Insyirah
Selepas berjumpa dengan Nazim dan Ben,dia membawaku pulang ke rumah neneknya di Kuala Pilah.
Perkara pertama apabila dia sampai disana ialah memeluk Tok Mah dan memberitahu perkara sebenar tentang apa yang berlaku.Tentang Rosa,anak kandung kami dan apa yang mereka telah lakukan lima tahun lepas.
Tok Mah mengucapkan syukur kerana Tuhan Maha Adil,mengembalikan hak kami sebagai ibubapa kepada Rosa.Sememangnya pertemuan kami di parti Ben awal tahun lalu ada maksud tersendiri.
Petang itu,Zayn membawaku dan Rosa berjumpa arwah daddynya.Daddy dikebumikan disini atas permintaan Tok Mah sendiri.Zayn memimpin tangan Rosa menuju ke pusara Daddy yang tidak jauh dari rumah Tok Mah.Pusaranya bersih,nampak bercahaya dari jauh.
Aku nampak mata Zayn berair apabila sampai di pusara Daddy.Dia memegang batu nisan lama sebelum menangis teresak-esak.Rosa memandang daddynya lama sebelum memeluk lengannya erat.Dia tidak bertanya seperti selalu seolah memahami Zayn kali ini.Dia memberi sokongan moral kepada ayahnya.
Aku tahu dia banyak memendam perasaan sejak pemergian Daddy.Aku dapat rasakan kesunyian yang dialami Zayn selama lima tahun ini.Mereka sangat rapat,aku tahu dan aku lihat semua itu.Sepanjang hayat Daddy,Zayn selalu meminta pandangan dan nasihat daripada Daddy.
Kini,kepada siapa yang Zayn selalu meminta?
Zayn mendiamkan diri sejak pulang menziarahi pusara Daddy.Selepas Isyak,baru Zayn bersuara,itupun bertanyakan Tok Mah dimana ricsect nak halau nyamuk.
Rosa pula tak banyak kerenah hari ini.Dia sudah lama tumbang selepas Maghrib.Mungkin kepenatan berjalan seharian.
Aku baring mengiring disebelah Rosa sambil kedua tanganku memegang telefon pintar.
Sedang melayan diri,tiba-tiba Zayn masuk ke dalam bilik.
"Rosa sudah tidur?"
Aku mengangguk lalu kembali bermain Instagram.
"Syii,"
Aku memandang padanya.Dia juga sedang memandangku,lama namun penuh makna tersirat.Aku terus mengalihkan pandangan lalu melihat Rosa yang sudah lama lena sambil memeluk bantal busuknya.
"I nak bincangkan hal penjagaan anak kita,"Zayn menghampiriku diatas katil dan mengambil tempat di sebelah kanan Rosa,bertentangan denganku.
"Okay,"aku pula bangun dan duduk bersila menghadap kearahnya.
"Rosa dengan I bila waktu persekolahan dan you jaga dia masa cuti musim panas nanti?"
"Bagus juga,"Aku bersetuju dengan rancangannya tentang waktu penggiliran menjaga Rosa.
Zayn mengangguk namun ada sesuatu yang mahu dikatakan lagi."Rosa pergi sendiri,"
Aku mengerutkan wajah,tidak menangkap apa yang dimaksudkan Zayn,"Pergi sendiri?Maksud you?"
"Dia fly Malaysia sendiri,"Zayn berkata seperti tiada-apa-akan-belaku-Rosa-akan-baik-baik-sahaja.
"Are you crazy?"Aku membantah rancangan gilanya itu.
"I rasa okey je," Zayn menjawab dengan selamba.
"She's only six,"Aku tetap bersetuju.
"Dia patut belajar naik flight sendiri,"Zayn masih tekad dengan pendiriannya.
"Apapun alasan you,I tak benarkan!I nak you hantar dia balik Malaysia bersama,"Aku menggeleng kepala berkeras tidak akan bersetuju dengan rancangan gilanya.
"I takut busy and I tak sempat nak balik Malaysia.I hantar dia kat airport,dia naik flight sendiri and bila dia sampai sini,you pick her okay?Kat airport juga.Are we clear yet?"Zayn menjelaskan kenapa dia berkata demikian dan apapun penjelasannya jawapanku tetap sama.
Tidak.
"Nope,"Aku menggeleng lagi.
"Syii..."Zayn masih lagi berusaha membuatku bersetuju.
"Dia masih budak kecil lagi,Zayn,"Aku mengingatkan Zayn umur anak kami masih kecil,baru sahaja enam tahun mahu dilepaskan sendiri pulang menaiki kapal terbang?
"Dia akan belajar,"
"You pasti dia takkan apa-apa?"Aku tetap risaukan keselamatan Rosa.Penerbangan dari Sydney ke Kuala Lumpur bukannya sekejap.
"I pasti,"
Aku masih ragu-ragu.
"Syii,trust me.Rosa boleh bawa diri,"
Kami saling berpandangan.Zayn nampak yakin sekali dengan rancangannya yang boleh dikatakan berani.Merisikokan Rosa terbang seorang diri ke Malaysia.
"Insyirah!"
Aku bagaikan tersedar dari lamunan yang panjang.Asyraf memandangku lama.
"Termenung nampak?Ada apa-apa masalah ke?"Dia menyedut jus oren yang di ordernya tadi.
Asyraf mengajakku keluar makan malam kerana menggantikan hari yang sepatutnya kami makan tengah hari bersama.Hari dimana aku diculik oleh Ben.
Aku memberikan senyuman nipis pada Asyraf. "Saya okay cuma..."
"Cuma apa?"
Aku mengacau straw di dalam gelas."Saya rindukan anak saya,"
"Rosa?"
Aku mengangguk laju."Cuti musim panas nanti,Zayn hantar Rosa ke sini,"
Aku senyum lebar membayangkan Rosa apabila kami bertemu,"Tak sabar saya nak jumpa dia,"
"Awak...kalau saya tanya perkara personal boleh tak?"Asyraf bertanya apabila kami berdua sunyi seketika.
Aku pelik mendengar pertanyaan Asyraf,"Apa dia?"
"Awak...tak rasa apa-apa ke bila jumpa Zayn semula?"Entah kenapa pertanyaan Asyraf buat aku bungkam seketika.
"Syii?"Dia memanggil namaku.
"Tak ada.Lagipun,hubungan kami sudah lama berakhir.Yang penting sekarang ini,masa depan Rosa sahaja,"jawabku dengan sebaik yang boleh,padahal Tuhan sahaja yang tahu betapa aku cuba resist setiap charming yang ada pada Zayn.
Aku tahu Zayn masih simpan perasaan padaku lagi dan perasaan itu mula menyerlah sejak mendapat tahu Rosa anak kami berdua.Dia sedaya-upaya mencari peluang untuk berkomunikasi denganku atas alasan Rosa.
Namun,aku tidak mahu terburu-buru.Aku masih trauma akibat dua perkahwinanku sebelum ini hancur di tengah jalan.Aku masih tidak bersedia untuk menerima cinta mana-mana lelaki walaupun aku tahu,aku masih ada hati pada Zayn.Kerana Zayn cinta pertamaku.Cinta yang aku sukar lupakan sepanjang hayat.
"Awak pasti?"
"Ya,saya pasti,"Maafkan saya Asyraf.
Asyraf mengangguk perlahan."Baguslah kalau begitu,"
"Kenapa awak tanya saya soalan macam tu?"Aku buat-buat gelak melihat reaksi Asyraf seolah lega apabila mendengar jawapanku tadi.Ya Allah,adakah aku terbagi harapan pada Asyraf?
"Saya sekadar mahu kepastian,"Suara Asyraf kedengaran serius.
"Kepastian untuk apa?"Aku merenungnya pelik.
"Saya suka awak,Syii,"
Aku terpana mendengar luahan hatinya.
"Tapi saya takkan paksa awak terima saya.Saya juga tak mahu persahabatan kita yang baru dibina renggang..."Asyraf memandang tepat kedua mataku menyebabkan diriku serba-salah.
"Asy,saya tak sangka..."Aku tak tahu mahu berkata,"Kita baru sahaja berkenalan,"
"Saya tahu tu Syii,"
Share this novel