INSYIRAH
Majlis tahlil akan diadakan malam ini dan kebanyakkan anak-anak serta cucu-cucu Tok Mah balik ke kampung.Aku sejujurnya sangat takut dengan penerimaan mereka nanti.Kali terakhir melihat mereka semua semasa resepsi majlis perkahwinan aku dan Zayn dulu.
Sebaik sahaja bertentangan mata dengan Mummy,hatiku bagaikan dicucuk-cucuk betapa aku rasa bersalah dengan bekas mentuaku itu.Namun,dia masih mampu tersenyum dan memeluk aku seolah aku masih lagi sebahagian keluarganya.
Aku bertemu semula dengan Sasha.Dia membesar menjadi gadis yang cantik dan bekerjaya.Layanan yang diberikan masih sama,walaupun kami sudah beberapa tahun tak berjumpa.Sasha tak menyimpan dendam kepadaku walaupun aku dan Zayn dah lama bercerai.
"Mummy,"
Ketika Zayn mahu menyalami tangan Mummy,Mummy cuma menghulur tangannya dengan ala kadar.Seolah dia tak senang melihat anak lelakinya itu di depan mata.
"I'm so tired today,"Bagasi yang ditarik Mummy tadi segera diserahkan kepada Zayn dan dia mengambil tempat di atas sofa milik Tok Mah."Wow,it's been like forever since I came back Malaysia five years ago,"
"You'll come here if Shah told you so,"tiba-tiba muncul Tok Mah di ruang tamu.
"Tok Mah,"Sasha segera menghampiri Tok Mah dan menyalami neneknya itu.
"Sasha,dah besar cucu Tok,"Tok Mah mengusap rambut Sasha lembut dan tersenyum manis.
"Mak,"Mummy pula menyalami tangan Tok Mah."How are you?"
"Fine.Very fine here,"jawab Tok Mah dengan nada mendatar.
"I'm so glad you're okay,"
Tok Mah sempat menghadiahkan satu senyuman.Aku pelik.Kenapa senyuman Tok Mah lain macam?
"I'm okay as long as Zayn is looking for me,"
Wajah Mummy berubah.Dia mencemikkan bibir lalu bersuara."Maybe I should take a bath,"
"Sure,go ahead."
Sebaik sahaja Mummy dan Sasha meninggalkan mereka berdua disitu,Tok Mah mengeluh panjang lalu menggelengkan kepalanya perlahan.
"Kenapa Tok?"
Tok Mah sekadar senyum sahaja."Tok penat sangat-dah pukul berapa ni?"
Kami sama-sama mengerling jam dinding.Jam sudah menunjukkan pukul 1.12 petang.
"Tok nak ambil wuduk,solat dulu,"
Aku mengangguk.
×××
Ramainya orang datang malam ini.Aku pula yang kekok campur malu di sini.Saudara-mara Zayn ada di depan,menguruskan lauk-pauk untuk diberi makan pada orang masjid yang hadir.
Aku pula membuat keputusan untuk berada di dapur sahaja-senang nanti kalau mengemas dan membasuh apa yang patut.
"Oh ni la tunang yang Zayn cakap nak bawak balik hari tu dalam group Whatsapp famili,"tiba-tiba Mak Ngah bersuara antara kami bertiga.Di dapur waktu itu cuma aku,Sasha dan Mak Ngah;ibu kepada Puteri.
Apa?
Aku mengerling Sasha yang berada disebelahku supaya menjelaskan apa yang sedang berlaku sekarang ini.
"Bagus la tu.Kahwin balik,kesian kat Rosa tu,"Mak Ngah masih meneruskan kata-katanya sambil mengunyah karipap di meja makan.
Kejap-kejap.Sejak bila kami mahu kahwin balik ni?
Sasha diam,bibirnya asyik tersengih sahaja.Dia sempat lagi menyuap kuih talam ke dalam mulut dan mengunyah dengan penuh selera.
"Mummy,"
Aku dapati Rosa berdiri disebelah dan menarik-narik kain baju kurungku.Aku sebenarnya bingung kenapa Rosa sejak pagi tadi memanggil aku 'Mummy' sahaja.Mungkin dia rindu Diana.
"I'm so hungry right now.Can I eat something?"tanya Rosa sambil membuat mimik muka kasihan.Aku mahu melayan permintaannya namun aku sedang makan.
"Mummy Rosa tengah makan tu.Come here Rosa,"Mak Ngah memanggil Rosa supaya datang dekat.Rosa menurut kata lantas menghampiri Mak Ngah.Mak Ngah memberikan sebiji kuih karipap pusing padanya.
Rosa mengigit dan mengunyah agak lama,mungkin pertama kali merasa karipap pusing."I think it's potatoes-with curry mixed.But it's delicious!"
"Here's another one,"Mak Ngah memberikan lagi karipap pusing padanya apabila karipap yang dimakan Rosa habis.
"Yummy,"hanya itu komen Rosa dan menghabiskan karipapnya.Dia meminum air teh yang juga diberikan oleh Mak Ngah.
"Kenapa Sasha tak cakap dengan Mak Ngah?"aku sempat berbisik pada Sasha di sebelah.
Sasha angkat bahu."Sasha kan tengah makan masa tu,"
"Mak Ngah dah salah faham yang Syii tunang dengan Zayn sekarang ini,"
Sasha ketawa kecil."Rileks,perkara kecil je.Lagipun,tak salah kan?"
Eh,sesuka dia je cakap macam tu.Ingat hati ni boleh paksa-paksa ke?
Mak Ngah bawa Rosa ke depan,meninggalkan kami berdua disini.
"Kalau Sasha tak keberatan,boleh Syii tanya kenapa Daddy meninggal dunia?"
Sasha melepaskan keluhan panjang.Dia perlahan menuangkan teh panas tadi dan menghirup teh itu dengan berhati-hati.
"Daddy meninggal sebab sakit jantung.Mummy yang perasan masa tu dan terus bawa Daddy pergi hospital.Tapi,Daddy meninggal dunia dalam perjalanan.Mummy sedih sangat,"
Sasha menghentikan ceritanya dengan menarik nafas panjang sekali.Seolah berat mahu meneruskan ayat.
"Mummy pada mulanya pelik sebab Daddy tiba-tiba sakit jantung padahal Daddy tak pernah lupa makan ubatnya.Mummy check balik office Daddy dan jumpa sesuatu,"
Sasha pandang aku lama membuatkan aku jadi berdebar-debar."Dia jumpa apa?"
"Dia jumpa gambar-gambar Zayn dengan-Diana,"
Aku terpempam.Gambar apa?Gambar yang samakah aku dapat lima tahun lepas?
"Mummy mengamuk hari tu dan bergaduh besar dengan Zayn sampai tak mengaku Zayn tu anaknya-"Sasha mengalihkan pandangan.Aku perasan kedua matanya berair."Mummy tak sangka anak yang dibesar dan dididik penuh dengan ilmu agama rupanya pernah berzina dengan perempuan lain di belakangnya,"
Kedengaran esakan kecil dari Sasha.Aku dapat rasakan Sasha juga kecewa mendapat tahu Zayn tidaklah baik seperti yang disangka.
"Sasha yakin ini juga punca Syii bercerai dengan Zayn bukan?"
Aku tak tahu berkata apa lalu mengangguk perlahan."Sebab Diana-masa tu dia mengandungkan anak Zayn.Syii minta maaf kalau penceraian ni buat famili Sasha kecil hati ke-"
Sasha mengambil tanganku dan mengenggamnya erat."Kami tak pernah menyimpan dendam kat Syii.Kami semua sayang Syii,"
"Syii tak tahu nak cakap apa tapi Syii rasa tak layak-"
"Syii layak,Syii tak patut cakap macam tu,"
"Sasha,ingat Syii masih lagi isteri orang,"
Sasha melepaskan genggaman tanganku dan mengangguk laju."Mungkin Sasha yang melebih.Sasha minta maaf,"
Sasha bangun dan membasuh cawannya di singki.Aku mampu tersenyum pahit sahaja.
"Alhamdulillah,semua dah balik,"muncul Tok Mah di dapur tiba-tiba.Dia meminta kami mengangkat semua pinggan mangkuk di depan kerana orang-orang masjid sudahpun pulang.
Selesai mengemas dan membasuh,aku teringatkan Mummy yang tak seberapa sihat di bilik.Petang tadi,dia mengadu sakit kepala padaku.
Pasti dia lapar,mungkin.Laju sahaja aku naik ke tingkat atas.
"I don't even like this since I married to your Daddy.Did you ever noticed apa yang Mummy suka dan apa Mummy tak suka?"
Suara Mummy makin meninggi.Aku terkejut mendengar suara Mummy marah-marah sebegitu.Aku mendekatkan telinga aku pada pintu biliknya.
"Oh,terlalu banyak minum sampai jadi pelupa."
Entah kenapa sindiran Mummy itu sedikit sebanyak menyakitkan hati aku walaupun ditujukan pada Zayn.
"Mummy-"kedengaran Zayn mahu menjawab namun segera dipintas oleh Mummy,
"Apa?Betulkan Mummy cakap ni?Mana tahu Zayn masih lagi berperangai sama masa duduk di Sydney,"
"I-don't-drink,"kedengaran suara Zayn bergetar,sama ada menahan diri daripada menangis atau menahan kemarahannya.
"Zayn tahu tak minum arak walaupun setitik amal ibadah kita tak diterima 40 hari!Sekarang ni Zayn dah minum berapa banyak botol,mahu sampai mati dosa Zayn tanggung!"
"Mummy!"
"So what?I'm just telling the truth right!"
"Wallahi Mummy!I'm done with these things!"
"Don't swear God's name when you're wrong!"
Kedengaran pintu bilik dihempas.Zayn meraup wajahnya dan cuba menahan esakannya.Aku terkejut melihat dia keluar tiba-tiba namun aku juga merasa sedih melihat Zayn sebegitu.
"Zayn,"panggilku dengan nada berbisik.
Zayn menoleh kearahku dan terkejut mendapati aku disitu.
"Dah lama ke you kat sini?You dengar apa yang Mummy cakap?"
Aku mengangguk perlahan.Zayn menghembus nafas panjang.
"Anggaplah apa yang you dengar tadi sekadar mimpi,"
Apabila Zayn mahu beredar,aku segera mencapai tangannya.
"Jom tengok bintang malam ni,"
Zayn nampak terpana dengan ajakan aku tadi lalu mengangguk.Dia mengikuti aku dari belakang.Aku membuat keputusan untuk melepak di pangkin rumah Tok Mah sahaja.
Kami sama-sama mendongak ke langit,melihat beberapa kumpulan bintang yang bersinar.
"Banyaknya bintang malam ni,"kataku memecahkan kesunyian antara kami berdua.Aku mengerling Zayn dan mendapati dia tidak memberi reaksi apa-apa.Wajahnya masih muram seperti tadi.
"You okay?"aku menyentuh tangannya di lantai pangkin.
"Apa I ni hina sangat ke untuk berubah?I ni hina sangat ke disebabkan dosa-dosa lampau I?"
Aku sangat tersentap mendengar luahan Zayn itu.
"Bukan be-"
"I dah bertaubat Syii.I dah tak buat lagi semua tu!"
Zayn menekup wajahnya dan menangis teresak-esak.Aku mengusap belakangnya berkali-kali.
"Dah lima tahun berlalu Syii tapi dosa-dosa I masih lagi diperkatakan sehingga kini,"
Ya Allah,inikah Zayn hadapi selama ini semasa aku meninggalkan dirinya sehingga dia jatuh tersungkur?Dibenci Mummy dan setiap kali membuat kesilapan akan diungkit kesemua dosa-dosanya sedangkan dia sudah bertaubat dan tak melakukannnya lagi.
Tiba-tiba rasa bersalah menghimpit diriku.Aku tiada saat dia memerlukan aku.Kau kejam Insyirah!Kau sanggup butakan mata hati kau sedangkan Zayn sudah berubah!Kau tak memberi langsung peluang kepadanya untuk menjelaskan apa yang berlaku dan membuat keputusan mengikut perasaan diri.
Aku juga menangis.Aku yang memulakan semua ini.Aku yang membuatkan Zayn sengsara dengan kesilapan aku sendiri.Aku sepatutnya membimbing di,memberikan sokongan padanya untuk berubah kepada lebih baik namun apa yang aku membuat menghukum dirinya sedangkan aku bukanlah Tuhan.
Andai masa boleh diputarkan kembali.
Kami merenggangkan pelukan dan aku menyentuh wajahnya yang sudah basah dengan air mata.Aku usap kesemua air matanya itu dan memberikan senyuman sebaik boleh.
"You kena kuat.Ini ujian buat you.I yakin you boleh hadapinya.Sentiasa berdoa kat Allah yang Dia boleh lembutkan hati Mummy untuk terima you dan semua kesilapan you pernah lakukan,"
Zayn mengangguk.
Kami sama-sama diam,melayan perasaan sendiri.Tidak lama kemudian,seseorang menghampiri kami berdua di pangkin rumah Tok Mah.
"Daddy,"
Rosa muncul dengan tangannya mengesat kedua matanya itu."I want to sleep,"
"Come here Rosa,"Rosa menaiki pangkin dan duduk di riba Zayn.Dia menyandarkan kepalanya pada Zayn lantas memejamkan mata.Zayn pula menepuk belakang Rosa sehinggalah anaknya lena.
"I don't know why but she keeps calling me Mummy instead Aunt today,"
Zayn mengerutkan wajahnya.
"Bukan you yang suruh?"
Pertanyaan aku membuatkan Zayn menggeleng."I never ask her to call you Mummy,"
Aku mula hairan.Jadi siapa yang suruh Rosa panggil aku Mummy hari ini?
Share this novel