Insyirah
Berbekalkan maklumat yang dihantar Sasha tadi,aku berjaya pergi ke tempat boxing yang dicakapkan.Ia merupakan sebuah warehouse bercat merah dan terdapat papan tanda Fred's di hadapannya.
Dari luar lagi sudah kedengaran bunyi muzik yang kuat dan suara orang bercakap-cakap.Aku tak pernah pergi ke tempat sebegini namun disebabkan aku teringin sangat berjumpa Zayn,aku masuk sahaja tanpa pedulikan sesiapa.
"Hi,"
Seorang lelaki tempatan menegur aku di laluan masuk ke gelanggang.Terdapat garis-garis putih pada rambutnya menandakan lelaki ini sudah berusia.
"Err hi,"aku menjawab sapaannya dan memberikan senyuman manis.
"Seems you're not from here,"dia meneka dengan meneliti wajahku,mungkin sudah terbiasa jumpa pelancong luar.
"Oh,I'm Syii from Malaysia,"aku segera memperkenalkan diri.
"Syii,what a beautiful name.I'm Fred,the owner of this place and nice too meet you,"Fred menghulur salam perkenalan dan menyambut tangannya dengan mesra."How can I help you miss?'
"Yes,I come here looking for Zayn,I mean Zayn Malik.Do you know him?"aku terus memberitahu tujuanku ke sini.
"Oh Zayn?Why did you tell me earlier.He's getting ready for semi and final match and that's why a lot of people come here.You must watch this!"
Aku terkejut mendengarnya.Zayn sertai perlawanan boxing ini?Fred nampak bersemangat sekali dan mengajakku untuk menonton perlawanan selepas ini.
Fred menyuruhku mengikutinya dan duduk di sebelahnya ketika perlawanan berlangsung.Gelanggangnya berada di tengah-tengah tempat itu.
"That's Zayn!Go Zayn!"Fred menepuk tangan saat dua peserta perlawanan pertama masuk ke gelanggang.
Dadaku berdebar-debar saat Zayn masuk ke dalam gelanggang itu dan berhadapan dengan lawannya.Aku tak pernah tahu dia mahir berboxing dan dia sendiri tak pernah bercerita tentangnya.
"ROUND ONE!"jerit pengadil dari atas gelanggang.
TING!TING!TING!
Para penonton mula bersorak sebaik sahaja perlawanan dimulakan.Bulu romaku meremang kerana ini merupakan kali pertama aku menonton perlawanan boxing.
Zayn kelihatan fokus pada lawannya lebih besar daripadanya.Pada awal perlawanan,mereka sekadar mengacah sesama sendiri.Namun apabila mendapat peluang sahaja,Zayn tak teragak melepaskan tumbukan kepadanya.
Tiga kali tumbukan sahaja Zayn menang perlawanan pertamanya.
"Magnificient!"puji Fred dan serentak itu ramai penonton bersorak padanya dan menyeru namanya berkali-kali.
Zayn ke sudut gelanggang dan berehat seketika.Beberapa orang pembantu mengelap peluhnya dan memberikannya air minuman.Salah seorang daripada mereka memberikan kata-kata semangat.
"Dia lelaki yang hebat,"tiba-tiba Fred membuka cerita padaku tentang Zayn.
"Sejak bila dia masuk boxing?"
"Lima belas tahun,masih mentah dan nerd.Selalu kena buli.Saya yang ajak dia berboxing.Pada mulanya dia agak ragu-ragu.Entah suatu hari dia datang sini mahu belajar,"
Fred senyum sahaja mengingati peristiwa itu walaupun sudah lama berlalu.Pasti ada banyak memori yang dia lalui bersama Zayn.
"Dia bersungguh-sungguh mahu belajar dan saya nampak dia ada masa depan yang cerah dalam bidang ini,namun malangnya sejak satu peristiwa,"
"Peristiwa apa?"
"Disebabkan kawan baiknya bernama Alex,dia berubah dan tinggalkan dunia boxing,"Wajah Fred bertukar mendung menunjukkan dia sedih dengan keputusan Zayn waktu itu.
Tak sangka abang Ben memberi kesan pada kehidupan Zayn.
"Dia pindah ke Sydney,bertahun tahun tak pulang.Tiba-tiba,dia datang semula ke sini.Katanya rindu,"Fred ketawa sendiri.Dia menggeleng kepala,"I know he will come back,"
"ROUND THREE!"
TING!TING!TING!
Sama seperti tadi,Zayn berjaya menumbangkan pihak lawan dalam pusingan ketiga dan menang.Pengadil mengangkat tangannya ke udara menandakan dia bakal mara ke final.
"FINAL ROUNDDDD BETWEEN ZAYN AND JACK OLIVERSSSS!"
Penonton bersorak lebih kuat kali ini.
"Jack Olivers.Dia paling kuat dan paling digeruni disini.Tapi saya tak berapa kenan dengan Olivers.Dia memang tak berhati perut dengan lawannya.Baru-baru ni,dia gigit telinga lawannya sehingga putus!"Fred bercerita dengan penuh semangat sehingga aku yang naik seram mendengarnya.
Tak sanggup aku lihat Zayn dikerjakan si Olivers itu.Telinga putus?Pengsan aku agaknya disitu walaupun bukanlah telinga aku mangsanya.
TING!TING!TING!
Zayn dan Jack Oliver mula berlawan.Macam biasa pada awal perlawanan,mereka saling mengacah antara satu sama lain.Entah mana silap Zayn,Jack Oliver menumbuk perut Zayn membuatkan Zayn senak dan terundur ke belakang.Jack Oliver mengambil kesempatan melepaskan dua tumbukan berturutan ke pipi Zayn sehingga Zayn tercampak jatuh ke gelanggang.
"Oh shit!"Fred mencarut bukan-bukan sehingga bangun dari kerusinya.Aku pula terkejut dan tak menyangka Zayn tumbang ketika pusingan pertama!
TING!TING!TING!
Pusingan pertama habis.Zayn bangun dengan keadaan terhuyung-hayang dengan hidungnya keluar darah pekat.Pembantunya segera memapahnya ke tepi gelanggang,mengelap darah di keluar dari hidungnya dan memberikannya minuman.
Fred bangun dan menghampiri Zayn di sudut gelanggang.Dia mengucapkan sesuatu,mungkin kata-kata semangat kepadanya.
"You're gonna make it!You're my man!Go!"Fred menepuk bahu Zayn dan menghantarnya masuk semula ke dalam gelanggang.
Zayn berhadapan semula Jack Oliver.Dia nampak seperti hilang fokus pada perlawanannya menyebabkan Jack Olivers mengambil kesempatan menumbuknya berkali-kali.Zayn bertahan dengan menggunakan kedua lengan.
Zayn tumbang betul-betul berhadapan denganku.Aku mahu sahaja bangun dan menerpa dia disitu tapi aku rasa tak patut pula.Aku hanya mampu berharap dia perasan aku disini.
Zayn cuba bangun dan memandang ke luar gelanggang atau lebih tepat kearah aku dan Fred disini.Dia perasankan aku jugakah?
Bangkit Zayn.Lawan dia balik.
Zayn nampak payah sekali untuk berdiri.Dia berhadapan semula lawannya dengan keadaan terhuyung-hayang.Zayn cuba melepaskan beberapa tumbukan pada badan lelaki itu untuk mendapatkan mata.Namun kali ini lawannya menumbuk dari bawah dagunya membuatkan Zayn terpelanting semula jatuh ke gelanggang.
Pengadil mendekati Zayn dan memberi masa sama ada Zayn menyerah atau meneruskan perlawanan.
Nampaknya Zayn bangkit semula dan meneruskan baki perlawanan.Oliver tersenyum sinis dan mengacah semula.
"Arghh!"tumbukan padu dilepaskan Zayn tepat mengena pipinya membuatkan Jack berpaling dan melanggar tali gelanggang.Jack berpaut pada tali gelanggang menjerit kemarahan.
Para penonton bersorak kuat melihat tindakan Zayn tadi.
"No!I'm gonna win this game!"Jack meludah darahnya ke tepi dan menjerit kuat pada Zayn.
"Never!"Zayn terus memberikan beberapa tumbukan padu pada badannya dan menolak lawannya sehingga ke sudut gelanggang.Dia mengepung lelaki itu dan melepaskan tumbukan paling kuat pada pada rahangnya.Jack Oliver menjerit kesakitan dan mulutnya mengeluarkan darah.
TING!TING!TING!
Pusingan kedua habis.Zayn jatuh melutut diatas gelanggang kerana nampak begitu penat sekali.
ROUND THREE
Jack Oliver nampak lebih bersemangat dari pusingan kedua tadi.Dia menumbuk dadanya tanda dia bukan lemah seperti Zayn sangkakan.
Mereka saling mengacah antara satu sama lain.Pusingan kali ini begitu sengit dan bingit sekali kerana ini perlawanan terakhir yang menetukan sama ada Zayn atau Jack Oliver menang.
Dalam sekelip mata sahaja,
"Argh!"Zayn menjerit kesakitan apabila pergelangan tangannya dipatahkan sebelum wajahnya ditumbuk kuat oleh Jack Oliver.Dia terpelanting lalu jatuh ke pentas gelanggang.
"Fuck!"
"Dia main kotor!"
Pengadil menghampiri Zayn yang baring terlentang diatas pentas.Hidung dan mulutnya penuh darah.Para penonton yang menyokong Zayn mula menjerit tidak enak dan kasar kepada Jack Oliver kerana main kotor.
Jack Oliver tersenyum sinis kearah Zayn lalu memberitahu penonton tanda dia bakal menang malam ini.
Zayn,wake up!
Namun hampa,tempoh yang diberikan pengadil telahpun habis.Zayn masih terbaring lemah tidak berdaya meneruskan perlawanan.Pengadil terus menjulang tangan Jack Oliver ke udara dan serentak itu kedengaran pengumuman.
"PERLAWANAN BOXING MALAM INI DIMENANGI JACK OLIVERRRRR!"
Jack Oliver menjerit dengan bangga namun para penonton memberikan 'boo' kepadanya kerana bermain kotor tadi.
Aku segera bangun mengikuti Fred menuju ke pentas gelanggang.Fred pula naik ke atas dan menghampiri Zayn yang baring terlentang.
"Zayn!Hold on!"Fred menepuk kedua pipi Zayn supaya sedar dan bertahan.Dia tidak mahu Zayn pengsan dalan pendarahan yang banyak.
Aku berasa sedih melihat Zayn dalan keadaan sebegitu.Sepanjang aku mengenalinya,aku tidak pernah lihat Zayn terluka teruk sebegini.Jauh di sudut hatiku,aku takut untuk kehilangan dia dalan waktu singkat ini.
"Where the fuck you guys?My man is dying right here!"Fred menjerit kemarahan kerana paramedik yang sepatutnya menjaga peserta perlawanan ini tidak kunjung tiba.
Tidak lama selepas itu,kelihatan dua orang lelaki sasa menaiki pentas gelanggang.Mereka memeriksa keadaan Zayn sebentar sebelum mengusung Zayn turun dari pentas gelanggang dan keluar dari gudang tersebut.
Aku mengikuti mereka keluar dan mendapati Ambulans sudahpun bersedia di pintu utama.Ramai penonton tadi menghurungi Ambulans untuk melihat keadaan Zayn dengan lebih dekat.
Fred menolak orang ramai untuk menghampiri Zayn manakala aku mengikutinya dari belakang.Semasa Fred naik bersama Zayn ke dalam ambulans,seorang paramedik lelaki gagah berkulit hitam menghalangku ikut sekali.
"No miss!"
Aku melihat Fred namun Fred sempat berkata sesuatu kepada paramedik itu lantas dia mengangguk.
"Okay miss.Come in,"Dia menghulurkan tangan kepadaku lalu aku dapat menaiki ambulans bersama Zayn.
Dengan perasaan sebak di dada,aku mendekati Zayn lalu menyentuh kepalanya.
"Zayn...."
Aku tahu dia dengar suaraku.Kedua matanya beralih memandangku lama sebelum tangan kirinya bergerak perlahan menyentuh tangan kananku disisi.
Dia mahu berkata sesuatu namun perlahan sekali.
"Please...don't....leave....me,"
"Kan I dah janji I takkan tinggalkan you.I'm right here,just hold on okay?"Aku mengenggam tangannya erat untuk memberikannya semangat.Dalam masa yanng sama,air mataku mengalir keluar membasahi pipi.
"Don't cry...."Dalam masa yang sama,Zayn mengalirkan air matanya juga.Aku tahu dia sedang menahan kesakitan.
"I'm sorry,I can't hold it anymore,"Aku menangis teresak-esak sambil mengesat kedua air mataku dengan hujung lengan baju.
Sampai sahaja hospital,Zayn ditempatkan di zon merah.Aku dan Fred diminta tunggu diluar sementara Zayn dirawat di dalam.Sementara menunggu,aku menelefon Sasha untuk menyampaikan apa yang berlaku pada abangnya sekarang ini.Sasha terkejut kerana jarang sekali abangnya kalah dalam perlawanan dan dimasukkan ke hospital.
Setengah jam kemudian,Sasha tiba bersama dengan Mummy dan Rosa.Rosa memelukku erat dan bertanyakan Zayn dimana.Mummy nampak begitu risau sekali.Dia meminta penjelasan daripada Fred bagaimana Zayn boleh cedera parah dan dikejarkan ke hospital.
Fred menjelaskan dengan begitu tenang dan panjang kepada Mummy.Ada sekali Mummy ternaik suara kepada Fred kerana mengajak Zayn kembali semula pada dunia boxing.
Zayn,bangunlah....
Aku terlelap sebentar di kerusi sebelum dikejutkan Sasha.Katanya,Zayn selamat dan ditempatkan di wad biasa.Aku tidak dapat menangkap apa lagi yang Sasha sampaikan kerana kepalaku sakit,mungkin kerana banyak menangis tadi.
Aku menawarkan diri untuk menjaga Zayn malam itu.Pada mulanya Sasha tidak bersetuju namun akur dengan Mummy untuk memberi ruang kepada kami berdua.
Rosa sempat mengusap lengan Zayn sebelum pulang.Wajahnya nampak murung sekali melihat keadaan ayahnya itu.Dia sempat berjanji mahu membuat biskut coklat cip untuk Zayn apabila Zayn sedar nanti.
Aku baring di sofa yang menjadi tempat tidurku malam ini.Zayn masih tidak menyedarkan diri,terbaring diatas katil sana.Aku meletakkan kedua tangan disisi kepala sambil terus memerhatikannya sehinggalah aku terlena sendiri.
Keesokkan paginya,ada suara memanggil-manggil namaku.
"Syii...."
"Ermm...."Aku bangun dari lena lalu mengeliat panjang.Badanku lenguh kerana terpaksa tidur diatas sofa.
"You dah sedar!"
"Baru je,"Zayn menjawab dengan nada lemah sekali.
"I panggilkan doktor,okay?"Aku menekan loceng disebelah katilnya dan tidak lama selepas itu,doktor yang merawat Zayn malam tadi masuk.
"Hi Mr.Malik.How do you feel right now?"Dr.Justin menanyakan keadaan Zayn selepas membuat beberapa pemeriksaan.
"I feel better,"Jawab Zayn sambil melirik kearahku.Dr.Justin perasaan arah mata Zayn itu tersenyum manis.
"Alright.If you need anything just call me and I'll be here,"
"So,bila saya boleh discharged?"
Dr.Justin memberitahu jika pemeriksaan kali kedua dilakukan hari ini keatas Zayn lebih baik dari malam tadi,Zayn dibenarkan keluar keesokkan paginya.
"How did you know where am I?"Zayn tiba-tiba bertanya setelah doktor pergi,mungkin dia terkejut aku berada di perlawan boxing itu.
"Sasha told me that you went for a boxing match,"Aku memberitahu juga Sasha menghantar location sehinggalah aku sampai di tempat perlawanannya.
"Did you watch the whole game?"
Aku mengangguk sahaja.
"Thanks for coming,"itu sahaja Zayn katakan."You didn't bring Rosa,did you?"
"Of course not!I'm not letting her sees you hitting other people."Aku merenung tajam kearahnya.Mana mungkin aku nak bagi anak kami tengok ayahnya belasah orang lain.Nanti Rosa ikut habislah.
Zayn ketawa kecil."Yeah sure."
Kemudian Zayn seolah sedar sesuatu apabila dia memandang tangan kananku."Is that my mummy's ring?"
Aku melihat jari manisku yang tersarung cincin yang diberikan Mummy malam tadi selepas makan malam.Ya Allah malunya!Aku tak sempat nak sorokkan tadi dari pandangan Zayn tadi!
"That's mean...yes?"
Aku menunduk lalu senyum tanpa membalas apa-apa.Tak tahu nak letak mana muka ini!
Kedengaran Zayn ketawa.Namun tidak lama selepas itu,dia diam.
Aku mengangkat muka dan mata kami bertentangan buat seketika.
"Insyirah?"
"Yes?"
"Be mine....again?"
Zayn melamarku buat kali kedua.
Kali ini aku mengangguk,"Yes,"
Zayn senyum,namun lebar sekali senyumannya."Alhamdulillah,"
Yes,Alhamdulillah.Aku membalas senyumannya.
(TAMAT)
Terima kasih tidak terhingga kepada pembaca yang sudi membaca kisah 'From Sydney with Love' ini sehingga ke akhirnya. Pertama sekali penulis ingin meminta maaf atas segala kekurangan yang ada kerana kisah ini ditulis sewaktu penulis masih lagi bersekolah. ... Dina Izzani ialah sekadar nama samaran. Berumur 20-an dan sedang bekerja di sebuah syarikat swasta di Putrajaya. Ikuti penulis di Wattpad dengan nama yang sama @dinaizzani .
Share this novel