"Okay Alis. Macam yang you tengok tadi. Yang tulah Nazran." kata Nadrah. Dia duduk bersebelahan dengan ku. Aku mengangguk.
"Macam tulah dia lepas kemalangan. Cuma sekarang ni dia lebih tenang. Kalau tidak dia mengamuk tak tentu pasal. Asyik nak marah-marah." kata Nadrah.
Aku terdiam sahaja. Tak sangka kerana aku hidup orang lain kacau bilau. Jahatnya aku ni.
"Sebelum ni dah ramai pembantu yang kami upah tapi semua berhenti sebab tak tahan dengan sikap Nazran yang pemarah." kata Nadrah.
"Tapi I faham, emosi dia terganggu." kata Nadrah lagi. Dia sedih.
"Reason kenapa I nak you kahwin dengan Nazran sebab you tengok lah. Dia berkerusi roda. Nak gerak pun susah. You kena pegang dia, tolong angkat dan bantu dia uruskan diri sendiri." jelas Nadrah.
"Takkan I nak biar orang yang bukan mahram sentuh dia." kata Nadrah.
Ada betulnya kata Kak Nadrah tu tapi Nazran nak ke kahwin dengan aku? Orang yang buat dia kemalangan dan lumpuh. Mesti dia benci dengan aku.
"Selain tu, I fikir bila dia ada wife. Mungkin dia boleh dapatkan kekuatan dia balik. Sebab ada someone yang boleh support dia." kata Nadrah.
"Tapi.. Nazran boleh terima saya ke? Kan saya yang buat dia jadi macam tu?" soal ku takut-takut.
Kak Nadrah menghelakan nafas. "Dia tak tahu pasal tu." kata Nadrah.
"Hah?" respon aku.
"Dia tak tahu Alis yang langgar dia. I dah rahsiakan." balas Nadrah.
"Kalau dia tahu mesti dia benci Alis." kata ku. Habislah kalau nanti Nazran mengamuk. Silap hari bulan aku boleh pengsan.
"Dia takkan tahu kalau orang tak bagitahu. So macam mana Alis setuju tak kahwin dengan Nazran? I takde lah nak buat kontrak ke apa cuma nak Alis jaga Nazran sampai sembuh je. Dan Alis akan dapat elaun tiap bulan." kata Nadrah.
"Err.." aku terkedu. Memang aku terdesak nak cari kerja. Tapi bukanlah dengan cara yang macam ni.
"Ingat, Alis kena bertanggungjawab atas apa yang Alis buat. Nazran jadi macam ni sebab Alis. Apa salahnya kalau Alis tolong Nazran?" ujar Nadrah.
"Alis kena fikir dulu." Aku tak boleh bagi keputusan sekarang. Benda ni buat main-main. Kena fikir masak-masak.
"Okay, I bagi you masa tapi tolonglah terima. You jangan fikir bukan-bukan, I cuma nak you bantu pulihkan Nazran." kata Nadrah.
Aku mengangguk. Aku faham kata-kata Kak Nadrah. Mesti dia nak yang terbaik untuk Nazran.
Setelah itu aku meminta diri untuk pulang. Kereta aku ada kat cafe tadi. Terpaksalah aku naik teksi ke sana. Nasib baik aku bawa duit lebih. Kalau tak menangislah jawabnya.
Share this novel