BAB 29

Romance Completed 9546

INSYIRAH

Nazim memberitahu yang kami dijemput untuk menghadiri Majlis Amal dan Sambutan Ulangtahun Lavender Bloom Resort & City,tempat Nazim bekerja.Dia juga sudah membelikan kebaya untukku dan sepadan dengan pakaiannya malam itu.Cantik,berwarna royal blue.Ditambah pula dengan purse berwarna kuning keemasan.

"Awak masuk dulu ya?Saya nak jawab call,"Nazim melepaskan pegangan dan meninggalkan aku dalam keadaan terpinga-pinga.

Aku rasa kekok berseorangan di situ.Aku mahu masuk bersama Nazim jadi aku membuat keputusan menunggu suamiku sahaja.Beberapa tetamu hadir melepasi aku dan memberikan pandangan pelik padaku mengapa aku berdiri di situ.

"Insyirah?Syii bukan?"

Seorang gadis bermata sepet menyapaku di ruang masuk dewan.Wajahnya sungguh familiar sekali namun aku cuba mengingati kali terakhir aku melihat dia.

"Melissa bukan?"

"Yalah!Aku Melissa Izwani!"

Kami bersorak sedikit sebelum berpelukan erat melepaskan kerinduan masing-masing.

"Kenapa tak masuk lagi?"tanya Melissa setelah merengangkan pelukan.

"Tunggu husband,dia tertinggal barang apa entah kat kereta,"

"Tak nak tunggu kat dalam dewan?"Melissa memberikan cadangan lantas menarik tanganku sama-sama mengikutinya tanpa aku sempat mejawab apa-apa.

Dalam dewan sudahpun dipenuhi tetamu-tetamu jemputan yang terdiri daripada orang-orang kuat syarikat dan pekerja-pekerja mereka.Majlis malam ini bertemakan tradisional,mungkin sebab itu Nazim membelikan aku kebaya.

Melissa mengambil tempat di salah satu meja bukat yang disediakan di dalam dewan itu.Dia menyuruh aku duduk di sebelahnya.

"Kau bukan duduk kat tempat VIP di depan tu ke?"ujarku bingung kerana Melissa merupakan anak kedua pemilik Lavender Bloom.Pasti dia menjadi antara orang terpenting di sini.

"Aku bukannya kerja dalam hotel ni,"jawab Melissa selamba.Dia sempat mengambil kuih talam yang disediakan diatas meja dan dimakannya tanpa sedikit ragu-ragu.

"Macam mana life?"tanya Melissa memulakan perbualan.

"Setakat ini baik-baik sahaja,"jawabku sedikit berhati-hati.

"Alhamdulillah syukur aku dengar,"Melissa mengukir senyuman manis.

Melissa sebenarnya salah seorang sahabat baikku sejak zaman sekolah lagi.Kami masih berhubung,walaupun masing-masing sibuk dengan kehidupan.

"Baru balik UK ni?Kau dah habis Master ke?"

Melissa mengangguk."Dah lama habis baru tergerak niat nak balik,"

Melissa menuntut ilmu kedoktoran di United Kingdom atau lebih tepat Manchester sana sehingga sarjana.Menurut Melissa,hampir sepuluh tahun bermastautin di bumi orang sebelum kembali ke Malaysia.

"Melissa,here you are.Penat I cari tadi,"tiba-tiba muncul seorang lelaki persis cina dan tinggi lampai menegur Melissa.

"Sorry.I tengah busy borak dengan kawan lama I,"balas Melissa sambil tersengih-sengih.

"Siapa ni?"aku melirik kepada lelaki yang berdiri  disebelah Melissa itu.

"Oh ya lupa nak perkenalkan.Ni Ikmal,partner in crime aku.Dan Ikmal,perempuan yang gorgeous ni kawan baik I,namanya Insyirah,"Melissa memperkenalkan kami berdua.

"Nice to meet you,Insyirah,"

"You too."

Kami bersalaman tanda perkenalan.

"Korang berborak dulu ya aku nak jumpa parents aku jap,"Melissa meminta diri dan mencari kedua orang tuanya.Tinggal kami berdua sahaja di situ.Sementara menunggu Nazim yang tak masuk-masuk lagi,aku mengambil peluang untuk berbual dengan Ikmal.

"By the way,macam mana boleh berjumpa Melissa?"Aku sengaja bertanya untuk mengelakkan rasa kekok antara kami berdua.

Ikmal senyum.Di menarik kerusi dan duduk di tempat Melissa duduk tadi."Takdir mungkin.Saya jumpa Melissa beberapa bulan yang lepas.As I remember,masa tu makan steamboat kat Sunway,"

"Wow,"aku membiarkan Ikmal bercerita.Dia kelihatan selesa berborak denganku."So kawan la sampai sekarang?"

"Saya harap lebih dari tu,"Ikmal meluahkan isi hatinya untuk memiliki Melissa.

"Hey,grab a chance!Don't wait anymore okay!Melissa bukan perempuan biasa-biasa tahu!Beruntung kalau mana-mana lelaki dapat dia!"aku memberi kata-kata semangat.

Ikmal tergelak kecil."Actually saya takut sikit.Keluarga dia bukan calang-calang orang."

"Parents Melissa okay la.As long as awak pandai ambil hati tak ada masalah,"aku memberi jaminan kepada Ikmal.Kedua orang tua Melissa memang berkedudukan dan dihormati namun mereka sangat merendah diri.

"Hah Nazim!"aku mendapati Nazim muncul antara kami berdua.Aku dan Ikmal segera bangun dari kerusi.

"Siapa ni?"tanya Nazim tiba-tiba.Lagipun,pandangan yang diberikan Nazim kepada Ikmal memang lain macam.

"Kawan Melissa.Nama dia Ikmal,"aku memperkenalkan Ikmal pada Nazim.

"Oh ya,"balas Nazim dengan dingin sekali.Ikmal cuba menjadi ramah dengan menghulurkan salam namun disambut nak tak nak oleh Nazim.

"Cantik wife,sama padan dengan kau,"tiba-tiba Ikmal memuji kami berdua.

"Oh terima kasih atas pujian tu,"aku terkejut namun membalasnya dengan senyuman.Aku perasan Nazim pula tak senang mendengar pujian itu.Tangannya mengenggam tanganku dengan kuat sekali.

"Majlis dah nak mula.Apa kata kita duduk sekarang?"Ikmal berkata setelah kami semua terdengar pengaca majlis membuat pengumuman yang majlis akan dimulakan sebentar lagi.

Wajah Nazim ketat semacam sahaja sepanjang majlis itu sehinggalah kami pulang ke rumah.Sampai sahaja di rumah,Nazim memanggil namaku.

"Awak jangan dekat dengan dia lagi,"dia memberi amaran namun aku keliru seketika.

"Apa yang awak cuba maksudkan ni?"Aku bertanya namun Nazim mula mencengkam pergelangan tanganku.

"Saya tak suka,"

"Nazim,lepaskan saya!"

Aku memegang pergelangan yang sedikit lenguh."Saya tak faham dengan apa yang awak cakapkan ni.Cuba terus-terang sahaja dengan saya,"

"Awak memang suka buat saya cemburu bukan?"

Aku mengerutkan dahi.Bila Nazim dah masuk mood nak bergaduh ayatnya bermula sebegini.

"Maaf,saya penat!Saya nak rehat!"Aku malas mahu mengambil pusing hal tadi dan mula mendaki tangga ke tingkat atas.

"Insyirah!!!"

Aku pekakkan telinga dan mencapai tuala untuk mandi.Belum sempat aku tolak pintu bilik air,pergelangan tanganku ditarik dan aku terdorong ke belakang.

"Awak dengar tak saya panggil?"

"Saya nak mandi,"

"Jangan nak bagi alasan!"

"Apa ni Nazim?"

"Asal muka kau makin lawa hah?"

"Apa?"

Tiba-tiba,Nazim menumbuk cermin solek kami yang betul-betul berada di sebelahnya sehingga retak dan pecah berderai.Aku terkejut dan dalam masa yang sama ketakutan melihat wajahnya mula berubah bengis sekali.Buku lalinya jelas berdarah namun dia mengutip salah satu serpihan itu dan mencengkam wajahku.

"Apa ni Nazim?"aku cuba untuk menepis tangannya namun dia mencengkam lebih kuat.Tipulah aku tak takut dengan Nazim sekarang ini.

"Diam!Aku ada sesuatu yang nak dibuat kat muka kau yang lawa ni,"serentak dengam itu,serpihan kaca yang diambiknya tadi dihiris pada wajahku membuatkan aku menjerit kesakitan.

Aku dapat merasakan serpihan kaca itu menghiris wajahku dari bawah mata kanan sehingga ke rahang mulutku.Nazim membuatnya tidak ubah seperti sedang mengukir sesuatu pada objeknya.

"Apa?Sekali lagi?"tanya Nazim masih lagi giat mengukir kesan calar pada sebelah kiri pipiku.

"Sakit Nazim..."aku tidak tahan lagi untuk menahan kesakitan yang aku alami,"Sakit!!"

"You're bloody mine!!Do you heard that?"jerit Nazim pada diriku kuat dan menggoncangkan badanku berkali-kali.

"Argh!!!Lepas!!"aku mula memberontak dan meronta agar pegangannya padaku dilepaskan.

"Diamlah!!"

Nazim menolakku kasar sehingga badanku terlanggar meja kayu menyebabkan semua frame diatasnya jatuh ke lantai dan pecah.Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.Aku menyentuh wajah yang perit ditoreh Nazim tadi dan melihat tanganku sudah basah dengan darah pekat sampai menggigil seluruh badanku.

"Kau dah pandai menjawab sekarang ya?Siapa ajar kau hah?Zayn kan?Zayn hasut kau suruh kurang ajar dengan aku?!"Nazim mula naik berang.Dia menarik rambutku kasar sehingga aku menjerit kesakitan lagi.

"Apa yang awak mengarut ni Nazim?"Aku merintih dan dalam pada masa yang sama,aku keliru dengan tuduhan yang dilemparkan suamiku.Apa kaitannya dengan Zayn?

"Mengarut?Aku tak mengarut!Ini kenyataan!"jerit Nazim kuat lalu melemparkan aku ke lantai.

Aku mula menangis.Sampai hati Nazim menuduhku sebegitu rupa.

Aku merangkak mahu memasuki bilik air namun aku merasakan kakiku diseret kebelakang lalu badanku melayang ke udara.

"Lepaskan saya!Lepaskan saya!!"aku memukul belakang Nazim apabila dia memikulku pada bahunya.Kemudian,dia mencampakkan ke atas katil dengan kasar.

"Jangan-saya merayu-jangan-"

Semua pakaianku direntap dan dilontarkan ke lantai.Sungguh aku takut sekarang ini.Aku cuba mengundur ke belakang namun Nazim lekas menarik kedua tanganku dan menahan aku berbuat demikian.

"Oh dengan jantan tu kau bagi?Dengan aku kau tolak mentah-mentah!"dia menolakku baring semula dan menindih aku diatasnya.Kemudian,dia membuka satu-persatu butang kemejanya dan dicampakkan ke lantai.

"Bukan-bukan tu maksud saya-"makin ketakutan apabila satu sisi dirinya yang paling aku benci keluar.Satu sisi dirinya yang membuatku merana sepanjang perkahwinan kami ini.His darkness side.

"Aku sayang kau tapi ni yang kau balas Insyirah??"ujar Nazim sambil mencengkam kedua pipiku dan memaksa aku memandangnya.Air mataku terus merebes keluar angkara takut dan sakit menjadi satu.

"Saya sayang-"

"Sayang siapa?!"Nazim menggertak membuatkan aku lagi menangis teresak-teresak.Tanpa membuang masa,dia menanggalkan tali pinggangnya dan mengikat kedua tanganku manakala kedua kakiku diangkat ke bahunya.

"Nazim!!!"

Aku tak rela diperlakukan sebegini.Aku bukan perempuan murahan yang sesuka hati boleh diperkotak-katikkan walaupun dengan suamiku sendiri.

"Pandang aku!Pandang aku Insyirah!"

Aku membuka kedua mataku luas dan serentak mengungkapkan sesuatu yang ingin aku katakan selama ini padanya.

"I hate you Nazim!I really hate you!"Mengigil keseluruh badanku saat mengucap kata-kata sebegitu.Aku bukan sahaja jijik dengan diriku malah aku jijik dengan dia yang menodai aku tanpa kerelaan.

"Hate me as much as you love me,"jawab Nazim sinis dan

"Argh!"Aku mencakar kuat belakang badannya betapa aku tak mahukan semua ini.

"I know you want it more sayang,"

Rasa amarah dan nikmat saling bercampur membuatkan aku keliru seketika.Aku bencikan Nazim tetapi dalam masa yang sama aku suka dia berbuatku sebegini.

"Argh Nazim!Just stop it!"

Aku menekup wajahku pada bantal menangis teresak-esak memikirkan aku sentiasa kalah dengan dia akhirnya.Cadar katil digenggam erat berkali-kali.

"Saya cuma sayang awak Syii,dahlah tu jangan nangis lagi,"

"Awak tak sayang saya!Awak sayang saya bila saya dapat puaskan hati awak je!"

Kedengaran telefon pintar Nazim berbunyi.Dia mencarut seketika sebelum bangun dan menjawab panggilan itu.

"Hah nanti sampai,"

"Saya keluar kejap,"

Aku mengelak apabila dia mahu mencium dahiku.Kedengaran dia merengus kasar lalu meninggalkan aku sendiri.Pintu bilik dihempas kuat.

Perlahan aku bangun dari perbaringan dan turun dari katil perlahan.Aku merangkak menuju ke tempat frame yang jatuh pecah tadi dan mencari gambar yang paling terpenting dalam hidupku.

"Umi,Abah..."

Aku mengaduh ketika mengalihkan kaca frame yang pecah akibat jatuh tadi dan mengambil gambar didalamnya.Wajah Umi dan Abah senyum ketika hari Raya dua tahun lepas sebelum kemalangan tragis menimpa mereka.

"Umi...Syii rindu Umi,"kataku dengan nada sebak sekali.Gambar Umi aku aku usap lembut lalu aku mencium gambar Umi.

"Abah...Syii rindu Abah jugak,"

Nazim pernah berjanji padaku yang dia tidak akan sesekali menyakitkan hatiku seperti mana Zayn pernah lakukan dulu.

Ever wonder about what his doing
How it all turns to lies

Kenapa awak buat macam ni,Nazim?Apa salah saya?Apa yang membuatkan awak terlampau marah pada saya?

Sometimes I think might is better
To never ask why

Semua itu hanya aku luahkan dalam hati sahaja.Rasa sakit,perit dan terluka ini hanya aku pendamkan sahaja.

Where there is desire there's gonna be a flame
Where there is flame someone bound's to get burn

Mengigil badanku menahan kesakitan.Aku menggunakan segala kudrat yang ada bangun dan merangkak menuju kearah meja solek di sana.Tas tangan diambil dan mengeluarkan telefon pintarku.Aku mahu menelefon Dina.

"Dina..."

"Syii?Helo?"

Sebaik sahaja mendengar suara Dina menjawab,air mataku deras mengalir di pipi.Aku tidak tahan lagi dengan semua ini.Aku mahu meluahkan segalanya pada Dina dan menamatkan segala kesengsaraan yang aku alami ini.Betul kata Zayn,aku perlu keluar dari perkahwinan ini.Aku tidak bahagia.Ya,walaupun aku berkali-kali menafikannya tetapi ia tidak akan mengubah apa-apa.

"Dina,aku dah tak tahan.Aku nak pergi dari sini lagi,"

You gotta get up and try try try
You gotta get up and try try try

"Syii sabar!Kau okey tak?Aku datang tengok kau,"

Aku menangis teresak-esak.

Insyirah,kau perlu kuat.

Ya,kau perlu kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience