Bab 32

Drama Completed 7887

"Hoi pemalas kata hari ni nak keluar ke taman." panggil Nazran kepada aku yang sedang baring disofa. Kalau tak kerana Kak Nadrah yang paksa dia pagi tadi tak mungkin dia nak ajak aku ke taman.

"Pemalas dia panggil aku?" bisik hati kecilku.

"Hoi." panggil Nazran.

"Tak jadi.." kata ku perlahan. Aku rasa tak bertenaga hari ni. Tak larat sangat.

"Asal pulak?" soal Nazran. Dia tidak puas hati.

"Tak sihat." balas aku.

"Pahal tak sihat pulak? Tadi okay." perli Nazran. Aku senyap malas nak layan. Rasa nak marah pun ada.

"Woi." Nazran ambil bantal dan baling kepada aku. Suka sangat baling bantal. Jahat betul.

"Eii.. Jangan kacaulah." marah aku. Geram pula dengan Nazran yang berperangai seperti anak kecil. Bantal tu aku ambil dan peluk.

"Kau kenapa?" soal Nazran. Sepertinya dia prihatin padaku.

"Takde apalah." balasku. Aku pejam mata, tangan kanan letak didahi manakala tangan kiri aku pegang dan usap perut.

"Woi." Nazran cuit tangan aku pula.

"Jangan kacau boleh tak." kata ku. Aku bangun dalam keadaan terbongkok. Rasa sakit sengugut buatkan aku jalan seperti orang tua. Aku duduk dikerusi meja makan. Nak naik atas rasa tak larat dan malas pula.

Tekak aku rasa dahaga lalu air suam diambil untuk diminum. Aku duduk bersila dikerusi lalu aku merapatkan kaki pula didada. Kepala aku letak dilutut. Nazran hanya memerhati aku.

"Kau sakit?" soal Nazran. Apa punya soalanlah Nazran ni. Aku dah kata tadi tak sihat. Maknanya sakitlah.

"Ye. Sakit. Sakit macam nak mati." balas aku. Betul orang kata sengugut ni sakit yang kedua selepas rasa sakit masa nak bersalin. Aku tak pernah bersalin tapi aku sokong kata-kata itu.

"Hah?" Nazran buat muka pelik. Dia pun menghampiri aku.

"Kau sakit apa?" soal Nazran. Dia pandang aku. Masa macam nilah dia nak ajak berbual. Masa yang lain nak cakap pun tak mahu.

"PMS." balas aku. Haih. Macam nilah nasib aku tiap-tiap bulan.

"Hah?" balas Nazran. Dia berfikir.

"Period pain ke?" soal Nazran.

"Ha ye ye. Tak payah tanya lagi." balas ku.

Nazran pergi meninggalkan aku. Baguslah.

Tetapi setelah beberapa minit..

"Nah." Nazran memberi sesuatu kepadaku.

"Apa ni?" soalku. Aku angkat kepala.

"Heat pad. Letak benda ni kat perut kau." balas Nazran.

"Oh.. Terima kasih. Terharunya." Aku ambil heat pad itu dan letakkan diperutku. Rasa lega sikit. Baik juga Nazran ni. Ingatkan selama ni dia kejam sangat. Aku pun berehat untuk seketika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience