Bab 15

Drama Completed 7887

"Nazran.. Akak nak cakap sikit." kata Nadrah. Dia menghampiri Nazran yang sedang termenung dibalkoni rumah.

Nazran senyap langsung tidak menoleh.

"Akak tahu apa yang An rasa sekarang. Akak faham tapi akak ada sesuatu nak bagitahu An." kata Nadrah. Dia pandang Nazran dari belakang.

Nazran menoleh ke arah Nadrah. Dia tertanya-tanya apa yang kakaknya dengan sampaikan.

"An tahu kan sejak mak dan abah meninggal. Akak yang jaga An. Apa yang An nak dan minta akak sedaya upaya berikan. Akak sayang An sebab An satu-satunya adik akak." luah Nadrah. Dia sedih apabila terkenangkan mak dan abah.

"Akak.." sebut Nazran.

"An.. Akak nak An kahwin. Akak dah jumpa calon yang sesuai untuk An." kata Nadrah.

"Hah?" Nazran terkejut. Dia baru je putus tunang. Tiba-tiba nak kahwin pulak. Kahwin dengan siapa pula ni? Dia dah la kena pecat. Macam mana nak tanggung anak dara orang lain? Diri sendiri pun tak terjaga.

"Ye. Akak nak An kahwin. Kahwin dengan Alis. Alis tu kawan kakak. Dia baik sebaya dengan An." kata Nadrah.

"Aku tak terdaya.. Aku lemah.. Bagaimana si dia boleh menerima? Nak uruskan diri pun tak boleh." soal hati Nazran. Dia lihat dirinya yang berkerusi roda.

"Alis setuju nak kahwin dengan An. Sebab dia nak bantu An." kata Nadrah.

"Dia tahu pasal An. Dia nak tolong pulihkan An." kata Nadrah.

"Kak kenapa tiba-tiba?" soal Nazran. Dia pelik pula. Sekarang bukan waktu yang sesuai untuk berkahwin.

"Sebab tengoklah keadaan An sekarang. An asyik sedih je. Lepas tu An marah semua jururawat yang cuba nak bantu An. Sebab tu akak terfikir untuk carikan isteri untuk An. Akak harap dia dapat susah senang dengan An. Akak nak An gembira balik." jelas Nadrah.

Nazran senyap.

"An a.." belum sempat Nadrah nak cakap kata-katanya telah dipotong Nazran.

"Akak, biarlah An fikir dulu." kata Nazran. Dia sendiri pun tak kenal siapa Alis. Takkan nak kahwin macam tu je?

"Okay. An fikir masak-masak. Nanti akak bawa Alis jumpa An." kata Nadrah. Dia harap sangat Nazran terima Alis dalam hidupnya. Dia nak Nazran ceria macam dulu.

"Akak pergi kerja dulu. Jangan lupa makan ubat." pesan Nadrah. Dia pun berlalu ke tempat kerja.

Nadrah bekerja sendiri. Dia mempunyai sebuah perniagaan iaitu perkhidmatan kereta sewa. Selain itu juga dia mempunyai beberapa apartmen yang dijadikan rumah sewa. Disamping itu, dia mempunyai sebuah kedai mencuci kereta.

Nazran termenung jauh. Dia pelik kenapa kakak dia hendak sangat dia berkahwin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience