BAB 32

Romance Completed 9570

INSYIRAH

Sudah dua minggu aku berada di rumah Tok Mah dan aku mula ada kekuatan untuk pulang.Lagipun sampai bila aku mahu melarikan diri?

Aku menelefon Dina banyak kali namun tidak berjawab.Aish,Dina ni waktu-waktu begini tutup telefon kenapalah?Nampaknya,terpaksa aku menaiki teksi pulang ke rumahnya.

"Ermm pak cik bawa saya ke rumah kawan saya.Dia tinggal area Damansara Utama,"

"Baik Puan,"jawab pemandu teksi lalu mengangguk perlahan.

"Dina?"panggil aku apabila tiba di hadapan apartmentnya.Aku mendapati gril rumahnya tidak berkunci.Cuai betul Dina ni.Kalau orang masuk dalam cabul dia macam mana?

Aku menolak pintu gril dan mengetuk dua kali pada pintu.Aku mendapati tombol pintu tidak berkunci.Aku jadi tidak sedap hati.Kenapa Dina tak kunci pintu.Dina memang cuai sikit kalau tidak kunci gril tetapi ni pintu rumah.

Aku memandang bawah dan mendapati sepasang kasut hitam berjenama.Kasut lelaki?Aku mengerutkan muka.Dina bawa lelaki balik rumah ke?Takkanlah,sebab Dina kalau nak make love sekalipun dia takkan sesekali bawa pulang ke apartmentnya.So weird.

Tanpa berlengah,aku membuka pintu dan masuk ke dalam rumah.Entah kenapa aku tidak sedap hati apabila Dina bawa balik lelaki ke apartment dia.

"Dina?"aku membeliakkan kedua biji mata apabila mendapati seorang lelaki yang sedang seronok berasmara dengan kawan baik aku sendiri.Dia terkejut melihat aku tiba-tiba muncul.Wajah Dina bertukar pucat-sepucatnya apabila menyedari rahsia telah terbongkar.

Dengan marah membuak-buak,aku meluru kearah Dina lalu menampar dia dengan kuat sekali.Dina terpaling ke tepi dan kedengaran dia mula teresak.

"Insyirah!"

"Diam!"aku menjerit kearah lelaki itu lantas menarik rambut blonde Dina itu dan menampar pipinya lagi.

Dina mula menangis teresak-esak.Belum sempat aku menarik rambut Dina sekali lagi,tangan aku dicengkam kuat lalu satu tamparan kena tempat pada mukaku.Kepalaku mula berpinar-pinar.Aku berundur ke setapak dua ke belakang.

"Syii,Syii,aku minta maaf!"dalam samar-samar,Dina mahu bangun untuk mendekati aku.Dia menarik selimut untuk menutupi badannya.Namun tangan Dina ditarik untuk menghalang perbuatannya.

Aku memegang kepalaku sambil meluruskan jari telunjukku kearah mereka berdua."Kau memang tak guna!Pengkhianat!Sampai mati aku ingat benda ni!"

Lelaki itu bangun lalu menarik rambutku kali ini."Awak terkejut?"

"Babi!Kau fikir aku gembira!?"

Lelaki itu gelak berdekah-dekah."Awak ni buat saya tak senang nak fuck madu awak,"

"What?"

Dia senyum sinis.

Aku menjerit kearah Nazim lalu meludah ke mukanya."Kau curang!Selama ni kau curang dengan aku!"

"Saya curang?Saya suami awak suka hati nak kahwin berapa?Kan my baby boo?"

Dina seakan-akan takut mahu mengangguk.

Nazim menarik rambutku kuat sehingga aku menjerit kesakitan."Siapa bagi kebenaran awak tampar dia hah?"

"Dia khianati aku!"

Nazim menampar aku lagi sehingga aku berpaling ke tepi.

"Pernah saya ajar awak cakap kurang ajar?"

"Awak tipu!Awak selama ni tipu saya!Saya bersabar dengan awak selama ni,Nazim!Ni yang awak balas pada saya?"aku meronta mahu melepaskan diri namun Nazim menolak aku ke dinding dan mencengkam kedua tangan aku.Dia mengunci aku supaya aku tidak boleh bergerak.

"Nazim!"kedengaran Dina menjerit apabila Nazim mula berkasar dengan aku.Dia kelihatan mengigil melihat kami berdua mula bergaduh.

Nazim senyum sinis lalu berbisik perlahan."Awak tak setanding dia,"

Aku mengetap gigi kuat dan mula naik berang mendengar dia berkata sebegitu.

"Habistu selama lima tahun ni saya apa?Barang awak nak fuck bebila masa dimana jua?"

Nazim tergelak sinis,"Saya tak ada cakap macam tu.Saya akui awak sangat menggoda tapi malangnya,"

Nazim sempat mengucup pipi kananku lalu berbisik lagi."Awak tak mampu bagi saya anak,"

Hatiku bagai retak lalu hancur pecah berderai apabila mendengar kata-kata Nazim Itulah kenyataan yang terpaksa aku hadapi.Aku tidak boleh mengandung.Doktor mengesahkan aku ada masalah pada bahagian peranakan aku.Setiap kali aku mengandung,pasti aku keguguran.

Sepanjang lima tahun perkahwinan kami,aku sudah keguguran sebanyak tiga kali setiap kali masuk dua bulan kehamilan.Rasa terkilan itu hanya Allah sahaja yang tahu.

"Sayang,"panggil Nazim lembut lalu mengusap pipiku perlahan."Saya minta maaf sebab tak beritahu awak tapi saya tak nak awak terluka.Sebab tu saya menikahi Dina,"

Aku mula menangis teresak-esak."Sampai hati awak Nazim,"

Nazim melepaskan cengkaman dan terus aku berlari meninggalkan mereka.Air mataku merembes keluar dengan lebatnya apabila mendapat tahu suamiku dan kawan baikku sendiri sanggup tikam belakang.

"Syii!Syii!Tunggu!"panggil Dina berkali-kali dari belakang.

Aku buat-buat tidak mendengar dan segera memakai kedua kasutku.Aku berlari sambil menarik bagasiku meninggalkan apartment Dina.Ketika menaiki lif,aku bersandar pada dinding lif dan menangis teresak-esak semula.

"Aku percayakan kau Dina-sampai hati kau buat macam ni kat aku!"kataku dengan suara yang kuat diselangi sedu-sedan yang bertandang."Aku tak sangka kau tikam belakang aku!Aku tak sangka kau sanggup buat macam ni?Aku ingat kita kawan?"

Aku mengelap hingus yang mengalir dengan lengan bajuku."Aku yang sentiasa ada kau!Aku yang selalu jadi pendengar kau kalau kau susah hati!Aku ada masa mama kau meninggal hari tu!Aku yang sudi bagi bahu aku untuk kau bersandar!"

Aku terus-terusan bercakap sendiri sehingga badanku melorot jatuh ke lantai lif."Aku sayang kau Dina!Tapi kali ni aku benci kau!Aku benci kau sangat!Sampai bila-bila pun aku takkan maafkan kau!"

Ting!

Pintu lif terbuka.Kelihatan seorang wanita mungkin dalam lingkungan 30-an berdiri di depan lif.Dia nampak terkejut melihat keadaan aku.Dengan selamba,aku menarik bagasi keluar dan pergi.

"Umi,Syii tak kuat.Umi,tolong Syii.Syii nak peluk Umi.Syii rindukan Umi,"rengekku perlahan sepanjang menarik bagasi di bahu jalan."Semua yang Syii sayang sanggup buat Syii terluka.Mereka cuma perbodohkan Syii,"

Aku berjalan dan berjalan sehingga aku jatuh melutut.Biarlah orang nak cakap apapun yang penting aku terlampau sedih sekarang ini.

"Abah,Syii nak abah!Baliklah bah!"aku meraung dengan kuat lalu menangis teresak-esak."Abah,Syii minta maaf.Syii tak dengar cakap abah.Syii menyesal!Syii patutnya dengar cakap abah!"

Aku menekup mukaku dan menangis lagi.Dugaan apakah ini.

"Cik?Cik tak apa-apa?"

Aku merasakan ada seseorang berada di hadapanku.Aku mengangkat muka perlahan dan mendapati seorang lelaki lingkungan lewat 20-an.Nampak segak dan berkarisma sekali.Dia sempat membetulkan spek matanya dan memberikan senyuman padaku.

"Cik okey tak?"

Aku diam tidak menjawab apa-apa.Dia hanya senyum dan kembali bertanya lagi sehingga aku memberikan jawapan.

"Saya okey,"

"Mahu saya hantarkan cik ke rumah?"tanyakan lelaki itu lagi.

Aku mengangguk sambil mengesat air mata yang masih bersisa.Entah kenapa aku mengangguk kepada lelaki yang tidak aku kenali.Dia nampak baik,mungkin.Perlahan aku bangun dari tanah dan berdiri di depan lelaki itu.

"Mari ikut saya,"arah lelaki itu lalu aku mengikutinya dari belakang.Terdapat sebuah kereta silver yang bersadai di tepi jalan.Dia membuka bonet di belakang dan mengambil bagasiku untuk diletakkan di dalam itu.Sejurus selepas itu,aku masuk ke dalam kereta tanpa dipinta.

"Rumah cik kat mana?"tanya lelaki itu lagi ketika menghidupkan enjin keretanya.

Aku diam memikirkan kemana aku mahu pulang.Aku tidak mahu pulang ke rumah di Seri Pajam.Nanti Nazim akan ke sana mencariku.

"Hantar saya ke Seremban,"

"Okay,"

Okay dia jawab?Bukankah dari Damansara Utama ke Seremban jauh?

Aku malas mahu memikirkan apa-apa.Kepalaku sakit sangat akibat menangis tadi.Sedu-sedanku masih bersisa.

"Nah,minumlah air ni,"ujar lelaki itu lalu mengambil botol air mineralnya yang belum dibuka.Aku mengambilnya sedikit teragak-agak.

"Terima kasih sebab hantarkan saya,"ucapku perlahan sesampai sahaja di hadapan rumah arwah kedua Abah dan Umiku.

"Sama-sama,"jawabnya lalu mengukir senyuman manis,sejuk mata memandang.

"Oh ya cik,nama cik siapa?"tanyanya lagi membantutkan aku mahu keluar.

"Insyirah."jawabku sepatah.

"Cantik nama tu,"

Aku sekadar senyum nipis mendengar pujiannya."Please,jangan panggil saya cik.Panggil Syii.Oh ya,nama awak apa pulak?

"Panggil saya Asyraf,"

"Asyraf ya,"

Beberapa langkah aku meninggalkan dirinya,kedengaran dia menyeru namaku.

"Maaf,boleh saya tahu kenapa dengan wajah awak?"

"Oh ni?"Aku menyentuh kesan luka yang ditoreh Nazin hari itu perlahan."Saya incident,ala calar sedikit je,"

Asyraf mendekati aku dan riak wajahnya seolah tidak berpuas hati.Tiba-tiba,aku teringatkan Zayn.

"Awak dah kahwin?"

"Kenapa dengan awak ni?Tanya macam-macam?!"

"Insyirah,"seru Asyraf kuat,"I know you,"

"What?"

"I know who you are,"

Aku pandang Asyraf lama.Makin lama makin seram pula aku dengan Asyraf ini.

"Macam mana awak boleh kenal saya?"

"Zayn,"

Aku merasakan wajahku berubah mendengar nama yang dilemparkan Asyraf tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience