Hari ini aku berjumpa dengan Kak Nadrah untuk memberitahu bahawa ibu dan abah setuju untuk aku berkahwin.
"So macam mana?" soal Nadrah. Dia memandang aku.
"Okay.. Kak Nadrah boleh masuk meminang Alis kat rumah sewa Alis. Parent Alis ada kat sana." balasku.
Aku pun tidak pasti apa perasaan aku sekarang. Kosong tiada rasa apa-apa. Patutnya aku gembira sebab aku akan berkahwin tidak lama lagi tetapi aku masih keliru. Mungkin Nazran bukanlah lelaki yang aku cintai.
"Alis okay?" soal Nadrah apabila dia melihat aku mengelamun.
"Hah? Err.. Okay." balasku.
"Nanti rombongan meminang datang ahad ni tau. Lepastu korang terus bertunang. Pasal yang akak kata seminggu tu cancle. Akak bagi masa." kata Nadrah.
"Okay.." balasku.
"Kak.. Hantaran nak sediakan berapa? Ibu Alis yang tanya.. Lagipun sebab tak nak ibu pelik pulak nanti macam terburu-buru nak kahwin. Jadi Alis nak buat preparation kahwin macam betul-betul." kataku.
"Emm.. Sediakan tujuh. Pihak lelaki lima." kata Nadrah.
"Okay kak." balasku.
"So jumpa nanti my sister in law." kata Nadrah.
Kami pun menuju ke destinasi masing-masing. Aku pulang terus ke rumah untuk berbincang dengan ibu dan abah.
"Ibu, abah rombongan lelaki nak datang ahad ni." kataku.
"Ahad ni? Maknanya lagi empat hari?" soal ibu. Aku mengangguk.
"Dah jom pergi KL kita beli barang hantaran sekarang. Berapa yang kita nak sediakan? Kita beli yang siap je senang." kata ibu.
"Tujuh ibu." balas ku.
Setelah itu, aku, ibu dan abah ke Kuala Lumpur untuk membeli barang hantaran. Semuanya ditanggung ibu dan abah.
"Nak beli apa?" soal ibu.
"Err.." aku pun tidak tahu.
"Apa yang pakwe kamu suka?" soal abah.
Aku terkedu. Manalah aku tahu apa yang Nazran suka.
"Macam ni jelah kita beli je yang biasa orang beli macam sejadah, minyak wangi dan yang lain. Kek kita tempah." kata ibu.
Aku mengangguk.
Usai membeli hantaran, kami ke butik pakaian untuk membeli baju tunang.
"Alis nak baju mana? Pilihlah." kata abah.
Aku membelek baju dibutik itu. Mataku tertangkap pada sehelai baju manik yang berwarna jingga. Aku mengambil baju tersebut dan cuba pakai.
"Cantik tak ibu, abah?" soalku sambil mengayakan kepada kedua ibu bapaku.
"Cantik." kata ibu.
"Alis suka?" soal abah.
Aku mengangguk. Baju itu pun dibeli oleh abah. Kami pulang ke rumah selepas itu. Aku menghantar gambar hantaran dan baju kepada Kak Nadrah kerana dia yang minta. Mungkin nak sama kan dengan tema pertunangan.
Share this novel