Insyirah sepanjang komitmen kerja di Perth.

"I missed you too,"balas Insyirah lalu memeluk Zayn erat.Dia dapat merasakan degupan jantung Zayn agak laju ketika itu.Dia suka mendengarnya,salah satu bunyi kegemarannya setiap kali disamping Zayn.

"I couldn't sleep without you by my side.It's hard you'd know?And we can't have pillow talk like we used to,"Insyirah menggumam perlahan,lalu mendongakkan wajahnya melihat Zayn.

"Tonight,I promise."Zayn senyum makna membuatkan Insyirah melonggarkan pelukan.Kedua pipinya naik merah.Comel.

Mereka pulang ke rumah.

×××

"I kena keluar jap,"Zayn mencium pipi kanan Insyirah lalu mencapai kunci kereta diatas meja kopi.

"You nak ke mana?"Insyirah yang sedang menyiapkan makan malam mereka terus terhenti.

Zayn mengerling kearah isterinya lalu senyum nipis."Jumpa kawan,"

Suaminya pergi nampak tergesa-gesa seolah-olah sangat penting untuk berjumpa kawannya.

"Ben ke?"tanya Insyirah lagi namun Zayn sudah menutup pintu.Dia merengus geram dan menyambung aktiviti memasak makan malamnya.

Sudah hampir dua jam Zayn keluar namun tidak pulang-pulang lagi.Entah keberapa kali Insyirah menguap.Kedua matanya mula kuyu dan menunggu untuk terkatup sahaja.Namun dia gagahkan juga kerana mahu makan malam bersama suaminya.

Zayn pulang agak lewat.Entah kemana suaminya pergi.Bila ditanya Zayn menjawab rumah kawannya sebentar.Entah siapa kawan dia,Zayn nampak seperti tidak mahu mengulas lanjut tentang itu.

Makan malam hari itu agak sedikit dingin.Zayn hanyut dengan makanan yang dimasaknya manakala Insyirah tidak habis-habis memikirkan apa yang Zayn cuba rahsiakan daripadanya.Perempuan dan overthinking memang tidak boleh dipisahkan.

Kedengaran telefon pintar berbunyi lagu Starboy nyanyian The Weeknd memecahkan kedinginan antara mereka.Zayn dan Insyirah saling angkat muka dan berbalas pandangan.

"Not my ringing tone,"si isteri bersuara membuatkan suaminya menepuk dahi.

"Mine,"Zayn segera bangun dan membasuh mulutnya.Dia menjawab panggilan dan berlalu ke ruang tamu.

Insyirah berasa curiga sekali lagi.Dia bangun dan mengikuti Zayn dari belakang.Tidak pernah sepanjang perkahwinan mereka,Zayn menjawab panggilan secara senyap-senyap sebegitu.Dia mendekatkan telinganya pada dinding dan mencuri-curi dengar perbualan Zayn dengan siapa entah kenalannya.Zayn pula bercakap bagai berbisik,cukup membuatkan Insyirah bertambah curiga dan geram.

Perbualan berakhir.Zayn menghela nafas panjang sebelum memasukkan telefon pintarnya ke dalam poket seluar.

"Siapa call?"

Zayn menoleh dan nampak terkejut melihat Insyirah yang muncul dibalik dinding.Dia mengukir senyuman dan seraya menjawab,"Ben,"

"Oh kenapa Ben call?"tanya Insyirah lagi lalu berjalan mendekati Zayn.

"Sejak bila jadi overprotective kalau orang call?"Zayn mengangkat kening sebelah namun senyumannya masih lagi terukir.

"Sejak I jadi isteri you,"jawab Insyirah kedengaran agak sarkastik cukup membuat Zayn geli hati.Dia ketawa kecil melihat Insyirah yang mula mencuka.What a great response.Cemburu rupanya.Tak apa,cemburu tandanya sayang.

"Syii,you tahu kan siapa I sayang sekarang ni?"ujar Zayn lalu menarik Insyirah dekat padanya.Tangannya dilingkarkan pada pinggang Insyirah yang ramping itu.

"You-"mahu sahaja diluahkan apa yang bersarang di mindanya sejak tiga hari yang lepas.Tentang kotak putih itu.Tentang-namun seringkali asyik gagal sahaja.Zayn bijak memanipulasi keadaan.Dia hanyut dalam ciuman yang diberikan Zayn.

"I cuma sayang you-seorang,"bisik Zayn senafas lalu kembali mengucup Insyirah kembali.

"Zayn-"Insyirah kalah akhirnya,dia mendalamkan lagi ciumannya pada Zayn.

"Angel..."Bibir Zayn beralih kepada lehernya yang jenjang itu.Bau wangian Insyirah meresap ke dalam jiwanya,memberi rangsangan untuk meneruskan aktiviti menggoda isterinya.

"Jangan-"Insyirah menjarakkan dirinya daripada Zayn.Dia cuba fokus kepada tujuannya,bertanyakan tentang apa yang dijumpai tiga hari yang lepas.Kotak yang disimpin Zayn di dalam wardrobe itu.

"Kenapa?"

"Hari tu I ada jumpa sesuatu dalam wardrobe you,"

Zayn diam tidak menyampuk,dia membiarkan Insyirah meneruskan kata-katanya.

"Siapa-"

"Siapa?"

"You ada sorokkan apa-apa dari I?"

Zayn nampak sedikit tersentap namun cuba bertenang sebaik mungkin."Sorokkan apa?"

"Betul ke you tak sorokkan apa-apa dari I?"

"Syii apa ni?Apa yang you cuba nak tahu daripada I?You curiga dengan I ke?"

"Tak,mungkin.I cuma tanya,"

"Tak dan mungkin,two different things,Insyirah.If you want to ask me something,just ask,"

"If I ask you something,promise me that you will answer it honestly?"

Zayn mengangguk senyum,mengiyakan kata-kata isterinya.

"Who is Erika?"

Wajah Zayn jelas berubah.

"Who the hell is Erika,Zayn?"

"Syii-"

"Answer me first!"

"She just-my friend,"

"Really huh?Erika is just your friend?Why did you buy her that fucking lingerie!"

"I buy that fucking lingerie-for her birthday,"

"Liar!"

Zayn berlari mendapatkan Insyirah yang berlalu pergi.Isterinya masuk ke dalam bilik laundry mereka dan membuka wardrobe.Dia memunggah kesemua pakaian di dalam itu dan mengeluarkan kotak yang dijumpainya hari itu.Dikeluarkan lingerie merah itu dan ditunjukkan pada Zayn.

"Siapa Erika?"

"Kawan I,Insyirah,"

Insyirah mencampakkan lingerie itu ke dalam tong sampah berdekatan dan mula menangis.Fikirannya mula ternganggu dengan memori Nazim memberitahu tentang masa silam Zayn tiga hari lepas dan Zayn pula tidak jujur dengan dirinya.

"Insyirah,"

"Stay away,"

"I minta maaf,I tak ada niat nak buat you macam ni,I tak mahu you sakit hati,"

"Isteri mana yang tak sakit hati bila suaminya tidak berlaku jujur dengannya!Simpan benda tu dan bagi alasan yang itu hadiah buat kawannya!Kawan dia ke atau kekasih gelapnya?"

Zayn sekali lagi tersentap.Dia cuba memegang lengan Insyirah namun Insyirah menepis.

"Don't touch me!"

"Insyirah,please listen to me!"

"Just leave me alone-"

"Did you know that I miss you so damn hard,"Zayn mengeratkan lagi pelukan,dia melekapkan wajahnya pada bahu Insyirah.

"You lied,"Insyirah menjawab dengan suara yang ditahan-tahan sambil cuba melonggarkan pelukan Zayn padanya."Please let me go,"

"No,I won't let you go away from me,"Zayn melepaskan keluhan perlahan.Dia tidak menjangkakan semua ini akan berlaku.Silapnya sendiri meletakkan hadiah itu di dalam wardrobe.Sepatutnya,benda itu sudah ada pada 'Erika'.

"I love you,"bisik Zayn dengan sepenuh hatinya."I love you more than you know,"

Insyirah memejamkan matanya serentak menggeleng-gelengkan kepala.

"Erika tu-ex you ke?"

Zayn diam.

"Jawab Zayn!"

Insyirah merasakan anggukan pada bahunya.Hatinya patah seribu mendengar jawapan menyakitkan itu.

"Did you still contact her?"

"No,"

"Do you love her?"

"No,Syii!The answer is no!I only love you.Syii,look at me!"

Mereka saling bertentangan mata.

"Kenapa you tak percayakan I?Benda ni kecil-"Zayn menyentuh kedua pipi isterinya namun kedua tangannya segera ditepis.

"Kecil you cakap?Benda ni besar bagi I!You takkan faham!"Insyirah mengundurkan diri beberapa langkah.Dia menyentuh dahinya dan menggeleng kepala."I need some space,yup really right now,"

Insyirah meninggalkan Zayn sendiri di dalam bilik laundry itu.Beberapa titisan air mata jatuh di pipinya.Terlalu banyak persoalan bermain di mindanya kini.

Antara Nazim dan Zayn,mana yang patut dia percaya?

Kepercayaannya mula goyah.

Hanya kerana masa silam Zayn yang misteri.

Dan Erika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience