Insyirah
Hari pertama
"Hadirin bangun,"
Hakim masuk ke dalam mahkamah.Semua orang yang berada di dalam mahkamah bangun memberi hormat kepada hakim.
Setelah hakim duduk,baru dibenarkan semua orang duduk.
Aku hanya memandang lantai.Aku berasa amat takut sekali.Ini merupakan hari dimana aku akan menuntut keadilan.Hari ini dimana aku akan bercerai dengan Nazim buat selama-lamanya.
Perbicaraan kes ini akan bermula sebentar lagi.Aku mendengar hakim memanggil Asyraf yang mewakiliku untuk memulakan perbicaraan.Asyraf bangun daripada tempatnya dan berjalan kearah Nazim yang berada di kandang pesalah.Dia memandang Nazim lalu melemparkan senyuman.
Asyraf.
"Macam mana awak boleh kenal saya?"tanyaku dengan nada sedikit menggeletar.Siapa yang tak takut bila dapat tahu orang yang kita langsung tak kenal apatah lagi pernah berjumpa dengannya tiba-tiba memberitahu dia kenal kita?
"Zayn,"jawab Asyraf sepatah membuatkan aku bungkam seketika.
"Zayn?"
"Dia minta pertolongan saya,suruh tengok-tengokkan awak,"Asyraf menapak ke hadapan,menghampiri diriku.
"Awak stalk saya selama ni?"
"Mungkin?Tapi boleh tolong awak,"jawapan Asyraf membuatkan aku terkeliru,dia mahu tolong aku apa?
"Nak tolong apa?Saya tak perlu pertolongan awak!"aku menolak pertolongan dia dan meninggalkan dia disitu.Kedengaran tapak kaki Asyraf mengejar aku dari belakang."Pergi dari sini Asy!Saya tak mahu!"
"Nanti dulu Syii!Zayn dah ceritakan semuanya pada saya.Saya boleh tolong awak keluar dari perkahwinan awak ni,"kata-kata Asyraf membantutkan aku membuka kunci pintu rumah.
Aku menoleh dan memandang Asyraf lama.Aku merasakan ada sinar harapan pada kata-kata Asyraf ini.
"Awak lawyer?"
"Syarie' lawyer,yes"
Asyraf membuka bicara."Selamat sejahtera kepada Yang Arif,para juri,tuan-tuan dan puan-puan sekalian.Hari ini merupakan perbicaraan penting dimana saya mewakili Puan Insyirah binti Imran untuk mendakwa suaminya,Encik Nazim bin Ilias atas tuduhan memukul,mendera dan mencederakan dirinya sehingga boleh membawa kematian.Saya berharap Yang Arif dapat mengadili dengan baik dan tidak membiarkan orang itu,"
Asyraf menunjukkan kearah Nazim yang berada di kandang pesalah sambil memandang hakim dengan wajah yang serius,"terlepas begitu sahaja!"
Hakim memanggil peguam bela pula,"Pihak pembela sudah bersedia?"
"Sudah Yang Arif!"Peguam bela yang mewakili Nazim bangun dan sempat membetulkan jubahnya."Seperti yang dimaklumkan,Encik Nazim dan Puan Insyirah berkahwin atas dasar cinta.Jadi agak mustahil Encik Nazim mahu mencederakan Puan Insyirah dengan niat-niat tertentu.Tetapi,saya yakin dapat membuktikan kepada semua bahawa Encik Nazim,"
Peguam bela itu mendekati Ashraf lalu senyum sinis,"tidak bersalah atas tuduhan memukul,mendera dan mencederakan isterinya sehingga boleh membawa kematian!"
Jantungku berdegup kencang dengan kata-kata peguam bela yang terlalu yakin itu.Aku merasakan aku takkan menang dalam perbicaraan ini.Aku ada mendengar yang peguam bela itu bukan calang-calang orang!
Asyraf mendekati aku dan meminta aku bangun."Puan Insyirah?"
"Ya,"jawabku dengan agak takut-takut.
"Jangan risau.Saya mahu Puan Insyirah mengangkat sumpah sahaja,"ujar Asyraf lembut membuatkan aku berasa tenang sedikit.Dia menyuruh aku naik ke kandang saksi dan menyerahkan satu kertas bersaiz A4.
"Saya,Insyirah binti Imran bersumpah dengan nama Allah untuk berkata benar."ucapku dengan sedikit gugup namun aku cuba sebaik mungkin untuk bertenang.
Nazim yang berada di kandang pesalah juga mengangkat sumpah sepertiku.
"Boleh Puan Insyirah terangkan kepada saya kenapa puan ingin mendakwa suami puan pada hari ini?"tanya Asyraf sebaik sahaja perbicaraan bermula.
"Kami berkahwin hampir empat tahun.Pada mulanya,Nazim tidak menunjukkan apa-apa keganasan pada saya dan kami bahagia.Dua tahun selepas itu,Nazim mula dingin dengan saya.Saya tak tahu sebabnya dan dia mula menyakiti saya!"
"Jelaskan pada saya bagaimana Encik Nazim cuba menyakiti puan?"
"Dia pukul saya dan memaksa saya melayani kehendaknya.Saya tak ubah seperti barang dia!"Aku mula sebak namun bertahan kerana aku sudah berazam mahu melepaskan diri daripadanya.
Aku menyambung lagi,"Nazim tidak percayakan saya langsung!Saya tidak dibenarkan keluar rumah ataupun berjumpa dengan umi dan abah saya!Saya boleh keluar jika Dina ajak saya,"
"Siapa Dina?"Wajah Asyraf kelihatan berkerut.
"Kawan baik kami,"
"Adakah dia mengetahui masalah antara kamu berdua,"tanya Asyraf lagi.
Aku mengangguk perlahan."Kami berkawan sejak belajar di Sydney lagi.Saya percayakan dia,"
"Tiada soalan lagi Yang Arif,"Aku dan Asyraf kembali ke tempat asal kami.
Giliran Peguam Bela bangun da membentangkan hujahnya.Dia menghampiri anak guamannya-Nazim dan bertanyakan soalan.
"Boleh saya tahu sebab Encik Nazim mengahwini Puan Insyirah?"
"Cinta,"sepatah Nazim menjawab namun sungguh menyakitkan hati aku di sini.
"Jika perkahwinan ini dibina atas dasar cinta,adakah perkahwinan antara Encik Nazim dan Puan Insyirah bahagia?"
Nazim mengangguk dan senyum."Ya,kami bahagia dan saya sangat mencintainya,"
"Tetapi mengapa Puan Insyirah mahukan penceraian?Adakah Puan Insyirah tidak mencintai Encik Nazim seperti mana encik mencintainya?"
"Tidak.Kami saling mencintai sehingga Insyirah disahkan hamil dan keguguran tidak lama selepas itu."
"Adakah Puan Insyirah menunjukkan apa-apa berubaha selepas keguguran berlaku?"peguam bela masih tak jemu bertanyakan soalan-soalan kepada Nazim.
"Ya,dia ada menunjukkan tanda-tanda murung.Mungkin dia terlampau stress kerana disahkan tidak boleh mengandung lagi kerana sangat berisiko tinggi.Pernah sekali dia hampir mencederakan dirinya sendiri dengan mahu melompat dari beranda bilik kami.Saya pernah bawa Insyirah berjumpa doktor,"
Fuck!Tuduhan apakah ini!Aku merasa mahu melenting namun Asyraf memberi isyarat supaya bertenang.
"Yang Arif,saya yakin dengan defendan saya;Encik Nazim tidak bersalah dalam hal ini.Saya ada bukti menunjukkan yang Puan Insyirah pernah mempunyai penyakit kemurungan yang melampau.Saya juga ada meminta pengesahan doktor pakar sakit mental yang kemurungan yang kronik boleh mencederakan diri sendiri,"jelas peguam bela lalu menyerahkan satu fail berwarna biru kepada hakim.Hakim menyambutnya dan menyelak isi fail iti dengan teliti.
Badanku mengigil ketakutan.Aku memang pernah ada penyakit kemurungan yang melampau sebelum ini disebabkan aku selalu keguguran tapi tidak sampai mahu mencederakan diri sendiri.Nazim sengaja melibatkan penyakit aku yang sudah pulih itu untuk dijadikan bukti yang kukuh supaya aku yang bersalah.
"Yang Arif,saya telah menjemput seorang saksi untuk tampil kehadapan memberi keterangan,"Asyraf bersuara sebaik sahaja giliran Peguam Bela tamat.
"Silakan pendakwa raya,"Hakim memberikan persetujuannya.
"Dijemput Encik Zayn Javadd Malik tampil kehadapan untuk memberi keterangan,"
Aku terkejut mendengar namanya.Aku menjeling Nazim.Dia juga nampak terkejut.
Kelihatan Zayn diatas kerusi roda dengan pembalut yang masih di kepala.Kerusi rodanya ditolak oleh Sasha dari belakang.Aku dan Sasha sempat berbalas senyuman dan dalam masa yang sama,aku bingung kenapa kepalanya berbalut dan berkerusi roda.
Zayn mengangkat sumpah untuk berkata benar terlebih dahulu.
"Boleh ceritakan kepada saya apa yang telah berlaku keatas Encik Zayn baru-baru ini?"Asyraf menyoal Zayn yang berada di kandang saksi.
"Saya mengalami kemalangan empat hari yang lepas dan koma selama dua hari.Polis telah menyiasat dan mendapati saya dilanggar-lari oleh sebuah kereta,"
"Encik Zayn merasakan siapa yang berniat melakukannya?"
"Nazim,"
"Bantahan!"peguam bela bangun dari kerusinya manakala wajah Nazim nampak marah.
"Bantahan ditolak!"Yang Arif menolak bantahan Peguam Bela.
"Encik Zayn boleh teruskan,"Asyraf memberi peluang kepada Zayn untuk meneruskan keterangan.
"Beberapa hari yang lepas,saya menerima mesej berbaur ugutan daripada lelaki yang tidak dikenali menyuruh saya menjauhi Insyirah padahal Insyirah yang datang sendiri kepada saya,"
"Betulkah Puan Insyirah?"
"Err ya,"aku mengangguk perlahan.
"Kenapa Puan Insyirah berbuat demikian?"
"Saya tak sanggup kena pukul dengan suami saya.Saya berjumpa dengan Zayn supaya dia dapat menolong saya keluar daripada perkahwinan ini.Zayn seorang peguam,"
"Adakah Encik Zayn seorang peguam?"tanya Asyraf padahal dia sudah lama mengetahui kerjaya sahabatnya itu.Ini disebabkan mereka berada di mahkamah dan perlu mematuhi prosedur yang telah ditetapkan.
"Ya,saya seorang peguam.Saya berkhidmat sebagai peguam di Australia,"jawab Zayn yakin lalu memandang hakim di hadapan.
"Berbalik kepada kes.Adakah itu satu-satunya punca mengapa Encik Zayn menuduh Encik Nazim sebegitu,"
"Ada lagi,"Aku perasan Nazim mengangkat muka dan merenung tajam kearah Zayn.
"Saya yakin Nazim berbuat demikian kerana begitu mencemburui isterinya,"
"Nyatakan sebab-sebab mengapa Encik Zayn berkata sebegitu,"
"Insyirah memberitahu saya yang Nazim tidak suka dia menyebut tentang saya dihadapan dirinya,"
"Betulkah Encik Nazim atas tuduhan tersebut?"
Nazim menayangkan muka yang sangat serius."Ya,saya tidak suka Insyirah menyebut nama Zayn dalam perbualan kami,"
"Mengapa Encik Nazim?"
Nazim sempat menjeling aku lalu memandang Ashraf kembali."kerana Zayn Javadd Malik merupakan bekas suami Insyirah binti Imran!"
Jantung aku bagaikan nak terkeluar.Aku terus menerus pandang ke lantai dan tidak mahu mendengar penerangan Nazim.Nazim menyambung lagi,"Mereka pernah berkahwin enam tahun yang lepas dan bercerai setahun kemudian.Insyirah memberi alasan yang perkahwinan mereka tidak bahagia kerana Zayn memukulnya!"
"Tidak!"aku bangun dan memandang Nazim tajam."Awak penipu!"
"Ya!"Nazim membalas dengan yakin.
"Diam!Hormati mahkamah!"Hakim memukul kayu beberapa kali untuk meredakan keadaan.Asyraf mengerling aku dan memberi isyarat supaya bertenang.
"Pendakwa raya mahu katakan apa-apa lagi?"hakim bersuara setelah keadaan tenang.
"Tiada,"
Giliran peguam bela bangun bertanyakan kepada Zayn."Menurut kenyataan Encik Nazim,Encik Zayn pernah berkahwin dengan Puan Insyirah bukan?"
"Ya,dia merupakan bekas isteri saya,"
"Boleh beritahu saya kenapa Encik Zayn dan Puan Insyirah bercerai?"
"Kami-"Zayn pandang aku agak lama lalu memandang semula kepada peguam bela."Kami tidak bahagia.Saya telah mencuranginya,"
"Kenapa Encik Zayn berniat mencuranginya?Adakah perkahwinan Encik Zayn dibina tanpa cinta?"
"Tidak.Kami berkahwin atas dasar cinta.Saya berlaku curang dan sejak hari itu kami sentiasa bergaduh,"
"Adakah Encik Zayn pernah memukulnya seperti yang dikatakan oleh Encik Nazim?"
"Tidak,saya tidak pernah memukulnya.Dia meminta cerai daripada saya dan saya menceraikannya,"aku perasan Zayn merenung tajam kearah Nazim.
"Oh,konfliknya!Adakah Encik Zayn berniat mahu merampas kembali apa yang telah dibuat oleh Encik Nazim?"
"Bantahan Yang Arif!"Asyraf bangun dengan pantas.
"Bantahan ditolak!"
Aku perasan Nazim senyum sinis kepadaku.
"Tidak.Saya tidak berniat mahu merampasnya kembali sebab-"Zayn memandang aku lama sebelum menyambung ayatnya dengan tenang,"Saya sudah bertunang dengan orang lain,"
"Tetapi pertunangan boleh diputusk-"
"Bantahan Yang Arif.Peguam bela cuba untuk membuat spekulasi terhadap keterangan saksi!"potong Asyraf kerana dia mungkin merasakan peguam bela mahu membuat tuduhan sembarangan lagi.
"Bantahan diterima!"
Aku menghela nafas lega.Zayn masih dalam keadaan tenang di kandang saksi.Aku tahu Zayn boleh menanganinya.Mahkamah dan dia memang sudah menjadi darah daging.
"Ada soalan lagi?"
"Tiada Yang Arif,"Peguam bela mengundur diri.
"Perbicaraan hari ini ditangguhkan!"hakim mengetuk kayu sebanyak tiga kali.
Share this novel