BAB 20

Romance Completed 9546

Majlis akad nikah diikuti resepsi pada malam berikutnya.Pada belah Zayn dilakukan pada minggu hadapan.Agak kelam-kabut juga jika berkahwin dengan orang jauh ini namun Zayn tidak kisah kerana Insyirah sudi berkahwin dengannya.

Walaupun Insyirah belum habis belajar,Zayn mampu menanggung mereka berdua.Zayn sudahpun bekerja di Mokhtar Firm,sebuah firma perguaman yang dibuka oleh orang melayu bernama Syed Mokhtar.Mokhtar Firm bertempat di Sydney.Dia telah berbincang Insyirah untuk menetap di Sydney dan Insyirah menurut sahaja.Isterinya tidak kisah asalkan mereka bersama.

Majlis resepsi telahpun berakhir pada tepat pukul 12 tengah malam di dewan besar.Mereka pulang setengah jam kemudian,membersihkan diri dan solat bersama.

"Penatnya hari ni!"omel Insyirah lalu menghempaskan badan diatas katil.Dia mahu melelapkan mata seketika sambil menunggu Zayn masuk ke dalam bilik pengantin mereka.Entah kemana Zayn pergi selepas solat tadi.Katanya mahu jumpa abah sebentar di tingkat bawah.

Jam sudah menunjukkan pukul 12.45 pagi.Matanya terlelap serta-merta kerana terlampau mengantuk.

Dia bermimpikan perkahwinannya sangat bahagia.Dia disamping Zayn dan anak-anak mereka.Anak-anak?Hah,sampai ke situ dia bermimpi.Anak-anak mereka sangat comel,kebanyakkannya mirip kepada Insyirah.

Dia senyum sendiri sehinggalah merasakan satu hembusan terkena pada wajahnya.

"Zayn?"

Insyirah terkejut kerana mendapati Zayn berbaring di sebelahnya dan wajah mereka sangatlah dekat.Zayn senyum lalu mengucup dahi Insyirah lembut,"Comel,"

"Huh?"Insyirah merasakan kedua pipinya mula kemerahan."You ni boleh jauh sikit tak?"

Zayn senyum senget,"Just for a minute okay?"

"No!"balas Insyirah laju saat tangan Zayn mula melingkarkan tangannya pada pinggang Insyirah lalu ditarik rapat.Mereka saling bertentangan mata pada masa yang agak lama.

"How do you feel?"

"I don't know,tak boleh nak describe macam mana perasaan tu but sejujurnya I rasa gembira,"

"You gembira dapat kahwin dengan I?"

Insyirah mengangguk lalu senyum.Dia menyentuh wajah Zayn yang bersih tanpa berjambang seperti sebelum ini."Kalau tak,I tolak lamaran you tahu?"

"Oh kalau you tak suka I,you tolaklah.Bukan sebab nak jaga muka I?"

"Zayn,jangan merepek boleh tak?I terima sebab-"

"Sebab apa?"

"Sebab I-"

Kedengaran bunyi guruh berdentum menandakan mahu hujan.Insyirah diam sebentar.

"Hah takutlah tu,"usik Zayn apabila menyedari Insyirah membalas pelukannya.

"Mana ada!"nafi Insyirah namun dia merapatkan lagi jarak antara mereka.

Zayn tergelak apabila perubahan pada wajah Insyirah yang mula ketakutan.

"Syii,I'm starving!"

"Hey,tadi bukan dah makan ke?"

"Lapar lagi,"Zayn membuat mimik muka kasihan.Dia memegang perutnya dan mengusap perlahan."Rumah you tak ada nak makanan apa-apa ke?"

Insyirah diam mungkin sedang berfikir."Nak makan nuget?"

"Boleh je tapi jangan berat-berat sudah.I jaga badan tahu?"

"Eleh,jaga badan konon!"

"Ejek-ejek orang nanti siapa yang dapat?You yang dapat!"

"Eww,jangan nak melucah okey?"

"Ada I kata I melucah ke?"

"Zayn!"

Zayn ketawa berdekah-dekah apabila kedua pipi Insyirah bertambah merah."Aww so cute!"

Insyirah mendengus perlahan dan keluar dari bilik.Dia turun ke tingkat bawah dan menuju ke dapur.Insyirah terserempak dengan abahnya.

"Abah!"

"Eh,pengantin baru tak tidur lagi?"usik Abah lalu menghirup air tehnya.

"Tak sebab Zayn lapar.Syii nak goreng nuget kejap,"

"Aik,lapar ke?Bukan dah makan petang tadi?"

"Entah,perut gajah agaknya,"kutuk Insyirah lalu ketawa terkekeh-kekeh.Abah sekadar menggeleng sahaja lalu membasuh cawannya yang digunakan tadi.

"Ish-ish,sedap you mengutuk I ya?"tiba-tiba muncul Zayn di dapur.

"Ops,tuan badan terasa ke?"sindir Insyirah sambil mencemikkan muka.Dia membuka peti sejuk bahagian freezer dan mengeluarkan paket nuget jenama Ramly.

Abah hanya mengeleng melihat sketsa dua pengantin baru itu."Hah,abah nak naik dulu.Jangan tidur lambat,"

"Baik!"jawab Insyirah dan Zayn serentak.

Setelah Abah pergi,Zayn mendekati Insyirah yang sedang mengeluarkan beberapa nuget daripada paketnya untuk dicairkan.Insyirah nampak leka dengan keberadaan dirinya lantas Zayn mengambil kesempatan mencium pipi isterinya itu.

"Zayn,jangan mengada-ngada!Kita kat dapur!"Insyirah terkejut dengan tindakan Zayn.Zayn ketawa besar apabila Insyirah mula menjengilkan kedua mata padanya sambil bercekak pinggang.

"Abah dah pergilah,tinggal kita berdua je ni,"Zayn mula sengih nakal.Dia menarik kerusi lalu duduk sambil memerhati isterinya.Insyirah nampak comel malam ini walaupun sekadar mengenakan baju bergambar Hello Kitty dan seluar kotak-kotak.Rambutnya dilepaskan begitu sahaja.Kadangkala,Zayn tidak memahami citarasa Insyirah sebenarnya.Ataupun Insyirah sebenarnya tiada langsung citarasa?

"Kenapa senyum-senyum"Insyirah menyedari Zayn nampak ralit melihatnya.

"Tak ada apa-apa,"balas Zayn bersahaja namun masih tidak mampu menyembunyikan senyumannya.

Insyirah mengangkat bahu lalu menyediakan frying pan untuk menggoreng nuget tadi.Sementara menunggu minyak panas,dia membancuh air milo panas buat Zayn.

"Hujanlah,"Zayn berkata apabila menyedari di luar tingkap nampak hujan lebat.

"Oh mak kau!"

Tiba-tiba bunyi guruh berdentum sangat kuat sehingga Insyirah hampir melatah.Zayn ketawa terbahak-bahak kerana itu kali pertama dia mendengar Insyirah melatah di hadapan matanya.

"Okay,I takut!"Insyirah duduk rapat-rapat dengan Zayn."Boleh peluk?"

"Hah,peluklah!"

Insyirah pada mulanya mencemik namun dia tetap juga memeluk Zayn.Peluk lengan je jangan fikir benda lain.

"Habistu siapa nak menggoreng ni?Nanti hangus minyak,"tanya Zayn dengan sengihan yang bersisa.

"You la goreng sendiri,kata nak makan kan?"Insyirah memaksa Zayn menggoreng.Aik,Zayn pula yang disuruh?

Zayn menjulingkan mata.Nak tak nak,kenalah dia yang goreng.Kalau tak,minyak hangus tak naya mereka disitu?Kalau Umi tahu,mahu tak bising dia?

Selesai menggoreng,Zayn makan semeja dengan Insyirah.Insyirah masih dengan perangai budak-budak dia,takut bunyi guruh.Dia mula merengek bila nak masuk bilik dan tidur.Zayn malas mahu mendengar dan meneruskan aktiviti mengunyah nuget yang di gorengnya sehinggalah habis.

"You ni asal asyik ikut I je?"

Insyirah mencemikkan muka.Zayn hanya menggeleng kepala sahaja.Selepas membasuh pinggan dan mug yang digunakan tadi,dia mengelap dengan kain kering lalu diletakkan diatas para.

"Zayn,cepatlah sikit!"ujar Insyirah yang sudah mendaki beberapa anak tangga.

"Rileks la,tak kemana pun bilik kita,"Zayn sempat bersiul-siul dengan kedua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar pendeknya.

Insyirah mencemik dan terus meninggalkan Zayn di belakang.

"Wargh!!!"

"Syii!Kenapa?"Zayn gelabah mendengar jeritan Insyirah terus meluru masuk ke dalam bilik tidur mereka.Takut-takut,perkara buruk menimpa Insyirah yang tidak sampai 48 jam menjadi isterinya itu.

Zayn mendapati Insyirah sedang mencangkung di sudut bilik berdekatan dengan beranda sambil mengutip sesuatu yang pecah diatas lantai.

"Syii,what's happening?"Zayn mendapati angin tiup kuat sangat sehingga pintu beranda bilik mereka terbuka.Dia segera menutup pintu itu lalu menguncinya dari dalam.

Insyirah angkat muka dan wajahnya nampak sayu sedikit."Frame gambar pertunangan kita pecah!"

Entah mengapa Zayn rasa tidak sedap hati namun segera ditepis."Angin kut kuat sangat tadi tertolak frame gambar tu.Tak apa,nanti I beli baru ya?"

Insyirah mengangguk perlahan.Gambar mereka diambil dan kaca-kaca yang pecah berderai tadi dikutip lalu dibuang ke dalam tong sampah.

Zayn tidak mampu mengusir kegusaran di dalam hatinya walaupun sudah beberapa minit berlalu.Entah mengapa dia asyik berfikiran bukan-bukan.Dia lihat Insyirah sudah lena dibawa mimpi.Comel juga isterinya tidur.Dia menarik Insyirah rapat dengannya.

"Sakit!Sakit!"

Zayn menyedari Insyirah mengumam sesuatu dengan mata yang masih terpejam.Mengigaukah isterinya ini?

"Jangan!Sakit!Syii merayu!"Insyirah mula merengek tiba-tiba.Zayn jadi kalut sebentar.Dia mengoyangkan bahu Insyirah agar tersedar namun Insyirah mula menangis teresak-esak.

"Sakit!Argh!Sakit!Syii mintak maaf!"

"Insyirah!"Zayn menepuk-nepuk pipi Insyirah lembut supaya Insyirah cepat tersedar.

Kedua mata Insyirah terbuka.Dia terus menerpa Zayn dan memeluk suaminya erat-erat.

"Kenapa dengan you ni?"tanya Zayn lembut sambil mengusap belakang Insyirah banyak kali untuk memujuknya supaya bertenang.

"I-I takut!Dia-dia muncul lagi!"jawab Insyirah dengan teresak-esak.

Zayn terkulat-kulat tidak faham dengan apa yang Insyirah cuba sampaikan.Apa yang muncul dan siapa?Dia cuba bertanya sekali lagi namun Insyirah asyik menggeleng-geleng sahaja.Mungkin bukan masanya.

"Sudahlah tu,kita tidur ya?"pujuk Zayn setelah tangisan Insyirah mula reda.Mereka baring semula namun saling menghadap antara satu sama lain.

Zayn tertanya,apa yang berlaku sehingga Insyirah jadi sebegitu?

×××

Zayn dan Insyirah membuat keputusan berbulan madu di Port Dickson selama tiga hari dua malam sebelum pulang semula ke Sydney.Lagipun,Zayn tidak pernah menjejakkan kaki ke sana walaupun Port Dickson salah satu daerah dalam Negeri Sembilan.

Mereka bersiar-siar di tepi pantai ketika matahari hampir terbenam.

"What do you think?"

"You,"

"Me?"

Insyirah meletakkan lengan Zayn pada belakang lehernya.

?

"I'm thinking about us,"Insyirah memandang kedua mata Zayn dengan satu perasaan mendalam."And what will happen then,"

"Don't think too much.It might gives you a false hope,my dear angel,"Zayn memberi nasihat lalu senyum penuh makna."Sometimes,we need to go with the flow just like water,"

Insyirah mengangguk kecil.

"I want us forever like this,Zayn,"Insyirah memberhentikan langkah dan berdepan dengan Zayn."I don't want to end this,"

"Every story needs its 'The End'.Either happy ending or sad ending,it's doesn't matter,"Zayn menarik kedua tangan Insyirah lalu dibawa ke hujung bibirnya."I agreed with you my angel.I don't want end of this.I want forever with you,"

Tangan Insyirah dikucup lembut."Tapi kita bukan Tuhan,Insyirah.Kita hambanya.Kita hanya mampu berdoa supaya kebahagiaan ini berkekalan."

Insyirah mengangguk sambil menahan sebak di dada.

Zayn menarik Insyirah ke gigi air.Insyirah mahu mengundur setapak namun dihalang oleh badan Zayn.Zayn melingkarkan tangannya pada pinggang Insyirah dan menarik badan isterinya masuk ke dalam pelukan.Dia sempat menyandar kepalanya pada bahu kanan Insyirah.

"Err Zayn,I already told you-"

"Just for a moment angel.I want you feel it,"Zayn memejamkan kedua matanya dan memeluk Insyirah seerat mungkin.

Insyirah memandang matahari yang hampir terbenam dengan perasaan yang menenangkan.Tiba-tiba Insyirah merasakan badanya melayang ke udara dan mendapati Zayn mencempung badannya sambil masuk ke dalam Zayn.

"Zayn!What are you doing?"

Zayn diam tidak membalas apa-apa.Dia masuk ke dalam sehingga air mencapai paras pinggangnya.

?

"Chase your fear,"

"I'm scared,"

"I'm watching you angel,"

Insyirah diturunkan ke dalam air.

"Please,please Zayn!Don't you ever let me go!"

"I would never let you go,"

Insyirah merasakan kakinya memijak dasar pantai itu.Dia berasa lega sedikit namun kedua tangannya masih mencengkam lengan Zayn erat.Dia mengangkat wajahnya dan mendapati Zayn merenungnya dari tadi.Satu perasaan yang sukar diungkapkan oleh Insyirah tentang apa yang berlaku saat ini.

"This fear will chase you forever.Let it go Insyirah.Don't you ever let them hurt you again,"

Insyirah mengangguk perlahan.

"My angel now is the strongest person I ever met."puji Zayn membuatkan hati Insyirah berbunga-bunga.

"I love you,Zayn,"luah Insyirah setelah lama dia ingin mengungkapkan kata-kata keramat itu.

Zayn nampak terpana lalu senyum melebar.Dia menyentuh pipi kiri Insyirah dan mengusapnya lembut.Wajahnya didekatkan pada wajah Insyirah. "And I will always love you,my angel,"

Bibir mereka bersatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience