Bab 45

Drama Completed 7889

Sejak Nazran semakin sembuh dia selalu sahaja keluar rumah. Yelah mungkin dia bosan asyik terperap je. Takpelah bagus jugak sekurang-kurangnya aku bebas kat rumah ni.

"Nak buat apa eh?" kataku sendirian. Petang ni macam tiada aktiviti pula. Aku jadi bosan.

"Ha! Zumba lah. Lama tak berzumba." aku tanya soalan dan aku jawab soalan aku sendiri. Biasalah kan ada aku je kat sini.

Aku pun ambil laptop aku. Hari ni aku nak buat zumba kat ruang tamu atas. Lagipun Nazran takde. Bibik ada kat bawah. So bolehlah.

Aku on laptop dan cari video zumba. Video yang aku dah download siap-siap.

"Eh lupa kena warming up dulu." aku pun buka lagu yang sesuai untuk panaskan badan. Setelah itu barulah aku berzumba.

Video yang menjadi pilihan aku adalah zumba yang menggunakan lagu korea. Aku rasa step dia tak susah sangat dan aku rasa step dia agak cute. Tapi aku taklah tengok muzik video korea yang sebenar cuma zumba yang guna lagu korea sahaja.

Zumba yang pertama adalah zumba yang menggunakan lagu daripada kumpulan Twice yang bertajuk TT. Zumba yang kedua daripada kumpulan Big Bang iaitu Bang Bang Bang. Zumba yang ketiga daripada kumpulan Girl Generation yang bertajuk Lion Heart.

"Fuhh.." peluh menitik. Aku lap dengan sapu tangan. Aku pun minum air. Tapi aku tersedar ada orang melihat aku.

"Nazran?" kataku. Alah!! Malunya. Macam mana dia ada pulak ni? Bila balik? Dah lah aku pakai legging nasib baik baju aku labuh. Dah dua kali macam ni.

"Sejak bila awak ada kat situ?" soalku. Dah lah step tadi macam haish.

"Lamalah jugak." kata Nazran. Dia menghampiri aku.

Aku menelan air liur. Nampaknya dia nampaklah aku tergedik-gedik tadi. Haih.

"Kau buat apa ni?" soal Nazran.

"Come on lah takkan zumba pun tak tahu." jawab aku. Aku pura-pura beriak biasa. Tak boleh nak gelabah sangat nanti ada je Nazran ni nak kenakan aku.

"Zumba? Sejak bila kau berzumba? Buang tabiat ke?" soal Nazran.

"Eh? Saya selalu jelah berzumba. Saya selalu je berzumba kat bilik saya tu." kataku. Memang selalu aku berzumba dalam bilik cuma hari ni je berzumba kat sini.

"Oh? Jadi kaulah yang selalu memekak pasang lagu korea tu?" soal Nazran.

"Sayalah takkan bibik pulak?" kataku.

"Dasar kpopers." kata Nazran.

"Saya bukan kpopers lah. Semua lagu saya dengar lagu melayu, inggeris, jepun semua saya layan." kataku.

"Ada aku tanya ke?" soal Nazran.

"Suka hatilah." kataku.

"Annoying nya kau ni?" kata Nazran.

"Sebab apa pulak?" soal aku.

"Takde sebab." kata Nazran.

"Huh!" balasku.

"Yang kau zumba kat sini kenapa? Tadi kata zumba kat bilik?" soal Nazran.

"Saje. Ingatkan takde orang." jawabku.

"Bibik tu bukan orang? Pak Mad bukan orang?" soal Nazran.

"Bibik kat bawah. Pak Mad takde kan keluar dia teman kak Nadrah." kataku.

"Lain kali berzumba kat bilik je. Nanti Pak Mad nampak dia tergoda." kata Nazran.

"Choi!" balas aku. Gila betul Nazran ni.

"Apa choi-choi? Betul apa aku kata." kata Nazran.

"Eleh awak tak tergoda ke?" soal aku. Saje nak tanya.

"Kau rasa?" Nazran senyum nakal. Alamak! Salah soalan.

"Tak rasa apa-apa." cepat-cepat aku ambil laptop dan masuk ke dalam bilik. Takutlah.

"Tahu takut." kata Nazran.

Aku sejukkan badan, mandi dan terus solat asar. Duduk je dalam bilik. Tak payah keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience