Zayn membuka mata dan mendapati hari sudah cerah.Dia mengeliat panjang.Dia menggosok rambutnya sehingga serabai dan keluar dari bilik.
Keadaan rumah memang nampak bersepah pagi itu.Zayn mendapati ada sekelompok manusia baring terlentang sana-sini di ruang tamu.Dengan masih keadaan mamai,Zayn menuju ke dapur dan membuka peti sejuk.Tekaknya berasa haus sejak tadi.
Selepas minum,dia melangkah perlahan menuju ke bilik air untuk mengosok gigi.Sambil dia mengosok gigi,dia teringatkan peristiwa malam tadi.Dari pantulan cermin bilik air,terserlah sengihan pada bibirnya.
Insyirah.
Zayn sudah lama perhatikan perempuan Malaysia itu.Sejak setahun yang lepas namun tidak berani nak menegur.Kehidupan mereka jauh beza.
Zayn tahu dia liar sejak kawan dengan Ben.Berbeza dengan Insyirah.Dia perasan Insyirah tidak pernah keluar dengan mana-mana lelaki atau bercakap kosong dengan mereka.Cuma Zayn nampak dia hanya berkawan dengan Nazim,budak course engineering yang berspek mata dan Dina,perempuan blonde yang suka memakai eyeliner pekat itu.
Zayn membayangkan dirinya jika dapat memiliki Insyirah.Dia yakin hidupnya pasti sangat sempurna dan bahagia.Adakah perempuan yang dia cari selama ini sudah ditemui?
Sambil membuka pili shower,Zayn tersengih-sengih.Dia teringatkan ciri-ciri gadis impiannya sejak dulu lagi.Seorang gadis melayu,cantik dan berpendidikan.Dan satu lagi,pandai masak masakan melayu.Dia berharap Insyirah menepati ciri-ciri itu.
Berangan.
Sesudah mandi dan bersiap,dia keluar dari biliknya dan mendapati keadaan rumah sangat bersepah.
"Hoi bangun!Cepatlah belah dari sini!"Zayn menepuk bahu beberapa manusia yang terbongkang di tengah ruang tamu mereka.
"Eeeuuww!!Gross!"Zayn membuat reaksi mahu muntah saat melihat air liur basi yang laju meleleh macan air terjun belakang rumah Tok Mah dari mulut lelaki entah siapa-siapa Ben jemput itu.
Zayn teringatkan Ben.Manalah Ben itu berada.Seperti biasa kalau parti macam ni,Ben memang akan tidur merata-rata macam merempat tak mampu nak beli katil.Padahal ayah dia orang berpangkat Tan Sri dengan memiliki banyak cawangan kilang di seluruh dunia ini.
"Ben?Benjamin Lee?"Zayn mencari-cari Ben di ruang tamu termasuk belakang sofa dan belakang langsir namun tiada.Dia menuju ke dapur.Sumpah macam baru singgah Taufan Katrina di sini.Kelihatan Ben terbaring di atas meja makan mereka.
"Bangun!!"Zayn menjerit pada telinga Ben agar mendengari.
Ben bangun dengan keadaan mamai."Hah,what do you want hah?You diam la I nak ti-"Ben baring semula dan melelapkan mata.
Zayn menahan geram.Tidur balik pulak Ben ni.Selain mengejutkan Ben,dia meneruskan aktivitinya mengejutkan orang lain dan mengarah mereka supaya berambus dari rumah.Selepas itu,dia mengemas apa yang patut.
Ting Tong Ting Tong
Zayn membuka pintu dan mendapati sepasang suami isteri berdiri di hadapannya.Mereka berpakaian agak mewah dan nampak moden.
"Tan Sri,Puan Sri?"
"Zayn right?"Puan Sri terus memeluk Zayn tanpa teragak-agak seperti Zayn itu anaknya.
"Where's Ben?"
"Errr-"Zayn rasa serba salah mahu menjemput mereka masuk memandangkan keadaan rumah mereka bagai di singgah badai malapetaka.Sangatlah tidak manis buat tatapan tetamu yang Zayn sangat hormati ini.
"Why you face look so pale?"
"I-ermm-I can explain,"Zayn agak gugup bersuara.
"Oh okay?"Tan Sri menunggu jawapan Zayn.
"I really want you to come in but our home-errr-what I should say huh-ermmm-"
"I know it Zayn.Don't need to explain.We both know what was going on but we really need to see our son,"Puan Sri memegang bahu Zayn seraya mahu menenangkan dirinya.
"Ben urmm I-"belum sempat Zayn habis cakap,pintu terbuka luas.Beberapa lelaki yang tidur di rumah mereka keluar mahu pulang.
"Zayn,thanks for the party!"
"We all enjoyed it!"
"See you soon!"
"Bye Zayn!"
Si suami isteri termangu-mangu melihat mereka berlalu pergi.Tanpa berlengah,si isteri menolak Zayn ke tepi dan tergamam melihat keadaan rumah mereka.
"Oh God!Tell me Zayn,where's Ben?"Puan Sri seolah menahan kemarahan.
"Zayn,Ohhh-I feel I've got head ache!"muncul Ben dari dapur sambil memegang kepalanya.Dia kelihatan berkerut.
Zayn merasakan dia terperangkap antara konflik keluarga yang bakal meletus.
"Benjamin Lee!!!!"jerit Puam Sri kepada Ben yang masih mamai di sana."What the hell is going on here last night?"
"Oh mummy,daddy?You came here?I'm so glad you didn't forget me,heh?!"Ben mendekati mummynya yang menahan kemarahannya dengan keadaan terhuyung-hayang."You know,it was very fun last night.I really-really enjoyed mummy.Everyone seems happy and dance and kiss and f-"
Tiba-tiba Puan Sri terus menampar Ben.Zayn dan Tan Sri sangat terkejut melihat tindakan Puan Sri.
"Don't you ever mention that dirty word again son!I never expected you changed into this?Where's my innocent Ben I'd raised him before?"
"He's already gone forever!!!Hahahaha!!!Auch!"Ben memegang kepalanya lagi.
Puan Sri menggeleng kepalanya tanda tidak percaya apa yang berlaku.Dia tidak menyangka anak bongsunya berubah sedranstik sebegini.Dengan nada sebak,dia berkata"Benjamin Lee,I just want-to say-"
"What?"
Puan Sri menangis teresak-esak.
"Happy birthday Benjamin.We came here to spend time with you my son,"Tan Sri menyampuk.Dia memeluk Puan Sri dan memujuk isterinya itu.
"Oh I never though you remembered my birthday?God,bless my parents,"jawab Ben dengan selamba sambil mendepangkan tangannya.
"Ben,"Zayn menegur Ben kerana merasakan tindakan Ben tidak wajar.
"What???"Ben membalas teguran Zayn dengan tiada perasaan.
"I better leave,sorry for interrupting,"Zayn meminta diri untuk keluar dan mahu Ben menyelesaikan masalah keluarganya sendiri.
Zayn tidak tahu kemana.Dia berfikir untuk bersiar-siar sebentar sebelum pulang ke rumah semula.Dia tidak berniat mahu masuk campur urusan keluarga Ben dan dia tahu mereka ada konflik sesama sendiri.Ben jarang membuka cerita pasal keluarganya.
Entah mengapa dia teringat Insyirah.
Apa yang perempuan itu sedang lakukan sekarang.
Masih tidur lagikah?
Tup-tup berjalan sudah sampai di hadapan rumah Insyirah dan Dina.Lantas dia menekan loceng pintu.Dua kali menekan,tiba-tiba pintu dibuka.
"Zayn?"
Insyirah terkejut mendapati Zayn berada di hadapan pintu rumahnya.
"Would you let me to come in?"
"Okay,"Insyirah membuka pintu seluasnya.Zayn masuk ke dalam rumah dan duduk diatas sofa yang disediakan.
"Nice,"puji Zayn sambil memerhati dekorasi ruang tamunya.
"Who's coming?"muncul Dina dari dapur.Dia terkejut melihat Zayn.
"Errr hi?"Zayn tegur Dina agak janggal sedikit.
"Oh,hi Zayn?Why did you coming here?Where's Ben?"Dina berharap Ben hadir memandangkan mereka berdua kawan baik.
"He's not coming with me,"jawab Zayn serba-salah.
"Okay,"Dina nampak terkilan.Dia berlalu pergi ke dapur semula.
"Why didn't you bring Ben along?"tanya Insyirah dengan nada perlahan.Dia mengambil tempat disisi Zayn.
"His family are in here,I mean our house and I don't want to disturb them,"jawab Zayn juga dalam nada perlahan kerana tidak mahu Dina dengar.
"Oh okay!"Insyirah tidak bertanya lagi kerana merasakan Zayn tidak mahu bercerita panjang tentangnya.
"Would you like to drink something?"tawar Insyirah lalu berdiri semula.
"Coffee?"ujar Zayn lalu menyandarkan diri pada sofa.
Insyirah mengangguk lantas pergi ke dapur membuat air yang diminta.
Zayn mengambil kesempatan melihat beberapa gambar yang berada diatas rak meja.Gambar Insyirah dan Dina bersama.Gambar Insyirah bersama famili.Insyirah anak tunggal dalam keluarga.Wajahnya saling tak tumpah seperti ibunya.
Dia beralih kepada gambar Dina.Dina bergambar dengan ibunya di Cameron Highland,mungkin.Zayn pernah ke sana dua kali ketika pulang ke Malaysia beberapa tahun yang lepas.Wajah Dina dan ibunya tak serupa,mungkin Dina mewarisi ayahnya.Sebab Dina hasil kacukan ayahnya yang berbangsa Inggeris.Itupun dia dapat tahu dari Ben.
"Zayn?"
"Oh,thanks,"ucap Zayn sopan lalu mengambil mug yang dihulur tangan Insyirah."Ayah Dina mana?Atau dah..."
"Dina's daddy is still alive but they're not close as a daughter and her father used to.I don't know why and Dina rarely spoke about her family,"
"Mereka ada konflik,mungkin?"
"Tak rasanya sebab ayahnya kerap datang melawatnya,"
"Kerap datang melawat?"
"Ya dalam dua minggu sekali ayahnya pasti datang melawat.I syak ayah Dina tak tinggal di Malaysia bersama ibu dia,mungkin di sini tapi I tak rasa di Sydney,"
"So tell me about you?"Zayn tiba-tiba bertanya tentang dirinya.
"Me?"Insyirah menunjukkan dirinya.
Zayn mengangguk.
"I,Insyirah Imran.Malaysian,only child in family,currently lives in Seremban,Negeri Sembilan,Malaysia.What else?"jawab Insyirah dengan bersahaja.
"Hobbies or anything so I can get know you-closer,"Zayn merapatkan badannya pada Insyirah.Tangannya melingkar pada pinggang perempuan itu.
"Zayn-"Insyirah menahan badan Zayn daripada berdekatan dengannya.Dia menundukkan muka.
"You're blushing!"usik Zayn lalu tersengih.
"Born on July 22,"jawab Insyirah dengan wajah masih tunduk ke lantai.
"I,Zayn Javadd Malik,Australian,had a little sister name Sasha,currently lives in Melbourne,Victoria,Australia.What else?"sengaja Zayn meniru gaya percakapan Insyirah.
Insyirah mencemik.Dia angkat muka."Date of birth?"
"January 12,"Zayn mendekatkan jarak wajahnya pada wajah Insyirah.
"Zayn,"Insyirah berasa berdebar-debar saat dahi mereka bersentuhan.
"Why?"Zayn sengaja mengusik kerana suka melihat Insyirah dalam keadaan malu-malu.
Insyirah memejam kedua mata menunggu apa yang Zayn mahu lakukan padanya.Jangan-jangan perkara malam tadi berulang kembali.
Share this novel