Beberapa minggu kemudian setelah kembali semula ke Sydney.
"Kejap,"
Zayn menutup kedua mata Insyirah dengan menggunakan kain merah ketika mereka mahu memasuki satu bangunan apartment mewah disitu.
"Apa ni Zayn!Nanti I terlanggar dinding macam mana?Kalau I jatuh?"tanya Insyirah sambil kedua tangannya meraba ke hadapan setiap kali melangkah.
"Kata nak suprise,"
"Kalau suprise macam ni tak acilah,"
"Aci tak aci I nak buat suprise juga.Okay,you boleh jalan sendiri,"
"Zayn?You kat mana?"Kedua tangan Insyirah masih meraba ke hadapan seperti orang buta.
"Jalan je,I kat depan you,"ujar Zayn sambil berjalan mengundur untuk memerhati isterinya.
"Syii,watch your step!"jerit Zayn tiba-tiba membuatkan langkah Insyirah terhenti seketika.
"What?What's happened?"
Zayn ketawa apabila Insyirah mula gelabah.Dia sekadar menyakat sahaja bukannya ada apapun di hadapan isterinya itu.
"That wasn't funny Zayn!"ujar Insyirah lalu memuncungkan bibirnya.Seronoklah gelakkan orang dalam keadaan buta seperti ini?Insyirah terus berjalan tanpa memperdulikan ketawa Zayn yang masih bersisa di belakang.
Beberapa minit berjalan,tiba-tiba dia merasakan badannya melayang ke udara.
"Zayn!"Insyirah gelabah semula.Cepat-cepat dia berpaut pada leher Zayn.
"Lambatlah you ni macam kura-kura!"Zayn terus mencempung Insyirah dan menuju ke pintu lif.Butang lif ditekan.Berdiri bersebelahan dengan mereka terdapat pasangan Inggeris yang sudah berumur.Mereka tersenyum-senyum memandang adegan yang berlaku antara Zayn dan Insyirah.
Ting!
Pintu lif dibuka dan serentak mereka berempat masuk.
"Are we there yet?"tanya Insyirah memecahkan kesunyian di dalam lif itu.
"No,"balas Zayn sepatah sambil merenung skrin yang menunjukkan mereka di tingkat berapa.Satu,dua,tiga,argh!Cepatlah naik!
"Are we there yet?"tanya Insyirah lagi beberapa minit kemudian.
"No angel."Zayn mematikan pertanyaan Insyirah dengan mengucup bibir isterinya sekilas."We're not yet,"
"Oh,so sweet,"tiba-tiba salah seorang daripada pasangan berumur yang menaiki lif bersama mereka bersuara.
"Who's there?"tanya Insyirah terkejut mendengar suara lain selain suaminya.
"A beautiful couple just like us,"bisik Zayn pada telinga Insyirah lalu kepalanya menoleh kearah pasangan berumur tadi.Dia memberikan senyuman kepada mereka.
"Really?"tanya Insyirah dengan rasa tidak percaya.
"Moving here?"tanya si isteri yang berdiri bersebelahan dengan suaminya.Dia nampak ramah.
"Yes,we're moving here start from today,"Zayn menjawab mesra pertanyaan si isteri itu.
"Your girlfriend?"tanya si suami pula.
"No,she's my angel,"Zayn menyedari dia tersilap cakap terus membetulkan ayatnya,"I mean my wife,"
"Since when?"kali ini si isteri nampak teruja menyuarakan pertanyaannya.
"A couple of weeks ago,"
"Oh congratulations for your wedding!"balas pasangan berumur itu serentak.Mereka nampak teruja mendengar Zayn dan Insyirah baru sahaja berkahwin.
"Thank you,"ucap Zayn dengan senyum melebar.
"Such a romantic newlywed,"puji si isteri sambil memeluk lengan suaminya.
"Thanks,"Insyirah menjawab selamba membuatkan ketawa mereka bertiga pecah.
Ting!
Pintu lif dibuka.Mereka berempat keluar bersama.Zayn tidak menyangka mereka rupanya berjiran.Setelah saling kenal-mengenali,Zayn memanggil mereka Mr. dan Mrs.Robert.
"Tada!!!"
Insyirah terpana melihat rekaan dalaman apartment itu.Rumah baru mereka!
"I'm speechless,"ucap Insyirah dengan nada terharu.Dia menoleh ke belakang melihat Zayn."You made all of this just for me?"
"No angel,for us.Both of us,"jawab Zayn lalu senyum melebar.
Insyirah masuk ke ruang dapur apartment mereka.Sungguh cantik dan kotemporari pada pandangan matanya.Dia menyentuh meja makan untuk dua orang yang terletak di tepi tingkap.
"Kenapa dua?"tanya Insyirah dengan nada mengusik.
"You cakap macam tak sabar nak bertiga,"Zayn pandang Insyirah seperti singa mahu membaham mangsanya.Aumm!
"Eiii gatalnya!"
Zayn ketawa lalu menarik Insyirah pergi ke bahagian lain pula.Zayn membuka pintu beranda dan Insyirah nampak teruja melihat apa yang dia nampak.
"Baby!!"Insyirah terus menyentuh bunga matahari yang ditanamnya sebelum ini sudah ada disitu dan beberapa pokok bunga matahari yang lain.Semuanya membesar sihat dan semakin tinggi.
"Patutlah hilang,rupanya you curi!"Insyirah mencerlung tajam kearah Zayn yang cuba menahan ketawanya.Sebaik sahaja mereka pulang ke Sydney,semua pokok bunga mataharinya ghaib entah ke mana.Dia ada bertanya Dina jika Dina mengalihkan ke mana-mana sebab pintu biliknya tidak berkunci,jadi agak tidak mustahil Dina masuk dan mengusik apa-apa di dalam.
Dina dengan selamba menjawab dia langsung tidak mengusik apa-apa apatah lagi masuk ke dalam biliknya.
Mendengar jawapan Dina itu,Insyirah seolah mahu sahaja menangis.Dia tidak kisahlah orang lain ambil bunga matahari yang dia beli tetapi yang dia tanam sebab biji pemberian Zayn?Nanti Zayn cakap apa?
"Tak adalah,I suruh Dina ambikkan dan bawa ke sini,"jawab Zayn tiba-tiba merungkaikan misteri kehilangan bunga matahari kesayangan isterinya itu.Insyirah menjengilkan mata lalu memukul bahu Zayn berkali-kali.
"Aduh!Aduh!Sakitlah!"
Kedengaran jeritan Zayn di apartment itu akibat dipukul isterinya.
"Penat I nangis sebab you tahu!"luah Insyirah dengan mimik muka yang terlampau geram.
"Okay-okay tak buat lagi!Promise!"Zayn mengangkat kedua tangan lantas menjauhkan diri sedikit daripada Insyirah.
"Janji tak buat lagi?"tanya Insyirah untuk kepastian.
"Ya janji isteriku sayang,"
Insyirah membuat muka lalu masuk ke dalam semula.Zayn terus mencapai tangan Insyirah dan pergi ke bahagian lain di dalam apartment mereka.
"Ni bilik kita,"ujar Zayn lalu membuka salah satu pintu berwarna krim.Insyirah nampak teruja melihat dekorasi di dalam bilik mereka itu.Dia duduk diatas katil dan menepuk-nepuk tilamnya.
Komennya,"Ermm empuknya,boleh buat lompat-lompat,"
"Hey,mana boleh!"bantah Zayn tiba-tiba.
"Kenapa pulak?Bukannya patah spring terus,"dalih Insyirah lalu naik dan terus melompat-lompat diatasnya.Sengaja dia berbuat begitu untuk memancing reaksi suaminya.
"Insyirah!"Zayn terus meluru kearah Insyirah seperti mahu menggeleteknya.Insyirah tersedar perkara itu cepat-cepat menjauhkan diri daripada Zayn.Dia turun dari katil dan ketawa kuat-kuat.
"Kejarlah I kalau dapat!"
Perangai macam mengalahkan budak-budak,Zayn terus mengejar Insyirah satu apartment.Riuh-rendah apartment mereka dengan gelak-ketawa Insyirah yang tidak kesudah.Zayn pula asyik mengejar Insyirah sehingga mereka ke bahagian dapur.
"Where did you wanna go huh?"
"I hauslah,"rengek Insyirah membuatkan Zayn menggeleng kepala.
"Jangan nak bagi alasan!"Terus dicengkam kedua lengan Insyirah agar isterinya tidak terlepas kemana-mana lagi."Berani you lompat tadi,"
"Okay Zayn,I surrender!Hahahahaha gelilah!"
Insyirah ketawa terbahak-bahak kerana terlampau geli.Sumpah dia geli apabila digeletek sebegitu.Zayn ini tahu-tahu sahaja kelemahan dia dimana.Sampai terkeluar air matanya kerana terlalu banyak ketawa.
"This is insane!I love you!"Zayn memegang kedua pipi Insyirah lalu memberikan ciuman kepada isterinya itu.
"Oh Zayn!I love you even more!"balas Insyirah dengan ketawa yang masih bersisa.Dia membalas ciuman Zayn.
×××
Ting Tong Ting Tong
Muka Dina bagaikan mahu memakan orang.Sungguh bengis sekali.Sampai Ben pun takut mahu memandangnya.
"Lama betul nak buka pintu.Berejam I tunggu!Ingat I ni tiang lampu jalankah?"bebel Dina dari tadi.Ben mendengarnya cuba memekakkan telinga sahaja.Daripada menyampuk,nanti ada orang yang kena fire balik.
Pintu dibuka lima minit kemudian.
"Zayn?"Ben mengerutkan mukanya apabila melihat rambut Zayn nampak begitu serabai dan menyorok di balik pintu.
"Err,cepatnya korang datang,"
"Baik you bagi I masuk sebelum I mengamuk kat sini!"balas Dina seperti mahu menjerit.Kedua tangannya terdapat dua beg kertas berisi barang-barang dapur.Dia cuba mengimbangi kedua-duanya dan menayangkan muka betapa stressnya kerana menunggu begitu lama diluar.
"Calm down Dina!"Zayn tersengih-sengih melihat kebengangan Dina terus mengajak mereka masuk.Dina meluru ke arah dapur untuk meletakkan kedua beg kertas tadi manakala Ben meletakkan kotak dipegangnya di ruang tamu.
"Mana Insyirah?"tanya Ben sambil kedua matanya meliar melihat rekaan dalaman ruang tamu apartment Zayn dan Insyirah."Cantik juga aku reka semua ni.Kau patut bersyukur dapat kawan macam aku,"
"Eee tak malunya puji diri sendiri,"sindir Zayn lalu menjulingkan kedua matanya."Apapun terima kasih bawakan barang-barang aku yang tertinggal haritu kat rumah sewa kita,"
"No problem,"balas Ben dan mereka mula berborak kosong.
Manakala Insyirah di dalam bilik sibuk-sibuk menyikat rambutnya yang agak kusut akibat peristiwa mereka tadi hampir ke part itu.Dia senyum apabila rambutnya kemas seperti sediakala.Mahu sahaja keluar,dia menyedari dia tidak memakai sesuatu.
"Alamak!Mana bra aku!"terus Insyirah menutup mulutnya kerana teringat ada Ben dan Dina di luar.Malulah kalau mereka tahu apa yang berlaku sebelum mereka datang.
Dia terbongkok-bongkok melihat setiap ceruk bilik.Dia juga menjenguk bawah katil dan melihat sama ada terperosok ke dalam.Semua tempat dicari namun tiada.
Dengan keberanian yang ada,dia menarik tombol pintu dan keluar dari bilik.Dia menjingkitkan kedua kakinya agar sesiapa tidak mendengar kehadirannya di situ namun matanya tajam melihat sekeliling kalau ternampak branya di mana.
"Syii?"
Wajahnya berubah pucat apabila menyedari seseorang memanggil nama panggilannya.Dia menoleh.
"Oh Dina!Rindu kau!"kata Insyirah ceria dan cuba untuk tidak kelihatan gugup di hadapan bekas housematenya itu.
Dina senyum,nampak sinis."Kau cari apa?"
"Apa?Cari apa?Mana ada,aku nampak lipas tadi lalu.Hurmm mana dia ya?"
"Eh,bukan ke kau takut lipas?Sejak bila jadi penjejak lipas pula ni?"
"Err sejak hari ni?"
"Oh come on Syii!Mengaku jelah kau cari ni,"Dina nampak seperti menahan ketawa lalu menayangkan sesuatu ditangannya membuatkan kedua mata Insyirah membulat.Terus dirampas benda itu dari tangan Dina.
"Bodohlah kau!Kalau Ben nampak macam mana?Kau jumpa kat mana ni?"
"Kat dapur,nasib baik aku je nampak.Kau ni agak-agaklah nak berasmara kat dapur kut,"
"Diam,tu hal rumahtangga aku!Kau kahwin nanti kau tahulah sendiri!"
Ketawa Dina terlepas.Lucu memikirkan apa yang berlaku tadi.Patutlah rambut Zayn serabai semacam semasa menyambut kedatangan mereka.Baru make love rupanya.
"Pergilah pakai sana dulu,"ketawa Dina masih bersisa."Aku tunggu~~"
Insyirah mencemik.
Share this novel