Insyirah
Cuti musim panas Rosa telah berakhir dan aku mahu menghantarnya pulang ke Sydney.Namun,Mummy menelefon aku dua hari sebelum itu untuk berjumpaku di rumahnya di Melbourne dan membawa Rosa sekali.
Apabila Rosa mendapat tahu kami akan pulang ke kampungnya berjumpa Mummy,menjerit girang dia menyebut grandma banyak kali.
"Syii,"
Aku memandang Asyraf yang nampak berat melepaskan aku pergi ke Melbourne.
"Awak....perlu ke pergi ke Melbourne-"
"Asy,saya perlu menghormati permintaan Mummy Zayn.Mungkin kami tiada apa-apa pertalian tapi dia tetap nenek kepada Rosa,anak saya.Saya tak boleh pentingkan diri sendiri,"Aku menjelaskan kepada Asyraf agar dia mengerti ada hubungan yang perlu aku jaga disebabkan mereka mempunyai pertalian keluarga dengan Rosa.
"Syii,saya-"Asyraf nampak runsing memikirkan ayat seterusnya,"Awak faham kan bila datang rumah keluarga dia,"
Aku tergelak kecil,"Faham apa?Mereka mesti layan saya dengan baik sebagai tetamu.Takkan nak biarkan saya macam tu setelah saya hantar Rosa ke situ,"
"Syii,awak tahu kan perasaan saya pada awak,"Asyraf nampak seperti tidak berputus asa seolah mahu menghalangku berjumpa Mummy Zayn.
Aku terdiam seketika.Tidak lama selepas itu aku tersenyum nipis,"Kalau kita ada jodoh,Tuhan pasti satukan kita tak kira apapun berlaku.Tapi sekarang ni,saya selesa berkawan dengan awak,Asy.Tak lebih dari itu.Rosa pun suka main dengan awak...."
Wajah Asyraf berubah muram.
"Saya minta maaf Asy,tapi keputusan saya,"Aku memandang kearah Rosa yang bermain game di telefon pintarku."Rosa,time's up!Say good bye to Uncle Asy,"
Rosa menyerahkan telefon pintar kepadaku lalu melambai Asyraf,"Bye Uncle Asy!Kita jumpa lagi cuti musim panas akan datang!"
"I'm gonna miss you Rosa,"ucap Asyraf dengan suara sedikit hiba.Dia jatuh melutut dan mendepakan tangannya,"Can I have a hug?
Rosa berlari kearahnya lalu memeluk erat.Asyraf membalas pelukannya dalam agak begitu lama seolah berat melepaskan Rosa pergi.
"Rosa!"Aku memanggil Rosa setelah mendengar pengumuman penerbangan ke Melbourne.
"Yes Mummy!"Rosa meleraikan pelukan dan berlari kearahku.Tangan kanannya menggengam tanganku manakala sebelah lagi melambai kearah Asyraf.
"Bye Uncle!See you next summer!"
Aku terus menoleh ke depan tanpa sedikit pun menoleh kembali pada Asyraf.Tipulah aku tidak ada rasa serba-salah setelah menghancurkan harapannya tadi.Aku sememangnya tidak mahu memberi harapan kepada mana-mana lelaki sekarang ini.
Dalam masa yang sama,aku agak keliru dengan perasaanku pada Zayn.Aku takut perasaanku pada Zayn hanya sementara sahaja,disebabkan dia pernah menjadi cinta pertamaku.
Zayn masa laluku yang indah.Ya,aku tidak boleh menafikan kami pernah bahagia bersama.Banyak memori manis yang kami berdua cipta.Namun,itu dulu dan ia takkan berulang lagi.
Rosa sudah lama terlelap disebelahku sejak dari awal penerbangan lagi.Aku sengaja merenung wajahnya lama,memerhati setiap apa yang ada di muka anak perempuanku seorang ini.
Fizikal Rosa banyak mewarisi Zayn kerana kedua bulu matanya yang lebat itu melentik cantik,hidung mancung dan bibir yang merah.Rambutnya lurus diikat dua oleh getah rambut berbulu merah jambu yang dibelikan aku semasa keluar bersamanya minggu lepas.Oh ya,aku perasan Rosa suka merah jambu!Kebanyakkan barangnya berwarna itu.
Aku sedikit hiba kerana banyak perkara yang aku terlepas tentang Rosa selama lima tahun ini.Aku tak pernah merasa memegangnya semasa bayi,menyusukannya dan melihatnya berjalan buat kali pertama.Aku terlepas menyambut hari jadinya sebelum ini dan memberikannya hadiah.Aku tak pernah menghantarnya ke sekolah dan menghadiri aktiviti-aktiviti persekolahannya seperti ibu-ibu yang lain buat pada anak mereka.
Perlahan air mataku mengalir membasahi kedua pipiku sambil tangan kanan mengusap pipinya lembut.
Rosa,maafkan Mummy ya kerana tak jadi Mummy yang sepatutnya kepada Rosa.Mumny tahu Mummy silap dulu,Mummy pentingkan diri sendiri.Tapi,Mumny janji selepas ni,Rosa sentiasa berada di tempat pertama dalam hidup Mummy.Mummy takkan sia-siakan peluang yang ada,bisikku di dalam hati.
?
"Grandma!"
"Hello dear!"
Rosa meluru kearah Mummy dan memeluk neneknya erat.
"Miss me?"
"I miss you so much grandma!"lantas Rosa mencium kedua pipi Mummy.Kemudian Mummy memeluk Rosa lama seolah melepaskan rindu kepada cucunya seorang itu.
"You must tired isn't it?I had already prepare dinner for you.Guess what?Your favourite lemon chicken!"
"Yay!"Rosa menjerit keriangan apabila neneknya memasak makanan kegemarannya malam ini.
"Insyirah penat kan?Letak bagasi tu dulu dalam bilik.Mummy dah siapkan makan malam,nanti Insyirah turun makan ya,"Aku mengangguk lalu menyalami tangan Mummy tanda menghormatinya sebagai wanita tua dia dalam rumah ini.
Mummy seringkali bertanya khabar tentangku di Malaysia.Dia juga kadangkala mengirim buah tangan kepadaku walaupun aku tidak meminta.Mungkin Mummy sekadar menjaga hati kerana aku merupakan ibu kepada satu-satunya cucu dia,Rosa.
Aku menarik bagasi naik ke tingkat atas menuju bilik tetamu yang disediakan Mummy jika aku pulang ke sini.
Mereka berlalu ke dapur.Aku masuk ke dalam bilik dan menghempaskan badan ke atas katil.Penatnya,rasa nak tidur je memikirkan betapa empuknya katil ini.Namun,sudah menjadi tetamu kenalah hormati tuan rumah.
Aku keluar semula dan turun ke bawah.Aku lihat Mummy,Sasha dan Rosa sudah berada di meja makan.Lantas,aku menarik kerusi disebelah Sasha yang begitu berselera makan malam.
"Grandma!Grandma!"
"Yes Rosa!"
"Daddy's here?"Aku terus mengangkat wajahku memandang Mummy.Sasha sedar gerak-geriku tadi namun dia seolah cuba buat-buat tak perasan.
Mummy angguk sambil memandang Rosa,"Yes,Daddy is here but he went to the town just now.You have to wait him back,"
Selepas makan dan mengemas,aku mengambil peluang bertanyakan tentang Zayn pada Sasha.
"Zayn pergi mana?"
Sasha senyum lalu berbisik."Boxing,"
"What?"Aku salah dengar ke?Zayn pergi tengok perlawanan Boxing?
"He went to the boxing match tonight.Maybe you should go there tomorrow,"bisik Sasha lagi kemudian tersengih-sengih.Aku pelik melihat reaksi Sasha hari ini.
"But where?"
"I'll send the location after this,"Sasha sempat mengelipkan sebelah mata lalu mendukung Rosa naik ke tingkat atas bersama.
Aku mahu naik semula ke bilik namun dihalang oleh Mummy.Dia mengajakku menonton tv di ruang tamu bersama-samanya.
"Insyirah macam mana kehidupan kamu?Okay atau tak?Bisnes pula macam mana?"tanya Mummy sekadar mengisi kesunyian antara kami berdua kerana masing-masing fokus menonton televisyen.
"Alhamdulillah okay je Mummy.Bisnes makin maju sekarang,"Aku bersyukur kerana Tuhan melimpahkan rezeki yang banyak selepas aku bercerai dengan Nazim.Aku bertekad melupakan apa yang berlaku sebelum ini dan memulakan hidup baru.Insyirah yang baru.
"Lega Mummy dengar semua tu.Tapi Insyirah tak rasa keseorangan ke?"Mummy seolah ingin meluahkan sesuatu padaku.
"Keseorangan?Tak adalah.Syii ada Rosa,ada Mummy,Sasha dengan Tok pun sudah memadai,"Aku mula pelik dengan soalan yang ditanyakan.
"Maksud Mummy teman hidup.Insyirah tak sunyi ke sorang-sorang kat sana?Insyirah perempuan,janda pula tu,"Aku merasakan Mummy nampak serius dalam perbincangan kali ini.
"Tipulah Syii tak terfikirkan hal tu tapi Syii masih muda.Nak kukuhkan kewangan dulu baru,"Aku masih memberikan jawapan dengan tenang walaupun dalam hati betapa aku tidak tenang dengan soalannya tadi.
Mummy mengambil kedua tanganku dan mengusap lembut."Mummy nak sampaikan niat seseorang ini,"
"Niat siapa?"Aku bingung.Jantungku pula berdegup kencang.Tiba-tiba aku teringatkan kata-kata terakhir Zayn sebelum dia berlepas ke Tanah Suci beberapa minggu yang lalu.
Mummy senyum lebar,"Niat Zayn,"
Sumpah aku berdebar mendengar pengakuan jujur Mummy.
"Dia nak Insyirah semula.Insyirah mahu tak?"
Aku terpana.Zayn sememangnya mahukan aku sejak hari itu lagi.Kali ini dia menggunakan Mummy sebagai perantaraan pula.
"Kamu tak kasihan kat Rosa ke?"
Entah kenapa aku rasakan soalan Mummy membuatku rasa tersepit.Sudahlah terkejut dengan pengakuan Mummy yang dia menyampaikan lamaran Zayn untukku dan dalam masa yang sama Mummy mengasakku dengan Rosa pula.
"Kasihan?Mestilah,dia anak Syii"
Mummy senyum sahaja."Kalau kamu kasihan,kamu tak nak ke jadi ibu sepenuh masa padanya?"
Besarnya harapan Mummy ini.Aku pula tak yakin dan masih ragu-ragu.Bersediakah aku menerima Zayn kembali setelah apa yang berlaku antara kami?
"Mummy tak paksa Insyirah untuk setuju atau tak sekarang ni.Fikirkan kata-kata Mummy,fikirkan juga masa depan Rosa.Kamu masih muda Insyirah,"Mummy menanggalkan salah satu cincin pada jarinya lalu diletakkan pada telapak tanganku ini.
"Ini cincin tunang Mummy dulu.Kalau Insyirah setuju,pakailah.Kalau sebaliknya Insyirah boleh pulangkan,"tambah Mummy lagi membuatkan aku rasa bersalah padanya.
Bagaimana aku memilih sebaliknya?Kecewakah Mummy?Bagaimana pula dengan masa depan aku?
Share this novel