"Err bibik petang ni bibik masak apa?" soalku kepada bibik yang sedang mengelap sinki.
"Makan petang maksud kamu?" kata bibik. Dia memandang aku.
"Ye." balasku. Aku mengangguk.
"Oh.. Bibik buat goreng pisang." kata bibik sambil tersenyum.
"Err.. Kalau Alis yang masak boleh tak? Tapi bukan goreng pisanglah." kataku. Aku rasa bosan sangat sekarang ni. Kalau memasak seronok sikit. Dapatlah aku menambah skill masakan aku.
"Alis nak masak apa?" soal bibik.
"Alis nak buat macaron. Boleh tak? Alis bosanlah tak buat apa." kataku.
"Apa tu?" soal bibik. Wajahnya sedikit bingung.
"Err.. Dia macam biskut. Bulat. Tapi tak keras macam biskut. Err.. Macam coco pie.. Dua biskut dicantum lepastu yang kat tengah ada inti." jelas Alis. Dia pun tak tahu nak terang macam mana.
"Oh.." bibik mengangguk.
"Boleh tu memang boleh tapi bahan nak buat tu bibik rasa tak ada." balas bibik.
"Oh.. Yang tu saya boleh beli. Kat area sini ada kedai kek tak bibik?" soalku. Kalau ada aku nak ke sana. Bolehlah pusing-pusing tengok tempat.
"Ada kat depan sana." kata bibik.
"Oh.. Kalau macam saya pergi sekarang." balas ku.
"Err.. Nak pergi macam tu je ke?" soal bibik.
"Taklah saya nak tukar baju dulu." aku senyum.
"Okay tapi jangan lupa minta izin tuan." kata bibik.
"Err.. Kena minta izin ke? Nak pergi kedai je." soalku.
"Mesti kena minta izin, tuan kan suami Alis." kata bibik.
"Oh ye tak ye jugak. Okay bik saya naik atas jap. Petang ni biar saya masak. Bibik rehat." kataku. Bibik mengangguk.
Aku tukar baju dan pakai tudung. Pakai baju dan tudung dengan gaya yang ringkas sahaja. Setelah itu, aku keluar dari bilik dan berdiri dihadapan bilik Nazran.
Tok.. Tok.. Pintu itu aku ketuk.
"Aduh." terketuk kuat pulak. Sakit jari aku dibuatnya.
"Ye?" soal Nazran dari dalam.
"Err.. Awak.. Saya ni Alis. Saya nak minta izin keluar kejap. Saya nak pergi kedai." kata ku tanpa membuka pintu. Nazran senyap tanpa bersuara. Begitu juga dengan aku.
Dua minit selepas itu aku kembali bersuara. "Err.. Takpelah saya pergi dulu. Terima kasih." kataku. Aku anggap senyap tu sebagai tanda setuju. Jadi maknanya Nazran bagi keizinan kepada aku.
Aku pun terus ke kedai dengan berjalan kaki. Nanti satu hal pula nak hadap lampu isyarat dan mencari tempat letak kereta. Lagipun dekat je kedai tu. Apa salahnya sekali sekala bersenam kaki sikit.
"Eh? Aku tak cakap apa pun." kata hati Nazran. Dia menggeleng kepala.
"Lantak kaulah." kata Nazran. Dia malas nak layan dan ambil peduli.
Share this novel