BAB 26

Romance Completed 9546

"Zayn,I bukan tak bagi you masuk tapi Syii memang tak nak tengok muka you right now,"

"Please Dina,I need to see her,"

"You buat apa sampai dia macam ni?Dia datang pagi-pagi buta and cry a lot!I tanya dia tak jawab,dia terus masuk bilik kunci pintu.Pagi tadi aku tanya lagi dia cakap kalau you datang jangan bagi masuk,"

Zayn meraup muka lalu mengeluh kasar."Ia cuma satu salah faham,"

Dina memeluk tubuh."Really huh?Sepanjang I kenal Syii,dia tak pernah menangis seteruk tu melainkan benda itu betul2 menyakitkan hatinya.Even kalau Umi dia marah-marah sekalipun dia tak ambil hati,inikan you,"

Dina terdiam seketika sebelum menyambung,"Atau dia-dah tahu?"

Zayn mengangguk payah.

"How could you!"Dina menarik kolar Zayn dan menjerit kuat."How could you do this to my best friend!"

"Boleh I jumpa Syii?"

Dina memberikan ruang kepada Zayn untuk masuk."She's in her room,"

Tok tok tok

"Dina,kau nak apa lagi?Kan aku cakap aku tak nak makan biskut kau buat tu!Baunya tak sedaplah!"

Zayn senyum melebar mendengar suara Insyirah itu.Dia terus-menerus mengetuk pintu sehingga terdengar Insyirah menjerit.

"Medina Adzlynn Hughes!Ini dah kali ke ti-"

Pintu dibuka dan Insyirah terpana melihat Zayn.Dia mahu menutup pintu itu kembali namun Zayn menghalang.

"Wait,"

"I don't want to see you anymore!"

"Insyirah,can we have a talk?"

"No!I tak percaya every single thing yang keluar dari mulut you!"

Insyirah mengalah dan membiarkan Zayn masuk ke dalam biliknya.Dia menjarakkan diri daripada suaminya untuk menunjukkan tanda protes.

"Jom balik,"

"Tak nak!"

"Sampai bila nak macam ni Syii?"

"Sampai you mengaku tu anak you!"

"Itu bukan anak I,"

"Berapa kali you nak nafikan tu anak you!"

"Sebab semua anak I cuma lahir dari you!Hanya you isteri I,Insyirah!"

Insyirah terdiam seketika.

"Pergilah balik-balik pada Diana.Dia lebih perlukan you,"

"What?Apa yang you mengarut ni?"

"I kata balik!Baliklah!"Insyirah meluru kearah Zayn dan memaksa suaminya keluar dari situ.

"Insyirah,"

"Leave me alone!"

Pintu dihempas.Insyirah menyandarkan badannya kepada pintu dan mula menangis.

Sudah beberapa hari Insyirah tidak pulang ke apartment mereka.Bunga-bunga matahari mereka mula menunjukkan kelayuan,tidak disiram seperti sediakala.Zayn pula masih diatas katil,meniarap sambil memeluk bantal.

"I rindukan you,"

"Bila you nak balik pada I?"

"Insyirah,"

"Please come back to me,"

Zayn menyebamkan mukanya pada bantal dan menangis untuk meluahkan betapa rindunya kepada sang isteri.Bau rambut Insyirah masih melekap pada bantal itu membuatkan Zayn bertambah-tambah rindu kepada perempuan itu.

Inikah balasan atas dosa-dosa lampaunya?Zayn berat mengakui perkara itu,walaupun perit tetapi ya.Zayn malu apabila Insyirah mendapat tahu perkara itu.Dia faham kenapa Insyirah marah sangat.

Dia tidak tahu bagaimana lagi mahu memujuk si isteri.

I just wanna keep calling your name
Till you come back home

Telefon pintarnya berbunyi nyaring menandakan panggilan masuk.Zayn dengan malas menjawab panggilan itu tanpa melihat skrin.

"Hello?"

"Zayn,"

Suara perempuan menyapa membuatkan Zayn rasa segar sedikit.

Diana.

"I'm sorry about what happened last night.I don't want make it worst between you and your wife.I know you're mad."Suara Diana terhenti seketika lalu menyambung,"I think I should go far away from here,"

"Where did you want to go?"

"Dublin,maybe.I already talked to papa about that and he said okay as long as I can take care of myself and the baby,"

Zayn mengeluh panjang."Is that mine?"

Diana terdiam lagi sebelum menjawab,"Yes,it's almost four months,"

"Ermm can I have a talk to your wife?"

"She's not in here,"

Kedengaran Diana mengeluh."I hope she's alright."

Mereka menamatkan panggilan dan Zayn meletakkan kembali telefon pintarnya diatas katil.

Nazim.

Laju sahaja Zayn bangun dan bersiap-siap.Dia mahu berjumpa dengan lelaki itu.Mulutnya menyumpah seranah lelaki itu kerana berjaya merosakkan rumahtangga yang dibina tidak sampai setahun.Dia menghidupkan enjin kereta dan pergi ke tempat dimana Nazim selalu melepak.

Nazim kelihatan bersahaja di dalam kafe itu.Dia sedang menghirup kopi di dalam cawannya bersama seorang rakannya yang lain.Laju sahaja langkah Zayn mendekati Nazim dan menarik kolar jaket kulit lelak itu.

"Ops Zayn?"Nazim nampak terkejut dengan kedatangan Zayn namun belum sempat dia meneruskan kata,satu penumbuk padu mengena rahang Nazim.Lelaki itu jatuh ke lantai.

Suasana kafe menjadi riuh-rendah.Kebanyakkan pengunjung kafe itu lari menjauhi mereka berdua.Zayn pula terus menumbuk Nazim untuk meluahkan semua ketidakpuasan hatinya.

"Dasar pondan!Lawanlah balik!"maki Zayn lalu memberikan lagi tumbukan padu pada wajah Nazim sehingga lelaki itu berpaling lagi dan melanggar meja di belakangnya.

"Hey,rileks bro!"ujar salah seorang kawan Nazim yang berborak dengannya tadi.Dia cuba menahan namun Zayn menepisnya dan memarahi lelaki itu kerana cuba menganggunya.

Nazim merengus sakit kerana rahangnya yang ditumbuk tadi.Dia tersenyum sinis saat melihat Zayn di hadapan matanya.

"Wow!Someone wants to be hero today!"sindir Nazim sinis lalu bangun dari lantai.

"Apa kau bagitahu Insyirah hah?"jerit Zayn bengang mengejutkan pengunjung yang lain.

"Apa?"tanya Nazim berpura-pura tidak mengetahui apa yang berlaku.

"Kau cakap apa?!"Zayn menarik kolar jaket kulit Nazim lagi dan mahu menumbuk lelaki itu."Kau ingat kau boleh lepas tangan macam tu je?"

"Ewah-ewah tumbuk orang tanpa usul-periksa?Ada aku pernah tumbuk kau masa kau dengan Diana dulu?!"

Zayn bengang,dia menarik kolar Nazim kuat lalu menolak lelaki jatuh ke lantai lagi.

Nazim pula cuba mengawal imbangan akibat ditolak Zayn namun dia ketawa terbahak-bahak."Terkejut macam mana aku tahu?"

"Kau yang rogol Erika!"tuduh Zayn tanpa usul-periksa.Habis segala ilmu yang berkaitan dengan perguaman yang dia pelajari selama ini disebabkan hanya dua orang perempuan.Seorang bekas kekasih gelapnya dan seorang lagi isterinya kini.

"Buat apa aku nak rogol dia!"

"Kau rogol dia sampai dia mengandung!"

Nazim tepuk tangan kuat-kuat membuatkan Zayn dan kawannya tadi keliru.

"Well-well kau seronok ya fitnah orang.Inikah peguam terkenal yang disebut-sebut itu?Mana buktinya kalau aku rogol si Diana tu?"sindir Nazim lalu mencemikkan muka,sengaja membuatkan Zayn bengang.Lagi bertambah bengang apabila melihat Nazim yang terlalu yakin itu.

"Whoah!Whoah!Zayn!Bukan macam ni caranya!"kawan Nazim tadi menahan Zayn dari terus membelasah Nazim itu.

"Kau dengki dengan kebahagiaan aku!Tergamak kau hancurkan rumahtangga kawan baik kau sendiri hanya disebabkan aku!Babi punya jantan!"Zayn sempat meludah kearah Nazim dan merengus kasar.Zayn terus keluar dari kafe itu dan masuk ke dalam keretanya semula.

Zayn menjerit sepuas hatinya sambik menghentak stereng kereta.Dia tidak faham kenapa Nazim langsung tidak pernah berpuas hati dengan dirinya sejak dulu lagi?

Zayn mengenali Nazim melalui Diana.Pada mulanya,dia anggap Nazim biasa-biasa sahaja sehinggalah suatu hari dia menerima panggilan waktu hujan lebat pada musim panas dua tahun lepas.

Nazim tinggalkan Diana dalam hujan hanya disebabkan perempuan itu mungkir janji untuk makan malam bersama.

Zayn masih ingat Diana ketika itu dalam keadaan basah-kuyup,keseluruh badannya mengigil sambil meluahkan betapa dia kecewanya Nazim memperlakukan dirinya sebegitu.Terbongkar rahsia yang selama ini Nazim tidak pernah melayan Diana baik.

Dia banyak kali memberi amaran kepada Nazim supaya menjaga Diana baik-baik namun Nazim buat tidak endah malah makin melampau.Sehinggalah peristiwa malam itu yang Diana hampir dirogol.Kalau dia tidak sampai pada masanya,mungkin Diana akan terkesan seumur hidup.

Zayn terpandangkan sebuah kedai bunga yang baru dibuka tidak jauh dari situ.Kelihatan pekerjanya sedang menyusun beberapa batang bunga matahari yang masih segar,mungkin baru sahaja dipetik.Dia teringatkan Insyirah tiba-tiba.

Pasti Syii suka,bisik hati Zayn sambil bibirnya asyik tersenyum.Dibelikan sejambak bunga matahari sebagai tanda kemaafan.Rindunya hati ini pada sang isteri.

Dia memandu sehinggalah ke rumah sewa tempat isterinya duduki sebelum ini.Hatinya melonjak-lonjak mahu berjumpa dengan Insyirah.Dia tidak peduli apa yang Insyirah mahu katakan padanya,asalkan rindunya dapat dilunaskan.Tengok wajah isterinya sedang marah pun sudah cukup memadai.

Baru sahaja mahu melangkah ke rumah sewa itu,dia terpandangkan seorang lelaki yang sedang menekan loceng pintu rumah.Pintu rumah dibuka dan Zayn berharap yang menyambutnya bukanlah Insyirah sebaliknya Dina.Namun,sangkaannya meleset sekali.

"Kau okay?"tanya Insyirah sambil membelek wajah Nazim yang nampak bengkak akibat bertumbuk dengan Zayn tadi.

"Okay je,"dia menyentuh tangan Insyirah yang berada di wajahnya sambik tersenyum.

Babi punya Nazim.Dia seronok pula pegang tangan isterinya itu.Insyirah pula mengajak Nazim masuk ke dalam.

Bunga matahari yang dipegangnya jatuh ke tanah.Zayn memejamkan matanya perlahan,cuba memadamkan rasa sakit hatinya melihat adegan tadi.

Mudahnya Insyirah mempercayai orang lain.

×××

Tipulah Insyirah tidak merindui Zayn.Tipulah dia membenci Zayn walaupun kesalahan suaminya itu besar sekali.Tipulah dia tidak terluka dengan perbuatan suaminya yang sanggup curang dengan wanita lain.

Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam.Dia yakin Zayn sudah tidur waktu-waktu sebegini.Perlahan kakinya menapak ke dalam apartment mereka.Insyirah kembali ke situ sekadar mahu mengambil beberapa barang yang tertinggal.

Keadaan apartment masih sama.Tiada satu pun yang berubah.Kedua matanya meliar melihat sekeliling,takut-takut Zayn tersedar tiba-tiba.Dia berjalan perlahan ketika melintasi bilik mereka sebelum masuk ke dalam bilik laundry.

Pintu wardrobe ditolak dan mencari pakaiannya lalu disumbatkan ke dalam bagasi.Sedang tangannya lincah memasukkan barang-barang miliknya,dia merasakan badannya ditarik masuk ke dalam dakapan seseorang.Badan Insyirah secara automatik terkaku disitu.Jantungnya berdegup kencang saat terbau wangian maskulin di belakangnya.

Zayn.

"I know you'll come back,"bisiknya lembut lalu mengucup telinga Insyirah.Dia cuba menahan diri daripada tergoda dengan layanan Zayn dibelakangnya dengan menarik nafas dan menghembusnya perlahan.

"I miss you so bad,"

Badannya mahukan belaian itu namun otaknya menidakkan dan menyuruh Insyirah berhenti.Dia mula berperang dengan dirinya sendiri.Dia tidak tahu mahu menangkan siapa tetapi nafsunya mula menghasut macam-macam.

"Zayn,"kata Insyirah perlahan dan cuba melonggarkan pelukan suaminya namun Zayn enggan melepaskannya."Lepaskan I-"

Mengigil badannya saat bibir Zayn mula melekap pada lehernya pula.Kepalanya mula terlentok,membiarkan bibir Zayn menjelajahi lehernya sehingga meninggalkan kesan merah disitu.

Insyirah merasakan badannya melayang ke udara.Dia segera berpaut pada leher Zayn dan menyedari suaminya membawanya masuk ke dalam bilik mereka.Diletakkan Insyirah elok diatas katil dalam keadaan berbaring.

Mereka saling berpandangan antara satu sama lain.Entah kenapa Insyirah berasa sebak dapat melihat Zayn diatasnya.Sudah beberapa hari dia tidak bertemu Zayn sejak dia menghalau Zayn keluar dari biliknya.Dia merindui Zayn namun ego mengatasi segalanya.

"I-"belum sempat Insyirah bersuara,Zayn menyambar bibirnya dan mengucup lembut.Kedua tangan Insyirah dilarikan pada rambut Zayn yang beralun.Dia juga membalas kucupan Zayn dan mendalamkan lagi ciuman tersebut.

"Love you," Zayn berbisik lembut,menyambung ayat Insyirah tadi padahal bukan itu yang Insyirah maksudkan."I love you so much,"

Insyirah ingat Zayn mahu meneruskan kearah lebih intim namun sebaliknya Zayn baring di sebelahnya dan menarik dirinya dalam dakapan.Suaminya memeluk erat,seolah-olah tidak mahu melepaskan dirinya pergi.

"Good night angel,"ucap Zayn perlahan lalu dikucup ubun-ubunnya sekali.

Insyirah hanya senyum sahaja,membalas pelukan Zayn dan memejamkan matanya.Dia rindu sebenarnya.

×××

Insyirah senyum sendiri,sambil membelai wajah Zayn disebelah.Banyak kali dia mengusik suaminya itu,dari mata ke hidungnya malah bibirnya juga namun Zayn masih diam tidak berkutik.Pada mulanya,dia hairan kerana Zayn mudah terkejut.

"Ermm-"kedengaran Zayn perlahan mengumam.

"Wake up handsome,"Insyirah mengacau lagi,kali ini bulu mata lentik suaminya ditarik sedikit.

"Not again Erika,"

Kedua mata Insyirah terbuntang luas.Berani betul Zayn mengucapkan nama perempuan itu sedangkan mereka baru sahaja berbaik.Insyirah merengus kasar lantas bangun dan mencapai pakaiannya yang bersepah diatas lantai.Dia meluru ke dalam bilik air dan segera membersihkan diri.

Zayn tersedar setengah jam kemudian.Dia mendapati jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi.Insyirah sudah tiada di sebelah.Dia gelisah semula.Laju kakinya melangkah keluar dari bilik mencari Insyirah.Kedengaran pasu jatuh pecah berderai di bahagian beranda.

"Syii,apa ni?!"tegur Zayn mendapati Insyirah sedang memotong bunga matahari kesayangannya tanpa belas.Dia mencampakkan kesemua bunga matahari itu ke luar beranda.

"You tanya apa?!You tak perlukan semua ni sebab you dah ada baby lain!"jawab Insyirah sedikit kasar lalu menolak beberapa pasu lain sehingga jatuh pecah.

"Insyirah!"Zayn mencengkam tangan Insyirah daripada berbuat demikian.Insyirah pula mencampakkan gunting yang digunakan tadi menepis tangan Zayn.Dia masuk ke dalam dan kembali menyusun semua pakaiannya ke dalam bagasi.

"You ni tak sedar-sedar lagi kan tapi you masih terhegeh-hegeh dengan I kenapa?"

"Bukan macam ni caranya Syii,"

"Habistu dengan cara apa lagi Zayn?Cara apa yang you boleh buat supaya I stay dengan relationship ini?Sampai kita berdua mati?Enough Zayn.I stick with my desicion.Lepaskan I,"

"No!I will ever let you go away!"Zayn mula meninggikan suara."I never expected sampai macam ni sekali?Please Syii,you tak kasihan dengan I ke?"

"Oh dan teruskan perangai kaki perempuan tu?I nak tanya I ni perempuan keberapa ya yang you dah fuck?I ni biasa-biasa ke ataupun Diana lagi best?"

"What?Please,jangan libatkan Erika dalam cerita ni!I've changed!"

"Enough of your lies Zayn!"Insyirah mengeluarkan sesuatu dari beg yang dibawanya malam lalu dicampakkan tepat pada muka Zayn."You tengok betul-betul semua gambar tu!Ingat I ni bodoh ke?I ni layak ke berdamping dengan spesies lelaki dayus nii?"

Zayn terkejut dengan tindakan kurang ajar Insyirah itu.Wajahnya mula merah padam namun cuba sedikit bertahan.Dia mengambil sampul surat coklat yang terjatuh tadi lalu dikeluarkan isinya.

Zayn tidak menyangka semua gambar-gambar itu terdapat dirinya dan Diana bersama.Siapa yang mengambil semua gambar ini?

"Mana you dapatkan semua gambar ni?"tanya Zayn dengan tangan yang terketar-ketar.

"Terkejut lihat dosa sendiri ditangkap gambar?"sindir Insyirah cukup menyakitkan hati si suami.

"Insyirah,I berani bersumpah yang I dah berubah!I had changed not only for you,but for us.Yes,memang I pernah ada hubungan dengan Erika tapi sebelum I jumpa you,"Mengigil Zayn mengucapkan kerana menahan rasa amarah yang hadir.Dia mula hilang sabar dengan tindakan kurang ajar isterinya.

"Tipu!Tipu!Tipu!"Insyirah menggeleng kepalanya dan menzipkan bagasi miliknya.Dia mahu keluar dari bilik laundry namun Zayn menghalang.Insyirah cuba menolak badan Zayn ketepi namun Zayn mengeraskan kedudukannya disitu.

"Get out from my way!"

"I tak benarkan you pergi!"Zayn menjerit kerana terlampau bengang dengan kedegilan isterinya.Pergelangan Insyirah dicengkam membuatkan Insyirah meronta.Insyirah memukul-mukul badan Zayn kuat dan mula berkata bukan-bukan.

"Daripada I jadi isteri nusyuz,better you ceraikan I sekarang atau you masuk neraka jahanam!"ujar Insyirah di luar kawalan membuatkan Zayn bertambah marah.

"Kalau itu yang you nak?Fine!Dengar sini Insyirah binti Imran,I ceraikan you dengan talak satu!"Zayn melafazkan tanpa teragak-agak dan berfikir panjang tentang kesannya selepas itu.

Insyirah terpana seketika.Seluruh badannya automatik terkaku mendengar lafaz talak itu.Dia tidak menjangkakan sampai begitu sekali.Air matanya merembes keluar meluahkan kekecewaan yang tidak terhingga setelah apa yang terjadi antara mereka.

"Sampai hati you-"Insyirah mengumam dengan tersedu-sedan yang masih bersisa.Dia segera menolak Zayn ke tepi dan menuju ke pintu utama.."Sampai hati you!"

"Insyirah,I don't mean it,"Zayn hilang kata,dia cuba menahan Insyirah pergi.Dia mencengkam pergelanagn Insyirah namun Insyirah meronta.

"Don't touch me!"Insyirah mengelap air matanya dengan lengan baju lantas menarik bagasinya keluar dari pintu apartment.

"Insyirah!"Zayn tidak berputus asa.Dia tidak mahu Insyirah meninggalkan apartment ini,lebih-lebih lagi meninggalkan dirinya.

"I benci you Zayn!Sampai bila-bila I ingat benda ni!"Insyirah menjerit dan meronta mahu melepaskan diri dari cengkaman Zayn.Dia segera menyarung sandalnya dan meninggalkan Zayn seorang diri.

"Ya Allah apa yang aku dah buat ni!"Zayn jatuh melutut saat melepaskan Insyirah pergi.Dia meraup wajahnya dan menangis teresak-esak,menyesal atas segalanya termasuk menjatuhkan talak tadi.

Telefon pintarnya berbunyi menandakan panggilan masuk.Sampai dua tiga kali panggilan masuk kerana Zayn lambat menjawabnya.

Perlahan Zayn bangun dan menuju ke dalam bilik,mengambil telefon pintarnya yang diletakkan elok diatas meja solek.Dia pandang cermin,melihat pantulan dirinya yang nampak lemah itu.

4 missed calls from Lil Sis

Sasha.

"Hello?"suara Zayn kedengaran serak-serak basah ketika memanggil Sasha.

"Zayn..."jawab Sasha dari sana dengan tersedu-sedan.

"Kenapa ni Sasha?"Zayn mula risau mendengar suara Sasha lain dari kebiasaan.

"Daddy..."kedengaran Sasha mula menangis teresak-esak.Adiknya mula menceritakan tujuannya menelefon si abang.

Zayn jatuh melutut mendengar khabar buruk itu.

×××

Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya.

Selepas menfailkan penceraian di mahkamah,Insyirah dan Nazim pulang ke Malaysia.Selepas habis idah,Nazim melamar Insyirah dan mereka berkahwin.

Perkahwinan yang dibina hanya sekadar nafsu semata.Mereka tidak bahagia atas sebab-sebab tertentu.Salah-satunya Insyirah disakiti setiap hari kerana sifat cemburu melampau Nazim.

Zayn pula menghadapi hari-hari dengan rasa kecewa ditinggalkan dan mendapat tahu Insyirah berkahwin lagi dengan Nazim.

Lima tahun berlalu tanpa khabar berita.Namun,takdir seolah mahu mempermainkan mereka.Bagaikan deja vu,mereka dipertemukan di parti yang dianjurkan Ben.

Restart.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience