"Assalamulaikum.." ucapku semasa masuk ke dalam rumah. Aku terus duduk disofa. Muka aku ketat.
Aku meluat betullah dengan Rafique tu. Aku tak puas hati dengan dia. Aku menyumpah dia didalam hati.
"Waalaikumsalam. Kenapa Alis masam je ni? Dah jumpa ke orang yang selalu bagi bunga tu?" soal bibik.
"Dah.." kataku.
"Siapa?" soal bibik.
"Orang gila." kataku. Haih.
"Hah? Orang gila pun boleh beli bunga?" soal bibik.
"Bukan orang gila yang tu. Ni orang gila yang ada duit tapi kepala otak mereng. Suka menyusahkan orang. Lepas tu benci orang sebab benda yang tak betul." kataku. Geramnya!
"Hah? Siapa?" soal bibik.
"Err.." aku kelu lidah.
"Bibik.." panggil Nazran.
Jap! Dia dengar tak apa aku cakap tadi? Ke dia baru turun? Haish. Tapi kalau dia dengar pun okay je kot sebab aku takde cakap apa sangat. Cuma part bagi bunga dengan aku maki Rafique. Lol.
"Ye tuan?" soal bibik.
"Saya nak keluar jap." kata Nazran.
"Nak pergi mana?" soalku. Nazran buat muka kerek dia. Tak suka lah tu aku tanya.
"Ha'ah tuan nak ke mana?" soal bibik.
"Saya keluar pergi mamak jap. Hari ni bibik tak payah buat makan petang untuk saya. Bibik buat untuk bibik dengan orang yang ada kat rumah je." kata Nazran.
Akulah tu orang yang dimaksudkan Nazran tu. Hmm.. Susah sangat nak sebut nama aku.
"Baik tuan." kata bibik. Bibik pun ke dapur. Tinggal aku dan Nazran disitu.
"Nak ikut." kataku.
"Tak payah." kata Nazran. Dia buat muka menyampah pula kali ni.
"Saya boleh drive. Awak pergi macam mana? Awak dah boleh drive ke?" soalku.
"Tak payah. Siapa kata aku nak naik kereta? Aku jalan kaki jelah." kata Nazran. Mesti dia nak makan kat restoren mamak kat depan tu je.
"Alah.. Nak makan mamak jugak. Nak makan roti canai." kataku. Aku mula merengek macam budak kecil.
Dah lama juga aku tak makan kat restoran mamak. Selama ni bibik je yang masak semua makan. Sedap! Tapi sekali sekala aku nak jugak makan roti canai kuah kari. Slurp.
"Ngada kau ni." kata Nazran.
"Alah mengada dengan awak je." kataku.
"Apa?" Nazran angkat keningnya. Muka masih kerek.
"Tak-tak." kataku. Takutlah aku dengan Nazran ni. Tak boleh salah cakap langsung.
"Kalau nak ikut cepat. Bawak duit sekali." kata Nazran.
"Hah? Okay-okay." aku dah siap pun. Tadikan aku baru je keluar. Sekarang keluar dengan Nazran pula.
Kami pun berjalan kaki ke restoran mamak itu. Sepanjang perjalanan Nazran senyap sahaja. Aku pun tidak bersuara juga. Sebab bila aku buka mulut asyik kena marah je. So sekarang aku senyap jelah. Simpan tenaga untuk jalan.
Share this novel