Bab 10

Drama Completed 7887

Hari Sabtu.

Seperti yang dijanjikan hari ini aku akan berjumpa dengan Cik Nadrah. Aku bersiap-siap untuk berjumpa dengannya. Sebenarnya aku takut juga. Tapi aku kena jumpa juga. Ini soal masa depan aku. Kalau betul aku yang salah aku kena bertanggungjawab.

Aku berjumpa dengan Cik Nadrah bersendirian. Abah telah pun pulang ke Sabah. Abah ada juga memujuk untuk aku mengikutnya tetapi aku menolak. Ada urusan yang aku perlu selesaikan.

Aku memandu ke cafe yang diceritakan Cik Nadrah. Katanya dia hendak jumpa aku disana. Aku sengaja sampai lebih awal supaya aku lebih bersedia.

Setelah beberapa minit berlalu. Kelibat Cik Nadrah pun kelihatan. Berdebar jantungku memikirkan kebenaran yang bakal aku ketahui sebentar lagi.

"Hi?" kata Nadrah. Dia menegurku dengan nada yang biasa sahaja. Riak wajahnya pun sama seperti aku jumpa dahulu. Aku hanya membalas dengan senyuman.

Tanpa berlengah lagi Cik Nadrah pun memulakan penjelasan mengenai kenapa aku perlu berkahwin dengan Nazran dan juga bukti yang aku telah langgar Nazran.

"Err.. Cik Nadrah saya nak tanya mengenai kemalangan tu?" soal aku. Walaupun aku tahu yang aku memang bersalah. Aku tetap mahukan penjelasan.

"First of all, don't call me Cik Nadrah. Panggil je Kak Nadrah. Pasal kemalangan tu.. Ye memang Alis yang langgar Nazran. Ada saksi yang nampak. Nazran tahu jenis kereta yang langgar dia. Dia nampak sebelum dia pengsan." jelas Nadrah.

"Cik err.. Kak Nadrah kenapa takde orang yang bagitahu saya tentang ni?" soalku.

"I yang minta rahsiakan. I sibuk uruskan Nazran." kata Nadrah.

"Kenapa?" soalku. Pelik kenapa nak rahsiakan pasal kemalangan tu?

"Takde penjelasan untuk itu." kata Nadrah.

Aku malas nak paksa Kak Nadrah untuk jelaskan. Aku sememangnya dah runsing sekarang ni.

"Pasal perkahwinan tu?" soalku.

"Jom ikut I. I nak bawa Alis ke suatu tempat." ajak Nadrah.

"Hah?" aku keliru. Nak pergi ke mana pulak ni?

"Tadi kata nak tahu pasal perkahwinan tu? Jom." kata Nadrah.

Aku pun mengikut Kak Nadrah. Dia membawa aku ke sebuah rumah yang besar.

"Err.. Kita nak buat apa kat sini?" soalku.

"Nanti you tahu lah. Dah cepat turun." Kak Nadrah menyuruh aku keluar dari keretanya.

Kereta aku ditinggalkan cafe. Bercakap pasal kereta aku.. Keretaku masih elok sahaja selepas kemalagan cuma lampu depan pecah dan kemik sedikit tetapi abah telah hantar ke bengkel untuk dibaiki.

Kami berjalan menuju masuk ke dalam rumah. Rumah ini sangat besar. Lagi besar dari rumah sewa aku. Bahkan berkali ganda besar. Sepertinya rumah ini adalah sebuah villa. Ada kolam. Tempat parking kereta pun luas. Aku mengikut Kak Nadrah masuk ke dalam lif ke tingkat 3. Rumah ini mempunyai lif.

"Err.. Kita nak pergi mana ni?" soalku.

Kami masuk menuju ke sebuah bilik. Bilik yang sangat besar dan mempunyai sebuah balkoni. Kelihatan ada seseorang yang sedang duduk dibalkoni tersebut.

"Tulah Nazran." kata Nadrah.

Aku memandang wajah Kak Nadrah.

"Sejak kemalangan dia asyik termenung je. Nak cakap pun tak nak. Makan pun susah." sayu sahaja kata Nadrah.

Aku rasa sebak. Salah aku memandu secara cuai. Aku dah musnahkan kehidupan orang lain kerana salah aku sendiri.

"Jom borak kat luar." ajak Kak Nadrah. Kak Nadrah dan aku pun turun semula ke tingkat bawah. Kami duduk diruang tamu.

"Cik nak minum apa?" tegur pembantu rumah Kak Nadrah.

"Err.. Apa-apa pun boleh." balasku.

Pembantu rumah itu pun berlalu pergi. Aku sendirian di ruang tamu. Kak Nadrah entah pergi kemana. Dia minta aku tunggu sebentar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience