ZAYN
Segarnya!Setelah mandi dan bersiap,aku keluar dari bilik dan menuju ke dapur.Peti sejuk dibuka untuk mencari apa yang patut dimasak malam ini.Perut dah lama lapar sebab berjalan kaki balik apartment tadi.
"You buat apa?"
Suara Insyirah menyapa dari belakang.Aku menoleh kebelakang dan mendapati Insyirah berdiri memerhatikanku.Dia memakai baju tidur berwarna merah dengan rambut diikat tinggi.Babi!Dia ni nak menggoda aku ke?Dia tak ingat ke aku suka dia pakai warna merah?
Aku berdehem beberapa kali sebelum menjawab,"Nak masak makan malam,"
"Oh ya,masak apa?"
"Apa yang ada?"aku mengangkat bahu dan meneruskan pencarianku mencari bahan dari melihat dia macam tu.Kan benda lain aku makan malam ni.
Aku perasan Insyirah berdiri disebelahku turut join aku mencari bahan untuk masak malam ni.Secara automatik aku terbau perfume dia yang wangi.Bau yang sama.Bau yang aku rindu sejak lima tahun yang lepas.Bau yang buat aku teringat setiap malam pada dia.Bau yang sentiasa menggoda aku.
Aku menjarakkan diri sedikit dari Insyirah.Setan mula bisik macam-macam agar aku mendajal malam ini dengan isteri orang.Shit!
"I nak potong bawang,"aku berkata apabila Insyirah menyedari aku mengelak daripadanya.
"You nak makan makanan melayu ke?"
"Macam you tak tahu,"aku sengaja mengungkit tentang masa lalu kami.
"Malam ni biar I masak,"Insyirah menawarkan diri.Peluang ini memang ditunggu-tunggu aku selama ini.Satu,masakan Insyirah sedap.Kedua,dia pandai masak makanan melayu!
"I tolong okay?"
Kami bekerjasama memasak di dapur malam itu.Entah mengapa aku rasa bahagia sangat-sangat malam ni.
×××
Selepas makan malam,kami duduk berdua di depan tv menonton cerita hantu.Insyirah mana suka cerita hantu semua bagai.Dia pada mulanya menolak untuk menonton bersama namun beberapa kali memujuk,mengalah jugak dia.
Kami menonton The Conjuring 2 berdua bertemankan popcorn yang aku beli minggu lepas tidak dimakan-makan sebab aku tak ada mood nak mengunyah.Nasib baik ada Insyirah sebab perempuan ni hantu popcorn sebenarnya.
Cerita baru bermula namun aku perasan Insyirah dah gelisah.Dia mendekatkan badannya padaku dan sesekali memeluk lenganku kerana terlalu takut.Ada satu part dimana muncul si Valak tu dia menjerit kuat macam hantu nak keluar dari tv!
"Insyirah!"aku menenangkan dia yang sudah gelabah cicak.Insyirah terus bangun dari sofa dan mencapai remote tv.
"Tukar cerita ya?"
"No Insyirah!Give me back that remote!"
"No and never!"
Kami berebut remote tv sehingga saluran tv banyak kali bertukar-tukar.Insyirah ketawa terkekek-kekek.Dia melarikan diri sehingga ke dapur.
"Hah!Where you wanna go huh?"aku mendekati Insyirah di hujung dengan tersengih.Insyirah menayangkan remote itu ke udara.Aku perasan kaki Insyirah memijak sesuatu.Dia nak buang dalam tong sampah?
"You takkan berani!"aku memberhentikan langkah.
"Who says?"dia senyum menggoda cukup membuat aku tergoda.Shit!Perempuan ni pakai ilmu apa sampai perasaanku jadi macam ni?Perasaan mahukan dia?
Aku lantas menangkap pergelangan tangan Insyirah dan namun gagal menghalang tangannya daripada membuang remote tv ke dalam tong sampah.
Dush!
Remote tv aku!
Akhirnya masuk ke dalam tong sampah!
Insyirah ketawa berdekah-dekah macam kena histeria.Dia sukalah kerana berjaya mengenakan aku dari menukar saluran tv.
Aku melingkarkan tanganku ke pinggang Insyirah lantas menariknya dekat padaku.Insyirah agak terkejut dengan tindakan aku dan menampar bahu aku lembut.
"Nakal tapi jangan macam-macam,"Insyirah berkata dengan suara menggoda.
"Entah kenapa rasa nak nakal-nakal malam ni,"aku sengaja mengusiknya membuatkan kedua pipinya mula memerah.Malulah tu padan muka dia!
"Zayn!"dia marah aku pulak.Siapa goda siapa ni?
Aku perasan sesuatu pada leher Insyirah.Nampak jelas biru kehitaman pada bahagian itu.Entah mengapa aku tidak sedap hati.Dia mengingatkan aku pada kes aku pegang sebelum ini.Kes penderaan seorang wanita yang dipukul suaminya yang kaki minum.
"Insyirah,apa ni?"aku menyentuh bahagian lebam itu membuatkan dia mengaduh.Dia menolak badanku dan menyentuh tempat yang aku sentuh tadi.
"Tak ada apa-apa,"ujarnya perlahan.Dia elak bertentangan mata denganku.
Kau tak pandai menipu Insyirah apatah lagi aku seorang lawyer.
"Tak ada apa-apa?Betul ni Insyirah Imran?"Ambil Insyirah nama ayah kau aku sebut sekali.
"Betul la buat apa I nak menipu!"
Yes,dia terkena!
"Ada I kata you menipu,Insyirah?"wajah Insyirah berubah apabila aku mula membuat perang psikologi padanya.
"Zayn,jangan!"dia merayu apabila aku menarik dia dekat padaku lagi.
"Mind you share with me why you leaving for Perth alone?"tanyaku dengan lembut.Nak psiko orang bukan senang tapi putar belit cerita memang aku pakar.Dah aku mention kat korang aku lawyer dalam cerita ini?
Insyirah diam.Dia memandang lama lantai apartment aku macam ada benda menarik kat bawah itu.
"I bawa diri,tenangkan fikiran."dia memegang lenganku lalu melepaskan keluhan.
"From what?"aku bertanya lagi.
"Tak ada apa-apa,"Insyirah menggeleng.
"Jangan mengelak Insyirah.I tahu you masalah,tak adanya you pergi jauh ke Perth tanpa Nazim,"
Insyirah pandang aku lama.Mata dia berkaca-kaca.
"From him,"jawab Insyirah perlahan.
"Korang gaduhkah?"
Insyirah tidak menjawab.Angguk pun tak.Geleng pun tak.Runsingnya kepala aku ni.Insyirah memang terlalu berahsia!
"You tak baik tinggalkan Nazim macam tu je.Dia tahu tak yang you fly ke Perth?"
Insyirah mengangguk.
Aku menghela nafas panjang.Aku melihat kesan lebam tadi pada leher Insyirah.Pasti banyak lagi kesan macam tu pada bahagian lain.Hatiku sangat yakin.
Dia kena pukul ke?Apa yang Nazim buat pada dia sampai biru kehitaman ni?
Cardigan maroon Insyirah dilurutkan dan aku menyangkutnya pada lenganku.Jari-jemariku menyentuh leher Insyirah yang nampak lebam kebiruan.Apabila aku menekan sedikit kulitnya,dia mengaduh.
Jari-jemariku turun pada bahunya yang juga nampak lebam masih baru dan seterusnya lengannya juga yang terdedah kerana dia memakai gaun tidur satin merah.Naluri kelelakianku berkocak melihat Insyirah memakai sebegitu.Segera aku memakaikan cardigan maroonnya tadi.
"You look so hurt,"
Aku sedih lihat dia macam ni.Sumpah aku sedih sangat-sangat.Sampai hati Nazim perlakukan Insyirah macam ni.Sedangkan aku sebelum ini dengan Insyirah,tak pernah aku cuba menyakiti dirinya.Malah,bila Insyirah meminta aku melepaskannya dulu,aku rela.Aku rela kerana aku sayangkan dia.
"Dia tak patut buat you macam ni Syii,"
"I sayangkan dia,Zayn"
Cinta itu buta.
"Masalahnya ini dah masuk isu keganasan rumah tangga,Insyirah!Ini kes serius!Sebagai peguam,I boleh dakwa dia!"aku menegaskannya tentang itu pada Insyirah namun dia menggeleng.
"Jangan Zayn.I tak mahu!Jangan buat apa-apa!"
"Dia dah melampau!I tak boleh biarkan semua ini berlaku!You kena buat sesuatu!"
Insyirah mengambil kedua tanganku."I merayu pada you Zayn.Please jangan dakwa dia,I tak nak kehilangan dia!"
"Sampai bila Insyirah?Sampai you mati kat tangan dia?"
Insyirah menangis teresak-esak.Entah mengapa aku bengang kerana Insyirah beria mempertahankan Nazim.Bukan aku tak kenal dia.Lelaki macam tu barannya memang tahap langit.Aku banyak kali bergaduh dengan dia dulu.
Aku memeluk Insyirah erat.Insyirah masih menangis dalam pelukanku.Setiap kali dia menangis,aku terluka.Aku dapat merasakan apa yang dia rasa.
"Kenapa dia buat macam ni kat you?"
Insyirah menggeleng."I tak tahu,"
"Dia stress?Jealous?"aku menduga.
"Mungkin,"Insyirah menjawab perlahan.
"Sejak bila?"
"Sejak I kahwin dengan dia,"
"Fuck him.I'm gonna drag him to court!"aku tekad akan membawa Nazim ke muka pengadilan.Aku akan pastikan Insyirah mendapat pembelaan atas perbuatan dia lakukan terhadap isterinya!
Tangisan Insyirah yang merayu padaku tidak aku endahkan malah dia menjadikan aku bertambah nekad membuat dakwaan keatas Nazim nanti.Aku teringatkan kawan aku yang belajar sama-sama denganku di sini.Dia sudah menjadi peguam terkenal di Malaysia.Mungkin dia boleh bantu.
"Dahlah Insyirah.Jangan nangis ya?"aku memimpin Insyirah menuju ke biliknya yang aku sediakan tadi.Insyirah segera baring diatas katil dan masih menangis.
Aku tak tahu nak kata apa lagi.Aku tak mahu Insyirah berterusan terseksa dalam perkahwinan mereka.Insyirah tak bahagia.Itu yang pasti.Aku tak faham kenapa Nazim sanggup bertindak sebegini pada Insyirah.Aku mengusap bahunya sebelum mahu meninggalkannya.
"Temankan I kat sini untuk malam ni?"
Langkah aku terhenti.Aku silap dengarkah?Aku menoleh ke belakang dan mendapati Insyirah bangun mengharapkan jawapan aku.
"Oh okay,"aku menghampirinya lantas mengambil tempat di sebelahnya dan baring.Kami saling berhadapan antara satu sama lain.
"Tidurlah,I tak buat apa-apa,"aku memberi jaminan.
Insyirah melelapkan kedua matanya.Aku menarik selimut dan menyelimutkannya sehingga ke bahu.Lengannya ke tepuk lembut berkali-kali,seperti mendodoikan seorang bayi.
Aku teringatkan satu lagu Melayu nyanyian Faizal Tahir.Entah mengapa lagu itu berputar dalam fikiran sehingga aku terikut menyanyi.
Biarkan berlalu semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Kemana kau mahu
Selamat malam sayang
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu
Insyirah membuka matanya.Kami saling bertentangan.
Dia senyum.
"Suara you merdulah,dah lama tak dengar,"
Aku juga senyum."I dah bersara dari menyanyi,"
"Apa salahnya lawyer kerja part-time jadi penyanyi?"
Aku tergelak."Kerja jadi lawyer kena komitmen lebih,Insyirah.Kena pergi sana sini.Belum masuk perangai client lagi,"
Tangan Insyirah menyentuh pipiku membuatkan aku tergamam seketika.Sentuhan Insyirah benar-benar memberi efek kepadaku sehingga jantungku berdegup kencang lebih dari biasa.
Insyirah mendekatkan wajahnya padaku sehingga hidung kami bersentuhan kali ini.Nafasku jadi sesak tiba-tiba.
"Insyirah?"
Serentak itu Insyirah memberikan satu kucupan lembut pada bibirku.
"Zayn,"bisik Insyirah perlahan,"Apa yang I buat ni?"
"You kenapa kiss I?"
Insyirah menggeleng.Dia sendiri keliru dengan tindakannya tadi.
"Zayn,kenapa I tinggalkan you?"
Aku diam memandang Insyirah lama.Pertanyaan Insyirah dibiarkan sebab dia sendiri tahu jawapannya.
"Kalau I bagitahu I masih sayangkan you lagi,you terima?"
Insyirah tergamam mendengar luahanku."Habistu macam mana Diana?"
"Dia..."aku sendiri tak tahu nak jawab apa.Dimana aku letak Diana dalam hatiku.
"Zayn,sudah lima tahun kita berpisah.You tak teringin bahagia ke dengan orang lain?"
"I bahagia kalau you bahagia.Masalahnya you sekarang tak bahagia dengan Nazim.Kalau tak,tak mungkin you ikut I ke Sydney,bukan?"
Insyirah terpempam mendengar kata-kataku.
"I ingat nak lawat tempat belajar kita dulu,"jawab Insyirah perlahan.
"Insyirah..."
Dia angkat muka dan kembali bertentangan mata.
"Welcome home,Insyirah.Setelah bertahun you pergi akhirnya you kembali ke sini,"
Dia senyum sehingga menitiskan air mata.Nak menangis lagilah tu.Kenapalah Insyirah ni cengeng sangat?
"Glad I found you,"
"Glad I found you back,"serentak kami berkata.
And I found you back my angel.
Aku mengelap air matanya yang mengalir di pipi lalu memberikan kucupan pada kedua kelopak matanya,turun ke hidungnya dan seterusnya ke bibirnya yang merah itu.Pada mulanya,ia sekadar kucupan lembut namun aku menolaknya baring dan mengucupnya dengan lebih rakus.
Insyirah pula tidak memberi sebarang penolakan malah membalas ciuman aku tadi.Kami mula berlaga lidah agak lama sehingga Insyirah menolak aku tiba-tiba.
"I tak boleh nafas!"luahnya dengan termegah-megah membuatkan aku geli hati.
"I miss you Insyirah,"bisik aku lembut lalu mengucup lehernya.
"I miss you too,"balas Insyirah lalu senyum lebar membuatkan hati aku berbunga-bunga.
Dan malam itu,kami curang pada pasangan masing-masing.
Share this novel