Bab 18

Drama Completed 7887

Hari ini rombongan pihak lelaki datang ke rumah aku. Mereka datang membawa hantaran dan cincin. Aku berdebar. Ini kali pertama ada orang masuk meminang aku.

"Alis.." panggil ibu.

"Dah siap nak tunang?" soal ibu. Ibu membetulkan selendang aku.

Aku mengangguk.

Ibu yang menjadi juru solek aku memandangkan masa sudah suntuk jadi aku tidak dapat nak upah juru solek yang lain. Aku pun okay sahaja lagipun dulu ibu pernah jadi juru solek ketika dulu. Yang pelamin tu nasib baiklah boleh disewa saat-saat akhir.

"Ibu tak sangka akhirnya Alis nak kahwin dah. Ibu akan dapat menantu lepas ni." kata ibu.

Aku tersenyum dan menunduk.

"Alis happy?" soal ibu. Dia mengangkat dagu aku.

"Happy." kata aku.

"Kalaulah ibu tahu sebab aku berkahwin mesti ibu akan marah aku." aku bermonolog dengan diri sendiri.

"Alis duduk kat sini dulu tau. Nanti ibu panggil Alis bila majlis dah mula." kata ibu.

Aku mengangguk faham. Ibu pun keluar dari bilik aku dan pergi ke ruang tamu. Abah dan wakil pihak lelaki sedang berbincang.

Aku melihat diri aku didalam cermin. Bahagiakah aku dengan perkahwinan ini? Betulkah keputusan aku untuk berkahwin dengan Nazran? Aku masih ada masa kalau nak batalkan. Aku..

"Alis.. Jom pihak lelaki nak tengok bakal tunang pengantin lelaki." kata ibu.

Ibu memimpin tangan aku ke ruang tamu. Aku duduk dipelamin.

"Siapa nama bakal pengantin?" kata seorang pak cik dari pihak rombongan lelaki.

"Alis.. Alis Faiqa." kata aku. Aku malu dan berdebar.

"Oh Alis.. Kalau macam bolehlah mula sarungkan cincin." kata pak cik tersebut.

Kak Nadrah datang dekat dengan aku. Dia membuka kotak cincin lalu cincin itu disarung ke jariku.

"Tahniah." kata Nadrah.

Aku tersenyum. Kami bersalaman dan mengambil gambar. Nazran tidak datang hari ni. Mungkin dia tidak bersedia untuk berjumpa dengan aku. Tetapi mungkin juga sebab dia tidak mahu orang tahu keadaannya sekarang ini.

"Alis?" kata Nazran. Dia menatap gambar wajahku. Dia memikirkan sesuatu. Dia sendirian dirumah kak Nadrah.

"Semua jemputlah makan." jemput abah.

Juadah hari ini ibu yang masak. Aku pun ada membantu. Abah pun turut membantu juga.

Kami menyediakan bihun goreng, pulut kuning bersama gulai ayam dan beberapa jenis kuih muih yang dibeli diwarung berdekatan. Air yang disediakan adalah air teh tarik dan sirap. Segalanya serba sederhana.

Para tetamu menikmati juadah yang disediakan. Aku juga menjemput jiran-jiran yang terdekat.

"Alis.. Terima kasih ye." kata Nadrah. Dia senyum padaku.

Aku mengangguk.

Setelah itu, rombongan pihak lelaki pun pulang. Tetamu lain juga sama. Tinggallah aku, ibu, abah dan keluarga kami yang terdekat.

"Kak Alis. Jom selfie." kata Leya, adik tiriku.

"Okay." setelah mengambil beberapa keping gambar Leya pergi meninggalkan aku.

Aku masuk ke dalam bilik. Aku termenung. Cincin dijari aku tenung lama-lama.

"Alis.." abah membuka pintu bilikku. Aku menoleh.

"Boleh abah masuk?" soal abah.

"Boleh abah." balasku.

"Happy tak dah jadi tunangan orang?" soal abah.

"Happy bah. Bersyukur sangat." balasku.

"Alhamdulillah. Cantik cincin tu." kata abah.

"Ye.." kataku.

"Alis.. Abah gembira kalau Alis gembira. Abah harap perkahwinan yang bakal Alis bina kekal hingga jannah. Ingat, abah sentiasa doakan untuk Alis." kata abah. Dia sebak.

"Abah.." aku memeluk abah.

"Terima kasih abah. Alis pun selalu doakan untuk abah. Alis sayang abah dan ibu." kataku.

"Ye.. Lepas ni Alis kena ikut kata suami macam mana Alis ikut kata abah dan ibu." kata abah.

"Baik abah." balasku.

"Dah.. Pergi mandi, pastu solat." kata abah.

Aku mengangguk dan abah keluar dari bilikku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience