Dina
"Dina..."
Panggilan Insyirah tidak aku endahkan.
"Kau nak apa lagi?Tak puas tengok aku terseksa?"Aku malas mahu memandang kearah Insyirah.Aku sakit hati melihat wajahnya.Dalam masa yang sama,aku malu dengan Insyirah.
Aku malu kerana aku pernah memusnahkan kebahagiaannya.Dua perkahwinannya hancur disebabkan aku sendiri.Namun,Insyirah masih mahu berjumpa denganku sedangkan dia sepatutnya buang aku dari awal-awal lagi.Kawan baiknya ini telah mengkhianati dirinya dan memisahkan anak kandungnya selama bertahun-tahun.
Rosa,masih aku ingat wajahnya ketika bayi.Wajahnya begitu comel dan menenangkan.Aku masih terasa kulitnya putih dan mulus sekali.Namun,Rosa ketika itu masih bayi yang suci dari dosa-dosa ini telah menjadi mangsa kekejaman kami bertiga.
Semuanya bermula dari rancangan gila Nazim yang cemburu buta!
Aku masih ingat malam itu,Rosa menangis teresak-esak.Aku tak tahu Rosa mahu apa.Mungkin dia lapar,ataupun perutnya kembung masuk angin,atau dia mahu tidur.Aku tiada pengalaman menjaga baby sebelum ini.
Malam itu juga,muncul Diana di depan pintu apartment aku.
"Kau buat apa disini?"Aku mencebik melihat kakak tiriku yang nampak jakun melihat bayi yang berada di gendongan aku.Apa selama ini tak pernah lihat baby ke?
"Aku nak ajak kau pulang ke Perth.Papa tenat!Papa nak jumpa semua anak-anak dia!"Diana membalas dalam beberapa minit setelah merenung bayi tersebut.
"Kau ni dah lupa ke lima tahun lalu?Mama kau tak suka aku!Dia halau aku dan mama aku macam sampah!"Aku naik angin bila Diana mengingatkan aku supaya pulang ke Perth.Aku takkan lupa peristiwa malang itu dan aku takkan sesekali pulang!
"Demi papa,pulanglah Dina!Aku merayu!"Diana masih tak berputus asa mengajakku pulang.Namun,mata Diana tidak lepas memandang Rosa.
"Anak siapa ni?"Diana menyentuh kepala Rosa lalu diusap lembut beberapa kali.
"Yang penting bukan anak aku,"jawabku dengan dingin.Aku menoleh kebelakang dan memujuk Rosa supaya diam.Tangisan Rosa semakin kuat.Aku tak tahu apa yang dia mahu.
"Kau ni tak penat ke menangis dari tadi!Aku ni penat tau jaga kau!"bebelku seorang diri sambil menepuk punggung Rosa berkali-kali.
Tangisan Rosa makin kuat.Aku merengus geram.
Aku dapati Diana sudah masuk ke dalam."Biar aku pujuk dia,"
Aku terus memberikan Rosa pada Diana kerana sudah berputus asa memujuknya.Diana tersenyum lebar saat Rosa berada dalam dukungannya.
"Dia dah makan?"
Aku mengangguk.
"Tukar lampin?"
Aku mengangguk lagi.Semua itu telah disiapkan oleh pengasuh Rosa yang ku upah sebanyak RM250 sebulan sebelum dia pulang ke rumah.
"Mungkin perut masuk angin,"Diana menyentuh perut Rosa,"Ada minyak?"
Aku meluru masuk ke bilik Rosa dan mencari minyak Yu Yee Cap Limau di dalam bakulnya.Aku pernah nampak pengasuh Rosa meletakkan minyak ini pada perut dan kedua tapak kakinya selepas mandi.Kemudian,aku kembali pada Diana yang sudah membaringkan Rosa diatas sofa.
"Nah,"Diana mengambil minyak Yu Yee dari tanganku dan meletakkan setitik minyak pada telapak tangannya.
"Sedapnya bau,"Terdengar bisikan Diana saat dia mengusap perut Rosa dengan minyak tersebut.Makin lama tangisan Rosa makin reda.Diana menepuk punggung Rosa sehingga baby itu terlelap sendiri.
Selepas Rosa terlelap,Diana bertanyakan namanya.
"Aku tak tahu.Bagi la nama dia,"aku hanya menggelarkannya baby kerana langsung tak berminat memberikannya nama.Bukan anak aku pun.Semasa hari pertama pengasuh Rosa bekerja,dia ada bertanyakan namanya namun aku sekadar menjawab belum terfikir nak bagi nama apa.
"Apa kata kita panggil Rosa?Atikah Rosa?"Cadang Diana setelah diam beberapa minit.
"Suka hati kau la,"Aku langsung tak kisah.Baguslah baby itu ada nama.
"Dina,baby ni anak siapa?"tanya Diana sekali lagi membuatkan aku diam seketika.
"Anak Syii,"
Diana nampak terkejut."Maksud kau Insyirah?Isteri Zayn?Anak Zayn dan Insyirah?"
"Secara teknikalnya,bekas isteri Zayn.Mereka sudah bercerai-"
"Bagaimana boleh bercerai?"potong Diana kerana terkejut dengan perpisahan mereka berdua.
"Eh,bukan kau ke punca penceraian mereka?"Sengaja aku menduga Diana agar perempuan tu rasa serba salah dengan apa yang telah berlaku.
"Tak mungkin...."
"Aku dengar kau mengandung anak Zayn.Mana baby tu?"Aku mengambil tempat bertentangan dengan Diana.
Wajah Diana berubah keruh."Aku....keguguran,"
"Oh...."Itu sahaja reaksi yang aku berikan.
"Tak mungkin....tapi bagaimana baby mereka ada pada kau,"
Aku tersenyum sinis,"Kau tak perlu tahu.Yang penting Insyirah dan Zayn takkan tahu kewujudan baby ni.Aku nak buang dia ke rumah anak yatim-"
"Dina,sampai hati kau!"marah Diana namun intonasi suaranya masih terkawal kerana tak mahu mengejutkan Rosa."Itu tindakan kejam dan tak berperikemanusiaan!"
"Habis,kau nak jaga dia?"Aku tujukan pada Rosa yang sudah tidur lena.
Diana diam.
"Baby ni boleh jadi aset kau kembali pada Zayn.Kau masih sukakan Zayn bukan?So,amiklah peluang ni,"Aku mengutarakan cadangan yang mungkin gila pada pemikiran Diana.
"Apa?"Diana nampak seperti tak bersetuju dengan cadanganku.
"Diana....aku kenal kau.Bawa baby pulang dan besarkan dia.Kau jumpa Zayn dan bagitahu dia tu anak kau dengan dia.Simple!"
Diana menggeleng lalu melihat Rosa dengan pandangan kasihan.Dia nampak tertekan dengan cadanganku.
"Aku boleh tolong kau bawa baby keluar Malaysia,"Dalam fikiranku sudah tahu siapa boleh bantu aku seludup keluar baby Insyirah ini.
Aku menambah lagi,"Kalau tak setuju,aku nak hantar dia ke rumah anak yatim.Tak kuasa aku nak-"
"Ya,aku setuju!"Cepat sahaja Diana memberi jawapan.Aku tahu Diana jenis mudah kasihan pada anak kecil seperti Rosa.
Aku minta bantuan Ben settle kan masalah kami berdua.Ben setuju menguruskan pendaftaran Rosa dan membawanya keluar dari Malaysia secara haram.Dia juga membuat penjanjian dengan Diana supaya menutup mulut.
Seminggu kemudian,Diana mendapat sijil kelahiran Rosa dan surat penjagaan keatasnya daripada Ben.Dia tersenyum,entah apa yang gembiranya mendapat Rosa.
Setelah Diana membawa pulang Rosa ke Australia,aku tidak mendengar lagi khabar mereka berdua.
"Aku ada masakkan bubur ayam untuk kau.Makanlah,"
Suara Insyirah kembalikan aku pada alam nyata.Insyirah meletakkan mangkuk bubur ayam itu diatas meja lampu bersebelahan denganku.Insyirah langsung tak pernah serik walaupun hari itu aku telah bertindak menghalaunya.
"Aku tak ada selera,"Aku menarik selimut sehingga ke muka dan menghadap ke arah bertentangan.Aku sebenarnya lapar kerana tak makan sejak pagi tadi namun aku tahankan sahaja.
"Dina,kalau tak ada selera sekalipun,fikirkan tentang baby tu,"pesan Insyirah entah kali ke berapa setiap kali dia menjenguk aku disini.
"Aku tahulah!Nanti aku makan!"Aku merengus geram lalu berselubung.Jengkel betul mendengar suara Insyirah yang tak habis-habis ungkit pasal kandungan aku ini.
Kedengaran Insyirah mengeluh,"Makan tau.Jangan tak makan,"
Tidak lama selepas itu,kedengaran pintu bilik ditutup.
Aku menolak selimut ke tepi dan mendapati Insyirah sudah keluar dari bilik.Tiba-tiba,aku merasakan satu tendangan dari dalam kandunganku.Tanganku menyentuh perutku yang sudah kelihatan sebelum mengusapnya lembut.
"Sayang lapar ke?Nak makan?"Aku tersenyum sendiri sambil bertanyakan baby di dalam.Aku sudah mula merasakan pergerakannya walaupun tidak selalu.
Menurut doktor yang memeriksa kandunganku minggu lepas,baby sudah mula membuat pergerakkan bila kandungan memasuki tiga bulan.Aku berasa sangat terharu saat melihat dirinya melalui scan 3D yang dilakukan oleh doktor.Sudah kelihatan seperti janin,ada kepala,badan dan kaki.
Walaupun pada mulanya aku tak menerima kehadiran baby ini,namun lama kelamaan aku mula rasa sayang pada dirinya yang sedang membesar di dalam kandunganku.
Namun masa bersendirian aku dengan baby ini terganggu dengan panggilan entah dari siapa.Bila aku melihat skrin telefon,terdapat nombor luar negara yang aku kenali.
"Helo,"jawabku malas kerana tahu siapa yang menelfon aku sekarang ini.
"Ini aku Zayn,"
"Kau nak apa lagi?"Balasku jengkel bila terdengar suara lelaki itu.Dalam minggu ni,sudah berapa kali dia menelefon aku.
"Aku nak pastikan kau datang masa hari pembacaan wasiat kali kedua,minggu depan di rumah arwah papa kau,"
"Aku takkan datang,"Jawabku dengan nada tinggi.
"Kau memang degil kan?Aku guna cara lembut tak jalan,kau nak aku guna cara kasar-"
"Kau nak apa?Datang sini pukul aku?Hah marilah!Jantan sangatkan!"Berangin betul bila bercakap dengan Zayn ini.Sungguh berlagak sekali seolah dia hero dalam cerita ini.
"Heh,kau ingat aku nak pukul kau ke?Kau silap Dina,"Kedengaran Zayn ketawa sinis,"Kau kena sedar aku simpan rekod penyelewengan yang kau lakukan Hughes Co.Kau buat hal dengan aku,bila-bila masa sahaja aku boleh report kau ke balai polis!"
"Kau blackmail aku!"Aku meninggikan suara kearahnya.Zayn benar-benar melampau!
"Aku takut..."
Mengigil badanku bila teringatkan peristiwa hitam ke rumah agam isteri pertama papaku ini.Kali terakhir aku menjejakkan kaki ke sini sepuluh tahun yang lalu,itupun tak sampai sepuluh minit disini aku dan mama dihalau keluar oleh Mama Carla.
Zayn kedengaran tak peduli,"Kau simpan sahaja takut kau tu,"
"Kau takkan faham..."
Dia mejawab lagi,"Aku kenal kau sejak kecil lagi,Medina Adzlynn.Aku dah kenal famili Hughes bagaimana.Tiada rahsia yang keturunan Hughes dapat disembunyikan daripada aku,"
"Kau fikir kau ahli nujum?"Aku sengaja menyindir Zayn untuk menyakitkan hatinya.Kami memang tidak sebulu sejak kecil lagi.
"Minggu depan okey?Aku tunggu kau di airport,"Zayn malas mahu melanjutkan perbualan."Ingat!"
Aku terus mencampakkan telefon pintar ke tepi dan menangis teresak-esak.
Aku taknak balik dan aku takkan balik walau apapun berlaku!
?
Zayn
Urusan wasiat keluarga Stephen Hughes Abdullah telah selesai.Alhamdulillah aku berjaya membawa Dina ke Perth.Pada mulanya dia beria-ria tidak mahu pergi,siap bersumpah tidak mahu sesen harta Stephen Hughes.Begitu dendam Dina terhadap ayahnya kerana kembali semula pada isteri pertamanya.
Semasa pertemuan antara Dina dan ahli keluarga tirinya yang lain,memang agak sedikit tegang lebih-lebih lagi reaksi dingin yang dilemparkan oleh Stephanie.Memang sejak mula lagi Stephanie menunjukkan betapa dia tidak menyukai Dina.
Carla?
Dia terlantar atas katil.Lumpuh seumur hidup akibat kemalangan yang menimpanya dua bulan lepas.Apa yang boleh aku cakapkan balasan Tuhan sebab menganiaya orang sebelum ini.
Bahagian Diana akan diuruskan Stephanie sebab Diana sudah pergi dulu sebelum wasiat dibacakan.Kalau Dina tak buat perangai,semua ni akan selesai dengan mudah.
Telefon pintarku berbunyi menandakan panggilan masuk.Aku mengerling skrin dan mendapati panggilan itu dari Malaysia.Sama ada Tok Mah ataupun Puteri.
"Assalamualaikum,"aku memberi salam sambil sebelah tanganku lincah menulis laporan dalam buku.Sudahlah terpaksa OT hari ini kerana banyak kerja perlu disiapkan sebelum masuk bulan September.
"Walaikumussalam Zayn.Tok Mah ni."
"Kenapa Tok?Oh f-"aku hampir tercarut apabila sikuku terlanggar cawan menyebabkan air espresso habis jatuh ke kemejaku.
"Kenapa tu Zayn?"
"Air tumpah.Jap ya Tok,"aku bangun dan mengambil cawan yang tertumpah tadi.Aku pergi ke bilik pantry dan meletakkan cawan tadi ke dalam singki.Kedua tanganku dibasuh sebersihnya dengan menggunakan sabun."Tok,are you still there?"
"Hah,dah habis basuh belum?"Tok Mah bersuara apabila terdengar suaraku.
"Basuh tangan je.Tok kenapa call?"Aku mengelap kedua tangan dengan kain lap yang bersih terletak di tepi singki.
"Tok nak ingatkan pasal umrah bulan depan nanti,"
Aku tepuk dahi."Oh I almost forgot about it!Dammit!"
"Zayn..."Tok Mah menegur kata-kataku tadi.Ops,ada aku pernah cerita yang nenekku ini bekas guru bahasa Inggeris dulu-dulu?
"Okay,sorry."aku mengigit bibir bawah kerana terlepas cakap.
Pasal umrah itu sebenarnya diusulkan oleh Tok Mah sendiri.Dia mengajak satu famili pergi bersama dan semua orang bersetuju.
Alhamdulillah.
Tak sabar aku mahu jejakkan kaki ke Tanah Suci.Aku berimpian untuk ke Makkah dan Madinah sejak dua tahun lepas,apabila menjemput sahabatku pulang dari sana di lapangan terbang.Dia meluahkan betapa seronoknya mengerjakan umrah dan dia merindui kedua tempat suci tersebut.Dia juga memberitahuku bahawa hatinya berasa tenang dan senang fokus untuk beribadah malah lupa seketika pada duniawi.
Semoga umrahku nanti diterima Tuhan.
Share this novel